CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3961|Reply: 55

[Tempatan] Kerajaan BN 'janji' tak naikkan kadar GST tahun depan

[Copy link]
Post time 16-11-2015 11:20 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah bercadang untuk menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) walaupun harga minyak dijangka turun di bawah AS$48 setong, tahun depan.

Malah, tegas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, kerajaan juga tidak pernah berbincang mengenai langkah menaikkan GST berkenaan.

Jelasnya, walaupun andaian mengenai harga minyak boleh dibuat, namun perkara itu tidak akan diketahui bagi jangka masa panjang.

"Ada kajian mengatakan pada tahun 2020 harga minyak akan naik mencecah AS$50 hingga AS$‎60 setong...tetapi ia bergantung kepada negara-negara OPEC (Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum) yang bermesyuarat enam bulan sekali.

"Apa yang berlaku sekarang adalah permintaan terhadap minyak berkurangan berbanding pengeluaran. Kalau (OPEC) buat keputusan mengurangkan pengeluaran minyak, mungkin harga minyak akan naik.

"Tapi sekarang (andaian) berbentuk spekulasi, tiada siapa yang tahu (tempoh tepat harga minyak akan naik atau turun).

"Malah, dalam kerajaan kita tidak pernah berbincang untuk menaikkan GST," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 bagi kementerian itu, di Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad Husni berkata demikian bagi menjawab celahan Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang meminta penjelasan sama ada kerajaan akan menaikkan kadar GST jika harga minyak turun di bawah paras AS$‎48 setong, tahun depan.‎

Dalam pembentangan Bajet 2016 pada 23 Oktober lepas, kerajaan menjangkakan kutipan GST sebanyak RM39 bilion tahun depan yang diunjur berdasarkan paras harga minyak mentah AS$48 setong.

Selain itu, mengulas dakwaan pembelian salah satu cabang tenaga milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Edra Global Energy Bhd (Edra) oleh syarikat asing, Ahmad Husni berkata perkara itu masih dikaji.

"Dalam soal ini sebelum membuat tender, kita akan melakukan kajian dan memastikan kedaulatan negara terjamin. Merujuk soal kadar, kita yang menentukan perjanjian pembelian tenaga itu," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Rafizi yang mencelah dengan mendakwa pemilikan Edra akan diberi kepada syarikat asing yang menawarkan bidaan lebih tinggi berbanding Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pada Sabtu lepas, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda, dilaporkan berkata tiga pembida iaitu dua pembida asing dan satu tempatan, telah disenarai pendek untuk menghantar bidaan mereka bagi membeli Edra yang bernilai antara RM16 bilion hingga RM18 bilion. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2015 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersiap sedia la semua...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 11:50 PM | Show all posts
nasib baik xnk naik bleh undi bn
lpas tu naik lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai.....kenapa tak naikkan, kami sedia byt GST hingga 12% .

Klu mcm ni tak susut lah hutang negara, makin bertambah lah nanti.


Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat la 20% terus.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 02:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa kelas 6%. Sila naik kan sampaj 25%. Mcm negara scandinavia. Baru la ekonomi makin maju
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2015 02:41 AM From the mobile phone | Show all posts
wei korg knp minta naik
kesian kt kucing hbs mahai kibbles
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 03:40 AM | Show all posts
nie tanda nak naik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2015 04:41 AM | Show all posts
cuali cancel GST  ...  kot x satu hari nanti konpem naik


bila UMNO x ckp duit sponsor yahudi aka freemason   ...  konpem naik punya

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 08:34 AM | Show all posts
akan naik tu
palestin dah buktikan GST skrg 6-0
UAE pulak menjangkakan GST akan datang 10-0 (naik jadi 10%)
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 08:37 AM | Show all posts
dah jadi trend kat Malaysia ni..kalau ada ura2 tak naikkan harga barang...maksudnya harga
bakal naik...samalah dengan yang ni....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 08:44 AM | Show all posts
ermmmm...im waiting for election je skang nie...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 08:46 AM | Show all posts
pesal xnaik jah 50%?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah bg hint mcm tu stand by jerr la nxt yr gst 36% plk. Bkn  x biasa kena kencing dgn depa nih...telco punya issue pun x setel2, tppa, tol, petrol lg haukkk.....last2 rkyat marhaen yg menadah kencing hancing depa
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 09:05 AM | Show all posts
6% tu pun dah menyusahkan
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 09:07 AM | Show all posts
Paham sgt dah kalau kua ayat2 cenggitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2015 09:09 AM | Show all posts
kenarikelabu replied at 17-11-2015 09:07 AM
Paham sgt dah kalau kua ayat2 cenggitu

apa yang ko paham?

sebelum ni pun orang cakap pasal tol
ko pun nak cakap pasal tol

padahal naik kapchai je pergi kerja,
mana kena bayar tol
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 09:12 AM | Show all posts
Mana ada negara yg naikkan gst setiap tahun!
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 09:19 AM | Show all posts
I xkisah nak naik gst smpi 36%, i nak minta kurangkan menteri-menteri yang ada. Biar menteri jadi multi tasking pulak. Cakap jer pandai, xpakai otak. Hak sama rata between menteri dengan rakyat. No polis eeskot, bayr tol sendiri, tiada elaun petrol dan keraian.  Kita perah wakil rakyat berkerja untuk rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
dellashrill replied at 17-11-2015 09:19 AM
I xkisah nak naik gst smpi 36%, i nak minta kurangkan menteri-menteri yang ada. Biar menteri jadi mu ...

Zaman atuk2 me dulu sllu citer YB tu maksudnya yang berkhidmat mcm hamid gurkha dlm citer badul....tp skg suda tukar yang bang***
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.103885 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list