Agama Islam & Muslim
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

ibnur Lv.22

Fav
Moderator | Credits 31047   
Assalamualaikum warahmatullah

Kita buka thread baru berikutan siri ke 2 tu dah mencapai 100 mukasurat.

Sekian.
79.1K Views
228 Reply Positive sequence

ADVERTISEMENT


piro77 Lv.7 229#

Revolutioner | Credits 1529   
Quote: xtahumenahu replied at 25-9-2023 12:54 PM
Lagi satu soalan, kalau dipaksa bersumpah...tapi tiada niat pon nak bersumpah...cuma diugut...apa hu ...

Pernah dengar ustaz cakap kalau dipaksa hingga menyebabkan nyawa kita dibolehkan, dan lepas tu bertaubat nasuha. Hukum melanggar sumpah kena kaffarah. Kalau ragu2, buatlah kaffarah:

1) Beri makan org miskin
2) Kalau tak dpt, berpuasa

* details bab ni blh check dgn yg lebih pakar, i bg ringkasan saja

ibnur Author 228#

Moderator | Credits 31047   
Quote: xtahumenahu replied at 25-9-2023 12:53 PM
Salam Tuan

Macam mana pulak dengan perbuatan mengintip perbuatan atau perbualan dengan alasan nak ...

Kemungkinan dia bukan lagi waras.  

xtahumenahu Lv.12 227#

Defender | Credits 12989   
Lagi satu soalan, kalau dipaksa bersumpah...tapi tiada niat pon nak bersumpah...cuma diugut...apa hukumnya kalau melanggar sumpah tersebut?
Follow Us

xtahumenahu Lv.12 226#

Defender | Credits 12989   
Quote: ibnur replied at 22-9-2023 10:27 AM
wa alaikumussalam,
Itu macam dia cari alasan untuk lambatkan bayar hutang.  Hutang wajib kena baya ...

Salam Tuan

Macam mana pulak dengan perbuatan mengintip perbuatan atau perbualan dengan alasan nak mengajar atau nak pastikan berbuat baik. Dan cara mengitai/mengintip tu pula katanya dengan amalan2 tertentu atau secara islamik.

ibnur Author 225#

Moderator | Credits 31047   
Quote: xtahumenahu replied at 21-9-2023 04:59 PM
Salam

Saya ada persoalan...sy pernah memberi hutang kepada si A..sy x pernah tuntut. Disaat terdesa ...

wa alaikumussalam,
Itu macam dia cari alasan untuk lambatkan bayar hutang.  Hutang wajib kena bayar, tak kira kita baik atau jahat.

xtahumenahu Lv.12 224#

Defender | Credits 12989   
Salam

Saya ada persoalan...sy pernah memberi hutang kepada si A..sy x pernah tuntut. Disaat terdesak, sy mohon A pulangkan yang dipinjam. Tapi A xnak pulangkan sebab alasan sy perlu jadi baik dulu. Apa hukumnya ya?

Lagi satu, si A kononnya nak saya jadi baik. Selalu nasihat. Dan mengawal kehidupan sy. Sampai satu tahap, si A ada buat amalan nak lihat apa saya buat..katanya berlandaskan agama. Bukan nampak, tapi bayangan atau boleh dengar atau melalui mimpi. Apa hukumnya amalan macam tu?Sy x suka diperhati.

ADVERTISEMENT


khalilonline Lv.1 223#

Beginner | Credits 1   
Alhamdulillah bisa dapat tambahan ilmu agama disini

ibnur Author 222#

Moderator | Credits 31047   
Quote: david990 replied at 7-6-2023 05:25 PM
Tentu, saya senang untuk membantu Anda dengan soal dan jawaban seputar Agama Islam. Silakan ajukan p ...

Sila perkenalkan diri anda

david990 Lv.1 221#

Beginner | Credits 2   
Tentu, saya senang untuk membantu Anda dengan soal dan jawaban seputar Agama Islam. Silakan ajukan pertanyaan Anda, dan saya akan berusaha memberikan jawaban yang sesuai dengan pemahaman saya tentang agama Islam.

izzah_mia Lv.9 220#

Adventurer | Credits 4919   
Quote: ibnur replied at 27-3-2023 04:11 PM
Assalamualaikum warahmatullah,

Mengikut pandangan yang masyhur:

terima kasih untuk penjelasan

ibnur Author 219#

Moderator | Credits 31047   
Edited by ibnur at 27-3-2023 04:13 PM
Quote: izzah_mia replied at 22-3-2023 04:07 PM
saya memerlukan penjelasan seperti berikut dan berharap ada yg sudi bantu :-
1. boleh ke saya melaku ...


Assalamualaikum warahmatullah,

Mengikut pandangan yang masyhur:

1.  Selain dari bapa, aqiqah boleh dilakukan oleh datuk untuk cucunya berdasarkan kepada hadith "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melakukan sembelihan akikah ke atas Hasan dan juga Husin" Riwayat Al-Nasaie (4213)riwayat.  Ada juga pendapat yang sedikit kata boleh bapa saudara buat aqiqah.  Walaubagaimanapun, untuk keluar dari khilaf, sebaiknya diminta kebenaran dari bapa kepada anak tersebut.  Atau dihadiahkan kambing/wang kepada bapa si anak sebagai ahdiah dan sibapa boleh buat aqiqah dari hadia tersebut.  Boleh rujuk https://muftiwp.gov.my/artikel/a ... akikah-buat-cucunya  dan  https://www.kambingaqiqah.com.my/aqiqah-untuk-anak-angkat/

2.  Pendapat muftiwp, tidak boleh melakukan qurban untuk arwah kecuali telah diwasiatkan.  Sila rujuk https://muftiwp.gov.my/artikel/i ... korban-buat-si-mati

izzah_mia Lv.9 218#

Adventurer | Credits 4919   
saya memerlukan penjelasan seperti berikut dan berharap ada yg sudi bantu :-
1. boleh ke saya melakukan akikah utk anak2x buah saya sebab anak2x buah di bawah jagaan@tanggungan saya walaupun ayah dan ibu mereka masih hidup. ayah & ibu dah bercerai. ayah mereka adalah adik kandung saya yg tidak menjalankan tanggungjawap setelah berkawin lain walaupun mahkamah dah menetapkan sekian amaun sebagai nafkah bulanan. telah sarankan ex adik ipar membuat aduan tapi tiada tindakan di buat.


2. boleh ke melakukan korban bagi arwah ibu?

mily Lv.12 217#

Defender | Credits 13414   
Quote: ibnur replied at 3-1-2023 03:30 PM
Mengenai nafkah anak itu, sudahkah Puan dapat perintah mahkamah supaya dia membayar nafkah bulanan ...

saya tak buat tuntutan mahkamah mengenai nafkah dan hadanah sbb hr tu penceraian melalui fastrack shja.

Saya tak rasa dia akan rebut hak jagaan disebabkan kesempitan pd dia..lgipun dia pernah juga kata pd sy, tuntutlah kat mahkamah pun xkan dpt sbb dia diisytihar bankrup dan ccris.

Jdi sy pun xnak buang masa buat tuntutan, sbb sy fikir dia pun tahu tanggungjawab dia.

ibnur Author 216#

Moderator | Credits 31047   
Quote: mily replied at 29-12-2022 03:02 PM
maksudnya kereta tu sy bayar keseluruhan 74k...dan brg yg dia beli utk modified dianggarkan 8k begit ...

Mengenai nafkah anak itu, sudahkah Puan dapat perintah mahkamah supaya dia membayar nafkah bulanan?  Kalau sudah ada perintah mahkamah, maka dia boleh didakwa kerana tak patuh arahan mahkamah.

Samada haram atau halal duit dari jual kereta tu hak Allah s.w.t.

ADVERTISEMENT


mily Lv.12 215#

Defender | Credits 13414   
maksudnya kereta tu sy bayar keseluruhan 74k...dan brg yg dia beli utk modified dianggarkan 8k begitu...jd xperlulah sy membayar pampasan pada dia? risau sbb harga jualan kereta tu sy byk guna utk nafkah anak sbb dia kata dia ckan beri nafkah selagi saya xganti balik duit yg dia keluarkan...

sy anggap duit kereta yg dia bayar utk modified tu sbgai nafkah anak sehingga hujung thn ni..
tp dia berkeras juga kata haramkan duit tu..

Kalau nak ganti duit semula pun. sy rasa mcm tak sanggup kerana kenapa pula saya yg harus membayar dia..sdangkan nafkah anak, mutaah sertabiddah dia tak beri pun.

ibnur Author 214#

Moderator | Credits 31047   
Quote: Zackmaster replied at 29-12-2022 12:01 AM
Salam~

Orang sekarang mudah2 sangat jatuh hukum halal haram.

@mily secara logic, pampasan tak sepatutnya lebih dari modal yang dikeluarkan.

ibnur Author 213#

Moderator | Credits 31047   
Quote: usernameno replied at 16-11-2022 11:59 PM
Salam sejahtera Tuan. Saya mahu tanya kalau non-Muslim nak belajar tentang Islam, buku apa yang disy ...

Insha Allah baik.  Ramai non muslim masuk islam lepas baca alquran.

Zackmaster Lv.5 212#

Minder | Credits 773   
Quote: mily replied at 21-11-2022 04:28 PM
Salam,

Saya nak bertanya.. Betulkah jatuhnya haram jika...

Salam~

Orang sekarang mudah2 sangat jatuh hukum halal haram.

Saya sarankan pada puan untuk mencari jumlah kos barangan spare part/modified yg telah beliau belanjakan. Boleh la tanyakan pada dia untuk sediakan senarai (berserta bukti pembelian spt resit) supaya kedua2 pihak boleh 'bersetuju' pada satu jumlah tetapan harga gantirugi.

Ini saranan ikhtiar bagi pihak puan untuk memurnikan situasi tersebut. Perkara dah jadi. Jika beliau berkeras mengatakan haram, bukan lagi tanggungjawab puan, kerana bahagian peratus pemilikan kenderaan itu tentulah lebih kepada puan. Demi keadilan bersama, inilah ikhtiar yg dapat saya fikirkan.

Zackmaster Lv.5 211#

Minder | Credits 773   
Quote: usernameno replied at 16-11-2022 11:59 PM
Salam sejahtera Tuan. Saya mahu tanya kalau non-Muslim nak belajar tentang Islam, buku apa yang disy ...

Salam sejahtera~

Yang 'terbaik' sebenarnya pembelajaran muka ke muka. Kalau boleh bertanya secara berdepan itu yg terbaik.

Untuk belajar solat, bagus bila ada yg boleh tunjukkan contoh, secara praktikal. Cara berwuduk juga.

Untuk bahan bacaan,
Terjemahan Quran Bahasa Melayu banyak rasanya.
Untuk koleksi hadis, cari yang "Bukhari" dan "Muslim" sahaja.

Bahan bacaan pelbagai,
Syamail Muhammad (Biodata & Peribadi Nabi)
Ihya Ulumuddin ( Panduan hidup muslim )
40 Hadis Imam Nawawi

Buku2 yang santai seperti "Solusi" pun bagus. Ada pelbagai siri yang boleh dijadikan bacaan santai bulanan.

Dalam youtube ada channel EFdawah, Islamic Guidance, Merciful Servant, Abu Khadijah, Unais Mediawork dan banyak lagi. Elok la cari ceramah2 agama dengar sambil2.

*Perkara lain : jika seseorang non-muslim ingin membuat cerita tentang kehidupan atau apa2 yang menyentuh agama Islam (terutama dalam Negara Malaysia ini), lebih baik untuk ada seorang penasihat (ustaz etc.) agar cerita yg dihasilkan tidak menjadi isu sensitif. Yang 'terbaik' tetap juga nasihat muka ke muka. Belajar biar berguru bukan dengan buku mahupun mukabuku~

mily Lv.12 210#

Defender | Credits 13414   
Salam,

Saya nak bertanya.. Betulkah jatuhnya haram jika...

Saya ada kereta,  tetapi bekas suami saya telah modified kereta tersebut dan membeli beberapa parts pd kereta tersebut.
Setelah berpisah,  saya mengambil semula kereta tersebut dan menjualnya.

Tetapi,  dia tidak mengahalalkan brg2 yg dibeli utk kereta tersebut. Dia kata haram saya guna duit jual kereta tersebut.

Sy risau juga,  halal ke haram.. Sbb kereta tu saya yg bayar semua.. Dia hanya sekali je membeli bhgn2 kereta tersebut.

Tolong jawab ya
1234.. 12Next