CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ninoZ

[kompilasi] KUIH-MUIH

   Close [Copy link]
Post time 1-6-2006 02:36 AM | Show all posts


KUIH BAKAR JAGUNG [DianaA]

Bahan-bahan   
1/2 kg tepung gandum
300 gram gula
2 cawan santan pekat (dalam kotak)
4 cawan air
sedikit garam
3 sudu makan mentega
4-6 biji telur (lebih banyak telur sedap, dia lembut)
1 tin jagung krim
sedikit pewarna kuning
sedikit esen vanilla
  

Cara Menyediakan   

Masukkan gula, santan, air, garam, mentega, telur, pewarna kuning dan esen vanilla kedalam blender. Blender yang kita buat kisar tu, senang adunan tak bergentel. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit, blend sehingga sebati dan adunan tidak bergentel. Tuang adunan tepung kedalam bekas. Akhir sekali masukkan jagung krim dan gaul rata. Tuangkan adunan kedalam loyang 12 x 12 inci yang telah disapu dengan mentega. Kalau mentega banyak dalam loyang pun tak apa, tapi panaskan loyang dalam oven dulu sehingga mentega cair. Boleh juga gunakan loyang kuih bakar yang pecah lapan. Letakkan setengah sudu makan mentega kedalam loyang dan panaskan hingga cair dalam oven kemudian tuangkan adunan 3/4 penuh. Selalu kalau letak mentega, tepi kuih bakar akan masak lawa kekuningan dan lebih sedap.

Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah C selama 1 jam 30 minit atau sehingga masak.

Nota: Boleh juga gunakan isi cempedak/ durian, gantikan 1 tin jagung krim dengan 3/4 cawan isi cempedak/ durian/ kentang/ keledek. Isi cempedak/ durian/ kentang/ keledek diblender bersama adunan tepung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2006 02:38 AM | Show all posts

Kuih Bakar Bombay [Kero-Kero]


- 5 biji telur
- 3/4 cawan gula
- 2 1/2 cawan air santan
- 2 cawan tepung
- 1 sudu meja pandan paste @ air perahan pandan
- secubit garam

Cara membuatnya:
Pukul telur dgn gula hingga sebati. Masukkan air santan bersama pandan paste.
lepas sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Tapis adunan tadi sebelum dibakar.
Bakar pd suhu 170 darjah C. selama 30 - 40 minit.
Menghasilkan 5 biji kuih bombay.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 07:53 PM | Show all posts
Durian Goreng [ashra]

Bahan-bahannya;

Isi durian (jangan buang biji)
1 cawan tepung beras
1 sudu tepung jagung
1 biji telur
1 cawan air
Minyal untuk menggoreng
Secubit garam

Cara membuatnya;

1) Bancuh tepung beras bersama tepung jagung, sebiji telur dan bubuh garam bersama air.

2) Goleskan biji durian bersama bancuhan tepung dan goreng.

3) Setelah kekuningan, angkat dan siap untuk hidangan.

[ Last edited by  NoorMasri at 19-11-2006 06:36 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 01:37 AM | Show all posts

Penang Loh Bak/Chicken Roll [1Mas2ra]


A/
1-2 keping beancurd skin (macam fucuk tapi lembut) -potong jadi 12 keping kecik

B/
250gm isi ayam-potong dadu kecil
1/2 carrot -potong dadu kecil
1/2 paket water chestnut/sengkuang cina - potong dadu kecil
20gm bawang putih -cincang
1/4 Tb garam
1-2Tb kicap pekat
1/2Tb minyak bijan
2Tb tepung jagung
1tsp pepper
3Tb gula
2tsp 5-spice powder
1 telur

Perapkan semua bahan B. Tepikan.
Potong beancurd skin dalam size 4" X 4" atau selalunya yang beli tu terus bahagikan 16 bahagian dapat kecil macam buat hari tu, yang actual size loh bak selalunya besar..kecil senang makan ngap je.
Kulit beancurd ni ada beberapa jenis, cari yang tak salty. Lepas potong2, lapkan kulit dengan kain basah supaya senang nak roll.
Ambik isi dalam 1Tb, bubuh atas kulit dan roll, hujung tu bubuh air skit supaya melekat. Hujung kiri dan kanan pusing2kan (twist) macam gula-gula tu, dah siap dan boleh goreng.
Gorengpun tak lama sampai kulit dah brown..selalunya Mas buat banyak dan frozenkan, nak makan thaw sekejap dan goreng. Loh bak ni memang favorite anak2.


Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 01:39 AM | Show all posts
Ngo Hiang [cranko21]


Kulit tahu kering
- Potong empat segi (5 x 7 inches - atau ikut size yg u all suka la) dan di rendam sedikit agar mudah di bentuk/gulung


Inti
300 gm isi ayam     ) mesin halus  
150 gm isi udang    ) atau cincang halus

10 biji bawang kecil (atau 1 biji bwg besar)
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 05:44 PM | Show all posts
WAJIK [Kacip_Fatimah]
Sumber : ROSSYA fotopages


Bahan2:-
500 gm pulut
50 gm gula pasir
750 gm gula melaka ( kak rossya campur sedikit gula timbang [brown col sugar] )
1 cawan isi durian
3 helai daun pandan
375 ml santan pekat
11/2 cawan air
sedikit garam

Cara2:-
Cuci bersih pulut dan rendam semalaman.Pada keesokan hari,pulut ini hendak lah dikukus sehingga masak.Sementara itu masak gula Melaka, gula pasir,garam,daun pandan dengan 1 1/2 cawan air,sehingga gula larut.Kemudian tapis.Masukkan santan kedalam gula ini dan masakkan sehingga pekat dan bertali.Masukkan isi durian, kacau rata lagi sebentar.Setelah durian hancur,masukkan pulut.Kacau dan masak sehingga adunannya tidak melekat kepada kayu pengacau.

Nota ~ Jika hendak membuat WAJIK biasa tanpa durian,tambah kan gula pasir nya 50 gm lagi menjadi 100 gm.Wajik enak sekali jika dibungkus dalam daun pisang atau upeh.





WAJIK [hanieliza]

Bahan:
4 cawan beras pulut [rendam 5 jam..kukus]
1 cawan gula pasir
500 gm gula merah
2  biji kelapa parut..perah tanpa air( 3 cawan + secubit garam)
daun pandan...simpul

Cara:
1. Gula merah dan gula pasir dimasakkan ngan 1/2 cawan air dan daun pandan..tapiskan
2. Masakkan air gula dengan santan sehingga pekat.
3. Masukkan pulut dan kacau rata sehingga sebati dan berkilat.
4. Masukkan dalam loyang dan sejukkan baru potong dan hidangkan.

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 11-4-2007 05:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2007 04:54 PM | Show all posts
Kuih Lopes [soulha]

BAHAN2
3 cawan beras pulut
10 helai daun pandan ditumbuk halus
3 cawan air
Secubit garam
Beberapa helai daun pisang
Kelapa dibuang ari diparut dan digaul sedikit garam.

Cara:
Daun pandan yang ditumbuk halus diperah bersama 3 cawan air.Tapis...

Beras pulut dimasak dengan tiga cawan air pandan sehingga airnya kering. Tutup periuk sekejap. Angkat. Bentangkan daun pisang. Letakkan sepuluh sudu makan adunan pulut (mengikut panjangnya daun pisang. Gulung kejap-kejap dan kukus selama 30-40 minit. Toskan. Manakala hendak dihidangkan potong dengan benang setebal setengah sentimeter. Gulingkan ke dalam kelapa parut

Bahan untuk kuahnya:
1 cawan gula merah (melaka)
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 11:23 AM | Show all posts
Lepat Pisang

Versi 1 [Darsita]
Sumber : Raihan

Bahan-bahan:

1 cawan tepung kastard
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2007 03:32 PM | Show all posts
PULUT PANGGANG

Versi 1 [hanieliza]

Pulut
3 cawan pulut [basuh dan rendamkan]
4 cawan santan
sedikit garam

Inti pedas/serunding
200 gm udang kering
200 gm udang basah [jika suka]
1 biji kelapa muda [parut]

bahan mesin:
10 biji cili kering
2 batang serai
5 ulas bawang merah
1 s/b  lada hitam
1 helai daun kunyit [mayang halus]
Sedikit kunyit
garam  dan gula secukup rasa

Daun pisang untuk bungkus
lidi kelapa

Cara:
1. Masukkan semua bahan dalam kuali dan gorengkan sehingga agak2 kering.
2. Tutup api dan masukkan dalam pinggan.
3. Masukkan pulut,santan dan garam dalam loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit.
5. Keluarkan pulut yg telah masak dan sejukkan.
6. Potong daun pisang anggaran yg diperlukan dan bersihkan.
7. Masukkan sedikit pulut ditengah daun dan rata.
8. Letakkan inti pedas dan gulungkan daun pisang.
9. Sematkan kedua hujung pulut yg telah dibungkus dan sapukan sikit minyak didaun pisang tu. Potong hujung daun pisang yg berlebihan.
10. Bakar dalam kuali atas api yg sederhana.

Versi 2 [dewi]

BAHAN2NYA

1 kilo beras pulut
400 ml santan @ santan dari 1/2 biji kelapa
1 sudu kecil garam

Bahan untuk inti

1 biji kelapa parut
3 batang serai
6 ulas bawang merah
2 inci halia
1 sudu besar jintan manis
1 inci kunyit hidup ( boleh juga ganti dgn kunyit serbuk)
5-6 btg cili kering ( nak pedas lebih kan)
200gm udang basah.. kalau tak der yg kecil yg besarpun boleh tapi kena hiris kecil2
garam dan gula

Daun pisang

cara membuatnya :

Beras pulut di basuh dan di rendam sekurang2nya 3 jam
kukus beras pulut selama 15-20min dah agak masak angkat dan letak dl, bekas
kemudian harungkan dgn santan yg sudah dicampur garam.
gaul rata supaya tak berketul2 dan ketepikan.

daun pisang di layur dan di potong agak2 la kalau nak buat besar tu potong lah lebar2 kalau tak dlm 6 inci lebar cukup dah .

bahan2 rempah , serai, bawang, halia, jintan kunyit semuanya di blender halus. masukkkan kelapa dan bahan yg diblender dlm kuali dan kacau rata.  agak2 dah nak kering masukkan udang. ( jgn terlalu awal masukkan udang nanti over kecut lak udang tu)
then masukkan garam dan gula . ikut citarasa lah nak pedas atau tak.  
kacau sampai kering. dan sejukkan.

Sementara tu tepekkan pulut atas daun pisang..
untuk menyenangkan kerja2 menempek pulut guna pisau palstik supaya senang tak melekat2 pulut di tgn.
kurangkan guna tgn bila handle pulut ni supaya pulut tak senang basi.
letak inti di tgh pulut. lipat daun sebelah kanan dan kiri supaya pulut menutup inti. lepas tu baru gulung dgn kemas daun tu
lepas tu baru gunting kemas daun tu dan clipkan guna lidi atau stapler
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 10:23 AM | Show all posts
KARIPAP [kacang^soya]
Source : Pn. Firza Nordin



Karipap Daging
Doh :
1 kg tepung
1 sd besar garam
1 cawan ais
1 cawan air
2 biji telur
170 gm lepa susu `farmcows
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.056600 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list