CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15629|Reply: 124

Mahkamah Tuntut Bukti Pernikahan Adira & Suami Di Thailand

[Copy link]
Post time 29-1-2016 09:58 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Khamis memerintahkan penyanyi Adira dan suaminya, Datuk Seri Adenan Abu mengemukakan bukti pernikahan mereka di Songkhla, Thailand yang berlangsung 3 Disember tahun lalu.
Peguam syarie yang mewakili pasangan berkenaan, Irsamuddin Ikhsan ketika ditemui berkata, mahkamah mahu melihat salinan gambar asal selain bukti lain pernikahan berkenaan.

"Semasa memfailkan kes berkenaan pihak kami telah memasukkan semua bukti sebagai lampiran namun pihak mahkamah ingin melihat salinan asal bukti pernikahan tersebut.

"Jadi kami akan sediakan semua yang diminta pada perbicaraan akan datang," katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, kes berkenaan didengar buat kali pertama dihadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Lutfhatul Hanah Shamsudin pada Khamis.

Ia akan disambung pada 7 Mac depan.

Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 25, dan suaminya memfailkan permohonan pengesahan pernikahan berpoligami di luar negara pada 8 Januari lalu.

Kes itu didengar bawah seksyen 12 dan 23 Akta Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Sementara itu, Adenan, 38, ketika ditemui pemberita memberitahu, dia akan mengemukakan bukti seperti diminta mahkamah dan berharap kes tersebut akan selesai baik.

Malah dia merancang untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan dengan Adira selepas perbicaraan selesai di kampung halaman isterinya di Kota Kinabalu, Sabah.

Sebelum ini Adira mengakui sudah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan itu sebagai isteri kedua selepas hanya tiga minggu berkenalan.

Gosip mengatakan penyanyi itu sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan bertambah kuat apabila isteri pertama Adnan yang dikenali sebagai Datin Red mendedahkan di ruang komen menerusi gambar dimuat naiknya bahawa dia dan Adira kini berkongsi suami.

Adenan merupakan ahli perniagaan dan mempunyai syarikat ejen hartanah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2016 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
sanggup jadik bini kedua sbb harta. byk yg bujang dira oiii
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 11:29 AM | Show all posts
muda lagi dato adenan ni....

padan la adira sangkut walaupun baru kenal 3 weeks...

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
sayang kawin kat thailand..
Kalau betul nk kawin, buatla majlis kt hotel ke dewan ke..merasa la bersanding bagai..rugi tul ko dira
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 11:30 AM | Show all posts
jgn amik org punye ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
nakkomenjugak replied at 29-1-2016 11:21 AM
sanggup jadik bini kedua sbb harta. byk yg bujang dira oiii

Datok ni berharta ke? Mcm lebih sikit dr rakyat marhaen je.. harapkan title je kot?

Sure si dira di dah malas fikir panjang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2016 11:42 AM | Show all posts
birah nya,,, kenal 3 minggu pun dah sanggup pergi nikah kat siam
macam desperate sangat sis
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 11:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2016 11:50 AM | Show all posts
Desperate sgt ke si Adira ni sampai x kenal lama pun nikah? Sanggup ke Siam pulak tu. Muda lagi dekkk. BANYAK benda lagi nak dikejar. Walaupun kau sendu2 jah
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 11:53 AM | Show all posts
dengar citer dia baik ngn bini first  ... tapii kalau baik sngt xkkn kawin kat thailand kot (ini semua poyoooo)
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 11:59 AM | Show all posts
semoga aman2 adja dek jadi bini ke dua
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 12:03 PM | Show all posts
kata baik sgt ngan bini no 1..nape kawin kt siam..kenceng lebiiihhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 12:05 PM | Show all posts
baru 3 minggu... mudah betul jodoh sheols, kalau iols, bila berkawan rapat dengan lelaki mesti lepas 3 bulan akan rasa boringggg hahah
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 12:06 PM | Show all posts
Ni mmg kes desparate la ni, Malas pikir byk kot.
Laki org pun sebat, gila la baru 3 minggu kenai kawen trus,
dah la kawen kt siam. Umor muda lg cr duit dulu, pastu cr
single sama single. Mmg la jodoh, jodoh pon kdg2 belum tentu jodoh yg betul.haishhhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 29-1-2016 11:30 AM
sayang kawin kat thailand..
Kalau betul nk kawin, buatla majlis kt hotel ke dewan ke..merasa la be ...

Katanya akan buat resepsi kat kg adira?kat mana entah lepas selesai kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi still rugi lah,adira bukan la frozen sgt,cuma dia desperate nak kawen nak buat guane
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2016 12:15 PM | Show all posts
Tuhan tolong ampunkan dosanya
Pada hambaMu yang lemah
Bekalkan ia keberkatan
Agar dia bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 12:21 PM | Show all posts
serious 3 minggu????
cinta pandang pertama lah ni. anyway, semoga berbahagia. jangan gaduh2 dengan madu hokayy
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 12:24 PM | Show all posts
dah jodoh......kawin kat siam senang sikit proses. kat malaysia leceh kena minta kebenaran la apa la. org kaya apahal. bayar je la denda nikah kat siam pun.

kalau nikah kat siam je kena kutuk..nikah kat london ke lombok ke australia ke sama je sebenarnya. nak daftar kat malaysia bayar je la denda.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 12:26 PM | Show all posts
baru 3 minggu adira berani amik keputusan nk kawin... berani betui..
ataupon die dh fedup nk bercintan cintun lelama kot...
kawin kat siam sbb prosedur kawin kat Malaysia leceh katanya.. byk doc nk kena sediakan..
leceh dahulu senang kemudian adira... apa la sgt leceh tu..
tp dgr cite bini no 1 ni duk sindir2 juga dalam ig walaupon kata duk merestui.. pehtu katanya terpaksa merestui..
apa pon kalau dah jodoh.... bak kata ustaz kazim.. heheheh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.077764 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list