CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ninoZ

[kompilasi] KUIH-MUIH

   Close [Copy link]
Post time 16-4-2005 07:00 PM | Show all posts
Batter pisang goreng @sepuh [speedial]

tepung beras
putih telur
air
air kapur
serbuk kunyit
garam

Campurkan kesemuanya....jgn terlalu cair, agak2 kalu dia likat tu ok lah tu...

Tips: actually yg buat sesuatu adunan tu ranggup adalah penggunaan air kapur & putih telur tu....kalu tak buh air kapur/putih telur, kurang skit ranggup dia tu...



bater pisang goreng rangup [ninoZ]

tepung beras
tepung gandum
garam n gula secukup rasa
bijan
sedikit air kapur
air secukupnya

bancuh tepung beras dan tepung gandum  dgn air hingga sebati[biasanya me guna ratio 3 tepung beras : 1 tepung gandum]
tambah garam n gula serta air kapur[bior terasa cam pahit2 kapur tu sket2 je kalau kita taste the batter..kalau too much nanti pahit sgt]..kacau rata
bater tu jgn pekat sgt..enuf utk lekat dgn merata kat pisang
last sekali baru masukkan bijan [taruk byk byk..sedappp]
pastu siap utk digoreng..

[ Last edited by  NoorMasri at 19-11-2006 05:31 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2005 07:43 PM | Show all posts
GANTI RASA [mie07]

Bahannya:
2 cawan tepung gandum
4 cawan santan (dari sebiji kelapa)
4 helai daun pandan (dimesin untuk hancurkannya)
Gula secukup rasa
1 biji telur
2 biji bawang merah (untuk bawang goreng)

Cara membuatnya:
Perah kelapa dengan daun pandan (yg dimesin) + telur = santan pekat berwarna hijau muda.  masukkan tepung gandum ke dalam santan + gula.  Kemudian masukkan ke dalam blender.  Kisar sekejap.  Keluarkan dari kisar tadi + bawang goreng. Gaul sebati.  Lepas tu boleh lah dikukus selama lebih kurang 20 minit. Lepas tu tunggu sejuk dan boleh dipotong.

[ Last edited by  NoorMasri at 19-11-2006 07:00 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2005 11:58 PM | Show all posts
KUIH HASIDAH [nrshahirah]

Bahan-bahannya

300gm tepung gandum
2 helai daun pandan
2? - 3 cawan santan dari satu biji kelapa
1? cawan gula, atau secukup manis yang diperlukan
5 biji telur ayam, dipukul
4 sudu besar minyak sapi
secubit garam
sedikit pewarna kuning

Untuk hiasan
10 biji bawang merah,dihiris nipis dan gaul sedikit garam, kemudian digoreng hingga kuning.

Cara Membuatnya
1) Tepung disangai hingga wangi dan kuning. Sejukkan sebentar.
2) Kemudian dicampurkan santan, telur, daun pandan, secubit garam dan  pewarna kuning, jika suka.
3) Kacau atas api kecil hingga pekat. Barulah dimasukkan gula. Kacau lagi hingga gula sebati dan kering, baru dimasukkan minyak sapi.  Kacau lagi hingga keluar minyak.
4) Proses mengacau kira-kira 1? - 2 jam. Bila telah menjadi seketul adunan yang lembut, bolehlah diangkat.
5) Terapkan dengan acuan bentuk bunga teratai dan taburkan bawang goreng diatasnya.  Boleh juga digentel bulat-bulat dan disepit menggunakan penyepit kuih.

tapi resepi kuih yang mie07 bagi lebih kurang aje..beza cuma kukus ngan kacau aje...


variasi [ninoZ]
kalau kat utara kann..
kuih hasidah or qasidah cuma dibuat dari tepung gandum, gula n sedikit minyak sapi atau butter [kadang otg tak taruk pun minyak sapi nih]
kacau tepung+gula+air sampai kental n berkilat..pastutuang dlm loyang then agak2 dah set..tabur dgn bwg goreng

ade gak yg buat qasidah dgn tepung jagung..lagi halus teksturnya compared dgn tepung gandum..but it improvisasi dari versi traditional..

[ Last edited by  NoorMasri at 19-11-2006 07:00 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 12:13 PM | Show all posts
BINGKA CARROT CHEESE [TAJMAH]


Bahan-bahan:

1 kg lobak merah (dipotong kecil dan direbus hingga empok)
250 gm  mentega
6 biji telur
1/2 tin susu manis
1 tin susu cair
1 cawan gula (boleh dikurangkan)
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam.
50 or 60 gm cream cheese

Cara membuat:

Toskan Lobak yang telah direbus tadi kemudian dikisar dengan susu cair.
Gula, cheese dan  mentega di pukul hingga kembang kemudian masukkan telor sebiji-sebiji, masukkan susu manis kacau lagi hingga rata.
masukkan garam dan tepung sedikit sedikit gaul hingga rata akhir sekali masukkan
lobak yang telah dikisar kacau hingga rata  Alas acuan dengan kertas kalis minyak dan sapukan dengan mentega setelah itu tuangkan adunan tadi dan bakar cara steam bake hingga masak.

Setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan sejuk baru dipot

BINGKA TEPUNG BERAS [Jonah]

300 g tepung beras
150 g gula pasir
1 camt garam
1 liter santan (2 biji kelapa)
125 ml air daun pandan (ambil dari 10 helai pandan)

Kacau semua bahan hingga larut di dalam kuali. Jerang sambil dikacau atas api perlahan hingga naik wap. Segera tuangkan ke dalam loyang berukuran 22 cm yg disapu minyak. Bakar dgn api atas dan bawah pada 200 C hingga bahagian atasnya keperangan dan kuih masak. Biar sejuk sebelum dihiris.

Perkara utama ketika membuat bingka seperti ini adalah semasa mengacaunya di atas api hingga naik wap. Adunan mesti diperhatikan sentiasa kerana proses ini tidak memakan masa yg lama. Kelewatan mengangkat adunan (hanya beberapa saat) akan menyebabkan adunan berketul dan ini membuat kuih tidak menjadi. Sebaik saja anda nampak wap naik, segera angkat dari api dan tuangkan ke dalam loyang yg sudah disapu minyak. Bakar dalam ketuhar api atas dan bawah utk sempurna.

Saya memberikan resepi yg berbeza kerana menurut anda, resepi yg anda cuba itu tidak menjadi. InsyaAllah, resepi baru yg saya berikan akan menghasilkan bingka yg anda inginkan. Soalnya sekarang, resepi itu "terlepas" dari "editing" atas sesuatu sebab yg tidak dapat dielakkan. Jika kemaafan yg wajar anda terima, itulah yg akan saya hulurkan.

Jika dianalisa secara terperinci (ruj: resepi dlm buku), utk tepung beras sebanyak 350 g (sukatan gula tidak "memainkan peranan" kerana ia adalah hak individu utk menentukan kemanisannya), kelapa yg harus digunakan adalah 2-3 biji (saiz kelapa juga memainkan peranan). Jika anda hendak kuih yg lebih lemak, hanya tambah saja jumlah kelapanya.

Manakala penggunaan air daun pandan tidak begitu penting kerana yg diperlukan di sini hanyalah bau wanginya. Jika tidak menggunakannya, tidak menjadi hal (ruj: resepi dlm buku). Jadi, kuih masih boleh jadi walaupun anda tidak menggunakan air daun pandan (kecuali Kuih Seri Muka yg mmg mempunyai lapisan atas berwarna hijau).

Kuih Melayu sungguh unik dan tersendiri. Atas dasar itulah, membuatnya memerlukan bukan saja kerajinan tetapi ketekunan dan sikap tidak berputus asa. Acapkali, pengalaman seseorang akan mengajarnya banyak perkara ttg kepekatan, tekstur dan rasa. Bayangkan, sesetengah kuih Melayu begitu "sensitif" hinggakan bila menggunakan tepung beras Cap Bunga, kuihnya tidak menjadi kerana ia hanya boleh disediakan dengan tepung beras Cap Gajah.....!!!

Kuih Melayu tidak seperti kek, biskut dll "kuih moden". Jadi, anda harus rasa bangga dan saya rasa bertuah kerana adanya individu seperti anda yg terus bersemangat utk memperkayakan pengetahuan menyediakan Kuih Melayu.

[ Last edited by  NoorMasri at 19-11-2006 07:00 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 12:26 PM | Show all posts
BINGKA TEPUNG BERAS atau BENGKANG TEPUNG BERAS [hanieliza]

Bahan
2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
1 camt garam
6 cawan santan [1 biji kelapa]
1 helai daun pandan [simpulkan]

Cara
1. Campurkan semua bahan dan tapiskan dalam kuali [kak liza gunakan non-stik wok]
2. Masukkan daun pandan dan masakkan sambil dikacau atas api perlahan hingga naik wap. Tutup api dan kacau sehingga kental.
3. Buangkan daun pandan dan tuangkan ke dalam loyang yg disapu minyak.
4. Bakar dgn api atas dan bawah pada 180' C hingga bahagian atasnya keperangan dan kuih masak dalam jangkan masa 1 1/2 jam.
5. Sejukkan baru dipotong dan hidangkan.



Bingka Beras [chempaka_ku]

180g tepung beras
45g tepung kacang hijau (warnanya putih)
10g tepung sagu atau tepung ubi kayu
1200 ml santan dari 1 1/2 biji kelapa
200g gula
1/2 sudu kecil garam
3 helai daun pandan, disimpul

Cara:

1.  Grease 20cm square pan dengan minyak.  Panaskan oven 225 Celcius.
2.  Campurkan tepung semua dengan santan.  Tapiskan ke dalam saucepan.
3.  Masukkan gula, garam dan daun pandan.  Masak dengan api kecil dan digaul secara berterusan sehingga pekat, kira-kira 5 minit.  Buang daun pandan.
4.  Tuangkan dan ratakan ke dalam pan.  Masak selama 30 minit.  Boleh juga masak dengan degree yang lebih tinggi selepas ini untuk mendapatkan atas yang a little bit hangus.

BINGKA UBI MAKLANG [MAKLANG]

Bhn
600 gm ubi kayu
3 senduk tepung gandum
4 biji telur
1 1/2 biji kelapa (dijadikan 3 mangkuk santan)
Gula secukup rasa (jika suka boleh guna gula melaka)

Cara
Ubi diparut, air perahan ditakung dan diambil sagunya.
Gula dimasak dan ditapis
Masukkan semua bhn itu bersama telur dan santan dan dibancuh hingga sebati
Panaskan acuan yg disapu dengan minyak
Tuangkan adunan dan bakar hingga masak.


BINGKA UBI [hanieliza]


Bahan
5 cawan ubi parut
6 cawan santan pekat
3 biji telur ayam
2 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 s/k garam

Cara
1. Ubi parut digaulkan dengan semua bahan.
2. Sapukan minyak dalam loyang untuk bakar adunan ini.
3. Bakarkan dalam oven 180'C selama 60 minit.
4. Sejukkan betul2 sebelum dipotong

BINGKA UBI KAYU[hanieliza]

Bahan-Bahan:
1 kg ubi kayu
3 cawan gula pasir
4 sudu gula merah
6 cawan santan [1 biji kelapa]
3 biji telur
Sedikit garam

Cara:
1. Ubi kayu dibersihkan kulitnya kemudian dimesinkan dan tapiskan. Anggaran 5 cawan.
2. Gaulkan semua bahan dan masukkan dalam loyang yg telah disapukan minyak.
3. Masakkan dalam oven 170'C selama 70 minit.
4. Jika suka bolehlah gunakan api atas selama 15 minit lagi.
5. Sejukkan betul2 baru potong dan hidangkan.



BINGKA UBI KAYU [NoorMasri]

Bahan-bahan:

600 g ubi kayu yg telah diparut (TIDAK PERLU perah airnya)
1 ? cawan santan pekat
1 biji telur
? cawan gula perang- jika suka lebih manis boleh jadikan 1 cawan
30 g mentega (cairkan)
secubit garam

Cara membuat:

Campurkan gula perang bersama santan, kacau sehingga gula perang larut.
Kemudian masukkan ubi kayu, telur, mentega dan secubit garam
Kacau hingga semuanya sebati
Lumurkan loyang dgn sedikit butter
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pd suhu 150扖 selama 1 jam atau sehingga masak.

Variasi: Jika inginkan bingka yg berwarna kuning, tukarkan gula perang kpd gula pasir dan masukkan beberapa titis perwarna kuning

Bingka Ubi Kayu [speedial]

450 gm gula pasir (ikut resepi ni memang terlalu manis so saya buat dlm 300gm gula dah ok manisnya)
280 ml air
2 helai daun pandan
600gm ubi kayu - diparut
200gm kelapa parut (1/2 biji kelapa) - yg putih saja
secubit garam
beberapa titis pewarna kuning
2 biji telur, dipukul sedikit
1 sudu besar mentega

Cara-cara:-
1. Gula, air dan daun pandan dimasukkan ke dalam periuk dan masak dgn api perlahan sehingga gula larut. Kemudian sejukkan.
2. Kupas kulit ubi kayu kemudian diparut.
3. Blend kelapa parut (saya guna blender kering) sehingga halus. Ketepikan.
4. Dalam mangkuk adunan, campurkan ubi kayu yg telah diparut, kelapa parut, garam dan air gula yg telah disejukkan tadi. Kacau hingga sebati, kemudian campurkan sedikit pewarna kuning, dan telur. Kacau lagi hingga sebati.
5. Tuang adunan ke dalam loyang yg sudah disapu dgn mentega.
6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 1 jam atau sehingga masak. Kalau mahukan lapisan atas yg berkerak boleh dibakar lagi selama 15 minit.



Bingka kentang [fatin]

500 gm ubi kentang
2 sudu marjerin
1 cawan gula
2 cawan santan kelapa
sedikit garam halus
1 cawan tepung gandum
1 sudu esen ros
2 biji telur ayam

rebus ubi dengan kulitnya hingga empuk.
lepas tu, kupas kulit kentang tu dan dilecek hingga lumat.
marjerin + gula dikacau - rata.
+ telur, garam kacau rata dan sebati.
+ kentang dan kuar kan
+ santan, kacau sampai rata
+ tepung dan esen ros - sebatikan.
acuan disapu marjerin. masukkan adunan dan bakar hingga masak.
api perlahan. bila telah masak, biarkan sejuk baru dipotong dan dihidangkan buat sarapan pagi atau minum petang.



BINGKA LABU [TAJMAH]

Bahan-bahannya

1 kg labu (dipotong kecil dan direbus hingga empok)
250 gm  mentega
6 telur
1/2 tin susu manis
1 tin susu cair
1 cawan gula (boleh dikurangkan)
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam.


Cara menyediakannya

1. Toskan Labu yang telah direbus tadi kemudian dikisar dengan susu cair.

2. Gula dengan mentega di pukul hingga kembang kemudian masukkan telor sebiji-sebiji, masukkan susu manis kacau lagi hingga rata.

3. Masukkan labu yang telah dikisar kacau hingga rata akhir sekali masukkan garam dan tepung sedikit sedikit gaul hingga rata.

4. Alas acuan dengan kertas minyak dan sapukan dengan mentega setelah itu tuangkan adunan tadi dan bakar.

Selamat Mencuba.

* - Jika mahu lebih sedap adunan tadi boleh dicampur dengan 125gm philadelphia cream cheese (digaul bersama mentega)

  - Semasa adunan tadi hendaklah ditapis sebelum dimasukkan kedalam acuan.

Bingka Labu [dewi]

sama cam cara nak buat bingkang tepung. Cuma ader tambahan labu ler

bahan2 :
labu - rebus & lenyek
santan [nak lagi sedap guna susu cair]
gula
tepung gandum
secubit garam

bancuh dan kacau bahan2 tu sampai pekat. peh tu baru buh kat acuan bingkang dah bakar



Bingka Gandum [Hanieliza]
bengkang/bingka gandum

Kueh bingka/bakar/bengkang


bahan
6 biji telur
1 tin susu cair
2 tin air
4 cawan tepung gandum
2 cawan gula
pewarna hijau[1/2 caw jus air pandan]
bijan yg telah dogoreng tanpa minyak

cara
1. gaulkan semua bahan kecuali bijan.
2. minyakkan sket loyang untuk bakar adunan ini.
3. bakarkan dalam oven 180'C selama 30 minit.
4. taburkan bijan.
5. bakar lagi 20 minit atau sehingga nampak masak.
6. sejukkan dahulu baru dipotong.


Bingka Jagung [hanieliza]

bahan...
1 liter santan + sket garam
5 biji telur
400 gm tepung gandum
2 s/b tepung kastad
200 gula
100 gm butter cair
1/2 tin jagung cream..kisar sket
1 s/k esen vanilla

Cara.
1. Kacau rata semua bahan.
2. Masukkan dalamloyang yg telah disapu majerin/butter.
3. Bakar dalam oven 180'C sehingga masak [1 jam].
4. Sejukkan dan potong.



Kuih Bingka Kastad [hanieliza]


Bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
2 biji telur
1 cawan gula
1/2 cawan butter cair
1 tin susu cair
4 cawan air pandan + pewarna hijau
sedikit bijan goreng

Cara
1. Panaskan oven 180'C selama 10 minit.
2. Gaulkan semua bahan sebati dan tapiskan.
3. Masukkan dlam loyang yg telah disapukan minyak.
4. Bakar selama 1jam pada suhu 180'C.
5. Bila dah masak taburkan bijan. Biarkan sejuk.
6. Potong dan hidangkan


gambar ihsan dari puansri

BINGKA AGAR-AGAR KEJU [TAJMAH]

Bahan-bahannya:
4 biji telur
1/2 gelas tepung gandum
1/2 tin susu manis
1/2 gelas gula
3 gelas air
1 paket agar-agar serbuk (warna putih)
1 paket cream cheese (Philadelpia cream cheese)
200 gm mentega

Cara menyediakannya:
1. Pukul telur hingga kembang, masukkan mentega pukul lagi hingga sebati kemudian masukkan cream cheese dan pukul lagi.
2. Masukkan susu manis dan tepung kacau hingga rata.
3. Masak agar-agar dengan air dan gula sehingga larut dan mendidih.
4. Setelah larut campurkan agar-agar tadi kedalam adunan tepung.
5. Alas acuan dengan kertas minyak setelah itu tuangkan adunan tadi dan   
    bakar.

PERINGATAN

1. Adunan tadi hendaklah ditapis supaya tidak bergentel-gentel.
2. Acuan tadi hendaklah di masukkan kedalam acuan yang berisi air (caranya seperti double boil) supaya bingka tersebut tidak merekah.
3. Boleh menggunakan acuan mengikut ukuran kesukaan masing-masing.
Saya menggunakan acuan 9 X 9 X 2

Selamat mencuba

[ Last edited by  NoorMasri at 19-11-2006 06:42 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 09:37 PM | Show all posts
Apam Tepung Beras - CRANKO 21

Bahan2:

2 cwn tapai nasi (Nasi yg di camput ngan ragi dan dibiarkan sekurang2nya 12 jam)
500gm tepung beras
2 cwn gula
4 cwn air
1 pkt eno

Cara
Mesinkan gula, air dan tapai tadi hingga halus. Masukkan terpung beras dan mesin hingga sebati dgn 2 cwn air. Biarkan hingga kembang (sekurang2nya 2 jam).

esoknya..... masukan eno dlm bancuhan tepung yg dah diperap tadi, tambah pewarna jika suka dan sudukan ke dlm acuan (mangkuk2 porcelin yg kecil2 tu)  dan kukuslah.


APAM TEPUNG BERAS [hanieliza]



Bahan
2 cawan tapai pulut
500 gm tepung beras
2 cawan gula
4 cawan air
1 pkt eno

pewarna [jika perlu]

kelapa muda parut ]
garam ] gaulkan

Cara
1. Mesinkan gula, air dan tapai tadi hingga halus.
2. Masukkan tepung beras dan peram sekurangnya 4 jam.
3. Bila dah 4 jam masukan eno dlm bancuhan tepung yg dah diperap tadi dan perapkan lagi selama sekurangnya 1 jam.
4. Tambah pewarna jika suka dan sudukan ke dlm acuan (mangkuk2 porcelin yg kecil2 tu) dan kukuslah selama 20 minit.
5. Keluarkan dari acuan dan hidangkan bersama kelapa.


Apam Tepung Beras   -   Mak Teh [eena05]


Bahan-bahan :
2 cawan nasi
? ragi
1 sudu bessar gula                        }  paras rata

2 cawan tepung beras                        } possible cari yg cap bunga raya
? cawan gula
1 sudu teh  Eno
Air secukupnya

Cara membuat :
1. Campurkan nasi, ragi dan gula. Gaul sebati dan perapkan untuk 2-3 hari (sebaik2 nya la). Selepas 2-3 hari pastikan tapai nasi tu masak dan menjadik.
2. Dalam mangkuk campurkan tapai nasi, tepung beras, gula dan air sedikit demi sedikit. Kacau adunan rata dan sebati. Perapkan bancuhan sekejap.
3.  Panaskan kukusan.
4. Sebelum kukus letakkan 1 sudu teh rata Eno dalam adunan. Gaul rata dan letakkan dalam loyang pastu kukus cepat-cepat.
5.  Kukus untuk 15
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2005 09:39 PM | Show all posts
KUIH SERI AYU [NoorMasri]



Bahan-bahan:

3 biji telur ayam
1 cawan gula pasir (Noor buat kurangkan skit dlm 2-3 sudu kecil sbb tak suka manis)
1 cawan pati santan
2 cawan tepung gandum - diayak
1 sudu teh ovalette
4 helai daun pandan (dimesin dan ambil airnya sebyk 1 sudu makan)
1/2 biji kelapa parut + secubit garam

Cara membuat:

Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada acuan.
Telur dan gula dipukul hingga kembang dan gebu.
Masukkan santan, ovalette dan tepung gandum.
Kacau hingga sebati.
Masukkan sedikit kelapa parut ke dlm acuan seri ayu kemudian masukkan adunan sebyk 1 sudu.
Selepas tu kukus hingga masak.

Nota: Kalau guna loyang/acuan besar (hasil spt gambo), masukkan semua adunan kemudian kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
Bila masak, potong hidangkan dgn kelapa parut

APAM SERI AYU [hanieliza]

[img=240,180]http://img.photobucket.com/albums/v302/hanieliza3/PutriAyu.jpg

Bahan
3 biji telur
240 gm gula
240 ml santan atau fresh milk
1 s/b jus pandan
270 gm tepung gandum
1 s/k ovallate
1 s/b tepung kanji ]
kelapa parut [muda] ] gaulkan
garam ]

Cara
1. Telur dimesin/dipukul bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan santan/fresh milk, ovallate dan tepung gandum. Gaulkan sehingga sebati.
3. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada acuan.
4. Ambil sedikit kelapa yang telah digaulkan tadi dan tekan sehingga padat.
5. Tuangkan adunan tepung tadi.
6. Kukus hingga masak selama 15 minit.

NOTA: kueh ini boleh juga ditukarkan jus pandan dengan pes coklat

APAM GULA HANGUS/HITAM MANIS - HANIELIZA

Bahan
1 gelas gula    ] cairkan menjadi gula hangus [tapi jangan sampai hangit laa..]
1/2 gelas air   ]

1/2 gelas gula
3 biji telur
1 gelas santan atau fresh milk
2 1/2 gelas tepung gandum ]
2 s/k soda bikarbonat          ] ayak

Cara:
1. Panaskan Kukusan.
2. Telur dan gula dipukul sehingga naik dan kembang.
3. Masukkan gula hangus dan tepung gandum dan soda bikarbonat.
4. Masukkan santan atau fresh milk dan gaul rata.
5. Masukkan adunan kedalam acuan pelastik kecil [acuan agar2].
6. Kukuskan selama 10 - 15 minit.
7. Sejukkan.

Apam Gula Hangus [kay]

1 cwn gula + 1cwn air - utk gula hangus
1 cwn gula pukul dgn lima biji telur
2 cwn tepung gandum + 2 sb bikarbonat ( ayak bersama)
3 sb susu pekat manis
1 cwn minyak masak

Cara

1. Pukul telur sebiji-biji dgn gula hingga kembang
2. Campurkan gula hangus tadi dan kemudiannya masukkan susu pekat manis dan minyak masak kacau hingga rata.
3. Masukan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit kacau rata
5. Kukus selama 1 jam.

APAM GULA HANGUS [xette]



1 1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan susu tepung
1/4 cawan gula kastor
1 biji telur
1 camt soda bikarbonat
1/4 cawan air

bahan gula perang
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Sediakan gula perang, biar sejuk. Ayak tepung, susu dan soda sebanyak 2 kali. Pukul telur dan gula hingga kembang, Masukkan air. Tambah gula perang dan tepung berselangseli dan gaul sebati. Tuangkan ke dalam acuan yg sudah dilengser dengan minyak. Kukus hingga masak


Apam Gula Hangus Comel [speedial]

bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
3 biji telur ayam
2 cawan gula (1 cawan di masak menjadi gula hangus)
1 cawan air
1 tin susu cair
1 buku buttercup
2 sudu teh soda bikarbonat

cara-cara:-

1 cawan gula dimasak hingga kuning , masukkan air 1 cawan dan 1 buku butter.
Biar hingga butter cair. Tutup api.
Telur dipukul dengan 1 cawan gula hingga kembang
Masuk telur yang telah dipukul ke dalam bekas , campur adunan butter tadi &
tepung gandum yg dicampur dgn soda. Kemudian masuk susu cair.
Adun semua bahan tadi dan tapis.
Akhir sekali masukkan ke dalam acuan kecik2 sebanyak 2/3 acuan.
Kemudian kukus hingga masak lebih krg 15 min.

* Utk adunan ni kalu guna acuan seramik yg kecik2 leh dpt dlm 40 biji.


Apam Hitam Manis[puansri]


Bahan A:

250 gm mentega( 1 bar butter)
1cawan gula
1cawan air

Bahan B
2biji telur
3 cawan tepung gandum
1 tin susu cair
1 cawan gula halus
2 sudu maka soda9banyak sangat saya bubuh 2 teaspoon sahaja)

Caranya

Bahan A
Masak gula diatas api kecil sehingga brown baru masuk air dan mentega biar sejuk/suam

Bahan B
Mangkuk berasngkan pukul telur dengan gula tak kembang pun tak apa.masukkan bahan yang lain
dan campur bahan A sekali .masuk dalam mangkuk kecil kukus dalam  mangkuk.
Pastikan kukusan itu panas baru kukus dalam 15 minit(bergfantung sebesar mana acuan yang digunakan)

Dalam membuat apam ini , dugaan yang saya tempuhi ialah   acuan lekat.Alhamdullilah saya dah dapat beli acuan yang tak lekat lihat gambar bawah.Acuan yang lekat itu besar sikit dari acuan yang tak lekat.


Ini untuk membezakan saiz apam.Walaupun nampak acuan pink tu lebih menyelerakan tapi  result dia menyedihkan jadi belajarlah dari kesilapan.





Lupa pulak nak cakap satu adunan tu dapat banyak lebih dari 50 kalau guna acuan biru tu la.
Ada juga saya cuba resepi dalam board ni nanti saya post ok.
Harap siapa yang rajin tu cubalah.


APAM MADU [hazeleaf]

1 cwn gula
2 cwn tepung gandum
4 biji telur
1/2 cwn minyak mazola(minyak masak biasa pun blh)
1 s/k bikarbonat soda
1 s/k baking powder
1 cwn air
1/2 s/k esen vanila
1/2 cwn koko

1.Masukkan semua bhn ke dlm besen/bekas & gaulkan.
2.Gaul sampai halus.(jgn gunakan blender..experience..)
3.Kukus hingga masak..(agak2  20 min)

*Serbuk koko tdk perlu byk sbb ia akan menjadi pahit.

Selamat mencuba.

apam mentega [puansri]



bahan-bahannya:-

1 cawan gula dihanguskan
1 cawan air
3 cawan tepung (diayak bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik)
1 buku mentega
3 biji telur ayam
1 tin susu cair
1 cawan gula
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

1 biji kelapa parut
sedikit vanila esen
Cara menyediaknnya:-
-- telur dengan gula dipukul
--pukul mentega di dalam bekad bersasingan hingga kembang
---masukkan telur yang telah dipukul dengan gula tadi,susu cair,gula hangus dan tepung Gaul hingga sebati.
--Sapu minyak pada acuan dan tuang adunana.Kukus hingga masak.


Caranya agak mengelirukan kalau ikut cara saya macam saya buat apam hitam senang aje.sebab bahannya lebih kurang sama aje.


GULA DIHANGUSKAN LEPAS AGAK GELAP GULA ITU DICAMPURKAN AIR SATU CAWAN MASUKKAN MENTEGA SATU BUKU.BILA AGAK SEJUK MASUKKAN SUSU CAIR.

DALAM BEKAS YANG LAIN MASUKKAN TEPUNG. MASUKKAN ADUNAN GULA HANGUS.KEMUDIAN MASUKKAN TELUR DAN GULA DAN VANILA .GAUL SEMUA SEHINGGA SEBATI



APAM BUTTER [DianaA]
Sumber: Sarah Jasmine (Resipi.Net)

Bahan A
1 cawan gula
1 cawan air
250gm butter

Gula dimasak dengan 1 sudu besar air sehingga hangus. Kemudian masukkan baki air & butter.

Bahan B
3 biji telur
1 ? cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 tin susu cair
2 sudu teh sodium bicarbonate

Cara-caranya
1. Telur & gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan tepung.
3. Masukkan susu cair.
4. Masukkan adunan gula hangus, dikacau hingga rata.
5. Minyakkan cawan lompang & panaskan diatas kukusan.
6. Tuangkan adunan 3/4 penuh & kukus selama 20 min & angkat.
7. Keluarkan apam dari cawan & sejukkan.

APAM BALIK SIMPLE [Mrs Livingstone]

BAHAN A:
*1 biji telur
*1 cawan tepung gandum
*3/4 cawan air
*1/2 sudu teh baking powder
*1/2 sudu teh bicarbonate of soda(bkn soda porumer tu ye...he he he)
*4 sudu makan gula

BAHAN B:
*kacang goreng(tumbuk)
*3 sudu makan sweet corn
*coklat rice(optional)

CARA:
*blend bahan A sampai sebati
*tuang dalam frying pan
*bila 3/4 masak tabur bahan B
*bila masak lipatkan apam baru angkat



APAM BALIK [NoorMasri]



Bahan-bahan:

2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar (ganti dgn air biasa pun boleh tapi kureng skit lah rasanya nanti)
1/2 sudu kecil baking powder
1 cawan kacang tanah yg telah digoreng } dimesin - untuk ditabur
1 tin jagung krim - untuk ditabur
1 cawan gula - untuk ditabur
sedikit mentega

Cara membuat:

Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning.
Pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel.
Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).
Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega.
Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat

Apam Balik [isfa76]

Sumber: Buku Resipi Selera Perantau

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
? cawan gula
? camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil pewarna kuning
1 biji telur
1 ? cawan air ? camca kecil baking powder
1 cawan kacang tanah (dimesin)- bahan tabur
1 tin jagung - bahan tabur
1 cawan gula - bahan tabur
Sedikit mentega

Cara membuatnya :

Mesin gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda, air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan mesin lagi supaya ianya tidak bergentel. Ambil satu senduk dan tuangkan ke dalam kuali kemudian nipiskan. Tutup kuali sebentar. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi. Masaklah hingga kekuningan.


Apam Balik[Paja]

Ingredients:

250g plain flour
1 tsp salt
2?-3 tbsp castor sugar
1 tsp fresh yeast (break up into fine granules)
1 egg
250ml water

Filling:

100g toasted groundnuts, pounded finely
75g coarse sugar
1 small can cream-style sweet corn
50g margarine

Method:

1) Sift flour and salt into a mixing bowl. Add sugar, egg, yeast and water to mix.
2) Beat the mixture well until it forms a smooth batter. Add alkaline water, mix, then cover and set aside for 40
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 09:42 PM | Show all posts
Apam Pisang
Sumber: Buku Resipi Selera Perantau [NoorMasri]




Bahan-Bahan:

4 biji telur
1 cawan gula (Noor buat hanya buh 3/4 cawan..just nice tak manis sgt)
6 biji pisang
2 cawan tepung gandum
1 camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil baking powder
Secubit garam

Cara:

Pisang dilenyek hingga hancur kemudian masukkan soda, kacau hingga rata. Telur dan gula dipukul hingga kembang, masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Gaul hingga rata kemudian masukkan pisang tadi dan garam. Kukus hingga masak lebih kurang 45 minit.


* Noor try skit apam ni masak atas kuali cam apam kuali pon ok naik kembung..

Apam Pisang Kukus   -  [ Diana]

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas                     }  sederhana besar
3/4 cawan mentega                }  dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula
Secubit garam


Cara membuat :
1. Tepung gandum diayak dengan baking powder.  
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.  
3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
4. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu
    dengan mentega.  
5. Kukus selama 45 minit.


Nota  :   Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dan juga dibalut dengan kain tutup kukusan
              supaya wap tidak jatuh kedalam kuih.

Pumpkin Fa Gao [Chempaka_ku]

Bahan starter:

50g tepung biasa (di ayak)
50 ml air
1 tsp dry yeast


Batter:

320g tepung biasa (di ayak bersama baking powder)
2 tsp double action baking powder

200g labu (di kukus terlebih dahulu)
100 ml santan
50 ml air
140g gula melaka (I find it sedikit manis...)
1 biji telur

Cara:

1.  Starter - Campur semua dan ketepikan selama 1/2 jam.
2.  Batter - Ayak tepung dgn baking powder.
3.  Gaul dgn mixer labu yang sudah dikukus, santan, air, gula dan telur.
4.  Fold campuran tepung tadi dengan campuran labu dengan tangan hingga tergaul rata.
5.  Masukkan dlm paper cups/atau apa-apa acuan, ketepikan selama 15 minit sebelum dikukus.
6.  Kukus selama 15 minit.


Sweet Potato Fa Gao [Chempaka_ku]

Starter:

50g tepung biasa (di ayak)
50 ml air
1 tsp dry yeast


Batter:

200g tepung biasa (di ayak bersama baking powder)
2 tsp double action baking powder

200g sweet potato/keledek (di kukus terlebih dahulu)
120 ml santan
40 ml air
140g brown sugar
1 biji telur

Cara:

1.  Starter - Campur semua dan ketepikan selama 1/2 jam.
2.  Batter - Ayak tepung dgn baking powder.
3.  Keledek yang sudah dikukus, santan, air, gula dan telur di gaul dalam mixer.
4.  Masukkan campuran tepung tadi dengan campuran keledek dan gaul dengan tangan.
5.  Masukkan dlm paper cups, kira-kira 90% penuh, ketepikan selama 15 minit sebelum dikukus.
6.  Kukus selama 15 minit (high heat).

Note:  Lebih baik steam dlm paper cups sebab tidak melekat pada paper kalau compare dengan aluminium cups.

[ Last edited by  NoorMasri at 19-11-2006 06:25 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2005 09:51 PM | Show all posts
KEK KUKUS[DGN AIR BIKARBONAT] [Kacip_Fatimah]

Bahan2:
2 biji telur gred A
165 g gula kastor
150 g tepung serba guna
165 ml sprite[air bikarbonat]
1 camt esen ros
pewarna yg terbahagi kepada 3 - hijau,merah jambu dan ungu

Cara2:
1.Putar telur hingga berbuih dan kembang.
2.Masukkan gula sedikit demi sedikit.
3.Perlahan-lahan tuang sprite ke dalam adunan dan putar lagi.
4.Masukkan esen ros dan taburkan tepung di dlm 3 bahagian ke dlm adunan.
5.Kaup balikkan tepung sehingga tepung sebati.
6.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.Satu warna hijau,merah jambu dan ungu...[rasanya kaler nih ikut suka..tapi saya ikut buku jer..]
7.Alaskan mangkuk2 kecik dgn cawan2 kertas.Sudukan adunan warna ke dlm dan kukus selama 15-20 min.


APAM SIAM[speedial]

3 biji telur
1 cawan air soda ( sprite/7up/ais krim soda )
3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
Pewarna ( ikut suka )

Cara membuatnya:-
1~ Pukul telur dengan gula sehingga kembang.
2~ Apabila bahan sudah kembang. Masukkan air soda dan kacau rata.
3~ Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4~ Masukkan dalam loyang dan kukus selama 20 minit.

Hiaslah dengan pewarna mengikut corak yang disukai. Saya lebih menyukai
corak pelangi.
Dinasihati supaya anda mengukus dengan menggunakan satu tingkat sahaja bagi memastikan apam tersebut naik.Jika tersilap sedikit ia akan bantat.Sila ikut turutan untuk menghasilkan apam yg cantik.

[ Last edited by  NoorMasri at 19-11-2006 04:00 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 09:56 PM | Show all posts
Apam Eno [speedial]



Ingredients A :
170 gm castor sugar
Pinch of salt
200 ml water

300 gm rice flour
1/2 tsp baking powder
200 ml water

1 tbsp Eno fruit salt (ENO)
A few drops food colouring of your choice

METHOD:
Bring ingredients A :water, sugar and salt to boil.Stir the syrup and leave aside to cool.
Sift rice flour and baking powder into a mixing bowl.Add water and colouring (if use).Mix well.
Pour in cooled syrup and mix to form a batter. Cover it with a damp cloth and leave aside for 30 minutes.
Heat moulds over rapid boiling water for 10 minutes.Remove moulds from steamer and lined with paper cups.
Add Eno fruit salt into batter and stir immediately till JUST well mix. Quickly pour batter into moulds.
Steam over rapid boiling water for 15 minutes until Kuih Apam opens up.Remove from steamer and cool.

Tips:
The proper preparation of below steps ensures the opening up of Kuih Apam :
Preheat of moulds before batter is poured into moulds.
Addition of Eno fruit salt into batter and steam batter immediately.


APAM ENO [pu ssydoll ]  

Bahan-bahannya
5 cawan nasi sejuk
1 biji ragi

1 paket tepong beras
2 cawan gula
3 1/2 cawan air
3 paket eno plain atau 3 sudu teh

Caranya-caranya
1. Nasi sejuk dicampurkan dengan ragi didalam bekas dan ditutup. Ketepikan selama 3 hari. Kalau nasi telah lebih dari 6 hari boleh simpan tapai nasi didalam peti sejuk.
2. Satukan kesemua bahan kecuali eno, blend hingga rata dan sebati. Biarkan selama 4 - 5 jam
3. Setelah itu bagikan kepada 3 mangkok (senang setiap 1 mangkok 1 paket eno atau 1 sudu teh eno).
4. Mulakan dgn mangkok pertama buboh eno, kacau rata, bagikan lagi pada 2 dan titiskan setiap mangkok colour of yr choice. Kukus selama 10 minit.
5. Seterusnya ulang lagi pada mangkok yang kedua dan ketiga. (jgn lupa eno)




Resepi Huat Kuih [cranko21]



Bahan A
170gm gula kastor
sedikit garam
200ml water

- didihkan bahan2 A di atas api sederhana dan jadikan sirap. ketepikan dan biarkan sejuk sebentar.



Bahan B
300g tepung beras
1/2 sdt baking powder
200ml water
1 sdm serbuk Eno
beberapa titik pewarna

Cara:

1. Ayak tepung ke dlm mangkok besar dan campurkan air dan kacau rata.
2. Tuangkan air sirap yg telah sejuk tadi dan kacau lagi hingga sebati.  
3. Tutup mangkok dgm kain lembab dan biarkan sekurang2nya 30 minit.
4. bagikan ke bahagian yg diperlukan (utk bubuh pewarna).
5. Panaskan calong2 mengukus di dlm pengukus selama 10 minit. keluarkan dan alaskan dgn mangkok kertas.
6. Campurkan pewarna dan sedikit eno ke dalam bahagian adunan yg mahu di kukus dan cepat2 tuangkan ke dalam mangkok2 kertas dan kukus selama 10 ~ 15 minit. jangan buka tutup pengukus sebelum 10 minit (kalau tidak apam tu tak akan mengembang dan merekah seperti bunga)

[ Last edited by  NoorMasri at 19-11-2006 06:01 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 10:12 PM | Show all posts
APAM SALJU [Tukaz]



2 mug nasi
2 mug t.gandum
2 mug t.beras
1 mug gula tebu@gula perang
3/4 mug gula pasir
2 1/2 mug air
1/2 paket mauripan

** semua bahan di atas bancuh dlm bekas plastik yang besar.

kaedah:- satukan tepong beras dengan tepong gandum dalam bekas plastik.
Nasi diblender dengan air hingga halus kemudian masukkan gula dan
blender lagi kemudian curahkan ke dalam tepong tadi. kacau hingga rata
selepas itu masukkan mauripan tadi dan biarkan hingga naik kira-kira
selama 3 jam. Kemudian kukus.


Apam Horlick [TAJMAH]



Bahan-bahannya

16 oz mentega
5 biji telor (asingkan putih dengan kuningnya)
1 cawan horlick
2 cawan tepung gandum
1 tin susu manis
1/2 cawan gula
1 sudu teh baking powder
essen vanilla dan warna kuning.

Cara membuatnya:

1. Pukul putih telor dengan gula hingga kembang.

2. Masukkan mentega dan susu manis pukul lagi hingga sebati.

3. Masukkan kuning telor kacau lagi setelah itu masukkan tepung, horlick baking powder, essen vanilla dan pewarna kuning kacau lagi hingga sebati.

4. Kemudian masukkan adunan kedalam acuan dan kukus hingga masak. (kira-kira 20 minit).


Apam Ambun/Dewa [comeii]


PIcture by NoorMasri

8 biji telur
1 1/2 cwn gula
2 cwn tepung
esen rose
sedikit pewarna

Cara:
1. Pukul telur dan gula hingga betul2 kembang
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di kacau
3. Masuk kan sedikit esen rose
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian campurkan sedikit pewarna
5. Adunan di tuangkan dalam loyang berselang seli
6. Kukus (anggaran 35 hingga 45 minit)




Apam Betawi [MAKLANG]

sumber : SAJI

3 cwn tepung gandum
1 1/2 cawan gula kasar
5 biji telur
1 sk baking powder
Esen vanila
Pewarna merah

Pukul telur+gula hingga kembang betui (kaler jadi putih).Masukkan esen vanila.Baking powder + tepung gandum disatukan,gaul kasi rata dulu dan masukkan ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit dan pukul lagi.Bahagi kepada 2 adunan, 1 asal dan 1 lagi merah.Tuang ke dalam loyang warna asal diikuti warna merah.Kukus 1/2 jam.Enak dimakan begitu saje atau bersama kelapa.





APAM BERKUAH[nhuda]

Apam boleh guna mana-mana resepi apam beras. Apam Eno tak sesuai.

KUAH
2 sudu besar ketumbar
1 susu besar jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar lada hitam
5cm kulit kayu manis
3-4 kuntum bunga lawang
4-5 biji buah pelaga
2-3cm kunyit hidup
2-3cm lengkuas
2-3cm halia
1 batang serai
3 sudu besar kerisik
3 sudu besar kelapa parut
3 ekor ikan selayang rebus/panggang tawar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Gula/Nisang nyior secukup rasa
Garam secukup rasa

1 biji kelapa:
santan pekat dan cair

Cara-cara

Kesemua bahan-bahan di atas di blend bersama.
Masak bersama dengan santan cair. Bila sudah agak kering baru masukkan santan pekat. Perasakan dengan nisang nyior dan gula

Selamat Mencuba!!! :cak:

p/s: kuah yg dlm gambo kat atas tu mak ambil short cut...kebetulan pegi pasar payang kat tempat org jual-jual rempah tu...cakap kat dia nak rempah apam berkuah..so dia campurkan semua. balik rumah just tambah bawang, serai, halia, kunyit, lada hitam, etc...tapi tak sesedap rempah yang kita blend sendiri...nak lagi sedap mak huda giling semua rempah ratus tu

APAM WARNA WARNI a.k.a. KEK APAM [1mas2ra]

320gm tepung gandum
1 tsp baking powder
250gm gula caster
2tsp esen vanilla
2 telur A
1 tsp ovalette
240gm air
2Tb susu manis
coloring

Masukkan semua dalam mangkuk mixer. Pukul kelajuan maximum hingga kembang. (Texture pekat macam sponge cake). Isikan dalam bekas paper cup. Kukus api kuat dalam 10 minit.
(Untuk cake pulak tin 8
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2005 06:16 PM | Show all posts
Serabai [ninoZ]



2 cawan Tepung beras [asingkan 2 tbsp tepung kemudian dimasak dgn 1/2 cawan air sampai pekat utk dijadikan kanji]
1/2 biji kelapa diperah menjadikan 1/2 cawan santan
1/2 cawan air
1 tsp yis basah [anggaran 1/2 tsp yis kering]
1 tsp gula

gaulkan kanji dengan tepung beras, air, gula dan yis hingga betul2 sebati
kemudian biarkan selama 1-2 jam [kalau nak biar overnite sila simpan dlm fridge]
kemudian masukkan santan n gaul hingga rata
bater siap utk dimasak dgn
sendukkan bater ke dlm kuali kecik ataupun acuan serabai
hidangkan bersama kuah serabai atau dimakan bersama kaya

[kuah serabai tu mudah je..masak santan bersama gula n daun pandan..then masukkan telur yg telah dipukul..kacau2 biar kuahnya mcm ade berketul2 sket hingga masak]

utk serabai menggunakan nasi..ni yg me ingat2 lupa la sementara nak jumpa resepi betui

2 cawan tepung beras
1/2 cawan nasi
1/2 cawan santan + 1/2 cawan air
1 tbsp gula

blend semua bahan n biar semalaman [agak2 cukup pekat..adjust2 kuantiti cecair]
sedia utk di masak

utk kuah serabai style utara laks..
masak santan bersama sedikit tepung beras sampai agak pekat..tambahkan gula n sedikit halba..renih seketika hingga cukup pekat
siap utk dicecah dgn serabai
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 12:56 AM | Show all posts
Portugal Doughnut [ajinomotonosuga]

ni resipi nenek kawan portugese aku..


bahan
--------

1 cawan castor sugar/gula halus
1/4 pumpkin
2 biji oranges
2 cawan self raising flour
1 sudu plain flour
cinnamon powder


cara
------

bersih oranges tu..parut/grate skit sampai dapat satu sudu rind/kulit die tuh

kemudian squeeze amik jus dia..fresh lagik

rebus pumplin , drain well kemudian panas2 tu kasi lumat, mash

amik separuh castor sugar mix dengan seme tepung , rind dan jus orange

adun sebati dan buat bola kecik cam donat tuh..

kalo lembut sangat mix la tepun lagi kalo hard sangat buh orange jus skit

kemudian deep fry, nak bake pun bleh..sampai golden brown

atas separuh castor sugar lebih tuh ..tabur cinnamon powder banyak skit

then donut yang dah masak tu di gaul sebati denganya..

makanan petang2 ..ermmm yum yummm

Donut [ninoZ]

2 oz mentega - cairkan n set aside
2 oz gula castor [gula halus pun bleh gak]
600g tepung gandum - diayak
3/4 cawan susu cair + 3/4 cawan air suam suam kuku
1-2 biji telur
1 oz yis [ yis ni ikut jenis, atau tgk ratio yg disarankan kat label..some yeast kene masukkan dgn tepung n ade yg kene campur dlm susu]]
secubit garam [campo dgn tepung]
gula halus

creamkan telur pastu masukkan gula, kemudian masukkan butter, then  masukkan susu
masukkan tepung perlahan lahan..n gaul hingga sebati
uli secukupnya n rehatkan tepung tu hingga naik dua kali ganda [masukkan dlm mangkuk adunan pastu tutup dgn tuala lembab]
uli adunan sekali lagi n bentukkan mcm donut tu.. tabur tepung jika perlu
either terap terus bagi berlubang tgh atau buat cam bola then lubangkan dgn jari..
rehatkan kejap bagi naik sekali lagi..pastu leh aa digoreng
minyak biar byk n api jgn terlalu panas
angkat..toskan n bleh di tabur dgn gula

kalau nak taruk filling cam dunkin donut tu..leh gak
cari bekas sos yg muncung panjang tu..masukkan filling[custard ke, jem ke]
insert je dlm donut tu then squeeze [kalau nak taruk filling jgn lubangkan tgh donut]


bakar dlm oven pun ok gak tau..
greasekan patitin..pastu letak donut..nak sapu butter atau susu sket atas dia pun bleh..pastu bleh terus taburkan sket gula[campo cinnamon sket]..biar dia caramalised...wangi je bau dapo nanti
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 01:22 AM | Show all posts
pai lapis labu dan keju [dindazZz]

bhn2

1 pie crust (9-inch)
2 c. labu kuning dimasak
1 c susu segar
2 pkg. puding mix perisa vanilla
1 st. allspice
1 st. kayu manis
1/2 st. bunga cengkih

8 oz. philadelphia cream cheese
1 sb. gula
1 sb. susu segar
8 oz. whipped cream


cara2

Bakar pie crust mengikut aturan. Campurkan labu kuning, allspice, bunga cengkih, kayu manis, 1 c. susu, dan pudding mix, Gaul sebati. Kemudian masuk cream cheese yg sudah dilembutkan pd suhu bilik, gula, dan susu. Kacau rata adunan. Tambahkan 1 1/2 c. cream. Selepas itu, tuangkan adunan cheese ke dlm crust. Then, adunan labu dituang keatas adunan cheese td. Lebihan cream disapu atas adunan labu. Sejukkan utk beberapa jam sebelum dihidang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 09:33 AM | Show all posts
jemput2 kelapa bersira gula [grugals]


bahan2nya

tepung gandum ikut suka berapa banyak nak..agak2 je leee

kelapa parut..anggaran dalam secawan

sedikit garam

gula utk menyira jemput2..

dan minyak utk mengoreng

air utk bancuh tepung


cara2nya

gaul kan tepung gandum tadi dengan kelapa parut bersame air..jangan cair sangat bancuhan tu..dan jangan keras sangat....campurkan sedikit garam kedalamnya.
kemudian panas kan minya...dan gorenglah jemput2 tadi..dan setelah masak angkat dan tos kan minyaknya.
ambil kuali lain yg betul2 bersih dari segala kesan minya..atau sebagainya..masak lah gula pasir tadi bersama dengan sedikit air..jangan terlalu cair..buat gula sira nih banyak yg fail..so kena hati2nampak cam senang..tapi kadang2 tak jadi gak
bila dah agak2 larut gula tu..masuk kan jejemput tadi..dan gaulk kan hingga tersira suma jemput2 tadi..gaul kan lagi sampai nampak gula tadi mengeras dan terlekat kat jemput2 tadi..kemudian angkat dan hidang kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 09:41 AM | Show all posts
Chwee Kueh & Taburan Chai Poh [Cranko21]



Bahan2
350 gm tepung beras
50 gm tepung kanji tapioca flour
1350 ml air
1 sdt garam

Cara:
1. Campurkan tepung beras, garam dan air
2. Tenggekkan di atas api dan biarkan adunan mendidih sedikit.
3. Susun mangkuk2 kecil di dlm kukusan dan sapukan sedikit minyak
4. Tuangkan adunan ked lm acuan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2005 09:52 AM | Show all posts
Ubi rebus -grugals

ubi kayu yg telah direbus fan dipotong kecil2 jangan nipis sangat..

gula merah..

daun pandan


cara2nya

masak gula merah dia atas dapur dengan mencampur kan sedikit air,daun pandan..dan sedikit garam..setelah gula merah agak hancur..masuk kan ubi yg telah direbus dan dipotong2 kecil tadi..dan kacau lagi..sampai kering dan angkat..sedia dimakan..


kak liza kalau tau apa nama resepi nih..pls kasi tau..hehe lupa lah..gru ingat2 lupa..sebab lama benar tak makan..setengah org suka campur ngan gula pasir..atau tambah sikit kelapa parut d


Jemput2 ubi kayu [zaiima]

ubi kayu- diparut cam nak buat kuih talam
bawang merah - ditumbuk
ikan bilis
cili kering - di belah & dicuci bersih & dimayang halus
daun kari - dimayang halus
ikan bilis - yang halus lagi sedap
garam
sebiji telur


semua bahan di atas digaul. ceduk dgn sudu & digoreng hingga masak
sedap gak dimakan dgn sos


Poli ubi kayu.[lepat_pisang]

.cara buat sama cm buat kuih talam..kukus ubi kayu yg dah parut tu..tp jgn letak gula atau garam..plain cm tu je..(selalu org letak pewarna ijau)..bila dah masak..potong 4 segi kecik..salutkan ngan kelapa parut then cecah ngan gula melaka yg dah dicairkan..masakan org tua dulu2..

[ Last edited by  NoorMasri at 19-11-2006 04:07 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 10:24 AM | Show all posts
MURTABAK LAPIS [hanieliza]



Bahan-bahan:
45 keping biskut cream crackers
4 biji teklur [pukul]

Bahan A [Celupan]
2 cawan  susu cair
2 cawan santan [1 biji kelapa]
1/2 s/k garam

Bahan Inti
400 gm daging kisar Ramly
3 s/b rempah kari daging
1 cawan air
2 s/b cili sos
3 s/b minyak
2 s/b majerin
garam

Bahan potong dadu/mayang
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sm halia

Cara
1. Alaskan loyang 4 segi 25 sm dengan kertas aluminium.
2. Panaskan oven 180'C.
3. Panaskan minyak dan majerin . Tumiskan abhan mayang/dadu sehingga wangi.
4. Masukkan rempah dan kacau sehingga wangi.
5. Masukkan daging dan kacau sekjap. Masukkan air dan biarkan reneh sehingga air tinggal separuh.
6. Masukkan bawang dak kacau. Biarkan sehingga pekat dan kering masukkan cili sos & garam dan kacau rata.
7. Kacau bahan celupan dan celupkan bickut.
8. Susunkan biskut yg dicelup didasar loyang anggaran 9 kepingbagi setiap lapisan.
9. Taburkan 1/4 dari bahan inti dan taburkan juga 1/4 bahagaian telur yg telah dipukul.
10. Ulang lapisan sehingga menjadi lima lapisan.
11. Tuangkan baki susu[bahan celupan].
12. Letakkan baki majerin atas lapisan yg akhir.
13. Bakar dalam oven selama 1 jam atau kelihatan masak.


Murtabak Cream Crackers [speedial]

Bahan-bahannya:
600 gm daging cincang - yg ni ari tu saya buat guna ayam memang sedap
600 gm bawang besar potong dadu
1 biji kelapa ambil 15 oz santan(boleh jugak gunakan santan kara...ringkas)
1 tin besar susu cair carnation
36 keping biskut cream crackers
50 sen daun sup dan dan daun bawang ,dihiris
6 biji telur
garam secukup rasa
1 bungkus rempah kari daging, anggaran 30 sen
1 senduk lauk minyak untuk menumis
5 biji lada merah dihiris bulat ( untuk yang ada anak-anak 2 atau 3 batang mencukupi, tak pedas sangat)

Bahan-bahan untuk dikisar:
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
5 cm halia

Cara membuatnya:
1) Panaskan minyak. Tumiskan rempah dan bahan-bahan yang dikisar hingga wangi.Masukkan daging, garam dan akhir sekali bawang besar. Masak hingga kering dan sejukkan.
2) Masak susu dan santan biar hingga mendidih. Masukkan sedikit garam dan angkat.
3) Masukkan biskut satu persatu dalam susu dan santan yang masih panas dan atur dalam acuan (8x8 inci) yang disapu mentega dibawah dan tepi. Alaskan kertas cuma di bahagian bawah sahaja...Biskutnya jangan direndam
nanti terus lembik...Bila dah celupkan dalam santan terus di atur dalam acuan.
4) Susun 9 keping biskut dalam acuan. Tabur daging, daun sup/bawang, lada. Jiruskan 2 biji telur yang telah dipukul terlebih dulu. Buat berulang-ulang, 4 lapis biskut (9x4 lapis=36 biskut) dan 3 lapis daging. 2 biji telur yang terakhir jangan dihabiskan... Diakhir lapisan paling atas sekali dijiruskan atas biskut. Begitu juga dengan lebihan santan, dijiruskan agak-agak 6 senduk.
5) Bakar lebih kurang 1 hingga 1 setengah jam dalam oven dengan kepanasan suhu 150 darjah celsius.
6) Setelah masak, sejukkan sebentar.... Kalau dah cukup sejuknya (mungkin panas sikit) boleh dikeluarkan dari acuan macam sebiji kek.. Boleh dipotong



Murtabak Crackers [blackmore]

600gm daging cincang

2 biji bawang puteh ]
1 biji bawang besar  ] ---bahan2 nie dikisar halus
sedikit halia             ]

sedikit rempah kari daging
4 biji bawang besar dipotong dadu
sedikit daun sop/daun bawang
4 batang lada merah dihiris
6 biji telor

1 cawan santan pekat ]
1/2 cawan susu cair    ]  ----dimasak hingga hangat
sedikit garam             ]

1/2 kg biskut cream crackers

cara2 membuatnya...

bahan2 yang dikisar dicampurkan dengan rempah kari daging dan tumis hingga keluar minyak...

masukkan daging cincang tadi dan goreng hingga kering...setelah itu...masukkan daun sop duan bawang, bawang dadu, garam, serbuk perasa...angkat dan ketepikan masakan nie...

...tin pembakar disapukan ngan sedikit butter dan dialas ngan aluminium foil yang juga disapukan dengan sedikit butter..

...cream crackers dimasukkan satu persatu kedalam campuran susu-santan tadi dan direndam kira2 30 saat saja..

...aturkan cream crackers nie ke dalam tin pembakar...taburkan daging di atasnya...gunakan tapak tangan dan press gently agar daging nie rata dan mampat...taburkan lada merah yang dihiris tadi...kemudian...lapiskan dengan biskut lagi...pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk berasingan dan pukul rata...kemudian...tuangkan diatas biskut tadi...biarkan telur serap betul2...selepas itu...lakukan cara ini seterusnya sehingga habis daging tadi...lapisan terakhir juga dijirus dengan telur yang telah dipukul dan bakar selama kira2 45 minit...biarkan ianya betul2 sejuk baru keluarkan dari tin pembakar...

...ps...kadang2...apabila kita mengatur biskut nie...ada sedikit ruang di tin pembakar yang tak dapat dipenuhkan...apa yang slalu i buat ialah...i will cut the biscuit (using gunting) ikut besar mana ruang yang tak dipenuhkan nie...biskut nie mestilah dipotong dengan hati2...sebab...kadang2...ianya berkecai jugak even tho ia lembut sebab dah direndam..so...hati2..kena gunting pelan2...pastu tampal kat ruang2 kosong tadi...usually kat sides of the baking tin...

...balance susu-santan...i buangkan jer...i tak tuangkan atas biskut...sebab...biskutnya nanti terlalu kembang...

...mertabak crackers nie...bagus jugak dijadikan sebagai salah satu bahan untuk waktu bersanding...bertunang...hias atasnya cantik2 dengan lada merah yang dihiris menjadi bunga...

[ Last edited by CatLady on 19-4-2005 at 11:45 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 08:09 PM | Show all posts
TAPAI PULUT [hanieliza]

bahan
1 kilo beras pulut [basuh dan toskan]
1 biji ragi [hancurkan dan ayakkan]
daun pisang atau daun getah atau daun jambu laut[hanya ada kat terengganu kot]
lidi untuk sepitkan daun
500 ml air untuk renjis/siramkan pada pulut

cara:
1. Masukkan pulut dalam periuk kukusan dan kukuskan pulut sehingga naik wap. Keluarkan pulut dan siramkan ngan air dan gaulkan rata. Kemudian kukus semula sehingga naik wap lagi.
2. Keluarkan pulut dan masukkan dalam talam [dulang] dan selerakkan pulut.
3. Biarkan pulut sejuk.
4. Taburkan rata2 ragi yg telah diayakkan tadi.
5. Gaulkan rata dan biarkan sebentar.
6. Bersihkan dan lapkan daun2.
7. Kepalkan pulut sebesar bebola ikan dan masukkan dalam daun.
8. Klipkan dengan lidi dan masukkan dalam bekas.
9. Simpan bekas tu selama 24 jam baru lah dimakan.

NOTA: Sekiranya susah nak dapatkan daun..boleh juga kepalkan pulut tu dan susunkan berselangseli dalam bekas kaca. Tutupkan dan simpan selama 24 jam juga.



Petua buat tapai [tarbiah]

Menurut org tua2 kalau buat tapai ada pantang larangnya, kalau tidak tapai itu tak menjadi.Tapai diperam didalam mangkuk atau periuk yg ditutup,atas tutup itu letaklah cili kering seulas,sebilah buluh kecil dan seketul arang kemudian bungkus dengan kain dan letak ditempat yg agak tersorok sikit.Saya tidak tahu kenapa tp menurut emak saya ini akan menentukan sedapnya tapai itu.Tapi tak dinafikan mak saya kalau buat tapai tak pernah tak menjadi dan memang sedap hingga tiap-tiap kali hari raya tetamu2 yg datang mesti tanya tapai dahulu dr hidangan lain.Tapi kalau nak bungkus tapai(dlm daun) org yg uzur tak boleh buat.Pernah sekali kitorang pakat bungkus tapai ramai-ramai,adalah sorang anak sedara tu dia uzur tp dia tak bagitau.Esoknya bila nak makan tapai buka-buka je daun tapai warna merah!Walaupun tak semua tp jenuh juga nak pilih bila nak hidang kat tetamu.Mak saya bising betul marah kat cucu dia

Petua II [NoorMasri]


1. Pulut yg telah masak tu samada dikukus/ditanak (lebih elok kukus sbb kurang skit keraknya) pastu disejukkan di dlm talam leper yg bersih dan kering
2. Terlebih dahulu ragi tu dihancurkan sehingga halus.
3. Ragi diayak diatas pulut menggunakan penapis teh ..supaya lebih sekata
4. Gaul pulut yg telah diayak dgn ragi menggunakan 2 sudip ((kiri kanan), tak boleh sentuh dgn tangan.
5. Tapai yg dah dibungkus disimpan dlm bekas bertutup spt periuk kemudian periuk tu dibalut kemas2 dgn kain.


Nota: Kadang2 mutu tapai kita tu bergantung kpd ragi gak..ada ragi yg elok ada sebaliknya..


Tapai Pulut [tunteja78]

1.rendam beras pulut dulu..biasa kl rendam pagi, ptg dah leh kukus..jgn rendam lama sgt..takut nnt beras tu kembang sgt..

2.kukus beras pulut..bila nak naik wap..kuarkan then kena 'arung' ngan air (cm buat ketupat..tp bezanya ketupat guna santan)..jgn terlebih air sbb nnt tapai tu jdk lembek sgt, x sedap nak mkn..biarkan seketika..

3.kukus sekali lagi..

4.lepas kukus kali ke2..biarkan tapai tu sejuk..lepas tu baru gaulkan dgn ragi..ragi pon xleh byk sgt..nnt terlebih manis..pastu leh bungkus..tp kene make sure jangan kena air..kl terpercik skit pon..tapai tu nnt akan jdk merah..

5.'peram'..utk peram tapai ni..letak dlm besen/bekas..alas ngan daun pisang then bungkuskan dgn kain..semasa tempoh peram tu (biasanya 2 hr)..jgn bukak bungkusan tu sbb nnt tapai tu 'terkejut'..nanti x masak..

Tapai Pulut [tunteja78]

bahan2..
-beras pulut
-ragi
-air (teja guna air masak..guna air mentah leh gak kot sbb lps tu nak kukus lg sekali)

cara2..

1)rendam beras pulut..2-3 jam pon dah ok

2)masak air lm kukusan sampai mendidih..then leh start kukus..utk alas beras teja guna jaring yg selalu org wat bungkus bawang


3)angkat bila pulut dah naik wap..


4)'arung' pulut ngan air..utk 1 mangkuk beras teja guna lebih kurang setgh cawan air..cara arung..curah air skit2 atas pulut then gaul sampai rata..tenyeh2 skit ngan senduk spy pulut jdk lembut


bila dah 'arung' leh nampak cm pulut berkilat skit compare ngan masa mula2 angkat


5)kukus pulut utk kali ke 2..lapik ngan sudu



6)angkat bila naik wap..then sejukkan (balik2kan pulut tu agar tak berpeluh)

7)sementara tunggu pulut sejuk leh sediakan ragi..selalu teja guna tapis tea utk parut ragi jdk serbuk..utk semangguk beras pulut teja guna lebih kurang 1sudu teh serbuk ragi..kl byk sgt nnt tapai jdk pahit skit


8)tabur ragi then gaul rata..make sure pulut dah betul2 sejuk


9)boh lam container


10)bungkus ngan kain..then leh la peram


petua org tua2
1)masa bungkus or proses sejukkan pulut tu jgn terenjis air or tgn basah sbb nnt tapai jdk merah
2)masa proses peraman tu jgn bukak selalu sgt bungkusan terutama hr pertama sbb selalu kl buat tapai nnt tapai akan demam..kl tgk nnt tapai terkejut..jdk masam or tak masak
3)jgn buat tapai masa 'bulan mengambang'..nnt tapai jdk merah
3)jangka masa tapai masak terpulang pd org yg membuatnya..kl teja 2 hr insyaallah dah masak

Tapai Pulut [speedial]


Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut = 400 gm beras pulut (1 cawan = 200 gm pulut)
2 cawan air
1/4 biji ragi
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 11:24 PM | Show all posts
LEMANG SGERA [hanieliza]

Bahan
2 cawan beras pulut [basuh dan rendamkan sekejap]
2 1/2 cawan santan pekat
1 s/k garam

Daun pisang [bersihkan dan lapkan]
tali rafia

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Masukkan beras pulut dan santan & garam dalam loyang.
3. Kukuskan sehingga santan dan pulut masak [30 minit].
4. Ambil separuh pulut dan letakkan atas duan pisang.
5. Bungkuskan pulut dalam daun pisang padat2 dan ikat kedua hujung daun saperti buat pulut panggang.
6. Masukkan ketulan pulut yg di bungkus periuk dan rebuskan selama 30 minit.
7. Keluarkan bungkusan pulut dan toskan.
8. Jika suka boleh panggangkan sikit supaya ada kerak dikeliling pulut.
9. Potong bila dah sejuk dan hidangkan ngan laukpauknya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.612924 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list