CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anyclassything

Aku Ni Kenapa? #142 #145 [Updated 25/03/23]

  [Copy link]
Post time 26-1-2016 10:01 AM | Show all posts
anyclassything replied at 24-1-2016 05:32 PM
Helllloooooooooooo forumers!Hi, sorry lama menyepi. Banyak sangat benda jadi huhu
Firstly, aku d ...

tak jelas sangat nyah.... lagi pun dia pakai tulisan hijjaz (ceh kengkonon pandai khat la ni) ..jadi makcik tak tahu nak baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2016 06:10 PM | Show all posts
Bunyi dia macam " ILA NAARAN BAITULIHI AL AWWALUHU". Maksud dia macam " ke neraka lah rumah dia permulaan..." sori, aku pon tak pass sangat tapi boleh tangkapla maksud dia. Sape2 yang lagi expert sila betulkan. TQ
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 11:53 AM | Show all posts
aku cer  tanya kwn2 arab aku, none yg ckp ni arabic. They cant translate that. Tapi yg first 3 word tu mcm ilaa nar bait - for hell house
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2016 05:27 PM | Show all posts
hest replied at 26-1-2016 09:01 AM
tak jelas sangat nyah.... lagi pun dia pakai tulisan hijjaz (ceh kengkonon pandai khat la ni) ..ja ...

iols pun x reti nak baca,
tengok je rasa jawi. Arab ke non arabic iols x tahu hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2016 05:31 PM | Show all posts
hungryhenry replied at 27-1-2016 10:53 AM
aku cer  tanya kwn2 arab aku, none yg ckp ni arabic. They cant translate that. Tapi yg first 3 word  ...

Tu lah sebab my mum pun dapat translate yg itu sahajo.Thank you ya, maybe tulisan rojak. Arab + jampi purba hahahaha

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2016 05:32 PM | Show all posts
karlmax8 replied at 26-1-2016 05:10 PM
Bunyi dia macam " ILA NAARAN BAITULIHI AL AWWALUHU". Maksud dia macam " ke neraka lah rumah dia perm ...

Kannn, mak aku pun cakap benda sama. Ada part2 tak reti nak translate.
Tapi tu lah, kalau betul kertas jampi mmg jht betul sihir rumah tangga org camtuh

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-1-2016 05:44 PM | Show all posts
Edited by anyclassything at 27-1-2016 08:26 PM

Maaf ada satu cerita dah lama tak terbalas, sebab menumpang rumah Cik Nana. Ni kira aku copy paste balik je eh? Then sambung sambung. Okay sila hadap

HANTU  H1N1

Lol teringat plak kisah zaman before SPM dlu..
Dulu time tu wabak H1N1 (if uols ingat smpai sekolah smpai berminggu-mggu tutup)
So dijadikan story nya, sekolah aku pun sama terlibat sorg budak balik gi oversea mana ntah bawak balik wabak H1N1 tu jadinya dekat 2 minggu lah sekolah tutup.


Suka mmg suka sbb iols bukan jenis suka gi skolah hehehe
Tak sedor diri kot nak SPM masa tu tp ponteng pun bukan gi mengular ke mana duk umah je pong.
So sepanjang sekolah tutup aku kat umah je sorg2 memandangkan aku takde adik kakak, then mak ayah keje dkt kul 4,5 ptg baru smpai rumah. So tinggallah diriku bersama kucing-kucingku dan....... tettt
Nak dijadikan cerita gangguan tu start 3 hari berturut2..


Day 1: Bunyi Yang Gangil
Mcm budak lain yg tak sedar diri SPM dah dekat, aku tdo sepuas-puasnya baru bangun mandi semua. Hari-hari mcm tu.. So satu hari yg ganjil ni, aku bangun mcm biasa then pegi mandi. sesudah mandi bawak towel gi living room, gi lap-lap rambut. Aku gi situ sbb nampak kucing aku duk lepak sofa tu.. Sbenarnya umah kitorg, mak aku guna langsir yang tebal tu yg kalis cahaya tu. So mmg gelap mcm malam la rumah selagi tak selak langsir sbb cahaya takleh telus.. lagi-lagi area living room tu.. Leh byg lah kan sunyi, suram, gelap and spooky (Aku x rasa mcm tu pun time tu sbb rumah sendiri kot). Mak aku plak tiap pg seblum keje pesan, selak langsir bagi cahaya masuk rumah taknak bg rumah gelap tp biasalah aku buat dek je ptg dorg nak balik baru selak semua takut kena marah huhu. Back to the point, aku g la lepak sana sbb nak keringkan rambut guna towel sambil2 tu duk pandang kucing duk jilat2 badan dia.


oh ya.. satu langsir kecik je aku selak time ni, pastu aku betul2 duk atas sofa and aku pusing sofa ni mengadap tingkap ni.. duk kering2 rambut ni, tiba-tiba aku rasa ada bunyi pelik betul2 kat belakang telinga aku. Bukan bisikan, bukan dengusan.  Aku pun xde words nak describe benda ni. Bunyi nya kuat, mcm menguak pun ada. nak kata mcm bunyi ju-on tu pun tak. tp yg penting jelas, xde sayup-sayup. Nak kata sendawa tak sendawa tp garau la bunyinya tu. Aku terus pusing sbb terkejut, then takde apa punnnn. Then kucing lak mcm hairan sama aku, leher dia panjang2 cam duk intai2 tp xde plak si kucing tu mcm kembang bulu ke hissing sbb threatened. Aku cemas + hairan tapi tak seram mcm nak nangis tu, aku cemas takut org jahat ke masuk apa kan.. Budak dadah ke apa, aku gi pusing2 rumah smpai dapur ok checked takde sape. Pastu aku kembali lepak situ and bunyi ganjil tu still terngiang2 tak habis pikir sebab bunyi jelas sgt blkg telinga..


tak sampai 10 minit bunyi bising2 atas bumbung. aku rasa korg bleh byg kan bunyi dung dang cam ada benda bergelut atas bumbung.. (Aku selalu optimist bab ni so aku assume ni bunyi biawak ke, kucing liar tupai ke tikus ke apa bergelut atas bumbung walaupun ramai ckp kat aku jin tinggal atas bumbung kita sbenarnya tu bunyi dia wallahualam tak tau).. Then bila mak aku balik, aku terus citer kat dia bunyi ganjil tu siap dgn demo suara pelik tu yg xkan menjadi.. Mak aku kat pintu rumah dah buat muka takut dia cakap kembang kepala dia dgr cite aku (sbb aku bukan jenis penakut senang2 nak terpengaruh ngan cite hantu, then bila tgk cite hantu mana2 pun aku selamba badak je so mak aku rasa bila aku cite pasal benda camni means mmg ada something wrong)


Nanti sambung day 2








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2016 05:49 PM | Show all posts
Edited by anyclassything at 31-1-2016 03:16 PM

Day 2: Gangguan Toilet


Okay so the next day means hari kedua, ayah aku gi ambik arwah moyang aku bawak balik rumah, moyang aku ni semua org panggil 'Mok' dia memang selalu rotate gi tido rumah anak cucu since dah tua tp still sihat boleh jalan. Mok ni pun banyak cerita angker psl dia tp tu later je lah focus cite hantu H1N1 ni dulu. So hari kedua tu Mok ada lah and takde pape jadilah siang tu.

So..Ingat dah takde pape jadilah kan day 2 ni, so sepanjang cuti tu aku mmg tdo lewat malam. Sebab siang dah tido bnyk, lepas tu malam-malam study sejam dua,then sebab lain ialah sebab nak gayut dgn bf time tu. Ntah apa perangai gedik umo 17 ada bf konon duhh .  Bf aku time tu jauh, dia dah kat u so selalu gak la dia called lps aku study camtu.


Sorry melalut bnyk, so time tu pukul 2 pagi.. Tiba-tiba R (ex bf) ni called aku sbb dia mmg tau aku akan study smpai kul 2 or 3 pagi. Time tu, aku study dalam guest room. Sebab masa tu lampu bilik aku lampu kuning tu so aku tak suka sakit mata. Mak aku plak tdo dah dengan Mok hampar tilam tido depan TV, sebab Mok mmg tak suka tido dalam bilik. Aku duk dalam guest room, pintu terbukak luas. Ok..imagine dari guest room ni boleh nampak direct to ruang TV tempat dorg tido. So basically kalau dorg bangun ke apa aku mmg akan nampak jelas. And dalam guest room ni plak toilet share dgn living room tempat kejadian bunyi ganjil. Maknanya ada dua pintu toilet ni, satu dari dalam bilik, satu lg dari living room kat luar. Malam tu aku bukak pintu dari living room tu luas2 sebab nak mudahkan Mok nak gi toilet mlm2.

Time tu aku baring atas katil kaki melunjur ke arah toilet, so posisi aku mata mengadap toilet. Toilet tu plak pintu terbukak dari dlm bilik n jugak ruang tamu. So mata aku bleh jelas nampak kalau sape2 masuk keluar toilet tu. dari sisi kiri aku plak pintu bilik terbukak luas nampak ruang TV. Duk sembang-sembang tu tiba-tiba dgr mcm gayung dlm baldi langgar-langgar. Aku dah pelik, sape masuk toilet? Kerling kiri, nampak Mak and Mok tengah tido dpn TV. Ayah aku plak xde kat rumah for a few days. Gayung still bunyi berlanggar-langgar dengan baldi.Tetibe je rasa takut time ni. Sebab kalau ada org masuk aku akan nampak, then kalau ada org nak gi toilet dari luar pun aku akan nampak. Aku try tengok dari katil x nampak kelibat apa, hanya bunyi gayung langgar2 dengan baldi je siot betol. Kuat betul mcm tgk kocak air dlm baldi tu.


Time ni aku dah panik, time ni mmg seram. Sebab obviously aku mmg concious, bukan mamai ke apa. Jelas la bunyi bilik air yg dpn mata niii tapi time tu aku tak berani gerak sikit pun. Nak keluar gi ruang tv tu pun x berani. Entahlah kenapa, tp tangan still pegang hp tgh gayut lg. Sambil tu cite la kat dia "I dgr bunyi kat toilet tp xde sapa ni." dia duk ckp "kucing kot, angin kot bla bla" Time tu aku still sembang ngan dia tapi otak celaru dah campur panik xleh fokus dah makin kuat lak bunyi aktiviti dlm toilet. So aku ckp nak letak phone, nak gi tengok toilet. Letak je phone, dah bunyi splashing water pulakk haa ambik dia gi mandi ke apa bunyi cam org jirus air guna gayung tu. Time tu still aku tak berani gerak, bukan aku xleh gerak.Aku yg takut nak bergerak. Aku takut nampak kelibat tak ke pengsan luruh jantung kat situ.. So aku duk diam2 dgn harapan benda tu slowly go tanpa tegur aku or show off rupa kat aku. Panik dia takleh nak ckp, sbb bunyi too obvious so mcm kau duk kira setiap saat yg dia akan muncul bila-bila masa. Then bunyi tu senyap dgn mcm tu je.. Baru aku berani keluar pergi ruang TV.  

Tengok dorg dua duk tido. Time ni rasa panik dah surut, tak cemas dah so aku beranikan diri pergi jenguk toilet sebab bunyi dah takde. Aku curious lagi sebenarnya.Tengok je takde apa-apa. Kosong je toilet tu. Then aku gi join dorg tdo depan TV, ada sofa tido situ je la. Then tdo pun takde apa.. Esoknya tu cerita kat mak aku lg, time ni mak aku mcm caye tak caye, sbb dia cakap maybe Mok gi toilet diam2 plus aku duk gayut manade nak perasan Mok lintas g toilet ke apa.Tapi bila tanya Mok dia cakap takde gi toilet, tapi xleh caya gak Mok pun nyanyuk sikit2 kan.. Tapi pelik kalau Mok mmg aku akan nampak la, pintu terbukak kot.... Dang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2016 05:55 PM | Show all posts
Day 3: Kenalan baru

Aku ni jenis time kejadian je takut. Lepas tu aku dah lupa. Sama mcm tengok cerita hantu time duk tengok je takut so lps tu rilek je la.. So lps kejadian gangguan toilet tu, the next day sama je la aku. Takde kemurungan ke gelak sorg2 ke apa.. Siang normal takde benda luar biasa jadi. So aku pun macam biasa makan, tengok tv, study on repeat.


Then malam tu, stayed up lagi. Malam tu study tak gayut. Study elok-elok sampai mengantuk.. Pukul 2 lebih tu mata dah start berat mengantuk, lepas menguap banyak kali rasa nak tido.. Malas nak masuk bilik sendiri, aku ingat nak tido bilik guest tu je la tempat aku study tu. So, aku pun gi la tutup lampu. Pintu mmg dah tutup time tu. (Aku mmg xleh tdo lampu bukak x selesa) So aku pun tdo mengiring sebelah kiri ke arah pintu bilik.


Okay so time ni.. Aku pejam mata.. Ngantuk kan senang je la nak tertidur. Tapi time tu aku duk dalam fasa sedar tak sedar, maknanya aku rasa lalok dah.. Aku rasa aku dah tido, tapi aku mcm still dapat dengar bunyi kipas.. Still mcm antara sedar tak sedar tak completely tido lg tapi dah tido. Tau tak mcm mana hopefully korg paham camne condition antara sedar tak sedar ni.. Then tiba-tiba aku rasa suasana jd sunyi sangat.. Means dah takde bunyi kipas, tapi aku still sedar mcm mana posisi aku semua. Then aku tau kedudukan aku dalam bilik mcm mana, and aku nampak aku still dalam posisi sama, bilik sama means suasana mcm mula2 masa aku tidur tu la.. Semua benda sama je, except for one thing. Something ada duduk kat hujung kaki aku.


Lol tiba2 berdebar time tengah tulis balik kisah lama ni adess okay abaikan. So benda tu dia duduk atas katil, I mean duduk mcm bontot atas katil kat hujung kaki aku, then kaki dia turun ke sisi katil tu (Tak tau ada kaki ke tak or kain je) dia mengadap ke depan jugak means muka tak mengadap aku la. Seriouslah, rambut dia lebat gila and panjang, hitam and sumpah mmg baju dia putih pattern apa aku tak perasan. Sorry tak perasan baju koyak ke lusuh ke buruk ke apa, tapi yg penting baju putih. baju labuh kut. Aku still kaku kat situ. dalam posisi yg sama. Masa tu dia tengok depan, means aku nampak dari posisi sisi je la muka and rambut. Bagi aku nampak macam figure org la kan. Ala imagine je la org rambut tebal, hitam pekat panjang pakai baju labuh n besar duk atas katil. Exactly macam tu la. Time ni nampak bentuk org lagi, tak tahu lagi rupanya gimana. Huhuhu


Aku dalam mimpi tu (mimpi ke? sebab mcm subsconcious mind sebenarnya. Tapi aku still boleh pikir tapi mcm tak betul2 sedar.) Aku pelik dia ni sapa, tapi masa tu aku mcm paham dia nak say something kat aku time ni tak takut sbenarnya aku mcm tggu dia nak ckp apa. So tiba2 je macam dalam sesaat, sekelip mata je dia dah rapat dengan aku. Ntah bila tetibe mcm tu dia datang dekat aku nak ckp something la aku assume.. Then muka dia dekat gila dgn muka aku. Muka perempuan, tp muka dia pelik. Mcm retarded or x siap pun ada. Tapi kat muka dia, feature paling dominant is mata dia. Mata dia bulat bukan bentuk mcm mata kita, bulat mcm O ni, and besar sangat. dua2 mata besar. Sampai skrg yang aku paling ingat muka dia mata besar. Yang pasti mata dia besar gila. sampai aku rasa hidung dia kecik je. Mulut aku x perasan camne dek kerana mata bulat dia tu aku dah xperasan features lain. Then dia datang nak bisik something kat telinga kanan aku (mengiring kan), so dapat rasa dia datang kat aku dekat telinga and.. zuppppppppp aku rasa angin masuk telinga dia tiup angin kuat dlm telinga and saat tu jugak aku terus sedar yang betul2 sedar. Aku terus sedar yang awake, seolah2 aku tak tido pun tadi tapi ni baru betul2 aku sedar yang boleh berdiri . Time tu terus aku gosok2 telinga kanan since still terasa kena tiup yg kuat rasa mcm angin tu masuk kat lorong telinga sampai terasa lg. Aku pun bingkas bangun bukak lampu bilik, bukak pintu.


Mata aku berpinar-pinar time tu maybe sebab lampu kot. Then aku jenguk luar nampak mak n mok aku then sempat tgk jam, baru dalam 2.15 camtu sebelum tdo td jam pukul 2.10 ntah nape aku rasa mata berat mcm penat sgt fizikal mental. So lepas bukak lampu aku baring balik and terus tertido mati tak sedar apa sampai esoknya..


Esoknya cam biasa cite kat mak aku, mak aku sekali lagi takut lebih2 dari aku. Sebab kali ni aku bleh cite satu2 apa aku nampak. Hari2 lepas tu gak takde nampak dah benda tu tp selalu jugak terjaga dari tido malam2 sebab dengar nama kena panggil la. Duk panggil selalu 3x je.. Mula2 sayup2.. Then malam lain dengar dia guna suara kawan sekolah aku time form 4 nama Suria, Suria ni cara dia panggil aku lain. Dia selalu akan sebut nama aku dua kali tapi cepat2 and macam cemas.. So malam2 gila apa dengar suara Suria panggil aku pukul 4 pagi? Lol. Aku ok je takde masalah gangguan jiwa or kemurungan ke apa. Tapi mak and nenek aku x sedap hati takut kacau SPM aku x lama lagi, so akhirnya ikut jugak la dorang gi jumpa sorg Ustaz nama Ustaz Halim ni. Ustaz ni Ustaz mak aku masa sekolah, mmg dia terrer perubatan islam. So ikut la jugak walaupun aku xde apa2. Ustaz tu pun terangkan la apa benda duk ngan aku tu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2016 10:35 PM | Show all posts
Edited by anyclassything at 27-1-2016 09:44 PM

Last : Ustaz Halim


So hujung minggu tu, aku diheret oleh nenek and mak aku ke rumah Ustaz Halim ni. Sampai awal-awal pagi lagi, tapi dah ada orang time tu. Turn aku yang ke 3.. Nasib baik jugak awal, lepas tu berderet2 orang datang.. Okay, then tak lama lepas tu turn aku .. Jumpa-jumpa je, ustaz tu pandang je aku. Then dia macam dah tau ada benda tu kacau aku. Tak cerita apa lagi, dia cakap :

"Hmm, takde apa ni. Dia nak kawan je tu, dia tengok awak selalu duk sorang-sorang!"

Eh kau, sukati je kan nak berkawan. Haha. Pastu ustaz tanyai:

"Tak takut kan?"

Tak tahu la nak cakap takut ke tak, sebab sebenarnya bagi aku baca cerita orang or dengar cerita orang lain sebenarnya lagi menakutkan kot! Bukanlah tak takut, tapi more tu macam bila dah terkena, nak buat macam mana? hadap je la.. Lepas tu ustaz cakap lagi:

"Jangan takut, selalunya kalau kita takut, jiwa kita lemah, dia lagi senang nak kacau kita. Kita manusia, kita patut tahu kelebihan kita, dia tu jin lagi hina daripada kita. Dia yg patut takut pada kita. Kalau boleh marah, marah je dia. Cakap je dengan dia".. Sambung ustaz panjang lebar.

Sejak dari hari tu, setiap kali aku berperasaan pelik and seram sejuk, aku teringat pesan ustaz instead of takut. Kau marah je. Duk rumah sorang-sorang, ada je kadang-kadang bunyi annoying makhluk ni try nak buat. Mula-mula aku buat bodoh, tapi kadang-kadang aku bosan sangat sampai tahap aku maki. Hahahahaha Like seriously ni betul-betul aku buat. Sebab aku sendiri pun mmg rasa annoyed gila kalau kena kacau, mula-mula seram la, kalau dah bosan sangat aku mmg bagi je antara dialog aku sorang-sorang cam orang gila adalah:

"Diamlah shitttt"
"Kau tak payah nak main-main dengan aku setan"
"F**K you"
and lain-lain carutan tettt.

Berkesan je sbenarnya.. Haha tak caye try la buat, tak tahulah kalau Jin cap ayam je berkesan. Kalau Jin Class A or Jin sihir punya tak menjadi ke apa. Sorry iols buat sukati je yang penting kena buat dengan betul-betul rasa nak ngamuk, dengan perasaan macam kau benci kat org. Haha

Okie, back to Ustaz.. Dia cerita lah sebenarnya makhluk yang nak mengendeng dekat aku tu, dinamakan 'Pelesit'. Dan Pelesit tu pulak sebenarnya terbiar merayau-rayau dekat area kejirananan kitorang tu, sebab tuan dia dulu-dulu dah meninggal kot.. Something like that. Then pulak Pelesit tu sibuk berlegar-legar dia tengok plak aku ni memang selalu keseorangan kat rumah, so dia singgah kononnya nak berkawan lah. Tambah plak aku malam-malam tido lewat la.. Jadi dia sebenarnya takde nak kacau or usik pun, dia just nak kawan. Sebab tu la dia duk panggil-panggil nama aku. Bak kata ustaz lah.. Der. Seram kalau diingat. Aku pun mcm entah ye entah tidak ada ke hantu nak kawan dengan manusia. haha takpelah kan. Lepas tu tiba-tiba ustaz tanya:

"Nak tengok rambut dia?"

Waaaaaaaaaaa.. Mak aku gelak je. Dia ingat ustaz gurau kot. Sekali serius da. Buntang lah mata mak aku! Mana Ustaz ambik? So cerita Ustaz:

Minggu lepas ada budak datang, kejung tak sedar diri cam kena sampuk. Tapi dia tak meracau ke apa, dia jadi shock, static camtu. Kesnya, budak ni duduk berdua je dengan adik dia. Mak ayah dia pegi Indon, so dua beradik ni duk rumah. Satu malam, Abang ni nak ke dapur nak ambik air, (study malam untuk SPM jugak katanya). Nak ke dapur dia lalu lah area ruang tamu.. Macam biasa malam-malam, ruang tamu lampu tutup. Jadi dari dapur boleh nampak ruang tamu yg hanya disinari lampu dari garaj.. Tetibe nampak susuk tubuh manusia jalan kat tengah-tengah ruang tamu yang gelap tapi tak gelita tu.. Si Abang ni pun terkejut! Dia pun slowly pegi dekat. Di pikiran dia, nak tangkap and belasah pencuri nak masuk rumah mencuri barang rumah dia tu agaknya.. So dia pandang je kelibat manusia tu berlegar-legar, sampai masa dia lompat gi terkam atas benda tu! Sekali bila tersentuh benda tu, terus keras kejung kat situ. Macam electric shock gitu kot. Aku duk terbayang kejung cam sawan tu je. Terus tak sedar tapi badan dia mengeras dalam posisi pegang benda tu. Then bila dah jadi camtu, 2,3 hari pun tak sedar tak pulih-pulih, orang lain tak tahu apa cerita lah kan.. Akhirnya ada family member bwk gi jumpa ustaz. Rupanya, bila ustaz tengok, budak tu terkam spesies Pelesit ni la. masa tengah terkam, budak tu sebenarnya tertarik rambut 'si dia' yang panjang itu. Orang lain tak nampak, tapi ustaz kan ada ilmu, jadi dia dpt tengok part of the rambut masih di tangan si Abang yang masih kejung tu. Huhu then ustaz pun ambik la rambut tu, baca-baca kasi pulih semangat Si Abang, betul-betul kan urat sawan sikit. (Lol part sawan aku menambah). Tepuk-tepuk sikit biar sedar, then okaylah baru waras.. And si Abang cerita lah dia ingat pencuri masuk rumah, lepas konon buat lompatan hero nak terkam tu terus dia tak ingat apa jadi sampai lah sedar ustaz tengah renjis-renjis dia. Hehe

Then rambut tu? Malam tu empunya rambut a.k.a 'Si Dia' datang tuntut balik rambut dia kat rumah Ustaz. Bertenggek dia berlegar-legar nak ambik balik rambut dia yang direntap tu.. Actually memang ustaz sengaja suruh 'Si Dia' datang rumah pun, then ustaz deal la nak ajar sikit jangan duk kacau budak-budak nak study sampai sawan 3 hari huhu.  Then ustaz baca-baca ayat, gumpal-gumpal, baca-baca something and zahirkan rambut tu. And yess dia simpan rambut tu buat koleksi kat rumah dia.

Ustaz duk offer banyak kali nak tengok tak nak tengok tak, aku jawab nak! Tapi masalahnya nenek and mak aku duk tak nak. Dorang takut kot. Aku teringin je nak tengok sebenarnya.. Tapi majoriti kata tak nak, aku ikut je lah.. Ustaz pun bersungguh nak bangun gi ambik nak tunjuk tapi mak n nenek tak bagi lol. Kata ustaz rambut tu halus sangat, rambut putih kata ustaz yg dia simpan ni. Aku cakap, yg kacau aku tu rambut hitam pekat. Muka pun tak kerepot. Cuma muka pelik, mata besor. Ustaz cakap biasalah tu.. Dorang ada tua muda jugak. Lepas tu Ustaz ada jugak lah bagi air tawar, doa suruh baca supaya benda tu tak mudah nak lekat.. Macam biasa aku baca sehari dua je.. Lepas tu takdenya.. Malas hehe

Balik tu.. Aku rasa ada lagi la suara memanggil malam-malam.. Macam tengah tido then suara panggil-panggil dalam 2,3x senyap.. Pastu sambung malam lusa pulak.. Aku jenis mudah terjaga kalau sape-sape panggil. Tapi kalau dah ngantuk semudah tu aku jaga, semudah tu juga aku terlelap.. Aku dengar, aku bangun.. Aku ngantuk, aku bantai je tido. Tak layan mana aihh setakat suara halus-halus. Lama-lama dia pun dah tak datang.. Bosan kot tengok aku lagi pentingkan tido..

TAMAT
(Panggil Hantu H1N1 sebab dia mengacau time wabak tu.. sape suruh. haha)


Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 03:38 PM | Show all posts
akhirnya sambungan ada di rumah sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 03:47 PM | Show all posts
patut macam penah baca cerita atas tu.. lor ko ke yg post kat sana? hahahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2016 09:59 AM | Show all posts
bunga_lestari replied at 28-1-2016 02:38 PM
akhirnya sambungan ada di rumah sendiri..

Akhirnyaa.. Kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2016 10:00 AM | Show all posts
hest replied at 28-1-2016 02:47 PM
patut macam penah baca cerita atas tu.. lor ko ke yg post kat sana? hahahahaha




Aku ler.. Menempel kat rumah org haritu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2016 03:50 PM | Show all posts
Edited by anyclassything at 31-1-2016 02:53 PM

‘The Family’, Makhluk berbulu & Chicken Wings


Mood terlebih rajin tetibe datang nak update. Tengah urut-urut belakang mak aku, tiba-tiba dia tersebut balik hal yang jadi 4 tahun lepas. Aku pun dah lupa so sementara ingat ni baik aku citer, hehe. So kisahnya berlaku kat Sabah. Mak aku asal Sabah, jadi every year memang kitorang akan balik kampung jumpa sedara mara sambil jalan-jalan. So macam biasa, aku takkan lepaskan peluang nak meneroka setiap benda kat sana hutan belukar, air terjun, hutan simpan, seafood dan sebagainya. Roadtrips ke sana ke mari sebab ramai sedara duk lain-lain daerah. Jadinya, aku memang enjoy habis la jumpa geng sepupu sepapat belah sana ajak ke sana sini.


So ada minggu tu, kitorang stay area Tambunan kat rumah kakak mak aku.Jadi satu petang tu, aku pinjam kereta uncle aku nak pergi Pasar Malam kat pekan sebab nak pergi beli Chicken Wings and Sanggar(Goreng Pisang). Aku takkan lepas peluang kadang-kadang balik Sabah sebab chicken wings and goreng pisang kat sabah mmg made in heaven! Hahaha sesetengah tempat je lah yang sedap ada je aku gi beli kat Tanjung Aru and Sandakan tak sama plak rasa dia hoho Time tu dah pukul 4.30, aku ajak sepupu aku yg memang kamceng dengan aku nama dia Nuyul. Tengah siap-siap nak gi tetibe mak aku nak ngikut sekali. Aku dah jelling-jeling Nuyul sebab hajat hati nak singgah tempat lain, tapi mak aku nak ikut plak adehhh.


So Pasar Malam and rumah dalam 15mins camtu. Sampai Pasar Malam beli makanan-makanan then gerak nak balik. Oke bukan nak balik, nak singgah tempat lain. Cakap kat Mak aku


“Nak singgah Mahua kejap ni, nak ikut tak? Ke nak hantar balik dulu huhu”
“Eh nak ikut lahh! Jom Jom”


Mak aku nak ikut sebab dia tak pernah sampai sana, selalu dengar cite aku gi picnic mandi-manda sana je dengan cousins and kawan-kawan dia. Excited la mak iols nak ngikut. Mahua tu sebenarnya Mahua Waterfall. Simpang nak masuk tu on the way antara rumah Nuyul and nak gi Pasar Malam tadi. Dari jalan besar nak masuk adalah dalam 11km driving (if tak silap dah lupa). Tengok jam pukul 5 lebih. Biasalah kat sabah pukul 5 lebih dah mcm 6 lebih kan, jadi alang-alang bawak je la Mak aku.. So beloklah kat simpang, bila dah sampai parking semua terjumpa orang yg dah turun dia tegur then sembang-sembang sikit before naik.


Kena jalan kaki lagi dalam 15 mins jugak la masuk ke dalam then akan terus nampak waterfall tu! Tu yang tingkat paling bawah la, ada lagi yg tinggi lagi jauh la. Memandangkan aku driver, aku tak makan dalam kereta tadi. Selalu aku makan je tapi sebab ada mak aku, dia tak bagi makan dia suruh focus driving. Jalan sana pun agak berbukit-bukau and kereta yg aku bwk plak manual, mak aku tak bagi aku meratah ayam sambil driving. So bila dah sampai, aku ambik la chicken wings yg siap dipotong-potong satu plastik and jugak goreng pisang tu. Perangai buruk kalah perangai jin hutan lah aku dengan Nuyul, sambil jalan sambil meratah gigit2 ayam, sedap woo sambil berborak sambil jalan sambil melantak. Mak aku jalan paling belakang, dia tak kata apa pun duk happy dapat jugak tengok Mahua je la.


Sampai kat atas tu, nampaklah Mahua Waterfall! Biasalah, kalau hutan, air terjun, sungai kat borneo ni bagi aku hutan kat semenanjung takleh lawan. Sejuknya air dia gila macam air ais, cantik hutan and lumut dia pun lain. Padahal Mahua tu bukan tinggi and kedalam sangat pun, meronta-ronta nak mandi tapi baju takde. Then bila dah sampai tu, nampak ada sorang laki muda, perempuan muda and kanak-kanak tak berbaju 3 orang. (Aku assume tu abg, akak and adik-adik, mak aku & Nuyul lak cakap tu laki bini and anak-anak) Dorang tengah mandi-mandi kat bawah air terjun tu. Lelaki tu x berbaju, yg pempuan tu pakai baju la. Hati aku terdetik, eh dah gelap ada orang mandi lagi budak-budak pulak tu. Then kitorang naik kat area yg disimen khas untuk boleh direct nampak air terjun tu, perasan gak ‘The Family’ tu tengok kitorang semacam tapi macam biasa buat dunno, yang penting dah sampai. Pikiran aku biasalah, maybe orang kampung dekat-dekat dia dah biasa mandi sampai lewat petang kot.


So kitorang tak ambik tau la pasal dorang tu, masing-masing diam je takde sebut apa-apa then duk happy je la bergambo sembang-sembang jap, habiskan makanan. Basuh tangan kat sungai, snap sini snap sana. Then baru perasan hari dah makin gelap. Kat dalam hutan lagi cepat gelap kan suasana dia, hari dah jadi kebiru-biruan dah suasana. Mak aku pun ajak balik. Okaylah, nasib baik kat situ ada tong sampah kena sedia. Tong sampah ada dia sedia dekat jambatan gantung pendek. Kat situ ada tunggul tau, macam bekas pokok besar yang dikerat camtu kot. Jadi mak aku pun buangla bekas sisa-sisa tulang kat tong sampah kat situ. Then kitorang pun gerak la nak turun tempat kereta balik.


On the way nak balik tu aku perasan gak mak aku jalan paling belakang dia senyap je tak cakap banyak cam tadi, dia just cakap kat aku and Nuyul jangan jalan laju sangat. Aku pun macam biasalah anggap takde apa, biasalah pesanan mak-mak kan. Hehe Nuyul plak tanya mak aku “Aunty, dorang budak-budak sana masih mandi ka?” Mak aku diam tak jawab then kitorang just teruskan jalan turun sampai kereta je lah. Turun-turun aku rasa dah maghrib hampir gelap-gelap dah, kereta kitorang je tinggal kat parking tu. So mak aku pun mula la cerita,
Mak aku cakap sebenarnya kan tadi dia yang paling last nak turun, sebab dia buang sampah. So before nak jalan turun ikut kitorang tu, dia berpaling sekali ke belakang sebab dia nak pandang ‘The Family’ yang tengah mandi tu taknak balik lagi ke, sekali dia ternampak ada benda hitam dekat tempat buang sampah tadi. Tepi jambatan gantung tu. Dia pelik, dalam hati dia cakap bila masa ada gerbang hitam besar kat situ.Bukan tunggul kayu je ke sebelah tu? Dia tengok sekali lagi. Then dia nampak, macam ada something berbulu-bulu. Macam beruk tapi besar, macam bertenggek dekat atas tunggul kayu sebelah jambatan tu. Dia pun ingat kan beruk, sekali dia perasan benda tu duk renung dia je baru dia terpikir beruk apa besar macam tu! Tu bukan beruk tu kelibat lembaga hitam besar and berbulu, then tu la dia terus jalan depan sikit. Sekali dia pandang lagi sekali dah takde benda tu. Dia cakap bersinar-sinar mata benda tu, tapi muka nampak hitam je. Tu yang dia senyap je masa balik tu..
Aku and Nuyul tanyalah kenapa mak aku xbagitau kat kitorang kan..


“Mana boleh. Takut nanti kamu yang takut terus lari tinggal Aunty sorang-sorang di belakang”


Sampai rumah, malam tu berkumpul kat meja makan bercerita kat uncle aku. Dia duk cakap


“Nahhhh tu lah kamu godo’ot makan makan di hutan! Siapa suru, kotohh! ” (Maksudnya tu lah korang duk pelahap melantak ayam dalam hutan sape suruh, padan muka.) Lol hehe


“Mahua tu memang karas tempat nya itu, ada dulu budak-budak sekolah uncle pegi sana camping malam tu ada langsuir terbang-terbang di di khemah dorang terus nda jadi program camping dorang, terus pulang malam tu. Kuat tu hantu-hantu sana itu. Ini kamu sudahla pegi senja, godo’ot lagi di sana. Makanan dorang tu tulang-tulang ayam kamu makan itu. Nasib semua nda kena tapuk di hutan”
(Mahua memang keras, ada budak-budak sekolah uncle dulu pegi camping sana ada langsuir kacau terbang atas khemah malam-malam, malam tu terus balik rumah. Program camping tak jadi. Hantu sana kuat-kuat, kamu ni dah la pegi senja pelahap lagi gi sana. Makanan dorang lah tu tulang-tulang ayam kamu makan tu. Nasib tak kena sembunyi di hutan”  
Keh keh kena bebel

“Tapi masih ada lagi orang di atas mandi-manda di sana tu Uncle.. Itu lah kami tidak takut”. - Nurul

“Nahhh kamu! Jangan-jangan yg mandi-manda tu pun bukan orang itu! Siapa lagi yang jakun air senja-senja, kamu aja jakun mahua tu, orang lain semua mana pegi mandi sana senja-senja.”

“Ishhh.. Nda la uncle.. Orang bah itu! Orang kampung dekat-dekat bah itu..”
Aku duk sedapkan hati lagi. Padahal memang dah pelik, dah la ‘The Family’ tu bisu.

Then macam biasalah bila dah ada kejadian macam ni baru nak observe semua benda in details kan.. Nuyul pun tanya, perasan tak budak-budak mandi tadi tu semua senyap. Takde suara.. Dorang just berendam bawah waterfall tu, takde suara langsung. Aku pun baru terpikir, betul jugak kan selalu budak-budak dalam air kan galak, gurau-gurau. Ni tak, cam well behaved je semua. Dah la kecik-kecik lagi, then mak bapak lak kalau ada budak-budak kecik bagi ke anak or adik berendam senja-senja suasana dah kebiruan macam tu? Huhu Dah la laki bini tu muda bebenor, budak-budak mandi tu pun nampak sebaya je. Mcm 5 or 4 tahun. Nak sedapkan hati cakap, orang kampung dekat-dekat kot… Yang dah biasa gi situ.. Tapi.. Aku teringat balik bila turun, kitorang sebenarnya orang paling last, kan tinggal kereta kitorang je kat bawah? Manade kereta lain or motor ke apa. Gulps.


“Astaga, kan tadi sebelum naik kita jumpa orang yang baru turun, bilang dorang sudah tiada orang di atas?” – Mak aku

Bang! Ingat tak sebelum naik atas tadi, ada terjumpa orang yang baru turun dari atas, dorang ada tanya baru nak naik ke, aku tak pay attention sangat sebab dia sembang dengan mak aku. Mak aku pulak dia sendiri dah terlupa pasal pesanan orang yang kitorang jumpa sebelum naik tadi. Dah kat rumah baru teringat. Rupanya orang yang baru turun tu sempat gtau mak aku:

“Hati-hati bah kamu, tiada sudah orang di atas itu”  

TAMAT.



Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2016 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
anyclassything replied at 31-1-2016 03:50 PM
‘The Family’, Makhluk berbulu & Chicken Wings



Besttt... Ade lg tak citer lain? Hehe... Best penceritaan... Keep it up eh TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2016 11:11 PM | Show all posts
Tilik2 ni aku xnak percaya,
Ada yg berdamping dgn jin, saya tau masalah anak ni..ba;.bla bla, Yang perawat islam berdamping dgn jin pun ada, guna title ustaz ustazah, yg salah guna nama darussyifa pun ada, ermm sy dah tau sakit awak, siapa boipren awak, xperlu cerita, sbb jin tu yg dok bgtau.. tapi jin xtau masa depan..klu jin kata dia tau tu mmg kelentong.

Sebenar2 org yg boleh baca org luar dan dalam, boleh nampak dunia ghaib ni org2 yg ikhlas, hati bersih sangat, dosa sgt sikit, amal ibadat mmg hebat, jadi hijab diorg terangkat, xyah telek2 tapak tangan, xpayah belajar metafizik ke apa, sekali tengok diorg dh boleh tau sama ada hang ni penipu, penzina, hipokrit, baik @ jahat. Biasanya diorg ni byk xsuka org, sbb nampak rupa sebenar manusia, ramai yg jahat. Turbo ada pengalaman dgn diorg, mmg best duk dgn diorg.

Lagi satu pasal aura reiki tu toksah lah percaya...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2016 02:37 PM | Show all posts
turboturtle replied at 31-1-2016 10:11 PM
Tilik2 ni aku xnak percaya,
Ada yg berdamping dgn jin, saya tau masalah anak ni..ba;.bla bla, Yang  ...

Aku pun x pcy just sharing stories and experiences. ahaha
aura reiki tu apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2016 02:39 PM | Show all posts
mrs.uzair replied at 31-1-2016 06:55 PM
Besttt... Ade lg tak citer lain? Hehe... Best penceritaan... Keep it up eh TT

Thank you! ni cite tetibe teringat balik since mak iols terkenang balik kisah ni.
Haha kena spontaneous ni kalau pikir2 tak ingat mana, nanti ingat cite and ada free time i share lg

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 04:16 PM | Show all posts
Edited by turboturtle at 1-2-2016 04:18 PM
anyclassything replied at 1-2-2016 02:37 PM
Aku pun x pcy just sharing stories and experiences. ahaha
aura reiki tu apa?

Sorry aku xmaksudkan makcik iran tu, boleh jadi dia betul jugak, kelebihan dia kan.. cuma aku pelik pasal masa depan tu je..

aura reiki tu yg duk belajar aura positif, aura buat org suka kat pengamal, orang senang nampak ( menyerlah, penaik seri ), boleh tarik rezeki, boleh mengubat orang & bla bla bla...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.082813 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list