CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11708|Reply: 92

[Tempatan] PEMBUNUHAN ALA SOSILAWATI BERULANG KEMBALI

[Copy link]
Post time 2-11-2015 02:29 PM | Show all posts |Read mode
Bakar, tanam dan buang ke dalam sungai

Berita lengkap baca di Harian Metro.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2015 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tepek ah sini
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 02:34 PM | Show all posts
baik tkyah bkak tred
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 02:34 PM | Show all posts
mana2..buktikan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2015 02:35 PM | Show all posts
Kopi Pes

Bakar, tanam dan buang ke dalam sungai
Oleh Muhammad Apendy Issahak dan Asrizal Aris

am@hmetro.com.my


Tapah: Polis tahan empat sekeluarga dipercayai terbabit dalam kes bunuh sekurang-kurangnya empat mangsa dengan cara membakar, menanam dan membuang tulang dan abu mayat mangsa ke dalam sungai dalam kejadian di bengkel bas di Jalan Pahang berhampiran Plaza Tol Tapah, di sini.

Difahamkan, jenayah kejam itu terbongkar hasil maklumat awam dan risikan polis berdasarkan laporan polis dibuat oleh ahli keluarga seorang daripada mangsa hingga suspek berjaya diberkas pada 26 Oktober lalu.

Suspek utama yang juga pemilik bengkel berkenaan ditahan di rumahnya yang juga dikawasan bengkel terbabit bersama isteri serta dua anaknya dan direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Tapah.

Keempat-empat suspek berkenaan juga disambung reman pada hari ini oleh Majistret Nurul Nadia Abdul Razak selama empat hari lagi bagi membantu siasatan polis

Menurut sumber, seorang daripada mangsa adalah ejen hartanah berusia 46 tahun berasal dari Chenderiang, dekat sini pada hujung Ogos lalu.

"Semua mangsa dipercayai dibunuh dengan cara dipukul sebelum dibakar di atas zink dan kemudian serpihan tulang serta abu dibuang ke dalam sungai berhampiran.

"Ejen hartanah itu dipercayai dibunuh dan ditanam di sebuah ladang kelapa sawit di Batu 5, Jalan Pahang, kira-kira 10 kilometer dari bengkel suspek.

"Berpandukan soal siasat terhadap suspek polis kemudian menemui beberapa serpihan tulang dipercayai milik mangsa lain yang dibuang ke dalam sungai," katanya.

Sementara itu, tinjauan wartawan di bengkel berkenaan hari ini mendapati polis sudah selesai menjalankan pemeriksaan di kawasan terbabit.

Kawasan bengkel berkenaan dipenuhi dengan kira-kira 30 ekor anjing dipercayai milik suspek dan difahamkan rumah dan bengkel berkenaan disewa oleh suspek daripada seorang penduduk setempat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan itu dan kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, setakat ini siasatan mendapati terdapat pelbagai motif pembunuhan dan siasatan lanjut sedang dijalankan dan sidang media mengenai kes itu akan dibuat oleh Polis Perak pada hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2015 @ 1:55 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/90121#sthash.ayUnkajY.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 02:35 PM | Show all posts

tarak secretary ada hati nak bukak thread fesyen gini..




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2015 02:36 PM | Show all posts
Sedangkan thread pil aborsi pun ada content. Ini kosong aje

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 02:36 PM | Show all posts
report mod saja spesis gatai bukak tred malas  bubuh artikel gini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2015 02:36 PM | Show all posts
All need spoon feed
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 02:42 PM | Show all posts
lavamilkyway replied at 2-11-2015 02:35 PM
tarak secretary ada hati nak bukak thread fesyen gini..

aku tau sapa sketeri lu..

dia dh tepek la..lmbt skit menyusul intipati..bgi can la kt dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 02:43 PM | Show all posts
huhu kejamnya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 2-11-2015 02:36 PM
Sedangkan thread pil aborsi pun ada content. Ini kosong aje

Gigih benar dia bukak benang abortion tu kat semua tempat....haha
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 02:49 PM | Show all posts
tapah ni banyak kes bunuh kejam.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 02:53 PM | Show all posts

bukan masalah nak semua bersuap ke sediakan ke kunyahkan ke... tapi dah fungsi forumnya begitu.. ni bukan nya IPT yg mana lect cakap kena usaha sendiri kalau nak berjaya..

forum maknanya, tmpt kita kupas isu dan info..  
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 02:54 PM | Show all posts
green_coffee replied at 2-11-2015 02:46 PM
Gigih benar dia bukak benang abortion tu kat semua tempat....haha

me pun naik pengsan tgk semua tread dia bukak psl ubat aborsi
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 02:57 PM | Show all posts
mntk tt kopipes artikel & post kn kt 1st post



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2015 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
hest replied at 2-11-2015 02:53 PM
bukan masalah nak semua bersuap ke sediakan ke kunyahkan ke... tapi dah fungsi forumnya begitu.. n ...

Ok , akan ambil maklum dan iktibar
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 03:38 PM | Show all posts
hest replied at 2-11-2015 02:53 PM
bukan masalah nak semua bersuap ke sediakan ke kunyahkan ke... tapi dah fungsi forumnya begitu.. n ...

nanti pembaca berita kat tv pun buat style gini..
untuk berita lanjut, baca la suratkhabar sendiri..
jangan harap nak spoon feed..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2015 03:46 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 2-11-2015 03:38 PM
nanti pembaca berita kat tv pun buat style gini..
untuk berita lanjut, baca la suratkhabar sendir ...

Elok jugak tu,,,,boleh slot iklan lama-lama.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 03:52 PM | Show all posts
dasaattttnye.. kejem giler dorang nih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.096427 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list