CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2121|Reply: 0

‘Tentera Bersama Rakyat’ meriah

[Copy link]
Post time 20-11-2015 06:15 PM | Show all posts |Read mode
KOTA TINGGI 18 Nov. - Program Tentera Bersama Rakyat yang julung kali diadakan di sekolah dalam daerah ini berjaya menghimpunkan pengunjung pelbagai peringkat usia bahkan menjadi platform yang berupaya mengeratkan hubu­ngan antara angkatan tentera dan masyarakat.


Program dua hari anjuran Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Mas (SMKBM) yang diadakan di kawasan padang sekolah itu berjaya menepati sasaran kehadiran lebih 6,000 pengunjung.

Program yang mendapat kerjasama Kejora, Felda Sungai Mas dan Papan Timur, Belia 4B Mastimur dan Gabungan Persatuan Wanita (GPW) itu dirasmikan oleh Pang­lima 7 Briged, Kem Mahkota Kluang, Brigedier Jeneral Datuk Ab. Aziz Abdullah.

Pelbagai aktiviti berlangsung termasuk gotong-royong bersama komuniti, sukan rakyat, forum perdana Tentera Darat Malaysia (TDM), pendaftaran kemasukan pelajar pra-universiti ke Rejimen Askar Wataniah (RAW) dan prog­ram Pembangunan Modal Insan Unit Seranta Felda.

Selain pameran ketenteraan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri dari TDM, Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), markas kerjaya ketente­raan semboyan daripada Regimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) turut mendapat sambutan.

Ab. Aziz dalam ucapannya berkata, program berkenaan pen­ting bagi merapatkan lagi hubungan antara tentera dan masyarakat kerana jurang antara awam dan ketenteraan perlu dirapatkan memandangkan keamanan negara adalah tanggungjawab bersama.

“Tidak kira orang awam atau tentera, kita semua wajib mempertahankan keamanan yang dinikmati sekarang kerana hanya masyarakat yang aman berupaya membangunkan negara,” katanya ketika ditemui dalam program tersebut.

Yang turut hadir Yang Dipertua PIBG SMKBM, Nizam Ali; Naib Pengerusi Majlis Permuafakatan Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (MPPIBK) Daerah Kota Tinggi, Nurashikin Munaim dan wakil rasmi Pengurus Besar Kejora, Hanafi Jantan.

Pengetua SMKBM, Afandi Ngadiman berkata, selain pelajar pra-universiti, pihaknya juga berjaya menarik minat hampir 82 belia setempat untuk mendaftar me­nyertai Regimen Askar Wataniah 501 (RAW) dalam tempuh dua hari program.

“SMKBM merupakan sekolah pertama menganjurkan pendaftaran pelajar pra-U untuk menyertai RAW. Ia amat bersesuaian dan pihak sekolah membantu program ini.
“Selain memberi ruang kepada komuniti untuk beramah mesra, mengeratkan hubungan dan mengenali dengan lebih rapat dengan tentera turut menyasarkan kepada masyarakat bidang kerjaya ketenteraan dan ke­selamatan negara,” katanya.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.DqNtNAMO.dpuf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.065691 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list