CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3149|Reply: 0

PEGAWAI KADET GRADUAN ATM TAMAT LATIHAN

[Copy link]
Post time 5-1-2016 05:16 PM | Show all posts |Read mode
PEGAWAI KADET GRADUAN ATM TAMAT LATIHAN



Panglima Angkatan Tentera (PAT), Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli bin Mohd Zin Pegawai Tabik Hormat sempena Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Kadet Graduan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Siri 3/2015 diketuai oleh Pegawai Rendah Kanan Muhammad Syahir bin Abdul Rahman yang diadakan di Padang Kawad Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Kem Segenting, Port Dickson.




Seramai 96 Pegawai Kadet (PK) Graduan ATM yang terdiri daripada 52 PK Graduan TD, 9 PK Graduan TLDM, 33 PK Graduan TUDM dan dua PK Timbalan Setia Negeri Johor yang telah menjalani latihan selama 9 bulan di pusat latihan mengikut perkhidmatan masing-masing. Sepanjang kursus setiap pegawai kadet graduan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran ketenteraan yang membolehkan mereka berkhidmat mengikut kriteria yang diperlukan.






Hadir sama memakaikan pangkat kepada PK setiap perkhidmatan ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Laut, Laksamana Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Udara,  Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Roslan bin Saad TUDM.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.061118 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list