CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9524|Reply: 8

Haiwan Comel Masa Kanak-Kanak

[Copy link]
Post time 26-1-2016 04:56 AM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak memerlukan hobi untuk mengisi masa lapang hobi yang menarik bukan sahaja akan menggembirakan kanak-kanak tetapi kebanyakan hobi juga dapat menambah pengetahuan.Pada zaman sekarang di mana permainan komputer dan video menjadi tarikan kepada kanak-kanak ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka menghabiskan masa dengan hobi yang meransang pembangunan minda dan pembinaan akhlak yang baik.Sesetengah hobi bermula sewaktu seseorang itu di zaman kanak-kanak mampu berkembang dan menjadi minat berpanjangan sehingga ke peringkat dewasa seperti memelihara haiwan peliharaan.
Haiwan peliharaan adalah haiwan yang tinggal di dalam rumah ataupun haiwan yang dijinakkan dan dipelihara sebagai teman atau kerana kecantikan haiwan tersebut memelihara haiwan peliharaan merupakan hobi yang popular di seluruh dunia.Kanak-kanak yang dibesarkan dengan haiwan peliharaan menunjukkan banyak kelebihan ia juga merupakan hobi yang disyorkan untuk kanak-kanak kerana ia mengajar kanak-kanak sifat tanggungjawab dan kasih sayang.Kemahiran sebegitu diperlukan oleh kanak-kanak pada masa akan datang dan juga untuk meningkatkan kemahiran sosial.
Kelinci dan Kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling popular kerana cirinya yang suka bermain menarik dan mudah dijaga berbanding dengan haiwan lain haiwan peliharaan yang juga popular terdiri daripada arnab,hamster dan ikan.Hari ini haiwan eksotik seperti labah-labah dan ular juga turut mendapat perhatian di kalangan pencinta haiwan.Walaupun haiwan peliharaan dapat memberi keceriaan kepada kanak kanak  ia adalah amat penting untuk memilih haiwan peliharaan yang sesuai untuk keluarga saiz rumah dan gaya hidup mereka serta jenis haiwan yang mampu dijaga oleh anak anda.Seekor ikan emas di dalam akuarium amat sesuai untuk saiz rumah yang paling kecil manakala kawasan yang lebih besar diperlukan untuk anjing yang besar.Haiwan peliharaan juga memerlukan komitmen jangka panjang untuk haiwan seperti anjing kucing dan arnab kerana jangka hayatnya yang biasanya menceceah hampir 10 tahun tambahan lagi hobi memelihara haiwan peliharaan juga meliputi kos makanan dan juga kos perubatan yang tidak dapat dielak demi menjaga kesihatan haiwan peliharaan.
Sungguh pun hobi memelihara haiwan mempunyai banyak manfaat namun begitu yang paling biasa untuk tidak memelihara haiwan peliharaan adalah masa yang tidak cukup tempat peliharaan yang tidak sesuai dan juga masalah menjaga haiwan peliharaan sekiranya terpaksa meninggalkan rumah kediaman atau apabila terpaksa melalui perjalanan yang jauh.Kebersihan haiwan peliharaan serta peralatan dan makanannya perlu dijaga supaya haiwan peliharaan dan tuannya sentiasa sihat oleh itu perancangan teliti amatlah penting supaya pengalaman yang positif dan menyeronokkan di alami oleh semua yang terlibat dan menjadi memori yang indah..
Source: http://icah-banjarmasin.blogspot.com

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2016 12:35 PM | Show all posts
Comel betul kucing dalam gambar itu
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 11:13 PM | Show all posts
sorry ye lari topik ni nak kongsi pengalaman skit. kalo nk cari rumah biarlah jiran2nye yg majority melayu islam sbb kalo tinggal kat kws yg ramai non muslim bela anjing ni mmg perangai cam setan. kalo pandai jaga xpe, tp ade tuan yg biar anjing menyalak siang mlm tanpa ape2 tindakan. org mcm ni mmg xde kesedaran sivik dan mempertimbangkan rasa jiran sekeliling. kalo sound dia kata kita ni rasis pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 02:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 03:27 PM | Show all posts
ofkos kucing..dulu xsuka hairy pet..tp bila tgk kucing cantik2 n comel2 mcm best pulak
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2016 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Comelllll sangat
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 11:30 AM | Show all posts
hahhaha kanak2 tue...comel plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2017 10:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.064507 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list