CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5881|Reply: 28

[Dunia] 2015 : Senarai 10 Individu Terkaya Di Planet Bumi

[Copy link]
Post time 31-7-2015 04:19 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ

Menjadi kaya adalah impian setiap insan, namun tidak semua bertuah dan mampu mencapai kejayaan seperti yang diimpikan.

Mengikut senarai 10 Orang Terkaya di Dunia 2015 yang dikeluarkan oleh majalah Forbes, carta teratas individu paling kaya di dunia masih lagi duduki oleh Bill Gates seperti mana tahun 2014 lalu. Bill Gates merupakan pemilik Microsoft iaitu syarikat perisian terbesar di dunia yang sekarang banyak digunakan seluruh didunia. Sejak tahun 1995, Bill Gates sudah menduduki peringkat pertama untuk senarai orang terkaya di dunia dan disenaraikan sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturut-turut oleh majalah Forbes.

William Henry Gates III  atau lebih dikenali sebagai Bill Gates juga merupakan seorang jutawan yang paling dermawan. Bill Gates telah menyumbangkan sebahagian besar kekayaannya untuk dana kesihatan, program kajian sains dan pendidikan dunia melalui yayasan yang didirikannya iaitu Bill and Melinda Gates Foundation. Walaupun sebahagian hartanya didermakan, namun Bill Gates masih lagi bergelar manusia paling kaya dimuka bumi ini.

Berikut merupakan senarai 10 Orang Terkaya di Dunia bagi tahun 2015 bersama nilai kekayaan masing-masing :



Sumber foto : www.polygon.com

1. Bill Gates
Umur : 59 Tahun
Warganegara : Amerika Syarikat
Jumlah Kekayaan : US$79,2 billion
Sumber kekayaan utama : Microsoft
Industri : Teknologi



Sumber foto : www.forbes.com

2. Carlos Slim Helu
Umur : 75 Tahun
Warganegara : Mexico
Jumlah Kekayaan : US$77,1 billion
Sumber kekayaan utama : Telefonos de Mexico dan America Movil
Industri : Telekomunikasi



Sumber foto : dantri.com.vn

3. Warren Buffet

Umur : 84 Tahun
Warganegara : Amerika Syarikat
Jumlah Kekayaan : US$72,7 billion
Sumber kekayaan utama : Berkshire Hathaway
Industri : Pelabur



Sumber foto : www.ctpost.com

4. Amancio Ortega

Umur : 78 Tahun
Warganegara : Sepanyol
Jumlah Kekayaan : US$64,5 billion
Sumber kekayaan utama : Zara
Industri : Retail



Sumber foto : www.erewise.com

5. Larry Ellison
Umur : 70 Tahun
Warganegara : Amerika Syarikat
Jumlah Kekayaan : US$54,3 billion
Sumber kekayaan utama : Oracle
Industri : Teknologi



Sumber foto : www.bizjournals.com


6. Charles Koch
Umur : 79 Tahun
Warganegara :  Amerika Syarikat
Jumlah Kekayaan : US$42,9 billion
Sumber kekayaan utama : Koch Industries, Inc
Industri : Berbagai bidang


Sumber foto : www.independent.co.uk

7. David Koch

Umur : 74 Tahun
Warganegara : Amerika Syarikat
Jumlah Kekayaan : US$42,9 billion
Sumber kekayaan utama : Koch Industries, Inc
Industri : Berbagai bidang


Sumber foto : www.forbes.com

8. Christy Walton

Umur : 60 Tahun
Warganegara : Amerika Syarikat
Jumlah Kekayaan : US$41,7 billion
Sumber kekayaan utama : Wal-Mart
Industri : Retail


Sumber foto : en.wikipedia.org

9. Jim Walton
Umur : 67 Tahun
Warganegara : Amerika Syarikat
Jumlah Kekayaan : US$40,6 billion
Sumber kekayaan utama : Wal-Mart
Industri : Retail


Sumber foto : difundir.org

10. Liliane Bettencourt

Umur : 92 Tahun
Warganegara : Perancis
Jumlah Kekayaan : US$40,1 billion
Sumber kekayaan utama : L’Oreal
Industri : Retail


Senarai kekayaan mereka sentiasa berubah mengikut masa kerana naik turunnya ranking mereka ini bergantung kepada saham dan keuntungan semasa bagi perusahaan masing-masing. - CARI Infonet.




Jangan lupa LIKE kami di Facebook : https://www.facebook.com/Cari.mforum




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2015 04:51 PM | Show all posts
laaaaaaa mana kak mah????
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 05:29 PM | Show all posts

kecik ati kak mah nama dia takde lam ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Najib ada 42b , bila nak masuk carta
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 05:37 PM | Show all posts
2. Carlos Slim Helu.. heluuuuuu!! anybody homeeee??
Umur : 75 Tahun
Warganegara : Mexico
Jumlah Kekayaan : US$77,1 billion
Sumber kekayaan utama : Telefonos de Mexico dan America Movil
Industri : Telekomunikasi
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 05:43 PM | Show all posts
pemilik fb tak naik lagi kah?
hampir semua social network dia kaut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2015 05:45 PM | Show all posts
tak sangka industri walmart boleh jadi begitu menguntungkan kt USA
barang boleh kata murah

company yg sama approach cara walmart , mydin tak naik-naik lagi top 10 kah top 20 org terkaya di Malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
tiap saat duit masuk account

jelly betoii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2015 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Maverick 100billion mana?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Rothschilds yg dah kaya 200 tahun dulu pun tarak dlm list ka
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 07:32 PM | Show all posts
agak2 sapa yg terkaya kat malaysia...?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 08:12 PM | Show all posts
protonpersona replied at 31-7-2015 07:32 PM
agak2 sapa yg terkaya kat malaysia...?

Siapa lagi kalau bukan Tan Sri Lava?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 08:53 PM | Show all posts
adam belonair?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Carlos tu akak syak kartel ... lol
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 09:33 PM | Show all posts
wah hidup lg liliane bettencourt rupanya... panjang umur beliau. tapi kesian, dipergunakan dan kena tipu dek ex president sarkozy tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 10:19 PM | Show all posts
Senarai Terkini 10 Orang Terkaya Dunia, Orang Islam Tersenarai!

Tim Tazkirah   February 25, 2015   1 Comment

Islam tidak menghalang penganutnya untuk menjadi kaya, malahan menjadi kaya dan bertaqwa itu adalah tuntutan agama. Jika telusuri sirah baginda Rasulullah s.a.w, baginda juga merupakan seorang usahawan yang berjaya dan berkahwin dengan Siti Khadijah r.a, sebelum dilantik menjadi rasul.



Bill Gates seringkali dinobatkan sebagai orang terkaya dunia. [Boomsbeat]

Sepanjang perjuangan baginda menegakkan Islam, kita boleh lihat terdapat segelintir sahabat yang sememangnya kaya dengan menginfaqkan harta mereka di jalan Tuhan seperti Abdul Rahman bin Auf r.a, Usman bin Affan r.a, Talhah bin Ubaidillah r.a dan ramai lagi.

Kali ini, kami ingin kongsikan dengan anda senarai 10 orang terkaya di dunia agar kita semua dapat mendapat inspirasi untuk menjadi kaya seperti mereka dan dapat membantuk mengerakkan Islam dari sudut ekonomi. Senarai billionaire terkaya dunia ini adalah bersumberkan Wikipedia, The World’s Billionaires.

#10 – Jim Walton (RM144.55 billion)

Beliau merupakan anak bongsu bagi keluarga Wal-Mart yang dianggarkan mempunyai kekayaan bernilai RM144.55 billion. Wal-Mart ialah syarikat peruncitan yang mula diasaskan pada tahun 1962 oleh bapa beliau iaitu Sam Walton. Kini Wal-Mart adalah peruncit terbesar dunia dengan 11,088 buah rangkaian di seluruh dunia.




#9 – David Koch (RM145 billion)

Beliau merupakan usahawan, aktivis politik dan jurutera kimia yang mempunyai kekayaan bernilai RM145 billion. Sumber kekayaan beliau adalah daripada syarikat Koch Industries yang diasaskan bersama abang beliau. Koch Industries mempunyai perniagaan di dalam pelbagai industri seperti pembuatan, perdagangan dan pelaburan.

#8 – Charles Koch (RM145 billion)

Charles de Ganahi Koch merupakan pengasas bersama Koch Industries yang juga memiliki kekayaan sekitar RM145 billion. Beliau ialah Chairman & CEO bagi syarikat Koch Industries yang mula diasaskan pada tahun 1940.

#7 – Christy Walton & Keluarga (RM147.7 billion)


Beliau merupakan salah seorang anak saudara perempuan Sam Walton yang mengasaskan Walmart. Sumber kekayaan beliau dianggarkan bernilai RM147.7 billion adalah bersumberkan syarikat peruncitan yang terbesar dunia, Wal-Mart. Beliau dan keluarga menyumbangkan sekitar RM5.6 billion untuk membangunkan pusat pengajian melalui yayasan mereka.

Wallmart merupakan syarikat peruncitan terbesar dunia. [Yahoo!]

#6 – Larry Ellison (RM189.7 billion)

Beliau merupakan seorang usahawan internet dan programmer yang dianggarkan memiliki kekayaan bernilai RM189.7 billion melalui syarikat perisian Oracle Corporation yang diasaskan beliau pada tahun 1977. Oracle Corporation ialah syarikat yang fokus kepada pembangunan barangan komputer dan juga perisian untuk usahawan.

#5 – Amancio Ortega (RM221.9 billion)

Amancio Ortega Gaona merupakan seorang pereka fesyen yang mengasaskan syarikat Inditex di dalam industri tekstil. Di antara jenama popular di dalam rangkaian syarikat beliau ialah Zara, Tempe, Oysho dan banyak lagi. Pada tahun 2014, beliau dianggarkan mempunyai kekayaan bernilai RM221.9 billion.



#4 – Warren Buffett (RM255.5 billion)

Beliau merupakan seorang pelabur yang paling berjaya di dalam dunia. Beliau merupakan Chairman & CEO bagi syarikat Berkshire Hathaway yang melabur di dalam pelbagai syarikat besar dunia seperti Coca-cola, IBM, American Express dan banyak lagi. Keuntungan daripada pelaburan tersebut sentiasa meningkat setiap tahun.

#3 – Carlos Slim (RM261.1 billion)

Beliau merupakan usahawan daripada negara Mexico dengan anggaran kekayaan RM261.1 billion daripada dua syarikat beliau iaitu Telmex dan Grupo Carso. Syarikat telekomunikasi Telmex yang dmiliki oleh beliau menguasai 80% pengguna di Mexico dengan memiliki pekerja seramai 52,346 orang. Beliau digelar sebagai “Warren Buffett Mexico”.

#2 – Bill Gates (RM284.2 billion)

Bill Gates merupakan satu nama yang tidak asing lagi di dalam senarai orang terkaya dunia kerana beliau telah mendominasi carta ini untuk satu tempoh yang agak lama. Beliau dianggarkan mempunyai kekayaan bernilai RM284.2 billion daripada syarikat perisian yang diasaskan beliau iaitu Microsoft. Kini beliau aktif mengerakkan Yayasan Bill & Melinda yang banyak membantu golongan yang kurang bernasib baik khususnya di Afrika.

#1 – Mereka Yang Mendirikan Solat Sunat Fajr

Jika anda merasakan kekayaan yang dimiliki oleh individu-individu terkaya di dunia seperti di atas adalah sangat luar biasa, maka ketahuilah bahawa ganjaran bagi mereka yang mendirikan solat Sunat Fajr adalah lebih besar!


Walaupun menggabungkan kesemua kekayaan manusia di bumi ini, masih tidak dapat menandingi ganjaran yang diberikan kepada umat Islam yang mendirikan solat sunat Fajr ini.

Solat Sunat Fajr juga dikenali sebagai solat Qabliyah Subuh atau Solat Sunat Subuh iaitu solat sunat dua rakaat yang didirikan selepas azan Subuh dan sebelum solat fardhu Subuh.

Solat Sunat Fajr hanya mengambil masa 3-5 minit sahaja.

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda,

“Solat fajar 2 rakaat lebih baik dari dunia dan segala isinya.” Hadis Riwayat Muslim

Baginda Rasulullah s.a.w sendiri cukup menjaga solat Sunat Fajr ini seperti yang diceritakan oleh Aisyah r.a, beliau berkata,

“Tiada solat sunat yang paling Rasulullah s.a.w menjaganya melebihi dua rakaat solat fajar.” Hadis Riwayat Muslim

Sesungguhnya sangat rugi bagi mereka yang tidak mengerjakan solat Sunat Fajr ini kerana solat sekitar 3-5 minit sahaja sudah diberikan ganjaran nilai dunia dan segalanya yang ada di permukaan dan di dalam perut dunia.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2015 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak Mah mana? Jibby pun takde
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 10:34 PM | Show all posts
dah lama tak beli baju kat zara
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 10:34 PM | Show all posts
kalau sampai no 20....

sudah pasti nama wa ada dalam senarai ni...






Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 10:38 PM | Show all posts
tokey L’Oreal tu dah 92 tahun. dah nak mati mati.  kekayaan US$40,1 billion dia tu tetap tak boleh beli syurga.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.218830 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list