CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9801|Reply: 5

Fakta Penting Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 7-8-2015 03:06 PM | Show all posts |Read mode




Asalnya Asia Timur atau selatan, harimau atau nama saintifiknya Panthera Tigris merupakan spesies binatang terbesar di kalangan empat jenis 'kucing besar' dalam genus Panthera dan anggota Felidae


Di Malaysia, panggilan masyarakat tempatan adalah Pak Belang, subspesiesnya bersaiz lebih besar sehingga boleh mencecah panjang 3.3 meter atau 11 kaki dan berat 300 kilogram atau 660 paun.

Selain kebesran dan kegigihannya, ciri-ciri terpenting yang dimiliki harimau adalah corak belang menegak berwarna gelap yang melapisi bulunya yang berwarna keputihan atau merah kejinggaan.

Sehubungan itu, saya ingin berkongsi 10 fakta menarik mengenai haiwan spesis panthera tigris malayensis atau lebih dikenali sebagai Harimau Malaya yang mungin kita tidak sedar kepentingannya.

Harimau Malaya tidak diiktiraf sebagai sub-spesies yang berbeza, sebaliknya dianggap sebagai sub-spesies harimau Indochina sehingga ke tahun 2004.


Harimau Malaya diabadikan dalam lambang rasmi kerajaan Malaysia iaitu dalam Jata Negara Malaysia.


Pasukan bola sepak Malaysia turut digelar harimau Malaya. Termasuk maskot dan jersi utama juga diadaptasi daripada corak belang yang terdapat pada harimau Malaya.

Harimau Malaya mendapat pelbagai nama gelaran namun yang paling popular pastinya ‘Pak Belang’.

Leonardo DiCaprio, David Beckham, Meryl Streep, Ian Somerhalder dan Betty White antara nama-nama besar Hollywood yang sering memperjuangkan nasib haiwan-haiwan liar termasuklah harimau.


Harimau Malaya turut dijadikan sebahagian daripada logo institusi-institusi lain di Malaysia seperti Polis Diraja Malaysia, Maybank, Proton dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Lazimnya rakyat Malaysia menganggap lambang harimau sebagai tanda keberanian dan kekuatan.




Harimau Malaya diklasifikasikan sebagai haiwan yang terancam ekoran banyak pihak yang memburunya bagi mendapatkan kulit, gigi dan dagingnya buat pelbagai tujuan.

Selain terpilih sebagai lambang negara Malaysia, harimau turut dipilih sebagai haiwan kebangsaan bagi Bangladesh, Nepal, India, Korea Utara dan Korea Selatan.




Jika tidak dipelihara, Harimau Malaya bakal menerima nasib yang sama seperti Harimau Bali, Harimau Kaspia dan Harimau Jawa yang masing-masing telah pupus pada tahun 1937, 1950 dan 1972.

Bagi meningkatkan kesedaran awam dan sokongan terhadap isu-isu pemuliharaan harimau, setiap tahun 29 Julai diadakan Hari Harimau Sedunia (International Tiger Day)

Kali pertama ianya disambut di Saint Petersburg Tiger Summit pada tahun 2010.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2015 05:11 PM | Show all posts
tiger show takkan pupus
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mehmet replied at 7-8-2015 05:11 PM
tiger show takkan pupus

Thai girl show or tiger show kt zoo??
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
mehmet replied at 7-8-2015 05:11 PM
tiger show takkan pupus

Tiger show tu apa sis?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2015 10:29 AM | Show all posts
Kejamnya pemburu haram ni mana tak makin pupus rimau kalau asyik buat pemburuan haram ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2015 03:15 PM | Show all posts
kesiannya spesies yg dah pupus tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.301602 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list