View: 1449|Reply: 0
|
3 Tip Jimat Bawa Anak Beli Pakaian
[Copy link]
|
|

Membeli-belah bersama anak kecil ada kalanya buat ibu ayah pening kepala. Kejap anak ok, dan jika tidak pantau anak dengan betul macam-macam boleh jadi. Kes anak berlari-lari dalam pasar raya, itu perkara biasa.
Tetapi sebenarnya jika tahu cara, aktiviti membeli belah ini sangat seronok. Bukan sahaja mengeratkan hubungan tetapi memberi peluang kepada si kecil mengenali dunia luar. Kanak-kanak yang sedang membesar, membuatkan ibu harus kerap membeli baju. Untuk berjimat, ikuti tip berikut:
1. Beli baju yang sesuai Ajak anak membeli pakaiannya. Pastikan dia menyukainya. Ada kanak-kanak yang mahu menentukan sendiri warna dan fesyen.
2. Pilih harga berpatutan Anda boleh berbelanja ketika jualan murah berlangsung. Semak harga terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli. Paling utama, berbelanjalah mengikut bajet anda.
3. Beli ukuran lebih besar Jika pakaian yang dipilih tidak terlalu besar, sebaiknya anda membeli satu saiz lebih besar daripada ukurannya sekarang. Baju yang dibeli boleh dipakai lebih lama. Beli juga baju yang sesuai dengan keperluan.
Senang, bukan? Dengan cara ini anda dan anak akan lebih seronok untuk pilih baju sambil cuci mata. Dan mungkin anda pun mampu berjimat daripada biasa. Selamat membeli-belah ibu-ibu jelita!
MINGGUANWANITA
|
|
|
|
|
|
|
| |
|