CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7833|Reply: 29

Geng nyanyuk/pesara 25 (G25) mahu hukuman khalwat dimansuh,cinaDAP tepuk tangan

[Copy link]
Post time 7-12-2015 07:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by alfida at 7-12-2015 07:47 AM

G25 mahu hukuman khalwat dimansuh
                    
KUALA LUMPUR 6 Dis.  -  Selepas mencadangkan pemansuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kumpulan bekas penjawat awam, G25 pula mahu penubuhan sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah.

                  Noor Farida Ariffin

Antara yang dicadang untuk dimansuhkan ialah hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.
Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, dengan berpandukan pada prinsip Perlembagaan, kumpulan tersebut menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.

Menurutnya, perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam, namun Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan itu.

“Ini bertentangan dengan Islam. Apa orang buat di dalam rumah sendiri, anda tidak boleh ketuk pintu pada pukul 3 pagi dan menahan mereka, ini bertentangan dengan prinsip perundangan Islam, dosa peribadi adalah antara diri sendiri dengan Allah.

“Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan taman awam,” tegasnya dalam sidang akhbar selepas Forum Islam Dalam Demokrasi Berparlimen di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) hari ini.

Yang turut hadir, Penasihat G25, Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum, Datuk M. Redzuan Kushairi.
Noor Farida berkata, pelaksanaan undang-undang syariah menjadi masalah apabila ia melanggar Perlembagaan sehingga menjadikan dosa peribadi seseorang sebagai satu kesalahan jenayah.

“Bidang kuasa jawatankuasa perunding ini adalah untuk melihat jika sesungguhnya undang-undang itu melanggar Perlembagaan, mereka akan mencadangkan ia dimansuhkan atau dipinda,” tegasnya.

Tambahnya, G25 akan mendapatkan kerjasama dan penglibatan daripada semua NGO dalam membincangkan perkara tersebut termasuk kemungkinan memohon dana kerajaan untuk memudahkan pergerakan mereka.

Sementara itu, M. Redzuan berkata, jawatankuasa tersebut akan melakukan kajian menyeluruh untuk ‘memperbetulkan’ beberapa perkara di dalam undang-undang syariah yang telah melangkaui sempadan Perlembagaan.
“Ini akan melibatkan masyarakat dan orang ramai, mereka akan mengkaji undang-undang syariah dan sivil untuk melihat di mana bahagian yang pelaksanaan syariah ini melampaui Perlembagaan,” jelasnya.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.VDy6pu0I.dpuf
     
      
     
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 07:50 AM | Show all posts
mana DAP di dalam?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul lah apa yg dinyatakan. Kalau dlm rumah sendiri, pihak berkuasa takda hak nak ceroboh masuk. Kalau baca hadis dan kisah sahabat pon ada dinyatakan. Tpi puak2 lobai terlebih kain ni yg pandai2 buat hukuman sendiri mengintip mengendap org. Dr maza pon ada menyatakan tentangan pasal benda ni. Puak2 umngok bodoh agama je menggelabah tetek
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 07:53 AM | Show all posts
DAP tepuk tgn? x kena mengena pun. ada aq kesah gitu

ygg paling hepi ialah muda mudi mat minah rempit bangsa melayu sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 08:20 AM | Show all posts
I am sure CENTHRA will take note on this

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 08:31 AM | Show all posts
okey..lepas ni sediakan jur tempat khas untuk pembuangan bayi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2015 08:40 AM | Show all posts
asakan liberalisme humanisme, kan dulu depa buat tuntutan G25 ....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 08:48 AM | Show all posts
I rase diorang cakap pasal Federal Constitution jugak. So what's wrong? Diorang point out jabatan agama negeri-negeri sekarang neh dah pijak Perlembagaan Persekutuan. So, kau pegi tanye lar sape yang draft perlembagaan persekutuan tue nape jabatan agama negeri inferior dari kerajaan persekutuan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 09:08 AM | Show all posts
Aku sokong ... khalwat dalam rumah sendiri tak salah, cuma elok di bagi penampor Jepun dan penerajang bontot je sorang dua round.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 09:15 AM | Show all posts
ok, lepas ni aman damai,
kita xakan anmpak lagi dah kapel yang melakukan perbuatan xsenonoh di tempat awam...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 09:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni smua bekas2 JUSA dan TURUS. menunjukkan betapa bebalnya dorg dan jahilnya hidup
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 09:31 AM | Show all posts
alfida thread dah ada , may be you nak kupas atau bicarakan dari sudut yg berbeza?

pada i tak ada hal sama thread - just the angle of discussion  tu...

kita tengo bukan berita sama tapi angle discussion tu  - dari aspek mana awak nak kupas

ni tugas pembuka thread

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 09:49 AM | Show all posts
Kalau mcm tu dah bolehkah pasangan duduk serumah tanpa nikah?  Atau diluluskankah muda-mudi lelaki pompuan sewa bilik dlm satu rumah.  Boleh aje house mate tu di kalangan berbagai bangsa melayu/cina/india, dll.  Mereka hanyalah penyewa bilik, bukan duk khalwat pun....

Selalu aje muslimin bersuara minta dihormati hak individu, bagaimana pula di sisi syariah, apakah muslimin tidak ingin memberi hak hukum kepada penggubalnya?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 09:52 AM | Show all posts
Edited by Bedah.Cun at 6-12-2015 01:55 PM
nolya replied at 6-12-2015 01:49 PM
Kalau mcm tu dah bolehkah pasangan duduk serumah tanpa nikah?  Atau diluluskankah muda-mudi lelaki p ...

Boleh, for example if kau nak perundangan yang mengikut sistem traditional negeri. Kau sume kena break free from Federation sebab Federal system adalah sistem yang bertumpu ke Persekutuan. Unless kalau kau mintak keluar dari Federation, maybe ade peluang. I'm neutral anyways sebab I tau Sultan I takde lar rigid sangat, muengehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 10:05 AM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 7-12-2015 09:52 AM
Boleh, for example if kau nak perundangan yang mengikut sistem traditional negeri. Kau sume kena b ...

Itu kalau nak ikut perundangan tradisional negeri atau perundangan Persekutuan yg digubal oleh manusia.  Bagaimana pula dgn sistem perundangan syariah yg sejak dari mula sudah ditegah 'janganlah kamu menghampiri zina'........ adakah patut ditekepikan semata2 kerana kesalahan berzina bukan hak manusia untuk menghukum.
Saya sekadar bertanya.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 10:11 AM | Show all posts
nolya replied at 7-12-2015 09:49 AM
Kalau mcm tu dah bolehkah pasangan duduk serumah tanpa nikah?  Atau diluluskankah muda-mudi lelaki p ...

that means co habitation bersekedudukan dalam kalangan muslim ada potensi
u know free will...

tadi radio ikim baca keratan akhbar ni ....yups

depa akan quote dr maza dalam aspek khalwat - i guess pendapat mufti lain yg tak popular tak diquote jugak


tapi kalau ya,  wow...ni kesannya kan?

depa nampak ketuk pintu rumah tapi muda mudi muslim dok maksiat kat hotel etc anak anak sapa tu ? well just prayed bukan ...

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 10:12 AM | Show all posts
i hope thread ni tak ditutup because we are discussing from different angle .
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 10:15 AM | Show all posts
petikan berita lain ni utusan tapi yg satu lagi from pro liberal newspaper the star
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Hrmm yg bercakap pun ayam togel wpun dh jd ayam pencen. Jd G25 ni rasa ugama tu hak individu bkn hak masyarakat Islam so kalau satu korga tu sumbang mahram bergangbang sesama sendiri msyrkt Islam hanya tutup matakah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.118473 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list