CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ninoZ

[kompilasi] SAYURAN

   Close [Copy link]
Post time 17-4-2004 03:57 PM | Show all posts
Pelbagai Tempe [ninoZ]

my peberet tempe.. goreng celup tepung berempah n cicah sambal cili kicap
perghhhh..ratah camtu

tak pun buat kuah pecal tempe -
gantikan kacang dgn tempe goreng [jgn terlalu garing] n buat cam besa,
best kalau taruk cekur

tempe masak bening dgn sayur2 -
saute garlic n shallot pastu masuk udang, then tempe..
buh kicap cair sket..
masuk air then sayur [salunyer kubis n karet]
buh lada sulah sket..
nak pecahkan telur pun bleh

tempe kuah taucu  
[ni kira double soya goodness] -  goreng tempe terlebih dahulu [jgn garing]
pastu tumis garlic, halia n lada hitam..
masukkan taucu[dibasuh..guna taucu bilal paling best]
buh sos tiram sket, garam gula n air asam..
buh tempe n bwg beso n cili merah hiris..siap!


tempe cam mak tad buat tu mmg sempoi n best..
me salu buat taruk tempe, soohon goreng garing, kentang sagat goreng n ikan bilis..
tumis garlic sampai golden,
taruk sos cili pencicah n kicap kipas udang + gula garam
saute sampai agak kering then gaul je semua bahan...
bleh tahan dua tiga hari..
makan cam snack je



tempe masak lemak -
tempe n tauhu digoreng kejap je then toskan..
kisar halus santan+udangkering/ikan bilis +bwg merah sket+cili merah+garlic..
buh semua dlm periuk bersama serai titik n daun kunyit dimayang halus..
masak n kacau hingga mendidih..
siapp!!

Tempe Kicap [RasaCinta]

Bhn2nya:

1 keping tempe yg besar] dipotong dadu & digoreng
50 g ikan bilis] digoreng
1 red chilli] potong serong
1 labu bawang besar] mayang bulat
1 tbsp kicap pekat
1 ts gula
garam
2 tbsp minyak utk menumis

1. Tumis bawang besar + cili..
2. Masukkan tempe + ikan bilis...... gaul
3. masukkan kicap, gula garam...... hidang

[ Last edited by  NoorMasri at 21-11-2006 06:35 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2004 03:58 PM | Show all posts
Tempe Goreng Berempah [dagu]

tempe
ketumbar
cii kering
bawang putih
tepung jagung
kunyit
garam

tempe- hiris nipis
tumbuk/blend - ketumbar, bawang putih, cili kering(optional kalau tak nak pedas)
campur bahan tumbuk td dgn tepung jagung, serbuk kunyit, garam, air until agak2 pekat
pas tu tempe tadi celup dlm tepung (cam buat pisang goreng) tu then goreng...




Tempe Goreng ngan Sambal Kicap [buncis]
tempe,ketumbar,bawang putih,halia,tepung kentucky
ketumbar,bawang putih ngan halia tumbuk lepas tu masukkan dalam tepung kentucky.
tempe tadi celupkan dalam tepung kentucky goreng.
memang sedap.

sambal kicap
bawang putih + cili + gula tumbuk halus.
tuang kicap .
tempe goreng tadi cicah ngan sambal kicap.
mmg sedap.




Sambal Goreng Tempe [buncis]

tempe,kentang,soo hoon,tahu,lada besar,udang kering,udang basah kalau suka,bawang besar,bawang putih.
tempe + kentang + tahu  - goreng
bawng besar + lada besar + bawang putih  - hiris
udang kering - tumbuk sikit

tumis bawang +lada besar  + udang kering.
bila dah garing masukkan tahu,soo hoon, tempe, kentang.
lepa tu masukkan kicap manis.letak air sikit.
garam letak sikit
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 03:59 PM | Show all posts
Sambal Kering Tempe & Udang Kering [katak hijau]

tempe
udang kering (lagi byk lagi bagus)
bawang merah
bawang putih
cili
garam
serbuk perasa

goreng tempe. pastu asingkan.
goreng bawang dan cili yang dah ditumbuk bersama dgn udang kering.
dah kering sikit masukkan tempe yg dah digoreng.
makan semasa panas...




Green Curry Paste [ninoZ]

akceli ade dua cara nak buat nak buat paste utk green curry nih..
satu dorang renihkan santan sampai nak jadik tahi minyak..then masukkan bahan kisar..
satu lagi cara tumis bahan kisar n masukkan santan kemudian

bahan kisar :
100g cili hijau
1 bwg beso
6 bwg merah
4 btg akar ketumbar
2 cm halia
2 btg serai
2 daun limau purut
1 tsp belacan
2 tbsp biji ketumbar - sangrai terlebih dahulu
2 tbsp jintan manis - sangrai gaks
1 tbsp lada putih biji - sangrai kejap aje


either tumis dulu masuk santan or renih santan masuk bhn kisar..
then masukkan ayam or daging till empuk[kalau tumis dulu.. masukkan santan lepas daging empuk]
pastu taruk terung pipit, cili padi/hijau/merah n daun selasih..renih kejap..
siappp!

yg ni resepi belajo dari chef wan..rasa dia pun ok gaks
ade satu lagi yg paling best me penah try...ade one tukang masak siam ajo..
tapi  my buku resepi tu ade owang pinjam..lum pulang2 lagi
lebih kurang je aa bahan2 dia..cuma dia taruk  garlic n lengkuas sket ...
tak ingat exact recipe..
try buat sekali je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2004 09:02 PM | Show all posts
Sayur taugeh Mentah bersos tiram [ninoZ]

carik toge  mentah yg gemuk2 sket..
taugeh tu basuh bersih n tos kan..
pastu dlm kuali taruk minyak bijan sket..tumis bwg putih agak byk..masuk cili hiris..kicap sket sos tiram sket lada hitam sket, perisakan garam gula secukup rasa.. pastu tuang je atas taugeh..n gaul rata..tabur dgn udang kering goreng [tak taruk pun tak pe]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2004 02:21 PM | Show all posts

Broccoli

variasi [antique]
brokoli ni tak keras cam cauliflower.. so kalau masak tu kena treat macam treat baby sawi.. tak boleh lama sangat.. kalau tak memang dia jadi fragile sangat.. brokoli ni saya treat as sayur yg boleh dicampak di mana-mana sebagai tambahan.. saya masak sup ayam campur karot pun kekadang saya campak brokoli, saya masak tomyam pun kekadang saya campak brokoli.. tapi yg sedap masak ngan oyster sauce, or buat mix vege, or celur je and sprinkle sikit table salt, makan gitu je..


variasi [Cokelat-Rawk]
seblm masak mix-vege... celurkan semua sayur tu....
so tinggal nak tumis bawang putih, masuk lada sulah, halia, minyak bijan, sos tiram/abalone...
stir-fry kejap, pastu hidang.... tak sampai 5 minit kalo guna api kuat.


Variasi[ninoZ]
celur kejap or kukus..
gaul dgn butter sket..sprinkle garam ajishio n bawang goreng..cecah mayonis/sambal belacan




tofu lembut n broccoli [paja]

brocolli dalam 200gm
soft tofu @ egg tofu
bawang putih (3 ulas)
osyter sauce
halia muda - hiris halus
daun bawang - chopped
minyak bijan
tepung jagung
cili merah sebiji - hiris halus

- brocolli dan tofu steam. kalau guna egg tofu, potong pastu deep fry sikit. masuk dalam pinggan
- tumis hirisan halia dan chopped garlic sampai kuning, naik bau.
- masukkan oyster sauce, tambah air sikit. minyak bijan dalam 1 sudu kecik
- bancuh tepung jagung .. masak kuah sampai pekat. tambah garam kalau tak cukup masin.
- tabur atas brocolli dan tofu. sprinkle daun bawang dan hirisan cili merah. siap!!
kalau nak sedap lagi, boleh tambah button mushroom dalam masakan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2004 10:11 AM | Show all posts
sambal jering [adiwarna]

Bahan-Bahan
jering muda, rebus dan hiris nipis.
ikan bilis, goreng.
cili api & bawang merah/putih, tumbuk lumat.
bawang besar hiris bulat.

Cara membuat
dengan minyak bekas goreng ikan bilis, tumiskan cili & bawang yg ditumbuk. Bila dah garing, masukkan jering, gaul rata. Last sekali masukkan ikan bilis dan hidangkan dengan nasi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2004 09:41 PM | Show all posts
MASAK LEMAK CILI API REBUNG DAN PERUT [hanieliza]

BAHAN:
1/2 kg perut......rebus sehingga lembur dan hiris nipis
1 mangkuk rebung jeruk...basuh dan tapiskan
1 cawan santan cair
2 sudu besar cili api blend (nak pedas...bolih lebihkan cili)
1 sudu kecil kunyit serbuk
3 ulas bawang kecil....tumbuk hancur/hiris halus
1 tangkai serai...ketuk/pecahkan sikit
garam secukup rasa

2 cawan santan pekat


CARA:

1. Masakkan semua bahan kecuali santan pekat sehingga mendideh sambil mengacau perlahan-lahan.

2. Bila dah mendideh masukkan santan pekat dan kacau perlahan-lahan lagi.

3. Rasakan garam dan bolihlah dihidangkan.

Masaklah sambil tersenyum supaya lauk taklah pedas berapi-ap
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2004 11:57 AM | Show all posts
Gulai nenas campur ikan masin [antiQue]

Nenas
Ikan masin (the best tulang ikan masin kurau)
cili padi
kunyit hidup
bawang merah
bawang putih
santan


Nenas tu dah lepas potong rebut sikit ngan air sikit je.. then campur ngan cili padi ngan kunyit hidup ngan bawang segala ngan santan.. masak.. agak-agak dah menggelegak masuk ikan masin.. jangan masuk garam kang tak termakan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2005 05:33 PM | Show all posts
Kerabu Nangka [sasha]

meh try masakan yg simple lagi mimple ni..

Bahan2nya......

1/2 biji nangka
5 biji cili padi
4 biji cili merah
1 ruas asam jawa
1/2 sm lengkuas
secekak daun selom
sedikit gula dan garam...


Cara membuatnya....

Nangka tuh direbus dan dihiris halus. Cili Padi dan Cili Merah ditumbuk halus jugak. Begitu juga dgn Daun selom dan lengkuas.

Then gaulkan ke semua bahan di atas bersama serbuk perasa dan garam secukup rasa..

Dah siap.. tak sampai 10 saat pun nak siapkannya..

KERABU NANGKA [hanieliza]


Bahan-Bahan:
Nangka muda secukupnya
3 ulas bawang merah
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk lumat)
3 sudu besar ikan bilis atau udang kering (ditumbuk lumat)
1 sudu besar air asam limau nipis/kasturi
1 cawan santan pekat.
garam

Cara:
1. Nangka dibersihkan dan potong kecil dan nipis.
2. Panaskan air dan garam dan rebus nangka sehingga lembut.
3. Angkat dan toskan nangka.
4. Tumbuk bawang merah, lada hitam bersama ikan bilis atau udang kering.
5. Masukkan nangka ke dalam mangkuk besar dan campurkan bahan tumbuk, lada hitam, air limau  dan sedikit santan.
6. Bubuh garam secukup rasa dan gaul rata. Setelah itu bolehlah dihidangkan.

[ Last edited by  NoorMasri at 21-11-2006 06:03 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2005 11:51 AM | Show all posts
SAYUR REBUS BAYAM DAN KELEDEK [hanieliza]



bahan
250 gm bayam hijau
100 gm keledek
1 s/b udang kering
1 biji cili merah ]
secubit belacan ] tumbuk hancur
1 labu bawang besar [mayang]
garam
air secukupnya.

cara
1. Daun bayam dan keledek di potong kecil dan bersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali daun bayam dalam periuk dan masakkan sehingga mendideh.
3. Masukkan daun bayam dan biarkan mendideh semula.
4. Rasakan garamnya dan hidangkan.

[ Last edited by Kacip_Fatimah on 24-5-2005 at 07:23 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2005 11:53 AM | Show all posts
resepi diet [anaktoyol]

tomato 2 biji
daun bawang
daun saderi
kicap
serbuk lada sulah/atau limau kasturi
cili racik
racik sedikir serai..dapatkan bau jer!
ikan bilis goreng ..jangan banyak..

tomato potong kiub.racik daun bawang,daun saderi
gaul ngan cili,kicap
renjiskan serbuk lada sulah/perah limau kasturi....dan gaul ngan ikan bilis goreng..makan segera sebelum ikan bilis lembab...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2005 04:25 PM | Show all posts
GULAI BETIK MUDA [hanieliza]

1 biji betik muda [potong kecil]
3 mangkuk santan
500 gm udang hidup  yg sederhana [bersihkan]
3 s/b rempah kari lemak
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/k jintan kasar
minyak
daun kari
garam

Cara
1. Renehkan santan, rempah dan betik dalam periuk seihingga mendideh dan betik lembut.
2. Masukkan udang dan garam. Biarkan mendideh sakali lagi.
3. Dalam kuali yg berasingan tumiskan bawang merah, bawang putih, jintan kasar dan daun kari sehingga wangi.
4. Tuangkan bahan gorengan kedalam periuk gulai tadi dan tutupkan periuk.
5. Biarkan sebentar baru dihidangkan.


SAYUR AIR LABU/TIMUN TUA [hanieliza]

Bahan
1 biji labu [yg panjang dan isi putih]  atau timun  tua
3 ekor ikan selayang [bakar dan ambil isi saja]
1 s/b lada hitam         ]
3 ulas bawang merah  ] tumbuk
1 biji cili merah mayang
5 mangkuk air
garam

Cara
1. Labu dibuangkan kulit dan dipotong kecil. Jika gunakan tiomun hanya potong dan buangkan isi tengah [bijinya saja]
2. Masukkan semua bahan dan masak sehingga mendideh.
3. Hidangkan dengan nasi putih dan ikan masin atau ikan goreng.

Menu ini boleh juga jika nak masak sebagai sayur lemak..
cuma gantikan air tu dengan santan..masak saperti biasa..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2005 04:26 PM | Show all posts
LABU KUNING MASAK LEMAK [hanieliza]



Bahan
1 biji labu kuning
2 mangkuk santan cair
1 mangkuk santan pekat
3 ulas bawang merah [hiris]
2 s/b udang kering
2 biji cili merah [mayang]
1 helai daun kunyit [koyakkan]
garam


Cara
1. Labu dibuangkan kulit dan biji. Pototng kecil.
2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dan daun kunyit dalam periuk.
3. Kacau perlahan2 sehingga mendideh dan labu lembut. Jangan biarkan pecah minyak.
4. Bila mendideh masukkan santan pekat dan daun kunyit.
5. Biarkan mendideh sekali lagi dan boleh tutup api.
6. Hidangkan dengan nasi putih dan ikan goreng.

Sayur Lemak Labu [hanieliza]

bahan:

1 biji labu [buangkan kulit dan biji..potong kecil]
2 cawan air
1 cawan santan pekat
sejemput ikan bilis
bawang besar [hiris]
cili merah [mayang panjang]
daun kunyit
garam

Cara.
1. Rebuskan labu  dan ikan bilis & bawang dengan air dan garam sehingga lembut.
2. Masukkan santan, cili merah dan daun kunyit.
3. Biarkan mendideh sekejap [jangan sampai naik/pecah minyak]
4. Tutup api dan hidangkan.

MASAK LEMAK KUNING LABU [hanieliza]

Bahan
1 biji labu kuning [kalau boleh yg kulitn ya masih hijau tu]
2 cawan air
1 cawan santan pekat
2 ekor ikan selayang [bakar dan amik isinya]
bawang besar [hiris]
cili merah [mayang panjang]
1 s/b lada hitam hitam[tumbuk]
garam

Cara.
1. Rebuskan labu, lada hitam, isi ikan  & bawang dengan air dan garam sehingga lembut.
2. Masukkan santan.
3. Biarkan mendideh sekejap [jangan sampai naik/pecah minyak]
4. Tutup api dan hidangkan

SAYUR BETIK MUDA MSK ASAM [Kacip_Fatimah]

1 biji betik muda
1 labu bawang besor - dihiris nipis then dipicit2 bersama dgn belacan[anggaran dlm sebesar kelingking]
1 ikat bayam daun kecik
2 batang serai-diketuk
garam
2 btg cili kering[ini ikut pedas masing2] - potong 3
udang kering - optional

Caranya:

Rebus betik muda tu sampai lembut skit then masukkan hirisan bawang bersama2 belacan yg dipicit2 tu then masukkan serai,cili kering,garam n udang kering [kalau udang basah pun boleh gak].Dah rasa suma pehtu baru masukkan bayam yg daun kecik tu.Siap!

[ Last edited by  NoorMasri at 21-11-2006 05:54 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2005 04:27 PM | Show all posts
MASAK LEMAK CILIAPI TEMPE DAN PUCUK PAKU [hanieliza]

Bahan
1 ikat pucuk paku
1 bungkus tempe
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
sedikit ikan bilis atau udang kering

bahan mesin
15 biji cili api
2 ulas bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
garam

Cara.
1. Asingkan pucuk paku dari tangkainya dan bersihkan. Toskan.
2. Tempe di potong kecil tetapi panjang.
3. Masukkan semua bahan kecuali santan cair dan masakkan sehingga mendideh.
4. Bila dah mendideh, masukkan santan peekat dan rasakan garam. Sentiasa kacau supaya kuah tidak naik minya.
5. Bila dah agak mendideh, tutup api dan hidangkan bersama nasi putih dan ikan goreng.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 11:15 AM | Show all posts
Cendawan Goreng [HOTlips]

Bahan:
1.Cendawan dlm plastik (yg putih biasanya dibuat sayur)
2.Tepung gandum
3.Garam
4.Air
5.Serbuk kari
6.Serbuk bikarbonat soda
7.Minyak masak utk menggoreng

Cara:
Bancuh bahan2 nombor2 hingga 6 (seperti nak buat pisang goreng)
Masukkan Cendawan then goreng deep fry sehingga garing.
Sedap dimakan ketika masih panas.


bake mushroom simple jer [cranko21]

fresh button mushroom.. cleaned
garlic
minced onion
olive oil
salt
black pepper

heeat olive oil then sautee the garlic and onion... put in the mushroom a bit of salt and pepper..
then bake for appx 3 minits..
sedappppppppppppp

VERSI 3 [azaleena]
yg selalu buat kat rumah, goreng kunyit cendawan ...

sedappp ...

VERSI 4 [HOTlips]

kalau campur tepung beras, tak perlu campur bikarbonat. Me ubah suai skit resepi ni ikut my own style. Jimat skit, serbuk bikarbonat tu boh skit je dan rasanya lg crispy gitu!
One more, instead of kunyit, me prefer curry powder. Lagi sedap tau!
Well, memang lg terangkat kalau cicah ngan sambal kicap. Ni caranya:
Bahan:
1. Cili padi
2. Kicap
3. Bawang putih
4. Gula
5. Cuka
Cara:
Tumbuk cili padi + bawang putih. Kemudian masukkan kicap, gula and cuka
Selamat mencuba!
p/s: my kids kata, rasa cam ayam goreng. he he!


CENDAWAN BERSALUT RANGUP [NoorMasri]

Bahan-bahan:

25 g tepung gandum
1/2 sudu kecil rempah kari
275 g cendawan butang segar
1 ulas bawang putih } dicincang halus
2 biji telur } dipukul
minyak untuk menggoreng
80 g serbuk roti
garam secukup rasa

Cara membuat:

Campurkan tepung di dalam mangkuk bersama garam dan rempah kari. Gaul sekata.
Masukkan cendawan, gaul supaya tepung melekat pada cendawan.
Di dalam mangkuk lain, campurkan telur dan bawang putih.
Ambil cendawan yg telah bersalut tepung kemudian celupkan ke dalam mangkuk yg berisi campuran telur.
Selepas itu di golekkan  pula ke dalam serbuk roti.
Untuk mendapatkan lapisan yg tebal cendawan itu bolehlah dicelupkan semula ke dalam telur dan golekkan sekali lagi ke dalam serbuk roti.
Buat begini sehingga habis cendawan tersebut.
Panaskan minyak, goreng cendawan sehingga keperangan.
Angkat dan bolehlah dihidangkan panas-panas bersama sos cili

VERSI 6 [ninoZ]
try gunakan tepung goreng ayam sebaguna [tepung kentucky] sebagai bahan salut..
sedap woooooo
pastu cicah je dgn sos cili atau sos thai
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 11:23 AM | Show all posts
KARI NANGKA MUDA CAMPUR KERANG [Jonah]

Bahan2:
kerang rebus
nangka muda rebus
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
rempah kari babas - banyak2 baru sedap
1/2 biji santan atau tak payah santan langsung
air asam jawa atau 1 keping asam keping
2 biji tomato
daun kari
garam secukup rasa


CARA MEMASAK:

1.  Masukkan kerang dlm periuk dan tutup.  Jerang atas api - jgn bubuh air.  
     Bila berbuih je - matikan api.

2.  Kopek kerang - kemudian basuh bersih2 isi kerang - PENTING!  Kerang ni
     banyak lumpur.

3.  Hiris bwg putih dan bwg merah serta daun kari.  Dan tumiskan bahan2 ini.

4.  Bila telah layu, masukkan serbuk kari yang di bancuh air sedikit.  Tumis
     sampai keluar minyak.  

5.  Masukkan santan dan tambahkan air.  Kalau tak mahu pakai santan,
     bubuh air je.

6.  Bila dah menggelegak, masukkan nangka dan kerang.

7.  Masukkan asam, tomato dan garam.

8.  Kari ni mestilah pekat2 sikit baru sedap.

SELAMAT MENCUBA

GULAI NANGKA DENGAN DAGING atau AYAM [hanieliza]

Bahan-Bahan:
300 gm daging [hiris nipis]
600 gm nangka muda [buangkan kulit]
1 bungkus serbuk kari daging
1 biji kelapa [diambil santan]

Bahan-bahan ditumbuk lumat:
5 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
2.5 sm halia

Cara:
1. Potong nangka kecil-kecil. Rebus hingga empuk.
2. Masukkan daging bersama 6 cawan santan dan serbuk kari di dalam periuk.
3. Kemudian masukkan nangka dan bahan-bahan ditumbuk lumat.
4. Kacau rata dan masak hingga daging empuk.
5. Hidangkan bersama nasi putih


another version of gulai nangka..[ninoZ]

lebih kurang je dgn cara nak buat gulai ikan masin..
kita buat gulai nangka style tumis darat..

renihkan tulang lembu/ayam/ikanbilis/ikan masin bersama rempah kari, santan pemancar yang diblend bersama sedikit bwg merah n putih, sedikit daun kari sehingga empuk[ kalau ayam, ikan bilis n ikan masin tu renih kejap je la..nanti hancur lak]
then masukkan nangka muda n renih hingga empuk
tambahkan santan pekat n kacau seketika

dlm kuali berasingan tumis darat bwg merah n bwg putih yg dimayang nipis bersama sedikit jintan manis n daun kari hingga aromatik
curahkan bahan tumis tu ke atas gulai n renih seketika..
then siap utk dihidangkan.


variasi lain..
nangka gak kita boleh buat rendang seumpama kita buat rendang daging/ayam. just gantikan aje daging/ayam tu dgn nangka.
nak tambah ikan bilis sket pun boleh gak utk menambah perisa..

satu lagi masakan yg menggunakan nangka - LAWAR
ni resepi indon..kalau tak salah dah ade diberi sebelum nih


Gulai Nangka campur udang [mok_nik]

4-5 ulas bawang merah
cili api - ikut suka..kalau nak pedas banyak
1 sudu - udang kering
10 ekor udang hidup
1 inci kunyit
setengah sudu kecil jintan(yg halus tu)
santan... ikut suka
garam ikut rasa

cara dia....
tumbuk jintan/udang kering/bawang/lada hingaa lumat
campur kedalam santan bahan2 itu dan masukkan udang basah, lepas tuh bila dah menggelegak, masukan garam dan nangka dalam tin tadi. bila dah menggelak dan dah mesra tutup api...boleh makan


GULAI KUNING NANGKA MUDA [hanieliza]

Bahan-bahan
1 mangkuk nangka muda [bersih dan rebus sehingga lembut]
2 ekor ikan selayang [bakar dan ambil isi] atau ikan bilis
3 mangkuk santan cair
1 s/b lada hitam ]
3 ulas bawang merah ] tumbuk hancur
1 inci kunyit hidup ]
1 inci lenguas [ketuk]
3 batang serai [ketuk]
1 mangkuk santan pekat
garam

Cara membuat
1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan renehkan sehingga mendideh.
2. Bila dah mendideh masukkan pula santan pekat dan kacau sehingga mendideh sekali lagi.
3. Rasakan garam dan boleh hidangkan ngan sambal belacan mangga hiris..


GULAI  REMPAH NANGKA DENGAN DAGING [hanieliza]

Bahan-bahan
300 gm daging [hiris nipis]
600 gm nangka muda [buangkan kulit]
1 bungkus serbuk kari daging
1 biji kelapa [diambil santan]

Bahan-bahan ditumbuk lumat:
5 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
2.5 sm halia

Cara membuat
1. Potong nangka kecil-kecil. Rebus hingga empuk.
2. Masukkan daging bersama 6 cawan santan dan serbuk kari di dalam periuk.
3. Kemudian masukkan nangka dan bahan-bahan ditumbuk lumat.
4. Kacau rata dan masak hingga daging empuk.
5. Hidangkan bersama nasi putih

GULAI NANGKA MUDA ALA UTARA [hanieliza]

Bahan-bahan
Nangka muda secukupnya[potong kecil dan rebus sehingga lembut..toskan]
3 mangkuk santan
500 gm udang hidup yg sederhana [bersihkan]
3 s/b rempah kari lemak
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/k jintan kasar
minyak
daun kari
garam

Cara membuat
1. Renehkan santan, rempah dan nangka dalam periuk seihingga mendideh.
2. Masukkan udang dan garam. Biarkan mendideh sakali lagi.
3. Dalam kuali yg berasingan tumiskan bawang merah, bawang putih, jintan kasar dan daun kari sehingga wangi.
4. Tuangkan bahan gorengan kedalam periuk gulai tadi dan tutupkan periuk.
5. Biarkan sebentar baru dihidangkan.

[ Last edited by  NoorMasri at 21-11-2006 06:46 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2005 11:34 AM | Show all posts
PEGEDIL KENTANG [Jonah]

Bahan2:
1 kilo kentang
ayam / daging (jika suka)
bawang besar
daun sup
lada sulah
sedikit garam

CARA MEMBUATNYA:

1.  Kentang di potong bulat atau wedges - then goreng hingga empuk.

2.  Lumatkan kentang goreng ini dengan lesung batu.

3.  Jika nak campur ayam / daging - cincangkan ia dan kemudian goreng
     sekejap.

4.  Bawang besar dan daun sup di hiris halus2.

5.  Campurkan kesemua bahan ke dalam besen dan gaul rata2.  

6.  Bulat2 kan.

7.  Panaskan kuali - dan gorengkan pegedil yang telah di celupkan dengan
     telur.  (Telur tu pukul ngan garam sikit)

8.  Masak jgn lama - masuk - golek2 skit - angkat.  Api sederhana besar,
    sebab cuma nak masak salutan luarnya sahaja.  (Kentang tu kan dah
     masak awal tadi).  Sebab kalau lama dia akan pecah.

Note:  Pegedil ni sedap makan dengan soto (nasi impit) atau cecah dengan
         sambal kicap atau begitu sahaja.

         Seeloknya kentang di goreng sebab tak payah pakai tepung - ia
         takkan pecah.  Kalau di rebus, kena bubuh tepung - kalau tidak ianya
         akan pecah. Kalau bubuh tepung dah tentu tak sedap!  Tak asli gitu.

SAMBAL KICAP:
Mesinkan cili padi dengan kicap - dah siap!

PEGEDIL DAGING & KENTANG [hanieliza]

bahan
500 gm kentang....rebus dan hancurkan
100 gm daging kisar
1/2 cawan bawang goreng
2 tangkai daun sup.............]mayang halus
2 tangkai daun bawang.......]
1 s/k lada sulah
1 s/b tepung jagung
garam
2 biji telur..pukul
minyak untuk menggoreng

Cara..
1. Gaulkan semua bahan kecuali telur.
2. Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper.
3. Celupkan kedalam telur yg dipukul.
4. Gorengkan dalam minyak.
5. Angkat dan toskan.
6. Hidangkan bersama soto atau bihun soto atau mee soto.

BERGEDIL [NoorMasri]

Bahan-bahan:
500 g kentang
150 g daging kisar
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 genggam bawang goreng
1 biji telur
sedikit daun sup }dimayang
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara membuat :

Kentang dibuang kulit kemudian hiris nipis-nipis. Goreng hingga masak. Angkat ketepikan.
Daging digoreng hingga kering airnya.
Satukan daging, kentang goreng, serbuk lada sulah, daun sup, bawang goreng dan garam secukup rasa.
Gaul dan ramas-ramas hingga sebati.
Ambil sedikit adunan dan kepal-kepalkan menjadi bulat kemudian leperkan sedikit.
Pukul telur kemudian celupkan adunan yg telah dileperkan tadi ke dalam telur dan goreng hingga keperangan.

bergedel [mrs_livingstone]


potato
beef
1an egg

potong potato...
deep fry...
bila masak,angkat n masa panas2 tu mashed kan potato tu (kalau tggu sejuk nanti dia keras,tak mo lenyek dah)
mashed daging...then deep fry daging....
then mix wel with the potato....
put the yolk (telur kuning) into the mixture....
mex them up again....
put salt n sugar
gaul lagi...
then bulat2kan  adunan...
celupkan dalam telur putih (baku yolk tadi)
then fry again....

Potato Cake [RasaCinta]

4 cups coarsely grated potato (660 g)
2 eggs, beaten
1/4 cup self-raising flour
1/4 cup sour cream
6 tbs mustard seeds (biji sawi)
1 tbs chopped fresh chives
salt+freshly ground black pepper
2 tbs olive oil

Squeeze liquid from potato; combine with egg, flour, sour cream, mustard seed, chives n salt+pepper; mix well.

Heat oil in heavy-based frying pan over low heat; swirl oil to coat sides n base of pan...Spread potato mixture into pan, pressing down well; cook 5 min, or until golden

Cut cake into 4 wedges n flip each separately.. cook until set n golden on both sides..

serve warm or cold with lettuce, if desired.

[ Last edited by  NoorMasri at 21-11-2006 06:26 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 12:00 PM | Show all posts


Tahu Goreng [Cranko21]

Bahan2 A
Beberapa keping tahu
Timun
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 12:07 PM | Show all posts
ROJAK BUAH [Jonah]

BUAH2NYA:

nenas
timun
sengkuang
mangga muda
betik muda
kedondong

bahan sos:
petis
kacang tanah goreng
sedikit belacan - jika suka
cili padi
air asam jawa
sedikit gula merah/putih

GAULKAN SEMUA BAHAN.


psssttt! Nak sedap lagi tambah kangkung dan tauge yang di celur.  Pastu makan dengan keropok ikan yang di "krukkk" kan kedalam rojak tu.

PENTING:

Petis dan kacang tanah mesti banyak sikit, bukan macam yang orang jual tu.  Dorang pakai sos apatah.  Ada orang kata sos yong tau fu. Pastu ade ke kacang tanah main tabur je kat atas rojak tu?  TAK PATUT!
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 08:00 PM | Show all posts
Nyonya Mixed Vegetables [lemoneko]
(Char Chap Chye)

Ingredients
5 dried mushrooms, soaked and halved
2 tbsp black fungus (bok nee), soaked
3 strips dried bean curd skin (tau kee), soaked for 1 to 2 minutes
25g dried lily buds (kin chiam), soaked; cut off the hard tips and tie each strand into a knot
100g button mushrooms, halved or quartered
150g white cabbage (wong nga pak), cut into large pieces
200g prawns, shelled
20g glass noodles, soaked

4 tbsp oil
1 tsp chopped garlic
1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.074311 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list