CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22108|Reply: 134

KJ Selar Kerajaan: "Takkan Nak Suruh Rakyat Jalan Kaki"

[Copy link]
Post time 9-12-2015 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO


sumber foto: google image




Sejak kebelakangan ini, gejala kenaikan harga barang yang amat ketara sehinggakan mengundang rungutan dan kemarahan rakyat jelata.




Hari ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengecam pihak kerajaan menambahkan bebanan saraan hidup rakyat dengan melaungkan " enough is enough", sambil itu menyeru kerajaan berhenti dan jangan membiarkan harga barang terus meningkat naik lagi.











Dia menyuarakan dengan penuh beremosi : "Jangan ditambah lagi bebanan rakyat, jangan dicurah lagi minyak ke atas api kemarahan rakyat yang marah membara! "


"Pemuda mahu kerajaan hentikan segala kenaikan selapas ini, enough is enough!"




Selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan atau GST pada bulan April tahun ini, akibatnya harga barangan meningkat, bulan Mac dan Mei, menaikkan lagi tambang teksi dan bas ekspress.




Bulan Oktober pula, kadar tambang bagi 18 lebuhraya dalam bandar dinaikkan juga. Baru-baru ini iaitu bulan Disember, tambang bagi LRT, monorail, ERL dan KTM Komuter turut mengalami kenaikan. Harga barangan boleh dikatakan mengalami kenaikan dari awal tahun sampai lah ke akhir tahun, mengakibatkan rakyat jelata rasa amat membebankan.




Ketika melancarkan majlis perasmian mesyuarat agung pemuda UMNO, Khairy mengatakan, pemuda UMNO memberi tempoh dua tahun kepada kerajaan untuk membuktikan langkah penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan akan memanfaatkan rakyat jelata.




"Kerajaan telah menerusi pelbagai langkah seperti pelaksanaan GST, kemas kini subsidi, menambah kutipan cukai dan cukai jalan, dua tahun yang seterusnya, Pemuda hanya mahu mendengar khabar berita yang menguntungkan rakyat sahaja."


"Apabila kadar tambang tol lebuhraya dinaikkan, kita meminta orang muda menggunakan pengangkutan awam, tetapi selepas kenaikan tambang tol lebuhraya dinaikan, tambang yang lain seperti KTM Komuter, ERL dan lain-lain turut sekali dinaikkan, jadi apa lagi pilihan yang ada bagi rakyat? Adakah mahu mereka berjalan kaki?"




Khairy menegaskan, Pemuda UMNO sama sekali bukan mengamalkan 'politik populism', kalau tidak sejak awal lagi telah membantah pelaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2015 02:09 PM | Show all posts
Thank you pemuda for being loud
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kinda sad thou. KJ is the only one that makes sense. The trojan horse. Yg xperlu jadi trojan
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 02:12 PM | Show all posts
jalan kaki
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 02:12 PM | Show all posts
KJ, walaupun kau suarakan apa rakyat rasa kau tetap masuk neraka sebab ko ahli umngok
-hj akob bin haji deraman
Pas kubang kerian
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 02:13 PM | Show all posts
enough is enough
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2015 02:14 PM | Show all posts
ade jib kesah??
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Takyah la jalan kaki..
Kita beli basikal nak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2015 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ko dalam kabinet kerajaan ke KJ? Awat dlm kabinet meeting ko tak bangkang bila cadangan nak naik tambang segala????

Konon nak jadi herooo !!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 02:17 PM | Show all posts
letih dengan harga naik ni
pedih, sedih
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 02:20 PM | Show all posts
nescaya ucapan kj akan mendapat tepukan gemuruh
lepas tu, senior pulak berucap pertahankan kenaikan itu ini
pun tangan2 yg sama juga akan bertepuk dengan gemuruh

depa balik rumah, projek tetap juta2
yg kita rakyat takde pegang tampuk kuasa politik ni
terus ikat perut mcm biasa
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 02:21 PM | Show all posts
lambaian replied at 9-12-2015 01:17 PM
Bukan ko dalam kabinet kerajaan ke KJ? Awat dlm kabinet meeting ko tak bangkang bila cadangan nak na ...

serba x kena kekdahnya.



Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 02:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 02:24 PM | Show all posts
akhirnya......menteri yang bercakap make sense...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 02:26 PM | Show all posts
Syukur lah, sekarang ni berita gembira aku nk dgr hanya lah najib xjdi PM lgi
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila kj cuba bela rakyat...korang komplen juga.
Apa korang nak sebenarnya.
Haduiii tak faham aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2015 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
BN ni kalau boleh nak ambik.duit rakyat sampai rakyat tinggal spenda ja kut....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 02:31 PM | Show all posts
KJ nak join 5M ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 02:33 PM | Show all posts
Orang nak sembang politaik.. puak2 bodo ni pun sembang politaik.. hakikat sebenaqnyaa politaik tu sama jaa 2x5 .. 5x2 .. org mcm KJ ni buleh percaya

Politician ngn artis memang sesuai, suka idop bermuka2.. cuma cara depa berbeda.. KJ ni golongan muda yakni berbeda zaman dgn ahlul2 politaik golongan tua.. dia bijak ambil peluang untuk meraih sokongan orang2 muda sampai terkesima golongan bodo politaik tapi hendak tunjuk pandai bercakap pasal politaik
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 02:34 PM | Show all posts
The only menteri amnu yg ai boleh percaya ngan kata2 dia...walau kengkadang madah berhelah...tapi atleast 85% boleh pakaiii!!!

Harap2...ini bukan lah sekadar retorik sblm nk mula perhimpunan agung amnu..mcm yg selalu2 tuuu!!!

kemon KJ!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.073170 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list