CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14212|Reply: 76

Kekasih bukan Islam, Hazama minta nasihat Akim soal cinta

[Copy link]
Post time 21-1-2016 09:52 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Penyanyi Hazama memberitahu ada meminta pandangan daripada rakan baiknya iaitu penyanyi Akim Ahmad berkaitan dengan hal berkaitan percintaan dengan pasangan berbeza agama.
Hazama, 32, berasa kagum dengan pengorbanan penyanyi lagu Potret itu dalam memperjuangkan cinta bersama tunangannya Stacy atau nama Islamnya Ummu Syaikhah Stacy Abdullah dalam hubungan yang mencecah tujuh tahun itu.

"Saya ada minta nasihat dan bertanya pada Akim juga tentang hal-hal cinta dengan pasangan berlainan agama.

"Saya lihat dia seorang yang penyabar dan sanggup menunggu lama, hubungan dia dengan tunangnya iaitu Stacy sudah tujuh tahun. Manakala saya Genervie baru sahaja tiga tahun bercinta," ujarnya kepada mStar Online.
Akim dan Stacy bakal mendirikan rumah tangga Februari depan.
Hazama berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan hubungan percintaannya dengan pemuzik Genervie Kam, 35, yang sudah hampir tiga tahun bercinta.
Katanya, dia tidak pernah mendesak wanita itu memeluk agama Islam semata-mata untuk berkahwin dengannya.

"Saya tidak mahu paksa dia masuk Islam, biar dia sendiri terbuka hati sendiri dan bukan kerana saya semata-mata.

"Saya sanggup tunggu selagi termampu dan kalau di memeluk agama Islam saya tidak mahu dia menukar namanya," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai kerjaya nyanyainnya yang kini semakin berada di puncak, Hazama berkata, dia mengakui terpaksa mengorbankan demi tanggungjawab sebagai penyanyi.

Katanya, masa untuk bercinta dan tidur lebih terhad berikutan komitmen terhadap jadual hariannya yang padat dengan program dan persembahan nyanyian.

"Banyak terpaksa dikorbankan terutamanya masa tidur yang semakin berkurangan kerana jadual saya padat. Sekarang saya sibuk dengan program Mentor Milenia dan persiapan Anugerah Juara Lagu Ahad ini.

"Selain itu, bakal sibuk dengan latihan persembahan konsert 5 Divo yang akan berlangsung pada 13 Februari depan," ujarnya.
Hazama dan kekasihnya Genervie Kam.
Dalam pada itu, Hazama berkata, dia bukan bersikap tamak dengan menerima semua tawaran dalam satu masa yang sama, namun menganggap ia sebagai peluang yang tidak boleh dilepaskan.

"Ini bukan sebab saya tamak, tapi peluang-peluang yang datang pada masa yang sama ini adalah yang saya impikan selama ini.

"Peluang ini tidak datang dengan mudah dan saya tidak mahu melepaskannya begitu sahaja," ujarnya.

Dalam perkembangan kerjaya, Hazama berkata dia bakal bersama empat penyanyi popular iaitu Hafiz Suip, Afgan, Judika dan Taufik Batisah bakal menjayakan konsert 5 Divo di Stadium Malawati pada 13 Februari depan.

Bagi yang ingin penonton konsert tersebut boleh mendapatkan tiket berharga RM128, RM188, RM388, RM588, RM888, RM988 dan RM1188 di www.ticketpro.com.my.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2016 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak tahulah kenapa makcik suka sangat tengok akim dan stacy berpasangan
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 10:02 AM | Show all posts
x minat akim..ntha..lepas2 meletop dengan lagu-2 die tu.. nampak kerek ala2 rock star tak jadi..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Berpeluk sambil berdakwah ke tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 10:21 AM | Show all posts
cari la pompuan islam
jgn rosakkan org lain...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 10:23 AM | Show all posts
oo awek hazama bukan islam eh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2016 10:37 AM | Show all posts
hazama pun nk betulkan genetik dia..kena la cari yang 'org luar'... semoga berjodohan dan dapat Hidayah
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 10:43 AM | Show all posts
tapi gf hazama ni lagi tua dari dia kan?

aku penah kerja dgn both of them ni terus terang aku cakap gf hazama ni yg banyak membantu memajukan career hazama sbb dia byk ideas and contact and dominant type.

hazama ni aku tgk lebih kepada ikut flow je.

sebab tu hazama ni boleh keluar dr kepompong AF
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2016 10:43 AM | Show all posts
stacy tu xdelah cantik mana cuma mungkin comel je , n tengok stacy ni perangai pun elok x liar kalau mix ngan akim tu mungkin menjadilah , tapi apasal awek si hazama ni mcm perempuan xxxxxx , hazama oii cari lah yg elok sikit kalau bukan islam pun .
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 10:45 AM | Show all posts
sayang_mulut replied at 21-1-2016 10:02 AM
x minat akim..ntha..lepas2 meletop dengan lagu-2 die tu.. nampak kerek ala2 rock star tak jadi..

tetambah atas pentas , mcm over pun ada time menyanyi tu amek feel lah katakan .

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 10:59 AM | Show all posts
aku tak leh blah protege dia tny mcm mana hazama dpt awek cine. tah pape la. dua2 tongong
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MINNIElove at 21-1-2016 11:24 AM

suka dgn personaliti hazama kelakar.... xde la over... haruslah akim over excited nyanyi  sblm ni sendu je...lps join majistret baru la orang pandang...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MousemickeyU at 21-1-2016 11:34 AM

Over mamat rempit ni..So perlu ke nak peluk2??
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 11:46 AM | Show all posts
tupai_tupai replied at 21-1-2016 10:43 AM
tapi gf hazama ni lagi tua dari dia kan?

aku penah kerja dgn both of them ni terus terang aku cak ...

genervie ni pun lama dh dlm industri kan?
penah tgk nama die dlm album Ruffedge
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Genevie ni dedulu lawa now nampak kertu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 11:50 AM | Show all posts
syue86 replied at 21-1-2016 11:46 AM
genervie ni pun lama dh dlm industri kan?
penah tgk nama die dlm album Ruffedge

yup.

gf hazama ni dgrnya oversea grad dlm music and anak didik Tok Ram

dulu dia mmg one of the team Tok Ram skrg ni dia dh gerak sendiri and dah jd music arranger utk ramai penyanyi mcm jamal abdillah etc
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2016 11:54 AM | Show all posts
tupai_tupai replied at 21-1-2016 11:50 AM
yup.

gf hazama ni dgrnya oversea grad dlm music and anak didik Tok Ram

pergh..mmg cemerlang background die
dulu mmg xkenal die ms die main utk ruffedge tu
tp sgtlah suke muzik die
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 12:03 PM | Show all posts
hazama nii untung coz gf dia musician banyak tau selok belok industri music .. bukan calang2 musician kot ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 12:09 PM | Show all posts
alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 12:19 PM | Show all posts
JENABREJAM89 replied at 21-1-2016 02:45 AM
tetambah atas pentas , mcm over pun ada time menyanyi tu amek feel lah katakan .

kan..ada aku tngok satu video mentor milenia tu.. punye la kerek..lagu kau pun satu dua je kot baru meletop.. tapi lagak rock star tu aku leh blah... kau tetap budak AF kot..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.277598 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list