Edited by CARI-IIN at 30-12-2015 09:53 AM
Pusat gempa bumi terletak di 6.0 darjah Utara dan 116.6 darjah Timur, kira-kira 11 kilometer Barat dari kawasan itu.
RANAU: Satu gempa bumi lemah melanda daerah Ranau di Sabah dengan kekuatan 3.2 pada skala Richter pada pukul 6.17 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata pusat gempa bumi terletak di 6.0 darjah Utara dan 116.6 darjah Timur, kira-kira 11 kilometer Barat dari kawasan itu.
Gegaran dirasai di sekitar daerah Ranau, menurut kenyataan itu.
Info : Astro Awani
|