CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2466|Reply: 2

Cubaan Seludup Burung Murai Batu digagalkan

[Copy link]
Post time 6-8-2015 06:19 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Burung Murai Batu antara yang diselamatkan PPM daripada cubaan diseludup.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]JOHOR BARU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 77 ekor burung murai batu dan 255 ekor kura-kura di perairan Teluk Ramunia, Sungai Rengit, dekat Kota Tinggi, Selasa.
[size=0.98em]Komandernya Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki rakyat Indonesia berumur 41 dan 56 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan haiwan eksotik terbabit.


[size=0.98em]"Terdahulu, kegiatan terbabit terbongkar apabila bot ronda PPM mengesan sebuah bot dari daratan (pantai) menghala ke tengah laut ketika sedang melakukan rondaan di perairan itu kira-kira 6 petang, semalam," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.


[size=0.98em]Khon Chiang berkata, bot ronda PPM mengejar bot tersebut, namun, bot itu bertindak berpatah balik ke pantai lalu tekongnya melarikan diri ke hutan berhampiran.



[size=0.98em]Beliau berkata, bot ronda PPM kemudian memeriksa bot tersebut lalu menemui tiga bakul plastik berisi 77 ekor burung murai batu dan 15 bakul plastik dengan dua uncang kain berisi 255 ekor kura-kura.
[size=0.98em]Beliau berkata, bertindak atas maklumat, pasukan PPM yang membuat operasi di daratan pula menyerbu kawasan hutan di tepi pantai tersebut dan kemudian berjaya menahan kedua-dua lelaki terbabit, kira-kira setengah jam kemudian.
[size=0.98em]Katanya bot, enjin berserta haiwan yang dirampas itu dianggar bernilai RM94,000.
[size=0.98em]Kes berkenaan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Bandar Penawar, Kota Tinggi, bagi siasatan lanjut. -- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2015 07:54 AM | Show all posts
mslhnya burung yang ditunjukkan 2 bukan murai batu
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 01:34 PM | Show all posts
cantik burung murai batu. patutlah diseludup.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.051175 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list