CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ninoZ

[Kompilasi] DAGING

   Close [Copy link]
Post time 9-3-2005 06:48 PM | Show all posts
ayam tomato simple [sweetgal]

Bahan2:
600 gm ayam
1 paket serbuk kari ikan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2005 11:55 PM | Show all posts


Kuah Rawon [cranko21]

Bahan:
300 gm tetelan (daging ada berlemak atau boleh gunakan campuran daging, lidah dan pipi lembu)
100 gram kacang panjang, potong dlm 1 inchi pjg)
2 lembar daun salam
4 lembar daun limau purut
1 batang serai, dititik
2 cm lengkuas, dititik
Garam dan gula secukupnya
8 gelas air


Bahan Kisar:
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 biji buah keras
3 biji isi buah keluak
2 btg cabai merah
1 sdm lada putih biji
1 sdt ketumbar       )
1/2 sdt jintan kasar  ) di sangar sedikit
1/2 sdt jintan halus  )



Cara Memasak:
Potong kotak-kotak kecil daging tadi.

Panaskan sedikit minyak goreng, tumis bumbu yang dihaluskan sampai harum bersama serai, lengkuas, daun salam dan daun jeruk.
Masukkan daging tetelan tadi dan gaul.... masukkan air dan biarkan dia atas api sederhana hingga daging empok.
Rasa garam dan masukkan kacang panjang tadi dan matikan api

Hidangkan kuah ini dgn nasi putih, serunding, paru goreng, tahu & tempe goreng dan juga sambal belacan yg di perah limau kasturi..

[ Last edited by NoorMasri on 13-3-2005 at 07:57 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2005 11:35 PM | Show all posts
masak lomak cili padi perut dengan rebung [bebop]

Perut rebus dulu then potong kocik-kocik.

Bahan tumbuk

Cili padi
Kunyit hidup
Halia
Bawang merah

Serai
Daun kunyit


Santan cair
Santan pekat
Rebung


Masukkan bahan tumbuk, serai dan daun kunyit dlm periuk sekali dengan santan cair tenggek atas api kecil.  Masukkan perut kacau jgn sampai pocah minyak!  Dah menggelogak masukkan santan pekat ngan rebung, kacau lagi.  Masukkan garam dan tunggu hingga menggelogak lagi.  Dah masak tutup api.


P/s. Rebung boleh diganti dengan ubi kentang, terung atau pucuk ubi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2005 02:02 AM | Show all posts
DAGING GORENG dgn BENDI [hanieliza]

Bahan
250 gm daging [potong nipis]
250 gm bendi [basuh dan potong serong]
1 biji lada kapsicum merah [ mayang]
5 biji cili merah
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cawan air
3 s/b minyak
2 s/b kicap
1 s/t gula

Cara :
1. Tumbuk lumat bawang putih, cili merah dan bawang merah.
2. Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik baunya.
3. Masukkan daging dan air. Biarkan sehingga daging lembut.
4. Masukkan bendir, lada benggala, kicap cair dan gula.
5. Goreng hingga sayuran-sayuran masak.
6. Hidangkan dengan nasi
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 06:24 PM | Show all posts
DAGING BAKAR [hanieliza]

500 g daging [basuh dan hiriskan setebal 1 cm]
2 batang serai
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 ulas bawang merah
garam dan kunyit

Cara
1. Mesinkan semua bahan kecuali daging.
2. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1 jam.
3. Masukkan daging dalam loyang pembakar.
4. Panaskan oven suhu 180'C dan bakar selama 30 mint.
[jangan lupa balik-balikan daging supaya masak kedua belah]
5. Hidangkan dengan salad
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 06:29 PM | Show all posts
SOSEJ dan BAKE BEANS SWEET-SOUR [hanieliza]

Bahan

10 biji sosje/hotdog [potong 2]
1 tin bake beans yg lembut
1 labu bawang besar [mayang kasar]
3 s/besar sos tomato
3 biji lada merah [mayang]
garam
gula
minyak untuk tumis

Cara.

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan cili merah sehingga wangi.
2. Masukkan sosej dan gorengkan sehingga garing.
3. Masukkan bake beans, soso tomato,gula dan garam. Kacar rata.
4. Bila dah masak boleh dihidangkan dengan roti.

NOTA:
Resepi ini kak liza pelajari semasa menghidangkan makanan kepada anak-anak mangsa peperangan BOSNIA semasa kunjungan mereka ke Kerteh pada tahun 1992 dahulu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2005 06:32 PM | Show all posts
BEBOLA DAGING [Paja]

daging cincang (500gm)
tepung jagung @ ubi (2 sudu)
serbuk penaik (1 sudu kecik)
garam
lada hitam

campurkan semua bahan sampai sebati. kepalkan dan buat bentuk bebola ikut besar mana yang suka. kegunaannya pelbagai.
boleh goreng, campur dalam sup, masuk dalam sos bolognese untuk spagetti, rebus pastu potong2 untuk rencah mee goreng etc.

# kalau nak lagi sedap .. boleh campur bawang cincang, cendawan butang cincang, cili merah dicincang etc
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 06:46 PM | Show all posts
SATAY AYAM [stail bakar dalam oven] [hanieliza]

Bahan:
500 gm isi  ayam/daging [hiris kecil dan nipis]
1 inci lengkuas - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 batang serai - dikisar
1 s/k jintan manis - dikisar
1 s/k jintan putih - dikisar
1 s/b  gula
5 ulas bawang merah - di kisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci hidup - dikisar
1 s/k garam - dikisar

Bahan tambahan:
timun [dipotong kecil]
bawang besar [potong kecil]
nasi himpit [potong dadu]
Kuah Kacang

Cara:
Perapkan daging ayam/lembu dengan bahan yang telah dikisar selama 3 atau 4 jam.
2. Masukkan ayam yg telah diperapkan dalam loyang dan bakarkan dalam oven suhu 200'C selama 30 minit.
3. Hidangkan bersama bahan tambahan dan Kuah Kacang.

NOTA:
Sekiranya nak digoreng..[boleh dimakan dengan nasi putih atau nasi tomato]
Panaskankan minyak dan tumiskan bahan yg diperapkan.
Masukkan bawang besar dan lada merah yg dipotong kecil.

Satay goreng [cranko21]

Bahan2
Daging di hiris (cuci dan tos airnya)
Serbuk kari ikan
Serai               )
Lengkuas         ) bahan2 ni di kisar halus
bawang Besar   )
Bawang putih   )
Jintan Halus  - kisar kasar2
JIntan Kasar - kisar kasar2
Gula
Garam
(nota : boleh juga gunakan serbuk jintan halus dan kasar kalu takmo guna yg bijik)

Cara :
gaulkan semu bahan2 tadi hingga sebati dan biarkan sebentar sebelum di cucuk ke lidi atau di goreng.




Satay [NoorMasri]


Bahan-bahan satay:

1 kg isi ayam/daging } dihiris kepingan 2.5 x 2.5cm
1 1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar madu
2 sudu besar minyak masak
lidi sate
minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik)

Bahan yg perlu dikisar:

3 ulas bawang merah
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup atau 2 sudu kecil kunyit serbuk
4 cm halia
2 batang serai
4 cm lengkuas
1 sudu besar ketumbar   } disangai
1 sudu kecil jintan manis } disangai
1 sudu kecil jintan putih  } disangai

Cara membuatnya:

Campurkan gula, madu, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.
Perap daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya selama 3 jam .
Cucuk dengan lidi dan bakar, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak.
Sajikan dengan kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun.

Tips: Lidi terlebih dahulu direndam di dalam air selama 2 jam sebelum digunakan untuk  mengelakkan  lidi hangus bila satay dibakar.

[ Last edited by NoorMasri on 22-3-2005 at 06:50 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2005 07:16 PM | Show all posts
Beef Steak [TheOne]

SAUCE
1/2         diced tomatoes
         salt
         pepper
1          tablespoon dry sherry
2/3         cup tomato sauce
1/3         cup water
2          teaspoons paprika
         oil

PEPPERED STEAK
1  large rump steak, cut in half
4  tablespoons crushed  peppercorns
1  egg
    fresh parsley


1.         SAUCE-----------------.
2.         Place the oil in the bottom of a saucepan.
3.         Cook the diced tomatos in saucepan on low heat.
4.         Continually stir them.
5.         Add pepper and salt early on in the cooking of the tomatoes.
6.         When the tomatoes are nearly cooked add the dry sherry.
7.         Now leave the tomatoes for 1 min so that all the sherry is absorbed in the     tomatoes.
8.         Add the tomato sauce and stir in and then add the paprika.
9.         Add the water slowly so that the thickness is what you desire.
10.         Serve on top of steak or as part of a fancy dish.

11.         PEPPERED STEAK--------------.
12.         Beat the egg so that the yolk is blended in with the white.
13.         Dip the steak piece by piece into the egg.
14.         Then cover the steak with the peppercorns.
15.         Place the steak onto high heat for 30 seconds each side and then reduce heat and cook until it is how you like it.
16.         Once cooked place on a plate.
17.         Generously pour the sauce over the steak and garnish with a bit of fresh parsley.
18.         Serve and enjoy.


Pepperbeef [Oddy]

4 slices of beef ca. 180g - beef rib steak, beef sirloin or tenderloin
Pepper (coarsely ground)
Salt
1) Rub the beefslices with pepper & salt & put aside for 1/2 hour or more
2) Afterthat, fry them in a pan with a bit of butter or oil, or you can also grill them

Peppersauce
2.5 dl cream
2 tbs soya sauce
1/2 - 1 tbs pepper (coarsely ground or blackpepper)-(i selalu campur kedua2)
1/4 salt
1) Pour cream, soya sauce & pepper in a saucepan or casserolle, & stir slowly
2) Let the sauce boil up until a bit thick
3) Taste with salt

Biasanya i tambah chillipowder bila i marinade beef tu.. sebab i suka pedas sikit... pepper pun pedas gak tapi lain pedasnya...yg cream tu, i tak pasti kat m'sia ada jenis apa... kat sini i guna whipping cream ataupun cooking cream...


BEEFSTEAK LIZA [hanieliza]




Bahan
500 gm daging steak/tenderloin [bersihkan]
1 s/b kicap pekat
1 s/k madu/gula
1 s/b sos plum

bahan kisar
1 s/k lada hitam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang
1 batang serai
1 inci halia

Cara:
1. Daging dipotong lebar setebal 1 cm [1/2 inci].
2. Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan selama 4 atau 5 jam.
3. Masukkan semua bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung.
4. Masakkan atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut.
5. Angkat daging dan sediakan sos.

SOS LADA HITAM

Bahan
1 s/b lada hitam
1 s/b tepung jagung  ]
1 cawan air               ] bancuhkan
1 s/b sos tomato
1 s/b kicap pekat

Cara.
1. Gunakan non-stick pan yg merebuskan daging tadi.
2. Panaskan semua bahan termasuk bahan lebihan daging dalam non-stick pan tadi.
3. Bila mendideh, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran untuk hidangan.

SAYURAN

Salad
tomato
kentang goreng
baked beans

Susunkan semua saperti dalam gamba dan tuangkan sos lada hitam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 07:45 PM | Show all posts
Serunding Daging/Ayam [ninoZ]

Daging/Ayam - rebus pastu siat2 [simpan air dia..masuk sama masa masak serunding]
santan secukupnya
dikisar halus2 :
cili kering - rendam n toskan
bwg merah
garlic
halia
lengkuas
serai
ketumbar, jintan manis, jintan putih - disangrai [me suka taruk ketumbar lebih2 sket]

kerisik sket
gula merah
garam secukup rasa

masukkan semua bahan dlm kuali beso..renih  dgn api perlahan sampai kering sambil dikacau2 selalu..
siapp

variasi:
taruk daun kunyit or daun limau purut yg dihiris halus pun best gak
kadang2 ketumbar tu tak blend sekali..just tumbuk kasar2 je..esp serunding daging

utk serunding ikan plak..
omit lengkuas tu n rempah dia tak la taruk byk sgt.. nak senang, guna ikan tenggiri..kukus n amik isi dia.. nak guna ikan temenung pun bleh.. tapi jenuh la sket nak mengukut isinya..

SERUNDING DAGING [hanieliza]

Bahan-Bahan:
1 kg daging
1 1/2 biji kelapa
15 tangkai cili kering
1 s/b ketumbar [ goreng tanpa minyak dan tumbuk pecah sikit]

Bahan yang dikisar:
500 gm bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
5 batang serai
2 inci halia
Garam dan gula (secukup rasa)

Cara:
1. Rebus daging hingga empuk, kemudian siat sehingga halus.
2. Air rebusan daging jangan dibuang, gunakan untuk memerah santan. Perah santan lebih kurang 3 cawan.
3. Masukkan pati santan bersama bahan kisar & daging dan jerang di atas api sederhana.
4. Bila hampir kering, masukkan ketumbar yg ditumbuk kasar. Kacau sehingga ia kering. Jangan berhenti mengacau..takut mudah hangus.
5. Sejukkan dan simpan


SERUNDING DAGING [antiQue]

Bahan :
500gm daging (yg fresh baru semelih punya) direbus dalam sikit air (biasanya saya biarkan air tu mengering bersama daging, maknanya no juice yg terkeluar dari daging, tapi jgn sampai hangus lah) kemudian disiat-siat
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan manis
15 tangkai cili kering dikisar
2 helai daun kunyit dihiris halus-halus
sedikit kerisik
santan dari 1 biji kelapa yg cukup besar
2 kpg asam gelugur
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar :
10 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5-7 batang serai

Cara :
Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan masak hingga kuning. Masukkan cili kisar pula bersama segala serbuk jintan. Bila dah rasa masak OK, masukkan santan, asam, garam gula dan serbuk ketumbar. Pastuh masukkan daging dan kerisik... tunggu sehingga agak cam lecah-lecah tu baru masukkan daun kunyit. Masak lagi hingga betul-betul kering.


Rendang Koyak Tok Mak (Serunding) [Melur01]

Sekilo daging lembu ( dipotong berbentuk kiub empatsegi dan direbus sehingga empuk)
disiat-siat dengan menggunakan pin, akan lebih halus dari menggunakan pisau kecil.

3 sudu besar cili kering yang telah diblend (nak pedas boleh tambah lagi cili kering tu)
3 biji kelapa santan (perahan pertama sahaja)
2 serai - blend
10 bawang merah - blend
3/4 halia - blend
ketumbar biji (1 sudu besar - ditumbuk jangan terlalu halus atau kasar sangat)
garam & gula


Daging yang telah direbus bolehlah letakkan dalam container... time-time relaks...sambil menonton tv bolehlah siat-siatkan daging...

cili, santan, serai, bawang merah, halia masukkan dalam kuali dan dimasak dengan api sederhana... pastikan santan tak naik minyak... sentiasa kacau...setelah setengah kering santannya, masukkan daging tadi... masukkan garam dan gula secukup rasa... akhir sekali apabila hampir kering, barulah dimasukkan ketumbar biji tu....

[ Last edited by  nhuda at 17-4-2007 05:24 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 07:50 PM | Show all posts
Tulang2 or Bonesteak [blackmore]

...3 kg tulang2
...5 ulas bawang puteh
...2 batang serai dititik
...1/2 inci halia

....bahan2 nie direbus ngan tulang2...


...Bahan2 untuk dikisar...
...60 helai lada kering   
...2 bawang besar      
...2 bawang puteh


...sedikit minyak menumis
...1/2 botol sos tomato
...2-3 sudu makan kicap manis
...1 sudu makan (penuh) rempah kari daging

...3 bawang besar d potong dadu
...2 biji tomato dipotong dadu
...3 biji kentang dipotong dadu
...6 batang lada hijau dihiris kasar
...1 tin kacang peas
...1/4 bahagian kobis dihiris
...garam dan gula secukup rasa


....cara2 membuatnya...

...tumis bahan2 kisar sehingga naik minyak...selepas itu..masukkan rempah kari daging dan kacau hingga rata...masukkan sos tomato, kicap manis dan sedikit air (agak2 jangan sampai jadi cair)....sesudah itu...masukkan bahan2 yang sudah didadu tadi...kacang peas dan kobis...garam dan gula secukup rasa...akhir sekali...masukkan tulang2 tadi dan kacau rata2...
....biarkan masakan nie pekat sedikit baru dimatikan api...sedap dihidang panas2 dan makan berserta roti perancis...

...selamat mencuba...


...ps.....air rebusan tulang nie kalau bley takmo digunakan...sebab...minyak dia...woooo..bley naik darah tinggi korang
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2005 10:10 PM | Show all posts
KARI DAGING MODEN [mrs_livingstone]

BAHAN:
Daging 1/3 kilo
Bawang merah,putih,besar,--------------------->blend(kuantiti X kisah,lg byk lagi sedap)
halia+kunyit+lengkuas(they are optional)--->sama2
rempah kari daging
natural yogurt (satu bekas kecil)
susu segar (kalau susu tepung,bancuh ngan air)..susu cair tak sedap
kismis(optional)
gula garam

CARA:
1. tumis bhn yg di blend bersama rempah kari
2. setelah  naik minyak,masukkan daging dan gaul...biar hingga kuar air daging
3. masukkan yogurt kacau
4. masukkan susu,kacau biar mendidih
5. masukan kismis
6. masukkan garam dan gula secukup rasa
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2005 10:45 PM | Show all posts
AYAM MASAK JINTAN [hanieliza]

bahan
1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan]
3 cawan santan [1 biji kelapa]
2 batang serai [ketuk]
3 s/b minyak

bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
2 cm kunyit hidup
1 s/b cili mesin
1 s/b jintan manis
1 s/k garam

cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan ayam dan serai dan kacau. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan santan. Kacau rata dan biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan garam dan renehkan sehingga naik minyak dan nampak pekat.


DAGING GORENG JINTAN [Kacip_Fatimah]

Bahan:

1 kg daging[seeloknya batang pinang]
2 sdb rempah sup ADABI
2 sdb serbuk kunyit
garam secukop rasa
air asam jawa
air

Bahan tumis:
2 ikat daun pandan-simpul[takde pun takpa]
10 ulas bawang merah
4 sekawan

Bahan Kisar:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2"halia

Bahan hiasan:
2 biji cili hijau-potong serong
2 biji tomato-potong 4[jadik 8]
3 biji bawang besar-potong gelang

Cara:
Panaskan minyak[lebih sikit takper].masukkan bahan tumis.kacau hingga bawang garing.Kemudian masukkan daging bersama2 air.Masukkan jugak bahan kisar,serbuk kunyit dan serbuk rempah sup.Kacau rata.Bila daging empok[pastikan air dah kering dan pecah minyak]rasakan garam dan air asam jawa[air asam nie jgn banyak..saya agak dlm 2sdb..kalau kurang tambah lagik..ikut selera memasing]Dah tu,masukkan bahan hiasan,kacau sebentar.Siap!


Nota:daging nie seakan2 mcm daging goreng kunyit laa tapi yg lain tu dia guna rempah sup.dan kalau nk wangi,boleh kisar sekali serai dlm sebatang.[serai nie ikut suka]..kena kasik kering air dan bior sampai pecah minyak.

[ Last edited by CatLady on 23-3-2005 at 10:46 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2005 10:41 PM | Show all posts
Sausage & peppers [RasaCinta]

Ingredients:

2 tbsp minyak
12  keping sosej
1 Onion, dihiris halus
2 cloves Garlic, cincang
2  Red peppers, dipotong  
1  Green pepper  
3 tbsp Tomato paste / sos
  salt
  pepper

Panaskan minyak...masak sosej dlm 2 mins.. campak bawang, peppers, tomato sos, salt and pepper.. dah masak...... apalagi makan lerr!



Black paper Steak [tulip]

nak steak pun senang gak..

kot2 la ada daging lying around somewhere..  just marinate the daging dengan black pepper.. then just fry dengan sikit aje minyak..

then gravy dia, just guna kiub ayam boil kan, letak tepung jagung sikit (or pemekat kuah), then black pepper.. sampai dapat kepekatan diingini.. hehehe..

pas tu goreng la fries kee... nak buat coleslaw pun boleh..


Ayam goreng sambal [mesmerize]

sekeping dada ayam dihiris
3 bawang merah
cili boh
1 sudu kecil kunyit serbuk
garam secukup rasa
gula secukup rasa
minyak masak - sikit je.. 2 sudu makan pun cukup

cara2 :- perapkan ayam ngan serbuk kunyit dan sedikit garam. pastu gorengkan ayam dalam minyak yang 2 sudu makan tu sampai separuh garing. pastu campakkan bawang merah yang dihiris tu.. pastu campakkan 1-2 sudu makan cili boh. kacau2 untuk seketika. kalau kering sangat tambah laa air dalam 3-4 sudu. masak sampai laa sambal ayam ni keluor minyak. pastu taruk la gula ngan garam secukup rasa. perah asam limau sket. nak lagi sodap campakkan sekeping daun limau purut seblum dipadamkan api. senang kan. ni untuk makan sorang/duorang. kalau ramai nak makan tu tambah la lagi ramuan2 nye ek.


GRILL CHICKEN [roz]

Marinate ayam cam biasa (bawang putih, garam, halia) dan tambahkan
rempah kari daging dan serbok cili dan tairu/plain yoghurt.

Kalau tak ada yoghurt, ambil fresh milk dan perahkan jeruk limau.
Tutup dan biarkan dia 1 jam jadi tairu lah dia.

Perap ayam sebentar kemudian grill di-oven.
Makan dgn fries, sliced tomato, baked beans. Sedap...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2005 11:04 PM | Show all posts
Daging kicap lebur [cranko21]

Daging lembu - potong kecil
kicap
sedikit cuka
gula
garam

Bahan2 yg di kisar
bawang besar
bawang putih
lengkuas
lada kering
sedikit belacan

Cara:
Masukkan daging dan bahan2 kisar dlm kuali dan masak hingga daging separuh empok.
Masukkan sedikit air, kicap, cuka, gula dan garam
biarkan hingga daging empok


Ayam masak Tomato [TAJMAH]

Bahan-bahannya
Ayam
tomato maggi
susu sejat (susu cair)
lada kisar
daun sup
daun bawang
minyak
garam


Bahan kisar

Bawang merah
Bawang putih
halia


Cara membuatnya:

1. Jika suka ayam boleh di goreng sekejap (kalau tak mau goreng boleh juga)
2. Panaskan minyak setelah itu tumis bahan kisar bersama lada sehingga naik bau selepas itu masukkan tomato sauce masak lagi setelah itu baru masukkan ayam kacau rata. setelah itu masukkan sedikit air dan tutup periuk biarkan hingga mendidih dan setelah ayam masak baru masukkan susu dan garam. Masak ayam selama sepuluh minit dan hendaklah dikacau selalu supaya tidak hangus. Setelah masak taburkan daun sup dan daun bawang baru dihidang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2005 08:46 AM | Show all posts
Daging goreng kunyit [grugals]

bahan-bahannya..:

daging
kunyit hidup..takmo kunyit serbuk tak best
dua batang serai.dititik
cili padi dalam 10 tangkai
jintan halus
cendawan butang,yg dalam tin punya
bawang merah 5ulas
bawang putih 5ulas
minyak utk menumis

cara2 memasak.:

daging dipotong nipis dan lebar
tumbukan suma bahan kecuali serai di titik je,dan cendawan butang,
panaskan minyak dan tumis bahan2 yg ditumbuk tadi serta serai yg dititik tadi...bila dah sedikit garing masukan daging..dan tutup kuali dengan penutup..biar dia seketika hampir masak,masukan cendawan butang tadi...tunggu lagi dalam 5minit kemudian angkat...kalo takmo kering sangat boleh lah tambah air sikit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2005 08:47 AM | Show all posts
DAGING GORENG KACANG PEAS [hanieliza]

Bahan-Bahan:
400 gm daging [hiris nipis]
2 biji bawang besar [dipotong bulat]
4 biji cili hijau [mayang]
2 [biji cili merah[mayang]
4 biji bawang putih [diketuk]
1 tin kacang peas
3 s/b sos tiram
2 inci halia [hiris nipis]
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih sehingga naik aromanya.
2. Masukkan sos tiram. Setelah naik baunya, masukkan pula daging. Masak daging sehingga empuk.
3. Masukkan cili hijau, cili merah & halia.
4. Akhir sekali barulah dimasukkan kacang peas dan  garam. Kacau sebati.
5. Masukkan daging dalam pinggan dan  hidangkan.


DAGING GORENG RAMPAI SAYUR[hanieliza]

Bahan-Bahan:
500 gm daging [hiris nipis]
1 tin kacang peas hijau
3 s/b sos tiram
1 s/b tepung jagung [bancuh ngan sikit air]
1 s/k serbuk lada sulah
1 s/k kicap cair
2 s/b minyak
1 mug air
1 biji bawang besar [mayang]
3 ulas bawang putih [dicincang]

Bahan Sayur
10 batang kacang buncis
1 batang celery
1 biji cili capsicum hijau
1 biji cili capsicum merah
1 biji lobak

Cara:
1. Perapkan daging dengan kicap cair dan serbuk lada sulah.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang besar & bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan daging dan air. Masak shingga danging lembut dan agak kering sikit airnya.
4. Masukkan pula sayuran yang telah dipotong, sos tiram & serbuk lada sulah. Kacau rata.
5. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
6. Masukkan kacang peas. Kacau seketika dan angkat.
7. Hidangkan.

NOTA:
Jika tak suka daging boleh juga ditukarkan pada isi ayam yg dihiris nipis tetapi masak ayam dalam masa yg sekejap saja.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2005 08:58 AM | Show all posts
simple n easy paprik [gigi kuning]

daging skit.....potong2 ye
ayam skit
sotong skit udang skit
carrot skit
kacang panjang skit
kobis bunga skit


tumis bawang putih
masukkan dua sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap manis
pastu dah naik bau taruk air
taruk suma bahan2 diatas tadi
taruk daun limau purut
taruk cili padi yg diketuk
taruk garam n gula ikut suka lu org
pak aji pon boleh taruk
last skali perah asam limau



AYAM MASAK PAPRIK [NoorMasri]

Bahan-bahan:

1/2 ekor /600 g ayam } dipotong kecil-kecil
100 g lobak merah } dipotong bulat-bulat
100 g bunga kobis } dipotong kecil ikut bunganya
100 g kacang panjang } dipotong sepanjang 4.5 cm
1 biji buah tomato } dipotong 4
3 helai daun limau purut } disiat/koyak skit
2 ulas bawang putih } dicincang
1 labu bawang besar Holland } dihiris bulat-bulat
1 inci halia } dimayang
6 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap masin
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
7 biji cili api }dibelah 2 - jika suka pedas boleh tambah lagi
4-5 sudu besar minyak untuk menumis
sedikit air
sedikit daun ketumbar } dipotong untuk hiasan - jika suka

Cara membuat:

Ayam dan sayur dicuci berasingan kemudian toskan.
Panaskan minyak didalam kuali, masukkan ayam kemudian goreng sehingga keluar air ayam dan ayam 3/4 masak sahaja (JANGAN sampai garing/kuning)
Keluarkan ayam dari kuali, menggunakan minyak tadi tumiskan bawang putih dan halia sehingga wangi dan kekuningan
Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis, kicap masin dan sedikit air
Selepas menggelegak, masukkan isi ayam dan daun limau purut.
Biarkan ayam betul-betul masak dan kuah agak pekat barulah masukkan semua sayuran, cili api, bawang besar dan sos ikan
Kacau 3 minit kemudian bolehlah diangkat
Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit daun ketumbar.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2005 10:40 PM | Show all posts
DAGING ITIK SOS MARKISA...[RasaCinta]

Bahan2nya:

3 keping dada itik
25 g walnut, cincang kasar

Sos markisa, kacau rata:
250 g jus buah markisa
1 sdt gula pasir
1 sdm jus limau
1/2 sdt garam

Cara membuat:
- Panaskan kuali leper/skillet, masak daging itik dgn posisi kulit di bagian bawah hingga mengeluarkan minyak..

-Masukkan sos markisa, masak sambil kacau hingga daging itik masak....angkat dan sisihkan sosnya... hiris melintang.

-Akhir sekali, atur daging dan siram sos diatasnya....taburkan dengan kacang walnut...

-Boleh disajikan bersama hidangan kentang..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2005 01:52 PM | Show all posts
Daging Masak Merah [ninoZ]

daging batang pinang - hiris nipis
sedikit tomato puree
serai- dititik
daun limau purut
dikisar halus2:
cili kering - seeded, rendam n toskan
cili merah
bwg merah
bwg putih
sedikit halia

garam gula secukup rasa
kacang pis
minyak utk menumis

panaskan minyak n tumiskan bahan kisar hingga naik bau, tambah kan tomato puree [skett aje] pastu masukkan daging,serai n daun limau purut
tambah sedikit air jika perlu pastu renih hingga daging empuk
perisakan garam gula secukup rasa
masukkan kacang pis..kacau seketika then bleh dihidangkan

Variasi:
masak merah ni..kalau nak ketuk lengkuas sket pastu masukkan sekali pun bleh gak

versi masak merah bersantan juga dikenali sebagai masak ros [kurang pedas dari masa merah]
utk bahan kisar tu bleh omit cili kering..cuma gunakan cili hidup, bwg merah, garlic n halia
serai bior byk2 sket..agak2 daging dekat nak empuk tu.. just masukkan sedikit santan pekat..then renih sampai masak



Daging Masak Merah Southern Thai Style [Amelie_Poulain]

Bahan2:

daging - preferably daging rimau menangis... seketul besar -
bawang putih - tumbuk kasar
kicap pekat manis
nampla
bawang besar - ptong bulat
cili merah - hiris
cili hijau - hiris
minyak masak

Methods:

Daging dikukus or rebus sampai 3/4 masak (kalau suka, letakkan sedikit pewarna merah). Biarkan sejuk. Hiriskan daging nipis2, pastikan every piece ada sedikit lemak (I know... I know.. tinggi cholestrol... tapi sedappp...!) Tumis bawang putih sampai kuning, masukkan daging, kicap, nampla & bawang besar - pastikan anda guna api yg besar... the whole trick is to cook fast & hot! Kacau sampai bawang besar nampak light brown kat tepi... masukkan cili potong. Hidang diatas daun salad di dalam pinggan. Hidangan ni berminyak skit... sebab minyak dari daging tu akan cair. So masa dish-out tu... gunakan slotted spoon



Daging Merah Ala thai [ninoZ]

lidah lembu - rebus, selinapkan kulit pastu hiris nipis n warnakan merah[ganti dgn daging btg pinang pun bleh]
bawang putih - finely chopped
halia - hiris halus
sedikit cili merah - tumbuk halus [ganti dgn cili blend pun bleh gak]
bawang besar - dipotong gegelang [preferably bwg yg kuning]
daun limau purut
campuran sos tomato, sos cili n sos tiram
gula
sos ikan/garam
minyak

tumis bwg putih, cili n halia sampai naik bau then masukkan campuran sos2..perisakan dgn sos ikan n gula secukup rasa [ni  kena pandai2 la balancekan rasa masam manis]..tambah air skett je jika perlu n masukkan daun limau purut..bior kejap then masukkan daging n bwg beso..kacau sebentar bior mesra n pekat
pastu siap utk dihidangkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.086923 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list