CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anyclassything

Aku Ni Kenapa? #142 #145 [Updated 25/03/23]

  [Copy link]
 Author| Post time 10-11-2015 12:35 PM | Show all posts
chomort replied at 9-11-2015 04:57 PM
Kebetulan apa yang dia cakap tu betul-betul jadi kat saya. Mungkin masa tu dia teka ke apa ke, say ...

Itulah kan, setengah org mmg ada 6th sense dengar je lah. Nak taksub jangan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2015 08:54 AM | Show all posts
anyclassything replied at 10-11-2015 12:35 PM
Itulah kan, setengah org mmg ada 6th sense dengar je lah. Nak taksub jangan

mintak dijauhkan lah daripada percaya benda2 macam ni.sekadar dengar boleh lah.
manusia ni bukan boleh kena puji sikit.terawang-awang nye lebih.

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 11:36 AM | Show all posts
anyclassything replied at 9-11-2015 03:38 PM
Hehehe just for fun sis? some people love gossip some interested in all these mystic things,
tak ...

aku pernah jumpa sorang macam ni. tp tengok tapak tangan. dia volunteer bawh jagaan abang aku. tp umo dia taraf bapak aku dah.. borak biasa2 datang melawat. aku 1st time jumpa dia.. dia cakap gak dia ley baca tangan. tp dia tak suka buat sebab salah syirik.. tapi tak tahu macam mana situasi ni tercetus dia suruh aku hulur tangan kanan aku.. dan aku pun hulur la. aku cakap 1 je.. jgn cakap kat aku pape melainkan aku nak tahu, bila umo aku kawen. what he said.. sama dgn apa yg aku istikharah.. so aku senyum.. senyum sebab aku akui dia dpt itu as kelebihan dari Allah.. sebab dia cakap pun tak dapat detail cuma dapat anggaran, sama macam yg aku dapat masa aku istikharah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 07:12 AM | Show all posts
anyclassything replied at 10-11-2015 12:51 PM
#2 The Hoodie Man

Hello people, updates pasal coffee cup nanti kita sambung okkayhhh

macam tv show pun ada...
atau hoodie man tu nak test ilmu dia??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2015 02:15 PM | Show all posts
Ipo replied at 12-11-2015 06:12 AM
macam tv show pun ada...
atau hoodie man tu nak test ilmu dia??

Itu la pasal..
Test ilmu ke prank ke apa ntah.
Sampai skrg takde jawapan
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 03:29 PM | Show all posts
xde cctv ke kt stu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-11-2015 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
intan_smsb replied at 13-11-2015 02:29 PM
xde cctv ke kt stu

Tu lah kalau ada seronok leh tgok balik nak make sure apa jd. Hehe tp xde sapa pun report kat iols benda tu prank masuk tv ke paper ke apa duhh -_-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2015 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
hest replied at 11-11-2015 10:36 AM
aku pernah jumpa sorang macam ni. tp tengok tapak tangan. dia volunteer bawh jagaan abang aku. tp  ...

Haa tapak tangan ni pun menarik.
Mak aku pnh cite zaman dia sekolah dlu ada ustaz dia ada ilmu 'palm reading' ni.. ustaz ni study kat India so dia ada lah belajar palm reading kat sana.

Dia baca la students punya palm semua..
Dia baca my mom punya 2 perkara. Salah satu betul2 jadi.. haih yg satu lg plak, tak pun. Sama ada salah read or benda tu tak jadi lg setakat ni wallahualam..

Tu la org cakap setengah memang gifted, tapi ada setengah develop special ability through knowledge.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2015 04:43 PM | Show all posts

Kisah Jasmin

Edited by anyclassything at 14-11-2015 08:25 PM

#3 Kisah Jasmin

Hi semua hari ni nak update cerita pasal kawan aku yang aku nak refer as Jasmin je lah, aku ni sebenarnya last week pegi Ipoh sebab ada kawan kahwin (kawan kawin lagi?! Ye memang almost tiap bulan ada kawan aku kahwin duhh penat den haha). So update hari ni bukan pasal psychic sangat la. Psychic la jugak kot, mat saleh panggil psychic apa benda-benda macam ni haha.. Takpelah tak kisahlah aku cerita je la ok

So,satu kereta pergi 3 orang hari tu Jasmin, Deana and Aku, macam biasa dari dulu aku lah si tukang driver. Kitorang tak tido pun, balik hari je. Mula-mula plan naktido tapi entah kenapa tak jadi semua nak balik hari je, tapi sempat jugakla pergi pusing Ipoh town. Ipoh best! Selalu aku pusing dalam kereta je then haritu kitorg stopped by and walked around, dah jalan dalam hujan-hujan gerimis, best je aku rasa suasana time tu. Suka tengok kedai kopi hipster semua unik then suasana town yang memang different la for me (Tiba-tiba rasa nak gi buat solo trip sehari dua kat sana haha) sempat jugak weols singgah makan Nasi Ganja a.k.a Nasi Vanggey. Okay okay melalut dah dah back to the cerita si Jasmin ni..

On the way balik tu dah malam dah, tapi awal lagi. Biasalah girls kan dalam kereta mestilah kepoh banyak cerita, dari hal keje, updates kawan-kawan, luahan perasaan emosi semua dari pagi tup-tup time malam nak balik tu la sibuk nak cerita pasal mistik-mistik ni. Gila dorang ni. So bermulalah cerita si Jasmin ni..

Okay a few things aku nak cerita dulu pasal Jasmin ni, dia ni memang budak pandai dari dulu performance selalu top kat uni and memang tiap sem tukar bf (bukan dia buat hal selalu lelaki tu buat hal tapi dia jenis tak serik patah tumbuh hilang berganti katanya haha). So dia dapat scholar sambung Master, sekarangdia student Master la. And oleh sebab tu jugak dia putus cinta.. Sebab ex dia dah sibuk ajak dia kahwin sebab ex dia ni dah lama keje memang dah ready nak kahwin si Min ni pulak spesies woman empowerment nak keje dulu balas jasa mak,merasa duit sendiri pastu baru nak kahwin. Suruh bf dia tunggu at least 2tahun, bf dia xnak. So putusla.

Dia baru bukak cerita masa dia broke up tu dia memang frust habis dia cakap
“Korangtau tak masa aku break dengan Faris tu aku memang frust sampai tahap takbangun-bangun dari katil, berak atas katil semua.”
Aku and Deana terkejut la dengar sebab aku tak pernah tau si Jasmin jenis macam ni.I mean aku ingat dia jenis strong woman jenis tak sedih lama-lama kalau breakup. Ye la selalu senang je cari ganti kan. Aku pulak sibuk tanya “dah tu sape basuh berak kau” haha dia marah sebab aku concern pasal basuh berak tu dia punya nak cerita pasal benda lain. Lepas tu dia cakap mak dia la yang uruskan dia mandi makan basuh berak semua.. Ok, buruk perangai .

Tapi time tu aku dah rasa pelik, lain macam je frust budak ni.
“Aku selalu macam ni weh.. Last aku frust dengan Black aku jadi macam ni jugak. Cuma takde sape tahu je sebab masa tu kat kolej” – Jasmin
So dijadikan cerita, si Jasmin ni jadi macam zombie la sebelum tunggu intake untuk Master tu. Duk rumah tak keluar, tak bercakap dengan orang, tido, duk atas katil tak bangun-bangun, duk mengelamun sorang-sorang, mak dia yang kena uruskan semua hal dia. Macam hilang semangat and harapan kot. So Mak dia risaulah anak jadi camtu, so mak dia panggil la kawan mak dia nama Cik Nah ni. CikNah ni jenis pandai tengok and berubat.

Jasmin ni cakap mcm ni,
“Aku pun tak tahu kenapa aku jadi macam tu. Aku rasa macam kosong, tak lapar, tak dahaga takde rasa apa-apa! Tapi aku sedar, aku rasa aku ok and normal. Bila mama aku ajak jumpa Cik Nah aku taknak, aku cakap biasalah tu Mama, kan Min tengah sedih nanti Min oklah..”
Tapi Mama dia berkeras jugak nak ajak dia gi rumah Cik Nah, so Jasmin ni pun ikut jela.. So bila sampai rumah Cik Nah, Cik Nah ni suruh Jasmin berkemban, dia nak mandikan dengan 7 jenis bunga sebab nak pulih semangat katanya. So Jasmin cakap dia mandi bunga, then baca selawat, surah-surah semua.. Then tepuk-tepuk badan Jasmin ni. Lepas tepuk-tepuk dah sudah mandi semua. Cik Nah gi sembang dengan Jasmin.

CikNah: “Min, dulu kamu ada kawan dengan mana-mana lelaki tak? Dah lama dah ni”

Jasmin:“Lelaki mana cik nah? Kalau kawan tu ada lah.. Tapi yang mana?”

CikNah: “Dia tinggi orangnya, gelap-gelap and ada tahi lalat kat muka”

Jasmin:“Ada.. Nama dia Aiman.. Macam mana Cik Nah tau?”

CikNah: “Tu hah, dia baru keluar dari badan kamu tadi masa Cik Nah tepuk-tepuk belakang kamu”

Jasmin:“Hah? Camne tu?”

CikNah: “Cik Nah nampak budak tu ada pendamping. Tapi budak tu tak tahu. Ni semua yang nenek moyang dia dulu.. Pendamping tu akan buat perempuan mudah tertarik kat Aiman ni.. Dan kalau dah putus pulak, pendamping ni akan buat perempuan-perempuana ni takkan lekat dengan lelaki-lelaki mana pun. Dia akan buat kamu selalu teringat kat Aiman ni, then kalau kamu terserempak dengan Aiman ni kamu jadi tak keruan, gelisah, berdebar dan menangis. Dia pun akan buat hidup kamu jadi tak tenang, jadi macam sekarang ni la, berak kat tempat tido tak bangkit. Tapi budak Aiman ni tak tahu yang dia ada pendamping. Dah lama dah pendamping ni duk sekali dengan kamu Min.”

Jasmin pun cakap memang betul, Aiman ni tak handsome pun! Biasalah pakwe zaman sekolah menengah kan, dia cakap Aiman ni tak hensem selekeh, tapi sampai boleh ada 4girlfriends dalam satu masa sama. Girlfriends bagi duit lah. Jasmin sendiri cakap memang Aiman tu pakwe dia paling sayang walaupun dah lama move on, and dia memang baru terjumpa Aiman tu kat kenduri jiran dia (dorang duk area kejiranan sama) and kat kenduri tu jugak menitik-nitik air mata dia. So Cik Nah tu pesan la, hati-hati bila berkawan kita tak tau apa latar belakang, even empunya badan sendiri pun tak tahu. So rupanya pendamping tu duk dengan Jasmin sejak mula-mula Jasmin and Aiman tu berkawan lagi, zaman sekolah lagi. Then bila Jasmin frust dengan Faris, yg jadi perangai tak senonoh tu baru mak dia bawak gi berubat. So maknanya, ada kesan gangguan dari pendamping si Aiman la sampai Jasmin tu jadi buat perangai tak senonoh macam tu.

Solepas tu Jasmin ni pun okayla, pulih la dari perangai buruk berumah di atas katil. Start kelas Master dia and dah jumpa future bf baru budak master jugak derrrrrrrr senang betul jumpa pengganti aku jugak berkelana kat sini. Hahaha

So sape yang ada penyakit frust yang pelik lagi huduh perangai tak senonoh camtu sila rujuk pada yang pakar jangan nyusahkan orang lain especially mak korang hehe. Kadang-kadang kita tak tau, and orang tu sendiri tak tau. Then jgn cepat nak tuduh org mandrem ke guna-guna, guna ilmu pengasih bg makan la apa padahal dia pun tak tau keje jin dia tu hehe and kadang-kadang sesetengah orang akan cakap "orang tu hantar jin" padahal tak pun, benda tu yg pergi sendiri. Tapi ada je kes orang sendiri hantar kan

Btw,kitorang sampai pukul 11 malam dua ekor tu sibuk nak lepak makan then sambung cite pasal metafizik apa benda ntah kat Kajang, lepas tu dekat pukul 2 baru aku sampai rumah lepas hantar Jasmin kat Klang, dorang ni suka sembang pelik-pelik pastu last-last aku sorang-sorang gak kena drive pukul 2 pagi balik rumah. Ada jugak la benda jadi kat aku, tu sambung nanti ada hal kena keluar jap. Adioss

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2015 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Seraammm nak sambungan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2015 09:13 PM | Show all posts
Edited by anyclassything at 14-11-2015 08:17 PM

#3 - Sambungan Kisah Jasmin
Okay.. Baru boleh sambung cerita ni. So kesudahan hari tu, sampai Kajang pukul 11 malam. Teman dorang dua makan sambil sambung story kitorg dekat pukul 1 baru kitorang gerak balik.. Mula-mula kena hantar si Deana, rumah dia kat Kajang tu je. Then gerak gi Klang plak, lepas hantar Jasmin aku gerak balik Subang. So aku guna jalan gelap balik tu sebab lagi dekat. Cuak lah jugak tapi buat dek je, kejar kete depan so tak la aku rasa sorang-sorang kat jalan raya hahaha

Balik tu takde apa-apa.. Aku selamat lah sampai rumah, balik je mak aku tak tido lagi. Balik tu aku buat perangai buruk jugak, terus baring tido tak mandi tak basuh kaki tak apa. Sebab penat gila weh dah la malam sebelum tu aku tido pukul 4.30 pagi then drive dari pagi sampai tengah malam. So tido je lah, aku tak tukar baju pun. Penat sangat, lemah je badan berat mata. So tido tu, aku ada mimpi explicit content. Maknanya mimpi benda-benda tak senonoh, tapi tak jelas pun. Maknanya aku tak nampak sape cuma aku tau la mimpi tu tak senonoh camtu.

Aku bangun tu aku lemah je badan. Rasa cam nak demam pun ada yelah duk jalan-jalan dalam hujan kan, rasa mengantuk tak hilang pun ada. So aku sedar kejap, aku pejam mata tido balik. Masalahnya setiap kali aku pejam mata tido aku mimpi benda tak senonoh tu! So mimpi tu datang setiap kali aku pejam mata. Aku terjaga lagi, aku buat bodoh lagi. Aku rasa lain macam jugak la tapi buat tak tahu je lah, badan pun tak sedap lagi. So malas bangun.. Then sambung tido lagi sampai petang.. Asal pejam mata je mimpi tak senonoh muncul lagi. Haihhh takleh jadi ni! Aku dah tak sedap dah ni, sebab sebelum ni aku tak pernah langsung dapat mimpi jenis tak senonoh gini.

Aku pernah sembang dengan kawan aku sebab dia ni selalu sangat mimpi benda-benda tak senonoh camtu, kena tindih la semua. Aku pernah cakap kat dia, aku langsung tak pernah mimpi jenis camtu, kena tindih pun tak pernah. Tapi kali ni lain macam je. Dalam sehari dekat 3x mimpi camtu! For sure something wrong somewhere ni, ye lah dengan aku tak mandi, tak bersih diri balik lewat apa terus tido macam tu. Aku time tu tak takut, tapi aku rasa pelik sebab tak pernah-pernah aku mimpi camni. Then tiba-tiba setiap kali lelap je pufffffff mimpi benda ni. Takleh jadi ni, dah petang camtu aku baru bangun pergi mandi then ambik ambik wuduk semua sambil niat nak buang apa-apa benda yang merepek ni kalau betul ada.

So nasib baik! Lepas tu dah takde dah mimpi tak senonoh tu.. Aku pun tak cerita kat sape-sape, sebab lepas tu dah takde mimpi langsung dah so kiranya berakhir kat situ je la mimpi tu. Cuma.. Yang pelik lagi, 2,3 hari lepas tu aku masuk toilet. Aku pun perasan eh aku period rupanya patutla emosi tak betul rasa nak  menyinga marah orang je lately . Tapi sikit sangat la period tu aku duk prepare tapi takde dah... Lepas tu takde pun period aku setitik pun takde ah sudahhhh.. Aku duk terpikir ada kaitan ke dengan mimpi tak guna tuhhh setan betul. Then hari ni baru aku betul-betul period! So yang aku tengok period sikit tu dalam hari Isnin, today hari ni hari Sabtu baru betul-betul period.


Hopefully takde kaitan dengan mimpi tu.... Eeeee benci




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2015 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Weh best la cite ko. Teruskan. Kejadian kat nu sentral tu mmg buatkan aku tertanya2 hmm
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2015 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya ape kaitan darah secoit tu dgn mimpi tt?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2015 10:50 PM | Show all posts

I dah sambung. Tp tak seram mana pun cite ni hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2015 10:52 PM | Show all posts
erin86 replied at 14-11-2015 10:21 PM
Weh best la cite ko. Teruskan. Kejadian kat nu sentral tu mmg buatkan aku tertanya2 hmm

Best ke?
Hahaha thanks
Mmg pun, aku and kawan2 pun still xtahu apa sebenarnya jadi hari tu.
Kekal misteri soalan tu, takde sape leh jawab hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2015 10:55 PM | Show all posts
anno_miss replied at 15-11-2015 07:12 PM
Agaknya ape kaitan darah secoit tu dgn mimpi tt?



Entahlah..
Aku harap takde kaitan apa-apa, harap darah secoit tu mmg darah period kuar sikit sebab hormone imbalance ke apa.
Tp sebenarnya aku tak pnh bermasalah bab period, dari mula2 period dulu, mmg cycle teratur tak pernah kluar sehari then mggu depan keluar lg. Tak pernah lewat sampai seminggu ke apa. Basically normal.  
Harap-harap tu mmg darah period bukan benda2 lain. Aku consider as hormone imbalance je lahh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2015 11:52 PM | Show all posts
anyclassything replied at 15-11-2015 10:52 PM
Best ke?
Hahaha thanks
Mmg pun, aku and kawan2 pun still xtahu apa sebenarnya jadi hari tu.

btw, aku ada follow satu blog psychic mat (minah) saleh ni, nama Lynn:http://psychicfocus.blogspot.my/

start follow since dia buat reading on MH370 punya case. time tu kan masing2 dok speku2 apa yg berlaku, teori konspirasi lah bagai. aku saja syok2 baca blog dia ni. setiap hari dia buat reading. dia siap scan beberapa passenger dlm MH370 tu. baca just suka2 je, bkn nak percaya pun. dia ada juga buat reading pasal MH17 n QZ8501. time tu (setahun lalu) dia ada buat connection apa yg berlaku antara MH370 n MH17. mmg aku baca suka2 je. then, tahun ni, bulan ogos kan byk yg dok share pasal blog: http://bumiyangtercinta.blogspot ... -pesawat-mh370.html

somehow some of the readings yg minah saleh tu pernah buat setahun yg lalu, maybe 70% overlap dgn cerita dlm blog bumiyangtercinta tu yg baru publish this year. tragedi MH ni kan mmg misteri gitu. dan kita pun sampai tak tahu mana cerita yg betul, mana yg tak. tapi aku cam enjoy gak baca blog minah saleh ni. mcm baca buku siri penyiasatan gitu. dia mcm menimbulkan persoalan2 yg... ntah aku taktau nak describe camna. curious ya amat? fascinated? kalau ada masa, ko try baca yg MH370 n MH17 punya reading:

http://psychicfocus.blogspot.my/ ... -airline-mh370.html
http://psychicfocus.blogspot.my/ ... lane-shot-down.html
http://psychicfocus.blogspot.my/ ... raine-extended.html

imagine ko baca setahun yg lalu, pada tarikh2 dia post tu. then ko compare dgn blog bumiyangtercinta. dia ada gak buat reading pasal misteri kematian teoh ben hock, political situation in malaysia, n latest post pasal paris attack.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 09:54 AM | Show all posts
erin86 replied at 15-11-2015 11:52 PM
btw, aku ada follow satu blog psychic mat (minah) saleh ni, nama Lynn:http://psychicfocus.blogspot ...

alaa aku tak fasih sgt la weyh BI .. tolong la ringkaskan cerita
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 01:38 PM | Show all posts
Edited by erin86 at 16-11-2015 01:40 PM
hest replied at 16-11-2015 09:54 AM
alaa aku tak fasih sgt la weyh BI .. tolong la ringkaskan cerita

ala... panjang ngat. berhari2 tau aku nak habiskan blog psychicfocus tu. ok la summary skit:

contoh, masa negara kita, aussie, US n lain2 tgh dok buat misi pencarian MH370 setahun yg lalu, Lynn tu 'scan' dia ckp dia nmpk flight MH370 tu berada di sebuah pulau, mungkin cocos (keeling) island, chrismas island or diego garcia. tapi dia tak pasti sgt pulau apa, just scan nmpk area2 pulau ni lah. kalau rajin, google tgk location. (blog bumiyangtercinta publish tahun ni kata MH370 sbrnya landed kat diego garcia).




Lynn scan, nampak keadaan flight masih intact, ada minor kerosakan, tp the whole body masih elok. then masa tragedy MH17, sebenarnya body flight yg ditembak jatuh tu adalah MH370, diorang swap. mksdnya, tempoh antara tragedy MH370 (March 2014) dcan MH17 (July 2014), keadaan flight MH370 masih elok, utk dispose flight MH370 dgn cara mudah utk tutup cerita dan hentikan misi pencarian, diorang swap dgn flight MH17. so yg ditembak jatuh di russia tu adalah MH370 yang telah disembunyikan since March - July 2014. Masa baca blog Lynn ni tahun lepas, aku cam pelik dan tak berapa nak paham sgt explanation dia. tapi tahun ni baca blog bumiyangtercinta, pun explain benda yg sama yg Lynn pernah scan tahun lepas. so ada persamaan kat sini.


then after a few days lepas kehilangan MH370, Lynn ni scan Dieogo Garcia. Lynn kata "apa yg dia nmpk", tentera2 US yg berkawal kat pengkalan Diego Garcia tu seems knew what actually happened to MH370, dan diorang mcm sedang bersiap-siaga, dan kelihatan 'tense' sgt. mcm depa know something ttg MH370 ni. then baca blog bumiyangtercinta ada persamaan kat situ.


Lynn pernah scan, dia "nmpk" after kehilangan MH370, passenger2 n cabin crew masih hidup, dan diorang ditahan di dalam satu warehouse besar yg sgt gelap, diorang diberi makan, dan all basic needs terjaga. tapi cuma tu ja la. diorang dilayan mcm tahanan walaupun diberi makan, tidur. tapi dia nmpk diorang ni jd mcm blur2 apa yg berlaku kat diorang, tak faham apa sbnrnya yg berlaku, taktau diorang ada kat mana, seems that diorang diberi dadah. (which is ada persamaan jugak dgn apa yg blog bumiyangtercinta kata!). after some time, Lynn ckp dia dah xleh nak buat reading pasal ni, sbb mcm dah putus connection ke apa, means that passenger2 n anak2 kapal ni dah mati. dan dia ckp diorang mati dgn cara perlahan-lahan, body masih preserve elok. mungkin gas beracun disalurkan ke dalam gudang tempat diorang ditahan tu / or diorang diberi dadah yg kuat dan dibiarkan overdose.


ok panjang lah kalau nak taip semua. ko kena baca sendiri. hehe. ada a few points lagi yg Lynn ni dah pernah scan dulu2, dan ada persamaan dgn apa yg didedahkan dlm blog bumiyangtercinta. aku pun tak paham kuasa psychic ni sbnrnya, dia boleh 'nmpk' kejadian2 ni, adakah dgn bantuan jin ke? or gifted? blog minah saleh Lynn ni, dia just cerita apa yg dia nampak. blog bumiyangtercinta pulak explain theoretically secara logik apa yg diorang dapat kumpulkan bukti2 ttg konspirasi teori ni. so apa yg Lynn ni pernah nmpk dulu, now boleh nmpk ada persamaan dgn teori logik yg dikemukakan. but still, not 100% tepat la. ada gak bersimpang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 04:59 PM | Show all posts
asal aku x perasan benang ko ni
suka baca cerita ko
teratur je
walaupun ada mix2x bm bi tu
tapi still boleh paham lagi
by the way. cerita kat benang cik nana tu ada sambungan ka?
apa ustaz tu kata?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.217540 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list