CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48408|Reply: 12

[kompilasi] LAKSA

   Close [Copy link]
Post time 10-3-2004 06:17 AM | Show all posts |Read mode
Laksa Sarawak[ninoZ]

300g udang kertas - bersihkan, buang urat n cincang halus
2 ekor rangka ayam[kitorang panggil dinosour..hehehehe]
1/2 ekor ayam[amik bhg dada n peha utk isinya]
santan  dari 2 biji kelapa
1/4 cawan bijan - sangrai n tumbuk halus
1/2 cawan kacang tanah - sangrai n tumbuh halus
jus limau nipis secukup rasa
garam n gula
daun ketumbar
minyak utk menumis

bahan kisar:
15 bawang merah
6 garlic
5 biji buah keras
20 cili kering -seeded then rendam air panas pastu toskan
2 cm lengkuas
4 btg serai
1 tsp belacan

bihun - dicelur
limau kesturi - belah dua
taugeh - buang ekor
timun - mayang halus
telur - didadar
daun ketumbar n pudina
isi ayam yg dicarik2
*sambal udang kering

cara-cara:
panaskan minyak then tumiskan bahan kisar hingga wangi.
masukkan udang n rangka ayam ..masak kejap biar mesra
pastu masukkan santann daun ketumbar..masukkan jugak isi ayam [agak agak masak isi ayam tu..leh angkat n carik2kan..utk garnish]
masukkan bijan, kacang tanah,jus limau nipis...perisakan garam gula secukup rasa
renihkan sebentar kemudian leh tutup api
[ayam tu instead of gunakan rangka..bleh gantikan aje dgn sekor ayam yg dipotong kecik2 - pastu leh omit isi ayam utk garnish tu]

masukkan bihun ke dlm mangkuk then tabur serba sket bahan  garnish..tuangkan kuah [jgn tuang rangka ayam]
siap utk dihidangkan..

*sambal udang kering

minyak utk menumis
15 cili kering - seeded, rendam n toskan
6 shallot- blend dgn cili kering
1/2 cawan udang kering - rendam air panas kejap pastu toskan n tumbuk
sedikit air asam jawa
garam n gula secukup rasa

panaskan minyak n tumis bahan kisar hingga wangi
masukkan udang kering air asam jawan n seasonkan dgn garam n gula
masak dgn api perlahan bior pekat n kering sket.

Laksa Sarawak [Baiduri Othman]

Bahan2nya:-

Sambal laksa dlm paket
Sedikit cili & ketumbar paste (yg dah digiling & boleh beli kat wet market)
Taugeh dibuang akar (direbus sekejap dgn air panas)
Shrimp yg dah dibersihkan (direbus)
Isi ayam yg dah diceraikan
Daun ketumbar
1 bungkus Mee hoon (direbus & dituskan)
1 1/2 paket santan segera
sambal belacan (tumbuk cili merah & belacan)
limau kesturi yg dibelah dua
garam & ajinomoto

Cara2 membuatnya:-

1.Tuang sedikit minyak dlm periuk.
Then masuk ketumbar & cili paste.
Kacau sampai garing. Baru masukkan sambal laksa & kacau sampai garing.
Lepas tu masukkan air (abt 1 1/2 litre) & tulang ayam or even 2 cubes of chicken stock.

2. Bila dah mendidih baru masukkan santan. Masukkan garam + ajinomoto to taste.
Biarkan menggeledak & it's ready to serve.

3. Dlm mangkuk, masuk mee & hiaskan dgn taugeh, daun ketumbar, sambal belacan, shrimp & isi ayam & limau kesturi.
Lepas tu tuangkan kuah laksa & it's ready to be eaten.

Sambal Laksa Sarawak [Baiduri Othman]

Bawang merah & bawang putih
Buah keras
Bijan
Cili
Kacang tanah yg ditumbuk
Lengkuas
Minyak masak
Rempah (ketumbar & jintan putih/manis)
Serai
Garam

Bahan2 tu semua ditumbuk hingga lumat & kemudian ditumis hingga menjadi paste

[ Last edited by NoorMasri at 20-9-2005 09:13 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2004 12:54 PM | Show all posts


LAKSAM TERENGGANU[NoorMasri]

Bahan-bahan membuat laksam:

2 cawan tepung beras
4 cawan air
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 12:57 PM | Show all posts
Kuah Laksa [Paja]

ikan kembung
belacan
asam keping
cili kering @ cili boh
daun kesum

lagi satu .. suka jugak dengan laksam ...
memang sedap. cara nak buat pun tak banyak kerenah.
belajar buat kuah laksam dari best friend yang memang terror masak.
dia letak lada hitam dalam kuah laksam dia .. fuh! power!

[ Last edited by NoorMasri at 20-9-2005 04:08 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 12:59 PM | Show all posts
Laksa Cina [ninoZ]

seekor ikan parang yg agak besar - siang n bersihkan

dikisar halus:
4 btg serai
2cm lengkuas
10 bwg merah@3-4 bwg besar
5 bwg putih
10-15 cili kering
[bleh tambah 3-4 biji buah keras utk bagi lemak jika suka]

sedikit tepung sagu
sedikit lada putih
tauhu - digoreng n dihiris kecik2[guna tauhu pok pun bleh..atau kedua2 sekali]
fishball n fishcake - hiris fishcake, fishball belah 2
minyak utk menumis
santan secukupnya [agak2 dlm 1 1/2 biji kelapa tu cukup dah]
garam gula secukup rasa

bhn tabur:
bihun - rendam n celurkan
timun - julienne
taugeh - bersihkan
limau kesturi - belah 2
daun sup/daun ketumbar - mayang halus
bwg goreng
telur dadar - dihiris nipis2 [jika suka]

ikan parang dibahagi 2:
i) satu bhgn kukutkan isinya..tumbuk dlm lesung sampai hancur n buangkan tulang2..
gaul dgn sedikit lada sulah, garam n tepung sagu
bentukkan bulat lonjong n ketepikan
ii) rebuskan bhgn satu lagi berserta tulang hingga masak..kisarkan halus n tapis
ketepikan
[kalau nak kuah yg pekat..skipkan je cara pertama n guna semua ikan utk diblend...
lebihkan fish ball dlm kuah laksa sebagai ganti]

Cara
1. panaskan minyak n tumiskan bhn kisar hingga aromatik..
2. curahkan stok ikan yg dikisar tadi then masukkan santan ..
3. masak hingga sedikit pekat then masukkan bebola ikan parang, fishcake n fishball..
4. renih seketika.. perisakan garam gula secukupnya..
5. agak2 rasa dia dah mesra.. leh tutup api
6. tuangkan ke dlm mangkuk yg telah diisi dgn bihun dan bahan2 tabur yg lain
siappp


Variasi:
me suka tambah serai yg dititik ke dlm kuah utk rasa serai yg lebih ummph
kalau nak lagi pedas..leh buat Chilli Oil style cina tu..
[mcm cili utk mee udang or mee kari penang style]
ikan parang leh gak ganti dgn ikan kembung.. tapi  nanti kuah dia tak berapa putih
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 01:01 PM | Show all posts
laksa johor [ninoZ]

spaggethi[guna Honig the best] - celur, toskan n gaul sket dgn minyak or butter

ikan parang +ikan kembung - rebus, deboned n kisar
isi ikan kurau kering - bakar pastu kisar halus
udang kering - rendam then kisar halus

dikisar halus A:
bwg merah
garlic
cili kering - seeded, rendam then toskan
sedikit garam

dikisar halus B:
serai
lengkuas
halia
ketumbar biji - rendam n toskan
sedikit jintan manis

rempah kari - bancuh dgn sedikit air jadikan paste
kelapa - cungkl isi pastu hiris nipis2 then bakar@cungkil then salai dulu pastu hiris kecik then di kisar halus [or gantikan dgn kerisik :D]
santan sket
asam keping/asam jawa
garam gula secukup rasa [preferably gula melaka]
daun kesom
bunga kantan

panaskan minyak..tumis bahan A hinggga naik bau then masukkan bahan B n kacau lagi hingga naik bau..then baru masukkan rempah kari.. masak sampai hilang bau rempah dia..
then masukkan isi ikan, udang kering, ikan kering, kelapa bakar, asam keping, daun kesum n bunga kantan..masak api perlahan.. biar merenih then masukkan santan..renih lagi bior lama sket
kalau pekat sgt..tambah je santan pemancar atau air
dekat2 nak masak..perisakan garam gula secukup rasa..[kalau buh awal2 karang termasin lak.. nayaaa]
siap kuah laksa johor

bhn garnish:
daun kesum - mayang halus
daun selasih - mayang halus [yg ni kalau tak dak..me tak buat laaa laksa johor]
kacang panjang - hirs halus
timun - pare bulat pastu hiris nipis
taugeh - buang ekor
lobak asin - rendam kejap then toskan n cincang halus
sambal belacan
limau kasturi
bwg besor kuning - potong bulat nipis2





LAKSA JOHOR [NoorMasri]

Bahan-bahan: Anggaran untuk 6-7 orang

500 g spaghetti- direbus hingga lembut.
500 g ikan selayang/parang }direbus
150 g udang basah- direbus                 }
50 g udang kering                                }
1/2 sudu besar ketumbar                      }
1/2 sudu besar jintan manis                   }
1/2 sudu kecil jintan putih                     }      dikisar
2 cm halia                                            }
1 cm lengkuas                                      }
2 ulas bawang putih                             }      
5 ulas bawang merah                           }
1 batang serai                                      }
1 sudu makan kerisik
1 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar rempah kari ikan
1 biji kelapa - jadikan 4 cawan santan
garam secukup rasa
2 keping asam keping/gelugor
4 sudu besar minyak untuk menumis

Cara membuat kuahnya:

Rebus ikan seketika. Tapis tetapi air rebusan jangan dibuang. Ambil isi ikan dan kisar bersama udang basah & kering.
Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang telah dikisar bersama cili kisar (kecuali ikan dan udang) dan rempah  sehingga garing.
Masukkan santan, air rebusan ikan, kerisik, asam keping, ikan dan udang yang telah dikisar halus
Biarkan sehingga mendidih dan pecah minyak. Jika kuah terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
Spaghetti direbus hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak untuk mengelakkan ianya melekat antara satu sama lain.

Bahan Ulam:

1 biji timun
1 kuntum bunga kantan
4 batang kacang panjang
4 biji limau kasturi
20 helai daun selasih
Sedikit daun kesum
200 g taugeh

Cara menyediakan ulam:

Timun, bunga kantan, daun kesum, daun selasih dan kacang panjang dipotong halus.
Taugeh dibuang ekor (jangan dicelur)
Limau kasturi dibelah 2.

Cara menghidang:

Letakkan spaghetti di dalam pinggan kemudian letakkan kuah, ulam dan ditambahkan dengan sambal belacan dan limau kasturi.

daun kesom
bunga kantan

Cara
1. panaskan minyak..tumis bahan A hinggga naik bau
2. masukkan bahan B n kacau lagi hingga naik bau..
3. masukkan rempah kari.. masak sampai hilang bau rempah dia..
4. then masukkan isi ikan, udang kering, ikan kering, kelapa bakar, asam keping, daun kesum n bunga kantan..
5. masak api perlahan.. biar merenih
6. masukkan santan..renih lagi bior lama sket
7. kalau pekat sgt..tambah je santan pemancar atau air
8. dekat2 nak masak..perisakan garam gula secukup rasa..[kalau buh awal2 karang termasin lak.. nayaaa]
9. siap kuah laksa johor

bhn garnish:
daun kesum - mayang halus
daun selasih - mayang halus [yg ni kalau tak dak..me tak buat laaa laksa johor]
kacang panjang - hirs halus
timun - pare bulat pastu hiris nipis
taugeh - buang ekor
lobak asin - rendam kejap then toskan n cincang halus
sambal belacan
limau kasturi
bwg besor kuning - potong bulat nipis2

[ Last edited by NoorMasri at 20-9-2005 09:07 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2005 11:19 PM | Show all posts
LAKSA ASAM [hanieliza]



Bahan

1/2  kg ikan kembung, direbus dan diambil isinya lalu dikisar halus
1 bungkus laksa kering, [direndam sehingga lembut lalu direbus sehingga empuk ketepikan ]

8 keping asam gelugur
1 kuntum bunga kantan [belah 4]
3 tangkai daun kesum
10 biji limau kesturi, dibelah dua & buang biji
air rebusan ikan
Garam secukup rasa
1 batang serai [ketuk pecah2]
1/2 cawan jus asam jawa
sikit minyak

Bahan A (Dikisar halus):
5 cm belacan
10 tangkai cili kering yang direbus
1nci lengkuas
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 s/b belacan

Bahan (Dihiris halus):
1 bawang timun
2 biji bawang besar
1/2 biji nanas
2 biji cili merah
daun selum

Cara membuat kuah:
1. Panaskan sikit minyak dan tumiskan serai & bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan  isi ikan, air rebusan ikan, asam gelugur, jus asam jawa, daun kesum, dan bunga kantan.
3. Masak sehingga mendidih. Rasakankan garam secukupnya.
4. Renihkan sehingga pekat.

Cara menghidang:
Masukkan laksa ke dalam mangkuk, tuang kuah laksa ke atasnya dan hiaskan dengan bahan yg dihiris serta limau kesturi.

NOTA...Kalau nak tambah kuah petis [otak udang tu]..cairkan otak udang dengan sikit air panas dan masukkan dalam pinggan hidangan laksa..sedapnya..




ASSAM LAKSA [NoorMasri]



500 g laksa } direbus/celur hingga lembut
800 g ikan parang/kembung/selayang
2 1/2 pt (1500 ml) air
1/2 cawan asam jawa *
1 pt (600 ml)  air *
sedikit gula
garam secukup rasa
MSG jika suka
1 kuntum bunga kantan

* ambil air asam jawa dgn mencampurkan asam jawa dgn air

Bahan kisar:

1 btg serai
1 inci lengkuas
10 ulas bawang merah
8 tangkai cili kering
4 tangkai cili merah
4 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
1 inci belacan

Ulaman/hiasan:

1/4 biji nenas (dipotong kecil)
1/2 btg timun (dipotong halus)
4 tangkai cili merah (dihiris)
2 labu bawang besar (dimayang)
beberapa tangkai daun pudina
petis udang jika suka

Cara membuat:

Masukkan air & ikan ke dlm periuk. Bila mendidih, perlahankan api biarkan mereneh selama 10 minit
Tutup api, keluarkan ikan dan simpan air rebusan ikan tadi.
Asingkan tulang/kepala dgn isi ikan dan hancurkan isi ikan tersebut.
Masukkan ke dalam periuk air rebusan ikan, bahan kisar, air asam jawa, bunga kantan dan garam secukup rasa, biarkan sehingga mendidih
Masukkan isi ikan dan renehkan selama 5-10 min.
Utk menghidangkan letakkan laksa di dlm mangkuk diikuti dgn bahan hiasan/ulaman dan tuangkan kuah diatasnya.
Hidang panas-panas.


Selamat mencuba..dah cuba sekali pasti nak lagi...

..tulang2/kepala ikan tu kisar dgn air rebusan kemudian tapis ambil airnya..supaya kuahnya nanti lagi kaw..

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 22-10-2007 04:16 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2005 11:20 PM | Show all posts
asam laksa [bLUe_jaMBu]

Ingredients
(A) Ground spice ingredients
15 fresh red chillies
15 dried red chillies
150g shallots
10 cloves garlic
40g galangal (lengkuas)
2cm knob fresh turmeric root
1 tsp belacan stock granules

(B)
4 tbsp tamarind paste (asam jawa), mixed and strained to obtain tamarind juice
300ml water
10 sprigs polygonum leaves (daun kesom)
3 pieces dried tamarind skin (asam keping)
3 stalks lemon grass, lightly smashed
1.8 litres water

(C)
1 kg mackerel (ikan kembung) or horse mackerel (ikan selar kuning), cleaned
1 cup water
1 kg fresh laksa noodles

Seasoning
2 tbsp sugar or to taste
Salt to taste

Garnishing
1 wild ginger bud (bunga kantan), halved and finely shredded
1 cucumber shredded
1/2 pineapple, sliced and shredded
1 onion, finely sliced.
2 red chillies, seeded and sliced
A few sprigs mint leaves (daun pudina)
Prawn paste (har koe), diluted with water to a drizzle consistency


Method
Boil fish in just enough water. When cooked, remove the fish and strain the stock. Then flake the fish and set the fish aside.

Put tamarind juice, ground ingredients (A), water and fish stock in a pot. Add polygonum leaves, dried tamarind skin and lemon grass. Bring to a low simmering boil for 10 minutes. Add the flaked fish and seasoning to taste. Continue to simmer for an extra 1
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2005 10:30 PM | Show all posts
Laksa Moh Hin Gha (Laksa Lemak Myanmar) [cantique]

Bahan-bahan;

1 kg ikan kembung - direbus dan diambil isinya
4 biji bawang besar                       }
6 ulas bawang putih                       }
2 sudu kecil halia - dihiris               }
1 sudu kecil kunyit                         }  dimesin halus
2 sudu besar serbuk cili                 }
2 biji cili merah                              }
1 camca besar belacan                  }
2 sudu besar minyak bijan
4 sudu besar minyak sawit (Vesawit)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2005 11:28 PM | Show all posts
Laksa Pahang
[Resipi ni dirembat dari majalah Flavors][Kronic]


Bahan2:
600g bihun (celur & tos)
600g mee kuning (optional)
4 sudu besar minyak masak

Bahan diblend:
20 cili kering yg direndam
5 cili hidup, dibuang biji
10 bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 rangkai serai
2cm halia
2cm kunyit
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil belacan

Bahan kuah:
6 rumpun daun laksa
4 asam keping
1 1/2 kelapa, campur dengan air untuk dapatkan 3 liter santan
1kg ikan mackerel, disteam dan dibuang tulang

Seosoning:
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 granule ikan bilis
1 sudu kecil nampla (sos ikan)

Hiasan:
100g tauge
1 biji bawang besar, potong bulat, nak wat bunga2 pun boleh
Ulam Raja, potong halus2
2 cili merah
3 biji limau kasturi
5-6 biji cili padi

Cara:
Panas minyak dalam periuk dan goreng bahan yg dblend bersama dengan daun laksa sampai wangi dan pecah minyak. Masukkan santan dan asam keping. Biar sampai didih kendian slowkan api. Masukkan ikan dan didih sampai 20minit. Masukkan bahan seasoning.

Cara sediakan:
Masukkan bihun/mee kuning dalam mangkuk. Letakkan bahan2 hiasan kendian tuang kuah. Simple kan.. kan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 09:46 PM | Show all posts


LAKSA BONDAKU [DianaA]

Bahan untuk Kuah Laksa

750 gram ikan tenggiri, direbus dan ambil isinya
3/4 cawan rempah kari ikan
1/2 cawan kerisik
1 cawan air
2 kotak kecil santan KARA (2 biji santan kelapa)
4 batang serai, dititik
2 inci lengkuas, dititik
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan untuk Sambal (Dikisar)
20 biji cili padi thailand
6 -8 batang lada merah hidup

Bahan untuk Hiasan
2 kilo mee laksa, dicelur dan toskan
kerang rebus
fishcake
tahu kering
timun (kupas kulit, buang hatinya dan hiris halus)
tauge
daun kesum

Cara-caranya
1.  Isi ikan dikisar bersama air rebusan ikan dan ketepikan.  
2.  Panaskan minyak dalam periuk.  Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik bersama rempah yang telah dikisar.  Tumis sehingga naik bau.  
3.  Masukkan kerisik, gaul rata.  Masukkan pula rempah kari ikan dan 1 cawan air.  Gaul hingga sebati.  
4.  Masukkan isi ikan yang telah dikisar.  Masukkan pula santan, garam secukup rasa dan serbuk perasa jika suka.
5.  Jika kuahnya agak pekat boleh tambah sedikit lagi air.

Cara untuk menghidang Laksa
1.  Letak mee laksa dalam mangkuk, letakkan sedikit kerang rebus, fishcake, tahu kering dan tauge.  Kemudian tuangkan kuahnya.
2.  Hiaskan pula dengan timun, daun kesum dan sambal.  Sedia untuk dimakan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 05:11 PM | Show all posts
Assam Laksa [Shidaaziz]

1 bungkus laksa basah
Timun
Nenas
Cili merah hiris
Daun pudina
Bawang besar
Telur rebus

4 ekor ikan kembung (rebus dengan 5 hingga 7 keping asam keping). Ambil isi sahaja. Jangan blend atau racik. Just pecah-pecahkan kasar-kasar. Simpan stock ikan untuk kuah

Bahan A
15 tangkai cili kering (agak-agak le nak pedas mana ni)
10 - 15 biji cili api
5 - 6 bawang kecil
3 garlic
sedikit lengkuas
sedikit halia
belacan

1 serai - ketuk je
1 bunga kantan belah 4
Daun kesum
Senggengam asam jawa buat jus
5 keping asam keping
5 sudu makan otak udang
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Blender bahan A
2. Masukkan bahan A dalam stok ikan
3. masukkan serai ketuk, bunga kantan, daun kesum, air asam jawa & asam keping
4. Bila dah mendidih pertama kali, masukkan otak udang. Waktu ni kena masak lama sebab kalau tak nanti bau otak udang tu macam mentah.
5. Last sekali baru masuk isi ikan. Isi ikan jangan masak terlalu lama sebab nanti keras. Dan jangan kejap sangat nanti ikan tu lembik pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 10:54 AM | Show all posts
LAKSA BURMA [EMMA78]



3 tbsp cooking oil
1 Onion, grated
4 Garlic Cloves, crushed
2.5cm/1-inch freshly grated Root Ginger
1 Stalk Lemon Grass, very finely chopped (or 1 teasp Ground Lemon Grass)
1 teasp Chilli Powder
1 teasp Turmeric
1.5L/50fl.oz. Water
90ml/3fl.oz. Fish Sauce (or more to taste)
2 Small Onions, quartered
4 tbsp Rice Flour mixed with a little cold water
450g/1lb Catfish or any firm fish
450g/1lb Fine Rice Noodles

Garnishes
2 Hard Boiled Eggs, quartered
Shredded Spring Onions
Shredded Green Beans (raw or cooked)
Slices of Fried Gourd or Squash
Fresh Coriander Leaves

Directions
1. Heat the oil in a large saucepan, add the grated onion, garlic, ginger, lemon grass, chilli powder and turmeric and cook for a few minutes over a medium heat, stirring, until fragrant.
2. Add the water, fish sauce, quartered onions and rice flour mixture. Mix well and bring to the boil, stirring thoroughly to prevent any lumps forming. Once the soup has thickened, reduce the heat and simmer for 20 minutes.
3. Cut the fish into chunks then add to the soup. Mix well and continue to cook for a further 10 minutes.
4. Meanwhile, bring a large pan of water to the boil, add the noodles and cook for about 5 minutes or until tender. Drain well.
5. To serve
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 11:29 AM | Show all posts
LAKSA SARAWAK [Linn]  



Bahan-bahannya:

1 paket rencah Laksa Sarawak
3 ketul dada ayam
250gm udang
1 paket beehoon
3 biji telur
Taugeh
Daun Ketumbar
Daun Selasih
250ml santan pekat
2 liter air
Kiub ayam
Lada kecil, lada besar dan belacan
Limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara membuatnya:

Bee-hoon direndam, dicelur dengan air panas. Setelah dicelur, lalukan dengan air sejuk. Tuskan dan ketepikan.

Telur dipukul (perisakan dengan garam). Panaskan pan dan goreng dadar nipis. Angkan dan hiris halus. Ketepikan. Tips: Jika hendakan telur dadar yang senang dipotong dan tidak hancur tambahkan sedikit tepung gandum (1/2 sudu kecil semasa memukul telur)
Taugeh dicelur.

Daun ketumbar dan daun selasih di petik dari tangkai.  Cuci dan tuskan air.

Lada kecil, lada besar dan belacan ditumbuk untuk sambal belacan. Limau kasturi dibelah dua.

Rebus ayam. Apabila ayam sudah masak keluarkan ayam. Toskan dan carik halus. Ketepikan isi ayam. Dalam air rebusan yang sama masukkan udang (biarkan masih berkulit) dan apabila udang sudah masak, keluarkan udang, buangkan kulit dan ketepikan.

Air rebusan tersebut dididihkan. Kecilkan api. Masukkan rencah Laksa Sarawak. Kacau hingga sebati. Masukkan santan dan kiub ayam. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih sebentar. Tutup api dan boleh dihidangkan.

Cara menghidang:

Masukkan beehoon kedalam mangkuk. Masukkan rencah (telur, taugeh, isi ayam, udang, daun selasih dan daun ketumbar). Tuang kuah, dan hidangkan bersama-sama sambal belacan dan perahan limau kasturi. Selamat Mencuba.

[ Last edited by  nhuda at 18-7-2008 12:54 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.066601 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list