CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ninoZ

[kompilasi] SOS, SAMBAL, CICAHAN dan SAPUAN

   Close [Copy link]
Post time 6-3-2005 10:26 PM | Show all posts
SAMBAL GORENG BERLADO [Jonah]

Bahan2:
cili merah
bawang besar
limau kasturi
garam secukup rasa


CARA MEMASAK

1.  Cili tu - takde cara lain, melainkan di tumbuk - kasarnya macam buat
    sambal belacan.  Kalau halus tak sedap.

2.  Bawang besar dihiris halus - kemudian tumbuk kasar.  Kalau tak nak
     tumbuk pun takpe.

3.  Panaskan kuali, tumiskan semua bahan.  Kalau bawang besar tak di
    tumbuk, maka layukan dulu bawang besar tu, kemudian baru masuk cili
    merah.

4.  Masukkan garam dan perahkan limau kasturi.

Masakan ni tak lah lama sangat macam masak sambal tumis tu.  Sambal ni bolehlah kita gunakan untuk buat ayam goreng berlada ke, ikan ke, paru ke, tahu, tempe, terung, ikan bilis, daging, hati mempedal dan sebagainya.  Tapi ingat, benda2 tu semua kenalah goreng betul2 - jangan goreng 1/2 masak je.  Kalau daging - goreng sampai daging tu garing.  Syiokkkk woi!
Nak sedap lagi bubuh belacan sikit.  Tapi kalau tak bubuh pun sedap.  Fuyooo!!! Kalau kena dengan ayam kampung pun best gak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2005 06:47 PM | Show all posts
sos daging bakar [kEk_KeL@d|]

bahan :
tomato
bawang besar
lada/cili padi
sos tomato
kicap
garam
gula
limau nipis


tomato dan bawang besar dipotong sampai jadi dadu kecil2. utk lebih pedas, boleh taruk lada, tak kiralah lada besar atau kecil, bergantung kepada kepedasan yg kita nak. mesin/tumbuk lumat2, pastu letak sos tomato banyak, letak kicap then garam dan gula secukup rasa. last sekali perahkan asam limau. gaulkan sampai rata semua tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 11:41 PM | Show all posts
SAMBAL GESEK [bebeh]

Bahan-bahannya:-

- Segenggam ikan bilis
-10 biji cili padi-
- sebiji limau nipis

cara-cara membuatnya:-

1.  Mula-mula ikan bilis dicuci terlebih dahulu. Kemudian ikan bilis ditumbuk
     bersama-sama cili padi sehingga separuh hancur.Selepas itu perahkan
     limau nipis kedalamnya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2005 06:03 PM | Show all posts
KUAH SATE [CatLady]

Bahan -bahan
1/2 kilo kacang-  buang kulit dan blend kering jgn terlalu halus
6 ulas bawang merah }
4 ulas bawang putih  } blend
1 inchi halia               }
kerisik
cili giling
gula merah/ gula apong/gula kabong
garam

cara-caranya
rebus kacang goreng tadi...sehingga dia kuar minyak..lagi lama lagi bagus..sentiasa gaul untuk elakkan dia hangus...biar dia cukup masak..supaya kuah sate kita tahan lama...biar dia rebus selama 20-30min..sentiasa tambah air...


KUAH SATE [cranko21]

bahan2r

bawang besar ]
bawang putih ]  kisar halus
lengkuas        ]
serai             ]
lada kering    ]

air asam
kacang tanah yg dah di goreng dan di kisar
garam & gula

panaskan minyak, tumis baha2 kisar tadi.... dah garing.. masukkan kacang tanah, air asam dan air...... then biarkan mendidih dan pekat sedikit.. then rasa gula dan garam
pastu.letak semua bahan blend , kerisik, cili giling secukup rasa, gula apong dan garam...biar kuah tu merenih lagi hingga pekat..

KUAH SATE [hanna1905]

Kacang tanah           } goreng pastu blend jgn hancur sgt
cili kering                  }
bawang merah          }  
bawang putih            }  blend
halia                         }
lengkuas                   }
serai                         } di titik
1-2 biji buah keras      } tumbuk
asam jawa
garam
gula

rebus kacang tanah dgn cili kering sampai keluar minyak, rebus lama sket..
kemudian tumis bahan yg di blend td termasuk serai..

kalau ada tetelan cam limpa ke hati ke boleh masukkan..dah keluar minyak masukkan ke dalam rebusan kacang tadi..

menggelegak, masukkan air asam jawa, garam gula dan bila dah cukup rasa semua barulah masukkan buah keras..

NI STAIL ORG JAWA PUNYA RESIPI KUAH KACANG [blackrose]

1 KILO KACANG TANAH ( GORENG & BLEND)
10 ULAS BAWANG MERAH ( TUMBUK)
6 ULAS BAWANG PUTIH ( TUMBUK)
SEGENGGAM UDG KERING ( TUMBUK)
CILI KERING IKUT KEPEDASAN(BLEND)
ASAM JAWA
3 BATANG SERAI DITITIK
GARAM DAN GULA
3 MANGKUK SANTAN(OPTIONAL)

TUMIS BAWANG DAN UDG KERING HINGGA GARING MASUKKKAN CILI GILING TUMIS HINGGA GARING. MASUKKAN KACANG DAN AIR ATAU SANTAN.MASUKKAN SERAI YANG DIDTIK.REBUS HINGGA NAIK MINYAK.LETAK ASAM JAWA GARAM DAN GULA. MASAK HINGGA KUAH PEKAT

KUAH KACANG [DARSITA]
======
1. Goreng bawang merah & bawang putih & halia bersama dua sudu minyak.
3. Masukkan lada boh (cili kisar)
2. Masukan kacang tanah yang sudah dikisar.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Masukkan air + gula merah (gula jawa) + serai yang dititik (saya tak kisar serai sebab ramai orang komplain susah nak makan)
5. Kacau selalu sampai kuah pekat (nanti saya tunjuk gambar)

Siap utk dihidangkan.

Disclaimer: try it at your own risk :-)


KUAH SATAY @ KUAH KACANG [hanieliza]

Bahan:
1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
200 gm daging..hiris nipis
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

bahan mesin
3 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras


Cara:
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan daging dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
4. Masukkan gula dan garam secukupnya. Biarkan sehingga naik minyak.


KUAH KACANG MERTUA [maklang]

1.  ketumbar ) - 1 sudu
2. Jintan manis - 1 sudu kecil
3. Jintan putih - 1 sudu kecil
4. halia sebesar ibu jari - 1/2"
5. Lengkuas sebesar ibu jari - 1/2"
6. Serai 3/4 batang
7. Daging potong kecik2 } rebus dulu, air daging jangan buang

8. Udang kering, bawang besar, belacan, cili kering } make sure kena goreng dulu sebelum tumbuk
9. kacang tanah digoreng

cara:-

- Tumbuk halus semuanya
- tumiskan semua tu
- masukkan kacang
- air asam jawa

* air tu, pakai jer air rebusan daging tu....

* daging tu lepas rebus, goreng la sikit...x de la liat...

[ Last edited by  nhuda at 18-4-2007 08:28 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2005 06:43 PM | Show all posts
sayur/sambal goreng jawa [blackrose]

menu ni org jawa masak masa time kenduri kawin buat berkat atau kenduri nasi ambang

Bahannya....
3 Keping tauhu kering di goreng dan hancurkan
5 biji kentang.. potong kecil2 dan goreng
suhun digoreng or rendam je.....
tempe potong kecil2 dan goreng....
50 tangkai cili kering digunting-gunting dan rendam.. buang biji...
satu genggam bilis dibersihkan
10 ulas bawang merah dihiris
5 ulas bawang putihhiris
3 biji bawang besar dibelah 4
3 inci lengkuas dihiris2 memanjang
2 inci belacan dibancuh ngan air asam jawa.
2 senduk kicap cair
santan pekat
garam dan gula

cara2nya..

tumis bawang merah, putih,bilis, lengkuas, hingga garing sikit pas tu masukkan cili kering yang di gunting2 tadi. tumis hingga cili tu agak masak  kemudian masukkan air bancuhan belacan gan asam jawa. pas tu masukkan santan dan kicap .........agak mendidih..masukkan semua bahan goreng tadigaram dan gula... gaul.. hingga masak.. tunggu sampai santan kering..make sure santan tu jangan terlalu kering.... just nist bagi sayur tu berkilat.. best makan dengan nasi ambang

SERUNDING KELAPA [blackrose]

BAHANNYA...

KELAPA PARUT DI SANGAN ( GORENG TANPA MINYAK HINGGA AGAK GARING.. JANGAN SAMPAI HITAM)

BAWANG PUTIH KISAR
KETUMBARKISAR
JINTAN MANIS KISAR
LENGKUAS SKITKISAR
SERBUK KUNYIT
AIR ASAM JAWA...

KACANG TANAH YANG DI GORENG

PANASKAN MINYAK TUMIS NAHAN KISAR SAMAPI WANGI DAN GARING... MASUKKAN AIR SKIT, KUNYIT DAN AIR ASAM JAWA... GARAM DAN GULA..MANIS2 SKIT LEBIH SEDAP.

MASUKKAN KELAPA GORENG TADI DAN GAULKAN SAMAPI KERING DAN GAK BERKILAT COZ. PAS TU  ANGKAT. CAMPUR NGAN KACANG TANAH... MAKAN....

SETENGAH2 TEMPAT DIA TAK TUMIS...DIA RAMAS SEMUA BAHAN DENAGN KELAPA PARUT  DULU BARU SANGAN.. YANG TU VERSI KERING SKIT.. DEPAND ON THEIR TASTE

[ Last edited by CatLady at 18-9-2005 02:34 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2005 06:50 PM | Show all posts
sambal goreng pengantin [blackmore]

...eerr...another one of my fav recipe...sedap gak sambal goreng nie...

Bahan2 nya...


...daging...ikut suka hati korang...dihiris dan rebus...air rebusan simpan jangan buang

...hati lembu..sedikit jer..

...udang...ikut suka hati korang jugak...dibuang hujung kepala sedikit...dan digoreng jap...jap jer..

...lada merah (lada hidup)..dalam 15 batang...dihiris dan digoreng

...bawang kecik...dalam 20 bijik...dihiris dan digoreng

...bawang puteh...dalam 10 bijik...dihiris dan digoreng...
...bahan2 yang digoreng jangan lama dan kuning sangat..nanti pahit...agak2 dah layu dan bawang dah perang..angkat...goreng separately please...

...lada kering...dalam 60 helai...dikisar(kalau suka bley add air daging sikit dan kisar instead of using plain water)

...lengkuas...sedikit jer...agak2 dalam 1 inci dan serai 2 batang dikisar kering

...santan sedikit...sedikit asam dan sedikit belacan...(sikit jer tau)...gula(agak2)...garam dan serbuk perasa..

....tumis lengkuas dan serai dulu sampai bau dia naik...then masukkan lada kisar...tumis sampai minyak naik...then masukkan hati....bila hati dah masak...ambil sedikit asam...dan sedikit belacan gaulkan dengan air rebusan daging dan masukkan dalam sambal tadi...masukkan daging, udang, bawang goreng, lada goreng, bawang puteh goreng dan santan...kacau sampai pekat...add sedikit gula, garam dan kalau suka, serbuk perasa...biarkan masakan nie jadi pekat sedikit baru diangkat...enak makan dengan roti, nasi, lontong dan begitu saja...bley tahan 3 hari kalau masukkan dalam fridge...sedap...try arr...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2005 06:17 PM | Show all posts
sambal tempoyak [Paja]

tempoyak
ikan bilis
cili merah @ cili padi (tumbuk)
garam
daun kunyit (hiris halus)

masuk semua bahan kecuali daun kunyit dalam periuk, tanak sampai masak. bila dah pekat, masukkan daun kunyit. Wallaaaa!!! terangkat makan dengan nasi panas


SAMBAL TUMIS TEMPOYAK [emiera]
(campur ikan bilis dan petai)

Bahan2:

3 sudu besar cili blend (cili kering yang telah diblend)
2 labu (sedang) bawang merah
3 papan petai -terpulang selera masing2
ikan bilis (anggaran 2 sudu besar) - tidak perlu digoreng
minyak masak untuk menumis
2 sudu besar tempoyak (seeloknya tempoyak yg tidak terlalu masam/lama)
2 batang serai yang diketuk
Asam keping -jika perlu
Garam
Gula
Air- anggaran 3/4 cawan(boleh juga guna 1/4 cawan santan + tambah sedikit air)

Cara2;

1. Panaskan minyak masak
2. Masukkan bawang besar, goreng hingga agak layu dan bangkit bau.
3. Masukkan cili blend tadi dan tumis hingga pecah minyak.
4.Masukkan seria yg telah diketuk
5. masukkan air ataupun(santan + air) dan juga tempoyak tersebut. kacau rata sehingga tempoyak telah sebati (tidak berketul2)
6. Masuk garam, gula dan asam keping. Kemudian masukkan ikan bilis tadi.
7. masakkan hingga agak2 pekat, baru masukkan petai (sekadar layu).
8. Sedap dihidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng.

**Ikan bilis tersebut bolehlah jugak digantikan dengan udang.

SAMBAL TUMIS TEMPOYAK [duquesne]

Style Negeri Sembilan

Bahan-bahan:
1. Ikan Bilis (dibuang kepala dan berak)- kalau yang gred baik lagi bagus sebab rangup
2. Cili boh (lebih baik kalau buat sendiri dari cili kering)
3. Bawang besar dihiris melintang selebar 0.5cm
4. Tempoyak
5. Gula merah satu camca teh
6. Garam secukup rasa
7. Sedikit air

Cara-caranya:
1. Goreng ikan bilis sampai garing dan toskan
2. Tumis lada dengan bawang besar yang dihiris sampai garing
3. Masukkan tempoyak dan sedikit air - sekadar memekatkan kuah
4. Masukkan 1 camca teh gula merah dan garam secukup rasa
5. Bila kuah dah mendidih dan agak pekat, masukkan ikan bilis yang digoreng tadi dan gaul rata-rata
6. Bila kuah makin sedikit dan memekat, angkat

[ Last edited by  nhuda at 16-4-2007 12:40 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 06:18 PM | Show all posts
sambal goreng [Paja]

cili merah @ cili padi
ikan bilis
bawang merah
bawang putih
garam

tumbuk semua bahan ni .. tapi jangan lumat sangat. pastu tumiskan sampai garing .. api tu kena sederhana je besarnya. boleh tahan seminggu kalau tak kinyak2.

SAMBAL GORENG [mesmerize]

Bahan-bahan:

tempe, kentang, tauhu } dipotong kecil dan digoreng
hati & mempedal ayam } direbus dan dipotong kecil
suhun } digoreng
fucuk / tahu kering } direndam
udang basah
kacang panjang } dipotong menyerong

bahan tumis:
cili kering kisar
bawang merah & bawang putih - dikisar
sedikit gula melaka - dalam 1/2 biji ke, kalau takde, taruk gula pasir pun boleh
garam
sedikit santan pekat - dalam secawan ke..

semua bahan2 di atas ni sukatan agak2 la ye.. ikut citarasa sendri..

Cara2:
1.Tumis bawang merah, bawang putih, cili kisar sampai garing.
2.Masukkan gula melaka yang dah dipotong kecil. Tunggu sampai gula melaka hancur dan cili kisar garing.
3. Masukkan santan pekat. Masukkan udang basah. Nak taruk udang kering kisar pun boleh juge. Masukkan jugak hati & mempedal ayam yang dah direbus tuh. Tunggu sampai santan mendidih.
4. Pastuh masukkan la kacang panjang. Bila kacang panjang dah lembut tuh.. tuangkan je laa semua bahan2 seperti tempe, kentang, tauhu, suhun dan fucuk / tahu kering. Memula memang la nampak macam sambal goreng ni basah2 sket.. tapi bila dah digoreng lama sket.. dia akan kering dan berwarna merah tua.. kalau tak taruk gula melaka nampak merah menyala lah.

Sekian saja resipi sambal goreng saya.. kalau rajin cube le.. sedap tauuu..

[ Last edited by CatLady at 18-9-2005 02:33 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2005 07:57 PM | Show all posts
SOS  CENDAWAN LADA HITAM [hanieliza]

Bahan
1 s/b lada hitam
1 s/b tepung jagung                 ]
1 paket sup candawan maggie    ] bancuhkan
1 cawan air                              ]
1 s/b sos tomato
1 s/b kicap pekat
bawang putih [cincangkan]
minyak

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan bahan yg dibancuh , sos tomato dan kicap.
3. Rasakan garam dan tutup api.
4. Hidangkan dengn ayam bakar atau daging steak/bakar
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2005 09:07 PM | Show all posts
Sambal Asam [mrs_livingstone]

BAHAN:
*Bawang merah+Bawang besar mayang
*Tomato (potong nipis2 cam oren)
*Limau nipis(amik jus)
*Belacan
*Asam jawa(campur air dan amik air dia)
*Cili padi
*Garam+gula


CARA:
*Tumbuk cili,belacan dan sedikit bawang merah(bole terus letak garam dan gula kalau suka)
*pastu masukkan lam mangkuk dan tambah bahan2 yg lain termasuk air asam jawa
*perah limau nipis dan gaul dan test tahap kemasinan
*adjust rasa ikut suka
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2005 08:45 PM | Show all posts
SAMBAL BELACAN MANGGA HIRIS [hanieliza]

Bahan-Bahan:
10 biji Cili Besar
10 biji Cili Padi
2 inci Belacan
Asam Jawa
Garam
mangga muda hiris halus

Cara:
1. Tumbuk cili merah dan cili padi dan belacan.
2.  Masukkan buah hirisan mangga muda  dan lenyekkan sahaja .
3.  Keluarkan sambal dan masukkan air perahan asam jawa itu tadi.
4.  Rasakan garam  secukup rasa.

sambal belacan siam....[cikdak]

6 biji cili merah besar
5 biji lada cengik (cili api lah!)
2 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi (ambil jus, dan hiris kulitnya)
belacan sebesar ibu jari (bakar sket baru kaw)
1 sudu besar gula, garam secukupnya

Tumbuk cili2 tu ngan bawang putih, belacan...part ni yang tricky....baik2 sket jangan sampai terpercik biji mata...
Pastu masukkan gula, garam.....lastly bubuh air limau kasturi dan kulitnya tadi....now jgn try nak tumbuk lagi....sure kena percik punya...hehe!!!

Warning:
Siam betul2 punya memang pedas gila...sbb diaorg guna cili api saja...pastu gula dia pun lebih....
ini dah modified....Kalau terlajak pedas...simpan dalam fridge...esok baru makan....bau garlic dia pun kurang.
Buat sambal belacan ni...the 'blachan' is the most important ingredient......kalau guna yang baik...kaw lah sambal dia....kalau guna yang mucuk...hancus lah sambalnya.....
Adeh...mcm expert plak aku


sambal belacan[ninoZ]

kalau nak sedap...sila tumbuk guna lesung..jgn blend
nak balancekan rasa..ni tricky sket..tp bergantung kpd selera masing2 la
cili tu patah2kan...jgn hiris dgn pisau
belacan jgn terlampau sikit nanti tak cukup kick..pls be particular sket kalau nak beli belacan..paling sedap cari belacan tumbuk..pastu bakar sket sebelum digunakan
utk rasa masam..gunakan both asam jawa n limau nipis/kasturi [air asam jawa bior pekat..perahan limau tu utk naikkan bau n rasa]
jgn too generous dgn garam sebab sambal belacan yg terlalu masin..tak sedap!
nak taruk gula..ikut selera tuan sambal..ade yg suka manis..ade yg tak suka manis[tp kena taruk gak sket]


cth ration bahan2 sambal yg me salu buat :
3-4 biji cili merah saiz beso campur dgn 2-3 cili padi - tumbuk jgn halus sgt
belacan beso ibu jari
garam agak2 1/4 sudu teh..gula 1/2 sudu teh
buh air asam jawa yg pekat2 tu sket..bior sambal nampak basah
last sekali perahkan asam limau..bior bau wangi limau tu menaikkan lagi rasa sambal

utk variasi sambal belacan yg ada 'isi'
ade yg suka taruk hirisan mangga muda...
ade yg taruk kuinin atau bacang
janji bahan 'isi' tu masam sket..
ade yg suka taruk hirisan tomato...


sambal belacan...[CatLady]

3 biji cili merah
5-6 biji cili padi
ikan bilis ( buang kepala dan anggaran ikut suka)
belacan 1 sudu kecik ( nie sebab pakai belacan buatan sendiri..main kaut je lam botol..hehehe)
5 biji limau kasturi ( ambik jus dia saja)

cara membuatnya

Just tumbuk semua bahan pastu gaul ngan jus limau kasturi tadi..(ikut kepekatan yang di sukai)

siapp

sambal belacan [Sweetmama]

cili besar (merah) - 3-5 ulas (dia tak beri letak genap)..
campur 3 ulas cili padi
belacan  sebeso ibu jari - dibakar
gula
garam
asam jawa

tumbuk segala kasar2...dah siap tuh baru masukkan air asam jawa...gaul mesra dalam lesung tuh...
kalau nak letak tomato letak, if not, just leave it gitu sahaja


SAMBAL BELACAN [Shidaaziz]

Bahan asas sambal belacan

1. Cili merah
2. Cili api
3. Belacan
4. Garam gula
5. Asam limau

Nak best lagi taruk tomato.

SAMBAL BELACAN [zaiima]

1. Cili merah
2. Cili api
3. Belacan - dibakar
4. Garam gula
5. limau kasturi - dibelah  2 & dibuang biji
6. bwg merah - dibakar tanpa dikupas (jgn byk,1 ulas cukup)

Semua di atas, ditumbuk atau dikisar.bwg merah tu kupas dulu ye!!


SAMBAL BELACAN INDON [yume]

Cili merah 2 biji
Cili padi kampung 7-9 biji
Tomato 1/2 biji
Belacan (Agak2 la...)

Panaskan minyak .. goreng cili & tomato (Pastikan bahagian isi tomato itu keatas). Tutup dengan tudung sebab dia akan meletup letup sedikit. Dah agak garing angkat. Goreng pulak belacan tadi tuh.
Masukkan semua bahan tadi ke dalam blender yang jenis untuk blend bahan kering tu, masukkan 1 sd makan gula & garam secukup rasa(Bergantung pada jenis belacan).
Ada juga yang masukkan sebiji bawang kecil digoreng bersama.


SAMBAL BELACAN GORENG TOMATO [ribena_beri]

1 labu bawang besar (belah 6) kurangkan jika perlu
10 biji cili api
1 biji bawang merah di potong 4
belacan secukupnya...
1 biji tomato (belah 4)
Gula secukup rasa

CARA2
-Gorengkan semua bahan dengan sedikit minyak hingga sedikit garing. Belacan tu hancur pun tak per..
-Angkat dan tumbukkan. tak perlu terlalu lumat.
-Bubuh gula. tak  perlu bubuh  garam sebab belacan tu dah masin

[ Last edited by  nhuda at 16-4-2007 12:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2005 08:55 PM | Show all posts
sambal belacan jawa [paulinevoon]

cili api
belacan
bawang merah
bawang putih
tomato merah
garam
gula
ajinomoto (kalau nak)

- goreng bwg merah, bwg putih, belacan, tomato sampai layu -- toskan
- tumbuk cili api, bwg merah, bwg putih dan belacan
- taruh garam, gula & ajino, tumbuk lagi sampai lumat
- akhir sekali masukkan tomato, kisar瞜an, jgn tumbuk kang terpancut kena mata susah..
- perasakan secukup rasa

[ Last edited by CatLady at 18-9-2005 01:01 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2005 02:00 PM | Show all posts
Easy cheese dip (amik kat the star online) [bLUe_jaMBu]

Ingredients

1/2 cup mayonnaise

1/2 cup grated cheddar cheese

1 tbsp milk
Method
Mix all ingredients in a double boiler and cook, stirring consistently over medium heat for five to 10 minutes until all is well mixed and creamy.


yogurt dip [calimero]

1 cup/bowl of Greek yogurt, kalau takda plain yogurt pun tak
Cucumber/ Mint leaves or Coriander  chopped roughly
Lemon juice
sikit garam
Olive oil kalau nak lagi healthy

Mix the ingredients. Letak kat dalam fridge for at least one hour.

good choice to accompany : sweet pepper (deseeded) carrots, celery, cucumber sticks, tomato kecik or pita bread, chips and nachos


GARLIC CHEESE DIP [NoorMasri]

200 g light cream cheese
2 garlic cloves } crushed
2-3 tsp lemon or lime juice
4 spring onion } finely chopped

Combine all the ingredients and season to taste
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2005 03:18 PM | Show all posts
CECAH KUDAPAN BERGORENG [ninoZ]

lebih kurang camni je bhn2 dia :

bwg putih [me suka salai dulu sebab bila layu n kuar minyak..sambal jadi lagi sedap]
cili padi [sebahagian cili tu biarkan bertangkai utk mengelakkan terlalu pedas]
kicap pekat
gula
jus limau nipis + cuka sket
garam secukup rasa
sedikit petis

blendkan semua bahan..make sure konsistensinya cukup pekat [tapi lagi lama simpan lagi pekat] rasa dia balancekan la pedas manis masam secukupnya
petis tu taruk skettt je...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2005 03:42 PM | Show all posts
Sos chicken chop Lada Hitam [hanieliza]

1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam



sos chicken chop [kiki]

1 sudu makan madu
mixed vegetables (jagung, kacang peas etc)
red beans (dalam tin)
tomato soup
bawang putih
bawang besar (dipotong dadu)-ikut rasa (satu labu biasanya)
garam secukup rasa

Caranya;
Tumis bawang putih, masukkan bawang besar' Agak layu, masukkan mixed vegetables dan red beans. Selepas tu masukkan tomato soup dan diikuti dengan madu serta garam secukup rasa. Kalau suka taburkan daun pasli


Basic Brown Sos [cranko 21]

Bahan2
1/4 cwn butter
1/4 cwn tepung serba guna
2 cwn  stock ayam (atau guna 2 cwn air di larutkan dgn 2 ketul cube ayam knorr)
1/4 sdt serbuk all spice  (optional)
1/2 sdm serbuk lada hitam (halus)
1/2 sdm serbuk lada hitam (kasar2 sket)
garam secukupnya


Cara:
1. Cairkan butter dlm periuk.

2. Masukkan tepung serbaguna dan pukul ngan pemukul (whisk) hingga tidak berketul. Biarkan tepung hingga berbuih dan sedikit kekuningan.

3. Masukkan 2 cwn stock ayam tadi kedalam tepung yg sudah kekuningan, masukkan all spice dan lada hitam & garam. sambil terus mengacau adunan (dgn whisk) dan masak hingga pekat.


====================

now, from this sos.. you boleh pelbagaikan..
kalau nak

chicken chop - this brown sos dah sufficient for the chicken chop.

black pepper sos.. - potong bawang besar(yg warna kuning tu) bebyk then tumis sedikit dgn mentega bila bawang dah layu, dan masukkan brown sos, then masukkan lebih sikit black pepper sos.

Mushroom sos - potong bawang besar(yg warna kuning tu) bebyk then tumis sedikit dgn mentega bila bawang dah layu, masukkan hirisan mushroom button, dan biarkan layu sedikit, masukkan brown sos dan kalau nak leh masukkan sedikit cendawan yg di mesin halus.



SOS CENDAWAN [hanieliza]

Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar lada hitam
1 tin mushroom sup
1/2 cawan mushroom [cincang halus]
1/2 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan mushroom soup, mushroom cincang, lada hitam, lada putih dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam bakar atau pun chicken chop.

[ Last edited by CatLady at 18-9-2005 01:05 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2005 07:56 PM | Show all posts
SOS KASTAD [hanieliza]

Bahan
1 tin susu cair
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula

cara
1. Campurkan semua bahan dan kacau diatas api  paling minumum sehingga nampak agak pekat.
2. Angkat dari api dan sejukkan.
3. Hidangkan bersama puding roti atau kek atau sebarang dessert
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2005 11:06 PM | Show all posts
SAMBAL LANUN [NoorMasri]



Bahan-bahan:

1-2 gengam ikan bilis
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2005 03:10 PM | Show all posts
SAMBAL BELIMBING [MAKLANG]

cili merah/api
belacan - dibakar
garam secoet
belimbing - dipotong kecik

Tumbuk semua bhn tu lam lesung batu..siap
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2006 06:57 AM | Show all posts
black pepper sauce[bumbun]

1.  tumiskan hirisan bawang dlm butter.
2.  masukkan sos cili dan air
3.  masukkan tepung gandum cair
4.  masukkan sos black pepper yg beli dr kedai
5.  masukkan garam & gula
6.  masukkan cendawan butang

lepas siap tu boleh la mkn
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2006 07:26 AM | Show all posts
sos popia[pentium_catz ]

bahan2:

2 biji bwng merah
3 bijik bwng putih
lada kering (blender) dalam 5 sudu
gula merah (2 sudu)
gula pasir sikit
tepung jagung
asam jawa
air

cara2:

tuang air dalam periuk dan panas kan air..
agak2 air nak didih tu masukkan cili blender tu..
masukkan bawang merah and putih..
tunggu hingga didih
then masukkan gula merah
masukkan air asam jawa
thyen masukkan gula..bagi dia rasa manis2 masam..if nak pedas buh cili lebih
then bancuh tepung jagung sket ngn air..
masukkan ..bagi kuah pekat..angkat.....

saiz bahan2/kuantiti  tuh agak2 lah yer...

ok siap..
selamat mencuba..

p/s: resepi nih yg catz guna masa buat bisnes popia dulu...part time...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.069100 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list