CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16116|Reply: 137

Almy Nadia : Pelakon baru boleh di kerah dan di bayar rendah

[Copy link]
Post time 16-12-2015 09:17 AM | Show all posts |Read mode

Oleh RTKY Staff pada 15 December 2015, 6:12PM

Masih tidak habis-habis mengenai masalah berkaitan saiz badan, Almy Nadia menjelaskan bahawa dia kini bukan menolak tawaran berlakon, sebaliknya fizikal pelakon ini seolah-olah menjadi penghalang buat produksi memberi tawaran lakonan.

“Tipulah jika saya tidak rindu untuk berlakon semula setelah melahirkan anak. Masa mula-mula dahulu memang rindu, kemudian lepas bersalin ada satu masa saya rindu lagi untuk beraksi”

“Namun setelah beberapa bulan kemudian, masih tiada tawaran di samping terdengar pengarah bertanya sama ada badan saya sudah turun ke belum dan dalam masa sama saya sudah mula berniaga, jadi bagi saya, lebih baik saya teruskan berniaga”


“Rasanya bagi saya berniaga lebih seronok kerana tunggu berapa jam pun di gerai, masih boleh jual barang di samping berpuas hati apabila dapat memberi orang makan. Jika ditawarkan berlakon semula, saya perlu lihat juga pada bayaran,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Selain itu, Almy juga mengatakan bahawa kebanyakan stesen TV memilih untuk mengambil pelakon baharu walaupun ada antara mereka dilihat tidak pandai untuk berlakon oleh kerana mereka boleh dibayar rendah.

“Pelakon baharu boleh dikerah dan dibayar rendah. Lagipun asal muka cantik dan hensem, mudah sahaja mereka berlakon. Berbanding ketika kami dahulu ada label tersendiri, jika seseorang artis mahu masuk slot yang best mestilah dibarisi pelakon popular dan terkenal”

“Jika artis itu tiada nama dan baharu, mereka tidak akan di pandang. Namun kini sangat berbeza asalkan ada rupa. Oleh itu, pelakon lama seperti saya sudah tidak dipandang produksi dan stesen TV,” ujarnya. (rtky/s)

SUMBER sinar harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2015 09:20 AM | Show all posts
Akak tak rasa lakonan almy selama ni mantap dan tak ader satu pun yang membuat kan akak teringat watak dier yang paling menonjol

tak abis abis dengan masalah berat badan
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 09:20 AM | Show all posts
so..sila slim
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Almy Nadia ni buat statement minta simpati pengarah supaya ambik dia berlakon. Pi dok Balik Pulau je lah berniaga rojak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 09:27 AM | Show all posts
sejak dh beranak ni... statement almy ni ada kurang bijak nampak nya tercabar kah beliau?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Ade butul juge dia ckp. Pelakon kayu2 je skrg ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2015 09:40 AM | Show all posts
rezeki ada dimana2 bkn saiz bdn yg tentukn rezeki seseorg
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi ...almy kau nk kata sapa sebenarnya?


Kalo meniaga tu berikan kau kebahagian..trpulanglah....almy...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2015 09:45 AM | Show all posts
royaldanish replied at 16-12-2015 09:27 AM
sejak dh beranak ni... statement almy ni ada kurang bijak nampak nya  tercabar kah beliau?

a'ah kan.. myb dia tertekan dgn fizz peruh tuh walapom gegeh membekap dlm hati sape tau..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 09:46 AM | Show all posts
Masih bermasalah dgn berat badan ke?

Dah berapa lama dah ni almy?

Jgn bagi alasan anak lah,klu nak seribu daya..

Klu x mahu byk dalihnya..

Jgn tuding jari pd pelakon baru blh dibyr murah psl tu lebih laku berbanding pelakon veteran bagai..

Ayat mcm play victim je gayanya..

Dari dulu lg bukan nya hebat mana pon..

Lebih kepada gosip bercinta,putus cinta,sambung cinta dgn laki miang dia tu je
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 09:51 AM | Show all posts
chinta89 replied at 16-12-2015 01:45 AM
a'ah kan.. myb dia tertekan dgn fizz peruh tuh walapom gegeh membekap dlm hati sape tau..

khennn...kesian pun ada aku nengok die ni... dulu kalo belakon watak selalu aktif n happy... tapi nengok perangai skrg ni lain sangat... cepat sgt melenting... takde kena oper job kot?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni namanya kenyataan orang yg ecewa dan nak sedapkan hati sendiri. Cuba kalau dia dapat offer berlakon sekarang, tak adanya dia nak komen macam tu. dulu bagi alasan baru lepas pantang payah nak kurus. ni anak dah nak masuk umur setahun pun badan gitu gak
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 10:14 AM | Show all posts
bukan ri tu kata dah kuruih ka?

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 10:21 AM | Show all posts
sian la jugak..
xpe laa.. niaga je la.. kata lg bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok je zulin berlakon badan besar gak
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 10:59 AM | Show all posts
pngky replied at 16-12-2015 09:20 AM
Akak tak rasa lakonan almy selama ni mantap dan tak ader satu pun yang membuat kan akak teringat wat ...

Aku ingat dia as Suzana hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2015 11:09 AM | Show all posts
Biasa laa kalau dah gemuk mmg susah nak turun.... bertabah lah almy... jgn dok meroyan sana sini dah... jaga umahtangga elok2...maybe rezeki bukan dlm bidang lakonan... Well...soh laki support laa antor ke slim world...cepat sikit kuruuihhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 11:13 AM | Show all posts
dia ni dah kena ubat guna2 laki dia ke? tak abis2 dok puji n percaya kat laki dia yg hidong kembang tuh...pelik aku
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 11:13 AM | Show all posts


berat naik satu hal, yg iols takpaham kenapa lepas beranak sheol mcm malas? dgn rambut bersepit gaya gitu memanjang, dengan baju gitu.
tengok lah pizz peros pakai apa, almy pakai apa
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni insecure.Sila la kurus balik.dah nama pun pelakon.kene la slim cantik wangi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.077190 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list