CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10739|Reply: 51

Faizal Tahir Betul ke tkejut lagu Knock2 Masuk AJL, Aku Knock Kapla Sat Lagi

[Copy link]
Post time 15-12-2015 11:39 AM | Show all posts |Read mode




Apabila lagu “Knock Knock”, nyanyian Elizabeth Tan, diumumkan sebagai calon akhir untuk Anugerah Juara Lagu 30 (AJL30), timbul bisik-bisik yang kurang setuju dengan pencalonan terbabit. Ada pihak yang berpendapat lagu itu tidak layak ke AJL30 memandangkan ada lagu lain yang lebih bagus. Agak-agaknya, apa reaksi pencipta lagu ini? Adakah Faizal Tahir berasa terpukul atau menganggap bisk-bisik itu hanya perkara biasa yang tidak perlu diambil serius?
“Sejujurnya, saya sendiri terkejut dengan keputusan yang telah dibuat. “Knock Knock” adalah lagu yang saya langsung tidak jangka akan ke AJL. Bagaimanapun, saya menerima baik keputusan juri-juri itu. Mungkin mereka nampak kekuatan lagu ini. Kalau ada pihak yang menganggap lagu itu tidak layak, saya sedikit pun tidak terasa hati.


Tak terasa hati andai ada yang anggap lagu itu tidak layak
“Masing-masing punya pendapat sendiri. Keputusan ini adalah berdasarkan pendapat daripada 10 orang juri profesional yang terlibat. Sebagai pencipta lagu ini, saya menerima keputusan terbabit dengan hati dan fikiran terbuka. Mungkin sudah rezeki saya,” ujar penyanyi yang lagunya turut tersenarai sebagai calon akhir AJL30 menerusi “Asssalamualaikum”.
Biarpun begitu, Faizal juga berpendapat, orang ramai tidak seharusnya mempersoalkan keputusan yang telah dibuat memandangkan ia diadili oleh mereka yang sudah berpengalaman dalam industri muzik tempatan.


Mungkin sudah rezekinya
“Memang tidak dinafikan semua orang punya pendapat masing-masing. Itu perkara biasa. Tetapi orang ramai harus terima setiap keputusan yang dibuat untuk AJL. Ini kerana ia dihakimi, diadili oleh 10 orang juri profesional yang dipilih daripada generasi dan genre muzik yang berbeza-beza. Bukan mudah untuk membuat keputusan. Jadi kita melihat perkara ini pada sudut positif,” ujar Faizal ketika ditemui pada Khamis.
Apabila diminta berkongsi pendapat tentang sistem penjurian AJL ketika ini, Faizal punya pendapat tersendiri. Dia mengusulkan TV3 kembali kepada format lama.



Berpendapat orang ramai tidak patut mempersoalkan keputusan juri
“Secara peribadi, saya rasa sudah sampai masanya AJL kembali kepada konsep yang lama iaitu mewujudkan kategori-kategori muzik seperti balada, pop rock, hip hop dan sebagainya. Sudah sampai masanya mengguna pakai format lama memandangkan ia kini lebih relevan. Sebabnya apabila 12 lagu sahaja yang layak ke peringkat akhir, dan juri hanya perlu pilih satu lagu terbaik, ia agak tidak adil untuk lagu-lagu lain.
“Katakanlah lagu yang menang adalah lagu dangdut, adakah ini bermakna lagu-lagu genre lain tidak bagus? Jadi adalah lebih bagus kalau ada juara untuk setiap kategori muzik. Daripada juara inilah kita pilih lagu terbaik untuk tahun itu.


Mengusulkan kepada pihak penganjur untuk kembali kepada format lama
“Bagaimanapun, ini hanyalah pendapat peribadi saya. Kalau saya diberi peluang untuk mengubah sistem penjurian AJL, ini adalah perkara yang akan saya usulkan. Mungkin orang lain tidak bersetuju. Saya pun tidak kata pendapat saya ini betul,” ujar Faizal yang kini mula terlibat dengan kerja-kerja kebajikan selain sibuk menguruskan syarikat rakaman miliknya, Faithful Music.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2015 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus idea FT kalau nak MM wujudkan balik kategori. At least irama Msia dpt ler bernafas balik walaupun x seperti dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2015 11:55 AM | Show all posts
enchikfitz replied at 15-12-2015 11:52 AM
Bagus idea FT kalau nak MM wujudkan balik kategori. At least irama Msia dpt ler bernafas balik walau ...

kan... knp tah TB3 telebih bagus buat 1 lagu je.. kalau lagu dandut menang xke kne hendap... buatla untuk setiap kategori

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 12:06 PM | Show all posts
kenapa pak ngah xbuat lagu dah ye


nk jgk tgk lagu pak ngah ke ajl bersaing dgn lagu genre lain ikut format skrg
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 12:07 PM | Show all posts
best la lagu knock2... pada i... arrangement, lirik dan penyampaian el tan sgt serasi..
kekuatan lagu ni adalah pada arrangement dia.... bunyi ala2 broadway... jrg sgt lagu malaysia ada elemen broadway mcm ni...
lirik dia pun catchy... dan ada jalan cerita...
penyampaian eltan pun sesuai dgn lagu... yg mmerlukn karater manja... dan ada style trsendiri... walaupun live agak hauk di krismas...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 12:08 PM | Show all posts
anyway nok2 skdr filler je


hauk sgt vokal et
lirik pun nothing special
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2015 12:09 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 15-12-2015 12:06 PM
kenapa pak ngah xbuat lagu dah ye

ha'a me pun tertanya2 mne pak ngah.. mcm dh hilang taring sejak zaman kegemilangan pak ngah blalu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
lampor replied at 15-12-2015 12:07 PM
best la lagu knock2... pada i... arrangement, lirik dan penyampaian el tan sgt serasi..
kekuatan la ...

Elyana Kalis Rindu dolu2 pun ala2 lagu Knock Knock..cuma arrangement nya more to pop rock..bukan jazzy mcm lizzy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2015 12:16 PM | Show all posts
chinta89 replied at 15-12-2015 12:09 PM
ha'a me pun tertanya2 mne pak ngah.. mcm dh hilang taring sejak zaman kegemilangan pak ngah blalu. ...

lately rncgn pertandingan nyanyian slalu panggil pak ngah jd juri


slh satu rncangn die jd juri tetap skrg ni
rncngan band bdk muda main muzik tradisional kt tv2
bagus bdk2 ni
komen pak ngah mmg terbaik lah
mcm ramli ms tp versi tradisional

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 12:20 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 15-12-2015 12:16 PM
Elyana Kalis Rindu dolu2 pun ala2 lagu Knock Knock..cuma arrangement nya more to pop rock..bukan j ...

yes... kalis rindu pun ala2 broadway.. tapi arangement dia pop progresive which is sesuai dgn vokal elyana
pandai chuols...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 12:24 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 15-12-2015 12:16 PM
lately rncgn pertandingan nyanyian slalu panggil pak ngah jd juri

lahhh yeke..

dh lama x layan rancangan hiburan2.. bukak tv tgk berita je keh3..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 12:28 PM | Show all posts
baru teringat..lagu terbang tunjuk kok ping masuk separuh akhir tak aritu? bagi i lagu tu bagus walaupun i tak gemor kok ping tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 12:47 PM | Show all posts
BebeQ replied at 15-12-2015 12:28 PM
baru teringat..lagu terbang tunjuk kok ping masuk separuh akhir tak aritu? bagi i lagu tu bagus wala ...

tak mampu terbang kt separuh akhir hr tu

meol pun suke btul dgn lagu tu
lirik & melodi sgt bagus
vokal ltk tepi



Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
crowd puller kot? macam najwa latiff time tgh top.. time  najwa latif nyanyi cinta muka buku kat AJL rating cecah 4juta..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 12:59 PM | Show all posts
bagi den lagu tu layak je masuk final...arrangement lagu ni nampak tersusun n kena dgn org yg nyanyikan lagu ni...tp suara dia ni nak macam juliana banos...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 01:19 PM | Show all posts
dia pencipta ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2015 01:24 PM | Show all posts
relaks la...
rezeki dia utk masuk final..
rezeki menang tu lum tentu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 01:29 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 15-12-2015 12:47 PM
tak mampu terbang kt separuh akhir hr tu

meol pun suke btul dgn lagu tu

haa..vocal hauk kok ping i boleh letak tepi, dengan harapan orang lain boleh ganti nyanyikan lagu tu. tapi kalau dibandingkan lagu knok knok dgn terbang tunduk tu, bagus lagi terbang tunduk. lizzy pun vocal tak bagus juga.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sepitsiput at 15-12-2015 01:52 PM
lampor replied at 15-12-2015 12:20 PM
yes... kalis rindu pun ala2 broadway.. tapi arangement dia pop progresive which is sesuai dgn voka ...


Elyana dgn lagu Tak Tercapai Akalmu bg meols adalah pelopor kpd penerimaan AJL terhadap lagu2 dan penyanyi hipster...hasilnya skrg AJL dah 6 tahun lebih dikuasai geng2 indie hipster yg bwk Gen Y revolution.

Sblm elyana...most artist pompuan yg masuk ke AJL adalah artis2 yg cookie cutter stuff dan under comercialization agenda mcm tok ti... misha... ziana...jee. lepas elyana bru muncul yuna.. anaa raffali...boo amir ikram....najwa latif pelbagai

Bibit2 awal revolusi muzik ni start dgn aidit alfian...dan disokong plak oleh band2 indie yg go comercial pd awal 2000an mcm Oag, flop poppy, pretty ugly..

Ikutkan artis2 hipster dulu2 ada yg x kurang hebatnya.spt Abot...candy... nana nurgaya ... nico....butterfingers.. too phat.... 4u2c... kru.. tp diorg x diberi ruang di AJL.

Cc @beta_carotene @jefri90
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
huJanBaTu replied at 15-12-2015 12:50 PM
crowd puller kot? macam najwa latiff time tgh top.. time  najwa latif nyanyi cinta muka buku kat AJL ...

Hantu Atau Buaya lebih popular dr Knock Knock kalau ikutkan.. plus komposernya DJ Fuzz komposer paling laris tahun ni tp x layak ke AJL..bg meols lagu Nanasheme tu lebih layak masuk klu nk dijadikan crowd puller especially to the younger audience
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.076193 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list