CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33043|Reply: 281

[Tempatan] Rajinikanth, bintang mega filem Tamil kini di Melaka selama sebulan

[Copy link]
Post time 27-10-2015 12:16 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Bintang mega filem Tamil, Rajinikanth, bakal berada di Melaka selama sebulan untuk menjalani penggambaran filem lakonannya yang ke-156 berjudul Kabali. Menerusi filem yang sudah lebih 50 peratus disempurnakan, beliau membawakan watak ketua mafia mengambil inspirasi daripada kisah benar yang pernah diangkat ke layar perak berjudul Departed lakonan Jack Nickholson. Filem arahan Pa Ranjith itu turut membariskan Kalaiarasan, Dinesh, Radhika Apte, Dhansika, Ramesh dan John Vijay. Terdahulu, berita kedatangan bintang yang mendapat gelaran Raja Wayang South India itu hangat diperkatakan sejak Mei lalu dan sepatutnya dijadualkan berada di sini bulan lepas.

Selepas Malaysia, beliau bakal menyambung penggambaran filem genre aksi itu di Hong Kong serta Thailand. Terdahulu, Rajinikanth yang tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 5.50 petang tadi mengundang perhatian ramai yang memuat naik gambarnya di laman sosial. Menerusi gambar dikongsi peminat di Facebook, Instagram dan Twitter, beliau dilihat diiringi pengawal peribadi dan polis bantuan dari balai ketibaan menuju kenderaan limosin yang membawanya ke hotel penginapan. Sebelum berlalu, satu sidang media ringkas diadakan pada jam 6.20 petang di lokasi sama untuk memberikan butiran lanjut berhubung produksi berkenaan. Difahamkan Kabali dijangka ditayangkan pada April 2016.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2015 12:23 AM | Show all posts
paling best tengok dia berlakon cerita hantu chandramukhi
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak pangkat datuk letteww
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ummah tak layan filem tamil sis..low class sgt.
Kalo hindustan, haruslah cikki2  pakat2 berkampong di klia sis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2015 12:39 AM | Show all posts
cite Tamil
hero akan muncul dekat2 nk habis cite
dan semestinya hero tak akan mati
mampu tangkap peluru lagi
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 12:43 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 27-10-2015 12:45 AM


source

maigaahhdd... kertunyaaa beliyaw. masih gigeh lg shooting filem... haruslah banyak guna makeups, special effects dan lighting nihh. go uncle rajini

diinspirasikan~ daripada filem 'the Departed', yg merupakan remake citer HK 'Infernal Affairs'. harap2 tidak ditiru abis2an frame by frame mcm filem2 yg lain. apepon iols suka jah tengok filem tamil, esp. jln cerita yg ori dan bukan 'inspirasi' mana2 filem hollywood.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2015 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cepheid at 27-10-2015 12:47 AM

Dah tua dia ni. Gigih berlakon lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Filem apa rajinikath berlakon dengan aznah hamid?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2015 12:53 AM | Show all posts
Dia ni memang famous pun.

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
gigih lagi dia berlakon. dah berkurun kut? ramailah bebudak india di melaka yang ponteng sekolah cemgini
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Beliau femes di jepun hokey
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik la ambil dr kisah benar... klu x boleh le tgk dia cabut tiang dgn angkat kereta kat melaka nun
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku lg suka latan film2 tamil sbb ia tunjuk realiti hidup dan realiti di india
Kalo hindustan tu aku lemah sket nk tgk
Hari tu tgk Lingaa kat astro first...rajinikanth belakon...citer psl empangan di sebuah kampung nk dirobohkn oleh gomen sbb nk bg projek baru kt kroni
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 02:07 AM | Show all posts
La dia ke yang dikawal bodyguard tu? lain nya. Btw nak habaq pelakun wanita comidi tamil yang popular zaman mak ayah kita dulu dah meninggal dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 02:13 AM | Show all posts
tahukah anda selepas jackie chan, dialah no 2 bayaran tertinggi di asia
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 02:14 AM | Show all posts
aku tak berapa sukala dia ambik filem departed, yg diambil dari filem hk infernal affairs, tiada originalitit di situ
film2 tamil ni bukan mcm hindustan yg pop corn tu
bnyak film tamil berkualiti mcm pilem2 lakonan kamal hassan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2015 02:15 AM | Show all posts
sekngucing replied at 26-10-2015 10:13 AM
tahukah anda selepas jackie chan, dialah no 2 bayaran tertinggi di asia

Sodeska ~~

Tapi wayang dia merata negara tayang mestilah income masuk lebat.

Thanks for the info meow meow kucin
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
xlama lagi dapat lettew datuk rajnikanth..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
confirm da ni! mesti sblm ni dia ada klua lepak kat mamak di Kolkata dgn Sharukhan, sambil layan vape perisa ketiak tosai mint, peytu, sharukh bgtau info. YDP melaka ni mmg fanat gila dan suka sak kok artis luar negara! dah dpt dato nanti senang nak bisnes kt malaysia, bole bukak banyak lg mamak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Aiyo nampak kertu sangat..siap beruban dengan botak pelbagai..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.095775 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list