CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2904|Reply: 0

Selepas 20 Tahun Amerika Akui Kehebatan Tentera Malaysia Dalam Insiden Black...

[Copy link]
Post time 8-10-2015 12:16 PM | Show all posts |Read mode






Amerika Syarikat (AS) akhirnya menyatakan penghargaan terhadap pengorbanan dan sumbangan tentera pengaman Malaysia yang terbabit dalam misi menyelamatkan anggota tentera kuasa besar dunia itu di Mogadishu, Somalia pada 3 Okt 1993.


Penghargaan dan ucapan terima kasih itu diutarakan oleh Pemangku Penolong Setiausaha Negara bagi Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly hari ini setelah lebih 20 tahun kejadian itu berlaku.

Katanya, tentera pengaman Malaysia yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyertai operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Somalia ketika itu telah membuktikan keberanian dan kehebatan mereka dalam menjalankan tugas.

“Dalam operasi keamanan global, kami sentiasa mengagumi peranan pasukan pengaman Malaysia, dan kami juga mendapat manfaat daripada keberanian dan keperwiraan anggota pasukan pengaman Malaysia.

“Dan seorang anggota pengaman Malaysia terkorban dalam usaha menyelamatkan tentera Amerika di Mogadishu, 20 tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan pengiktirafan ‘Full Training Capability’ dan pelancaran pelan induk Pusat Latihan Pengaman Malaysia, di sini hari ini. Turut hadir Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Dalam kejadian 20 tahun lalu, sekumpulan askar AS terperangkap di kawasan musuh iaitu tentera militan Somalia selepas dua helikopter Black Hawk mereka ditembak jatuh di bandar Mogadishu.

Pasukan pengaman Malaysia bersama pasukan pengaman Pakistan dan AS yang menyertai operasi UNOSOM II di bawah PBB kemudian ditugaskan menyelamatkan kumpulan askar terbabit.

Operasi menyelamat tersebut akhirnya berjaya bagaimanapun seorang tentera pengaman Malaysia terbunuh sementara lapan lagi mengalami kecederaan.

Biar pun sudah 20 tahun berlalu, tiada penghargaan rasmi diberikan oleh pihak AS terhadap pasukan pengaman Malaysia yang telah menyelamatkan tentera mereka dan langsung ‘dilupakan’ dalam sebarang babak dalam filem ‘Black Hawk Down’ arahan pengarah Ridley Scott pada 2001 yang kononnya memaparkan kisah benar kejadian itu.

Kelly berkata, pasukan pengaman Malaysia kini sudah menerajui di peringkat rantau ini dan global dan dengan kewujudan Pusat Latihan Pengaman Malaysia, di sini membuktikan Malaysia mempunyai pasukan pengaman yang terbaik.

“Saya fikir semua rakyat Malaysia harus berbangga dengan apa yang telah dicapai pasukan pertahanan Malaysia,” katanya.




Al-Fatihah Untuk Mereka Yang Telah Gugur Demi Mempertahankan Negara


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.058734 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list