CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18290|Reply: 16

[Haiwan & Tumbuhan] Pokok Mata Ayam

[Copy link]
Post time 29-12-2015 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Edited by bianglala at 9-1-2019 09:33 PM

Pokok Mata Ayam, juga dikenali sebagai Pokok Mata Pelandok Betina, Pokok Akar Beluloh, Pokok Sirih Puyoh, ialah tumbuhan renek tropika dalam famili Myrsinaceae. Daun pokok ini memanjang dan bergeligih.Nama saintifiknya Ardisia crispa.
Nama Tempatan:Mata Ayam
Nama Saintifik:ardisia crenata/crispa
Nama Lain:Mata pelanduk,hen's eye,coralberry, coral ardisia, spiceberry, Christmas berry , hilo holly, coral tree
Famili:Myrsinaceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar
Asal:
keterangan:
tumbuhan dari jenis renek,dari kumpula dwi kotiledon , berbatang berkayu ini mudah dijumpai tumbuh liar di kawasan kebun getah dan kawasan hutan hujan tropika.Pokok mata ayam berada dalam keluarga yang sama dengan kacip fatimah dan jika dilihat bentuk daunnya juga hampir menyerupai daun kacip fatimah. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang.Tumbuhan jenis kekal ini boleh mencapai ketinggian hingga 1.2 meter.Daunnya berbentuk runcing dengan tepi yang bergerigis. Bunganya kecil berbentuk seperti bintang dan berwarna merah jambu.Buahnya pula kecil berbentuk beri,berwarna merah darah dan berkilat apabila ranum.Ia memerlukan saliran yang baik dan tanah yang lembab .Ia boleh ditanam didalam pasu sebagai tumbuhan hiasan. Buahnya boleh dimakan dan daunnya boleh dijadikan ulam.Ia juga sesuai ditanam sebagai tumbuhan pagar.Pokok mata ayam akan cantik merimbun jika selalu dipangkas.Tumbuhan ini berpotensi untuk dijinakkan menjadi tumbuhan hiasan yang menarik, malah selamat kerana buahnya tidak beracun dan boleh dimakan.Tambahan pula pucuknya yang mempunyai rasa sedikit masam sedap dijadikan ulam.
kegunaan:
Akarnya boleh digunakan untuk melegakan kesakitan (analgestik yang lemah).Ia juga dapat menyingkirkan toksid dari badan dan menyucikan darah.Akarnya juga dapat menurunkan demam panas dan melancarkan perjalanan darah. Caranya akar mata ayam direbus dan airnya diminum.Daunnya pula boleh dijadikan penawar untuk sengatan binatang berbisa seperti lipan dan kala jengking.Caranya daunnya dilumatkan dan ditampal pada bahagian yang terkena gigitan.Ia juga dikatakan dapat meneutralkan kesan keracunan dan merawat radang dan batuk



   


Khasiat pokok mata Ayam

Pucuk pokok Mata Ayam atau Mata Pelanduk ni sering dijadikan ulam-ulaman. Rasanya agak lemak gitu. Ada yang kata kalau nak lagi sedap, anda boleh cecah dengan sambal belacan. Bagi orang pantai timur, tentu budu yang menjadi pilihan, kan?


Di sebalik keenakannya sebagai ulam, pokok Mata Ayam atau nama saintifiknya Ardisia Crispa turut mempunyai khasiat tertentu. Antaranya boleh hilangkan kelemumur, menyembuhkan demam dan melegakan sakit perut akibat cirit-birit.


Bagi menghilangkan kelemumur, anda ikuti langkah berikut:


1. Ambil seluruh pokok Mata Ayam termasuk akarnya sekali.
2. Kemudian, tumbuk ia sampai hancur.
3. Seterusnya, campurkannya dengan air bersih.
4. Bilaskan pada kulit kepala dan seluruh rambut anda yang berkelemumur.


Cuba amalkan petua ini beberapa kali sehingga anda bebas daripada kelemumur.



Sebaliknya, untuk menyembuhkan demam atau sakit perut;


1. Ambil hanya bahagian akar pokok Mata Ayam ni dalam segenggam.

2. Bersihkannya dan tumbuk akar tadi sampai hancur.
3. Kemudian, campurkannya dengan sedikit air dan kisarkannya hingga lumat.
4. Akhir sekali, tapiskan airnya dalam gelas dan minumnya sekali sehari.


Sekiranya masih belum sembuh atau lega, anda minumlah lagi segelas pada keesokan harinya.





Buah mata ayam agak manis. Boleh dimakan begitu saja.

   


sumber:  http://petuasejagat.blogspot.my  






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-12-2015 11:29 AM | Show all posts
buah mata ayam ni pun kegemaran saya masa kecik dulu..
nampak sangat main sorang2 tak ada kawan..
masuk belukar cari buah yang boleh dimakan

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 02:04 PM | Show all posts
Ipo replied at 29-12-2015 11:29 AM
buah mata ayam ni pun kegemaran saya masa kecik dulu..
nampak sangat main sorang2 tak ada kawa ...

baru nak tanya Ipo pernah ke makan... apa rasanya ?.

cantik buahnya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2015 03:22 PM | Show all posts
bianglala replied at 29-12-2015 01:04 PM
baru nak tanya Ipo pernah ke makan...  apa rasanya ?.

cantik buahnya.

agak manis...kadang2 tawar jugak..heheh...
selalu kutip buah ni bila nenek suruh cari daun untuk masak nasi kerabu..
dia bagi contoh daun tu...sebiji macam daun mata ayam ni..
ipo petik banyak2 daun...sekali dgn buah..
sekali bukan daaaaaaaaaaaaa.....nenek gelak je

daun untuk masak nasi kerabu tu..sama juga keluarkan warna biru macam bunga telang..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 03:27 PM | Show all posts
Ipo replied at 29-12-2015 03:22 PM
agak manis...kadang2 tawar jugak..heheh...
selalu kutip buah ni bila nenek suruh cari daun untuk  ...
daun untuk masak nasi kerabu tu..sama juga keluarkan warna biru macam bunga telang.
dah pulak... curious nak tahu daun apa ni... Ipo tak ingat namanya? selama ni ingatkan bunga telang tu je satu-satunya sumber "warna biru" tu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2015 03:51 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 29-12-2015 02:56 PM
bianglala replied at 29-12-2015 02:27 PM
dah pulak... curious nak tahu daun apa ni... Ipo tak ingat namanya? selama ni ingatkan bunga telan ...

Tak ingat la...arwah nenek yang selalu buat nasi kerabu dulu..
rupa nasi kerabu tu..biru kehijauan gitu sebab ada lagi daun lain yang dia bubuh tapi daun yg beri kaler biru tu lebih sikit.......sedap gila..
ok, artikel di bawah ni pasal nasi kerabu yang ipo katakan tu..tapi yang ni dipanggil nasi kerabu hijau..
psst.....dekat je dengan rumah ipo kt kampung...seberang jalan jek....


NASI kerabu cukup sinonim dengan negeri Cik Siti Wan Kembang. Namun, satu perkara yang mungkin tidak ramai mengetahuinya adalah hidangan yang menjadi simbol negeri Kelantan itu sebenarnya berasal dari negara jiran, Thailand. Masyarakat Melayu Kelantan menghasilkan variasi nasi kerabu. Daripada nasi yang berwarna kuning, biru dan hitam sehinggalah jenis nasi kerabu yang menggunakan kuah tumis berasaskan santan.
Nasi kerabu atau dalam bahasa Siamnya khao jam merupakan salah satu juadah istimewa masyarakat Siam Kelantan yang berasal dari Thailand. Suatu ketika dahulu, nasi kerabu lazimnya disediakan oleh penduduk kampung pada hari-hari keraian secara gotong-royong.
Khao dalam bahasa Thai yang membawa maksud nasi manakala jam pula bermaksud campuran.
"  Perbezaan ketara antara nasi kerabu Siam dengan nasi kerabu Kelantan ialah ia tidak ada kuah tumis santan yang dimasak bersama budu seperti kaum Melayu Kelantan.
"Bahkan ramuan yang digunakannya untuk menghasilkan nasi kerabu Siam menggunakan bahan-bahan asli untuk memberi warna kepada nasi kerabu," kata Pengerusi Persatuan Masyarakat Siam Kelantan, Eh Chot Cha Chan ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut beliau, dalam pembuatan nasi kerabu Siam juga tiada bahan atau unsur haram cuma cara penyediaannya saja dilakukan oleh orang bukan Islam.
Pati air hijau
Pengusaha nasi kerabu asli berketurunan Siam, Mek Mas Ehtit, 71, misalnya, mula menjual nasi kerabu hijau dan bubur nasi seawal pukul 7 pagi hingga 6 petang setiap hari. Perniagaan tersebut dijalankan di pekarangan kompleks Wat Phikulthong Vararam, Kampung Terbak, Tumpat, kira-kira 20 kilometer (km) dari pusat bandar Kota Bharu. Mek Mas atau lebih mesra dengan panggilan Mehtong yang dibantu oleh anak dan cucunya mula memasak seawal pukul 6 pagi di rumahnya di Kampung Gelam Kechik di Tumpat.
"Nasi kerabu ini berwarna hijau kerana saya menggunakan perahan air dedaun hijau yang dikisar bersama serai. Ini termasuklah sejenis tumbuhan herba dipanggil kenchai atau temu lawak. "Bagi mendapatkan nasi yang sedap, saya menggunakan beras bermutu tinggi," katanya.
Antara bahan yang dikisar untuk mendapat pati air hijau tersebut termasuklah daun mengkudu, daun lagundi, daun kesum, daun serai kayu, daun cekur manis, daun pandan dan kunyit.
Menurut Mehtong, nasi kerabu hijau itu dihidangkan bersama bahan-bahan seperti bawang besar, bunga kantan, serai, daun kesum dan kacang panjang yang dihiris halus. "Selain itu, bahan wajib iaitu kelapa parut yang digoreng tanpa minyak dan ikan selayang bakar yang dikisar, budu, sambal cili padi dan kisaran lada hitam," katanya yang mempunyai pelanggan pelbagai kaum termasuklah masyarakat Melayu. Mehtong berkata, nasi kerabunya yang dijual pada harga RM1 sepinggan tanpa ayam atau daging bakar.


Sumber:kosmo





citer pasal nasi kerabu la pulak...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2015 04:07 PM | Show all posts
Ipo replied at 29-12-2015 03:51 PM
Tak ingat la...arwah nenek yang selalu buat nasi kerabu dulu..rupa nasi kerabu tu..biru kehijauan  ...

terima kasih Ipo .... nasi kerabu hijau!.. asal daripada siam rupanya nasi kerabu. daun lagundi tu kot nenek Ipo suruh ambil tu.  serkap jarang.

Antara bahan yang dikisar untuk mendapat pati air hijau tersebut termasuklah daun mengkudu, daun lagundi, daun kesum, daun serai kayu, daun cekur manis, daun pandan dan kunyit.

lemuni / lagundi



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2015 04:23 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 29-12-2015 03:26 PM
bianglala replied at 29-12-2015 03:07 PM
terima kasih Ipo .... nasi kerabu hijau!.. asal daripada siam rupanya nasi kerabu. daun lagundi tu ...

hahhaha...mungkin la kot...lebih kurang sama je daunnya..
teringat satu drama lakonan Wan Hanafi Su...buka warung nasi kerabu..habis dikutipnya semua daun dan dikisar utk warna nasi kerabu
pelanggannya semua sakit perut lepas makan





@Farini    @ip_lepat  



terima kasih tacang

Comments

orite.. sama2  Post time 29-12-2015 08:37 PM
sama-sama.  Post time 29-12-2015 04:25 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2015 04:43 PM | Show all posts
Ipo replied at 29-12-2015 04:23 PM
hahhaha...mungkin la kot...lebih kurang sama je daunnya..
teringat satu drama lakonan Wan Ha ...

adoi. mesti best drama tu. Ipo mesti kerap masak nasi kerabu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2016 07:12 PM | Show all posts
bianglala replied at 29-12-2015 03:43 PM
adoi.  mesti best drama tu. Ipo mesti kerap masak nasi kerabu.

jarang.......sebab...nak kena prepare banyak benda...take time..
tang makan sekejap je..
tapi dulu arwah nenek ada buka gerai jual nasi kerabu, nasi berlauk dan nasi dagang...kuih muih...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2016 09:45 PM | Show all posts
Cantik buah mata ayam ni, macam serupa buah ceri..
Belum pernah jumpa lagi pokok ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 07:57 PM | Show all posts
buah dia cam biji saga gitu. dulu kecik kecik selalu kutip biji saga. and orang kata konon hantu boleh muncul jika simpan dalam rumah. those were the days. now manalah nak cari pkok saga tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 29-12-2015 03:51 PM
Tak ingat la...arwah nenek yang selalu buat nasi kerabu dulu..rupa nasi kerabu tu..biru kehijauan  ...

Nasi kerabuuu dapppnya...dh lbh 10yrs meols xmkn nasi kerabu..huhuhkkk nak buat xretiiii
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 09:37 AM | Show all posts
cik_kitty replied at 18-11-2016 08:04 PM
Nasi kerabuuu dapppnya...dh lbh 10yrs meols xmkn nasi kerabu..huhuhkkk nak buat xretiiii

payah kot nk buat...byk ramuannya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 04:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.486244 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list