CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3376|Reply: 8

Patut tak aku buat balance transfer?

[Copy link]
Post time 2-2-2016 01:25 PM | Show all posts |Read mode
Salam nak minta pendapat pakar2 kad kredit.

Untuk info aku ada 3 kad kredit (UOB, standard chartered, hong leong)

antara 3 kad tu aku cuma guna kad UOB dan sekarang dah sampai kredit limit (RM5,500). aku start guna kad tu bulan JUN tahun 2015 jangan tanya kenapa dah sampai limit ye. huhuhu

masalah sekarang ialah aku cuma mampu bayar minimum tiap2 bulan iaitu (5% x RM5500 = RM275) dan untuk statement aku 3 bulan kebelakang ni
aku nampak ada finance charge around RM80-RM90. kalo 10 bulan kan dah 8-9 ratus jugak aku kena cas.

Kebetulan bank standard chartered kol aku dan bagitau tentang balance transfer. rujuk website sini https://www.sc.com/my/campaign/balance-transfer/

dari pemerhatian aku nampak macam bagus balance transfer ni tapi sebabkan aku ni noob pasal kad kredit jadi aku nak tanya pendapat pakar patut tak aku buat balance transfer dengan standard chartered ni? bank ni dia bagi umpan mesti ada jerat.

terima kasih aku dahulukan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2016 01:56 PM | Show all posts
finance charge tu maksudnya dari 275 tu dia tolak 80 so ko sebenarnya byr 195 je?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2016 03:00 PM | Show all posts
Jajabeans replied at 2-2-2016 01:56 PM
finance charge tu maksudnya dari 275 tu dia tolak 80 so ko sebenarnya byr 195 je?

macam gitu la ceritanya..

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 03:09 PM | Show all posts
cuba ko buat layman calculation. in the end tak byk beza samada ko transfer ke tak. kalau aku, baik ko stick je byr cm skg.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2016 03:14 PM | Show all posts
Jajabeans replied at 2-2-2016 03:09 PM
cuba ko buat layman calculation. in the end tak byk beza samada ko transfer ke tak. kalau aku, baik  ...

layman calculation tu cmne? leh ajar x?

nak refer kat mana?

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 04:22 PM | Show all posts
As salam...

ok la tu amik balance transfer, kalo ko transfer rm5000...bulan2 kena bayar rm233.29 je utk selama 2 tahun(24 bulan)

5,000                  233.29        

yg penting kat sini..ko kena disiplin....sentiasa bayar on time...jgn guna lagi kredit kad..potong terus..




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2016 04:24 PM | Show all posts
Tuan,

Soalan ringkas. Apa yang tersirat disebalik transfer baki kad kredit ke kad baru? ****bank boleh offer 2 – 3 ribu cash jika kita transfer balance. Bank berorietasikan keuntungan, apa muslihat disebaliknya?

Mohon jawapan.

Asmawee, Kepong.

…………………………………….

Persoalan utamanya yang kita perlu ketahui adalah apa yang menyebabkan kita menangung hutang kad kredit. Ianya biasa berlaku disebabkan kita tidak dapat ‘menanguh kepuasan’ iaitu, kita tidak dapat mengawal diri daripada berbelanja di luar kemampuan sebenar kita. Ini bermaksud kita belum berjaya mengenali dan ‘berkuasa’ ke atas diri kita.

Apabila kita di bebani dengan hutang, bank-bank turut mengunakan peluang ini bagi ‘memancing’ pelanggan baru dengan menawarkan pindahan baki hutang kad kredit kepada kad kredit bank mereka. Bank menawarkan kadar ‘faedah’ @ keuntungan yang rendah ada yang serendah 0%. Tawaran itu sungguh menarik, tetapi kita perlu ingat terdapat syaratnya yang perlu dipenuhi. Antaranya adalah, pemegang kad kredit perlu membayar jumlah ansuran secara tetap dengan jumlah yang dipersetujui pada setiap bulan tanpa gagal. Apabila pemegang kad kredit terlewat atau membuat pembayaran kurang daripada jumlah bayaran minimum maka kadar faedah @ keuntungan setinggi 18% contohnya, akan dicajkan. Tiada lagi kadar istimewa yang diberikan.

Antara kesan tidak baik yang berlaku kepada pemegang kad kredit yang membuat pindahan baki adalah :

    Mengunakan semula kad kredit lama yang semua baki hutangnya telah dipindahkan ke kad kredit di bank lain. Ini meningkatkan semula bebanan hutang pemegang kad kredit.

    Mengunakan kad kredit baru bagi membuat pembelian seterusnya, di mana kad kredit baru itu dibekalkan dengan lebihan had kredit bagi membenarkan pemegang meneruskan pembelanjaan tidak terkawal mereka. Ini sudah pasti membebanbkan lagi pemegang kad kredit berbanding sebelum membuat pindahan kredit.

Antara langkah pencegahan daripada dibebani dengan lebih banyak hutang yang membuatkan kita semakin miskin adalah dengan mempratikkan langkah-langkah seperti berikut:

    Tamatkan khidmat kad kredit lama, iaitu pergi ke bank bagi menutup akaun kad kredit tersebut.

    Potong kad kredit baru yang diberikan oleh bank yang membiayai pindahan baki tersebut.

    Jangan ambil duit yang ditawarkan melalui pindahan baki  kad kredit. Bank mengetahui bahawa kita tengah ‘terdesak’,

    Potong semua kad kredit lain yang kita miliki pada hari kita mendapat gaji.

    Baca buku-buku berkenaan dengan mengurus kewangan – contohnya Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang

    Celik Kewangan contohnya dengan mengikuti entri-entri di dalam blog ini, iaitu bagi meningkatkan keupayaan pengguna bagi menanguhkan kepuasan supaya tidak dibebani dengan hutang yang tidak perlu.

Hutang kad kredit adalah berpunca daripada kegagalan seseorang daripada mengawal dirinya daripada membuat pembelian ataupun perbelanjaan diluar kemampuan. Pemegang kad kredit yang belum dapat menanguhkan kepuasaan digalakkan bagi menutup ataupun menamatkan semua akaun kad kredit yang ada. Ini bagi memastikan kita tidak dibebani dengan bebanan lubang-lubang hutang yang kita gali sendiri.

Tukarkan kad kredit kita itu dengan hidup dengan kad debit. Dapatkan kad debit dengan kemudahan visa di bank yang berdekatan. Kepada muslim gunakan akaun bank yang islamik iaitu bebas dari riba bagi menyimpan, melabur duit kita.

www.shamsudddinkadir.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2016 04:55 PM | Show all posts
akula203 replied at 2-2-2016 04:24 PM
Tuan,

Soalan ringkas. Apa yang tersirat disebalik transfer baki kad kredit ke kad baru? ****bank  ...

terima kasih atas jawapan.

saya ada terbaca 1 lagi teknik iaitu EPP (Easy Payment Plan).
Yang saya faham tentang EPP ni adalah dia 0% interest tapi kena ada macam down payment kan?

boleh tuan tolong huraikan tentang EPP ni?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2016 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
akula203 replied at 2-2-2016 04:22 PM
As salam...

ok la tu amik balance transfer, kalo ko transfer rm5000...bulan2 kena bayar rm233.29  ...

Btul.. tpi kalau dia stick byr 275, dia punye cut off 18bln jer dh habis. Whereas, yg transfer ni perlukan 24bln. End up lebih kurang je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.089103 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list