View: 6278|Reply: 1
|
Pasu Tanah Liat Buatan Sendiri
[Copy link]
|
|
Memberi kelainan kepada reka bentuk pasu di laman rumah dengan menghasilkan pasu daripada tanah liat untuk pokok kaktus anda. Cara membuatnya sangat mudah! Jom kita cuba.
1. Uli tanah liat sehingga lembut dan di bentukan bulat. Proses ini perlu dilakukan dengan cepat untuk mengelakkan tanah liat mengeras. 2. Mula membentuk pasu dengan membuat lubang di bahagian tengah bebola tanah liat dan bentukkan dinding pasu. 3. Lubangkan bahagian bawah pasu untuk membuat lubang laluan air. 4. Letakkan belon di dalam pasu supaya mudah untuk membentuk dinding pasu agar bentuknya menjadi bulat. Ratakan dinding pasu menggunakan pisau pemotong tanah liat dan bentuk mengikut kreativiti anda 5. Balutkan pasu tersebut dengan rapi untuk menghasilkan tekstur dinding pasu yang beralun kesan daripada plastik yang di tarik dan dipulas pada bahagian pangkal belon 6. Setelah tekstur terbentuk maka pecahkan belon yang terdapat di dalam pasu dan keluarkannya dari pasu tersebut. 7. Dedahkan pasu pada terik mentari untuk mengeringkannya. Kebiasaannya, pasu tersebut mengambil masa satu hari untuk kering. Setelah kering anda bolehlah memasukkan pasu kaktus ke dalamnya dan pamerkan di sudut-sudut pilihan secara solo atau berkumpulan.
-impiana-
|
|
|
|
|
|
|
| |
|