CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: GhostWalking

[Tempatan] Ajal Ketika Meludah

[Copy link]
Post time 30-7-2015 12:36 PM | Show all posts
Innalillah ... takziah buat keluarga mangsa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillahi wainna ilaihirrajiun.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 01:21 PM | Show all posts
Sebenarnya kalu ludah ke luar tu lagi bagus, bagus untuk tumbuh-tumbuhan sebagai baja ataupun biodiversiti.Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio. Kepelbagaian bio merangkumi semua benda hidup serta ekosistem yang merupakan habitat bagi kehidupan ini. Kita semua adalah sebahagian dari jaringan kehidupan yang kompleks ini dan saling bergantung antara satu sama lain. Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara paling kaya dari segi kepelbagaian bio.


Terdapat lebih 15,000 jenis tumbuhan berbunga dijumpai di Malaysia iaitu hampir 10 peratus daripada jenis tumbuhan berbunga yang terdapat di dunia. Malaysia turut memiliki lebih 175,000 spesis haiwan iaitu lebih daripada 15 peratus daripada semua spesis yang hidup di dunia.


Terdapat lebih 3,000 spesis orkid iaitu antara bunga yang paling eksotik di negara ini disamping lebih 350 spesis reptilia, 300 spesis mamalia, 1,000 spesis rama-rama, 730 spesis burung. Malaysia juga merupakan habitat kepada bunga terbesar di dunia (bunga Rafflesia), pokok tropika tertinggi (pokok tualang) dan penghuni pokok yang terberat di dunia (orang utan).


Ekosistem semulajadi Malaysia adalah antara yang paling mengagumkan di dunia yang terdiri daripada hutan hujan tanah rendah, hutan bakau, hinggalah ke hutan paya, hutan bukit dan gua batu kapur, hutan gunung dan juga padang rumput Alpine yang kesemuanya berada berhampiran dengan garisan Khatulistiwa.


Pantai-pantai, terumbu batu karang dan taman-taman lautnya dipenuhi dengan pelbagai hidupan yang berwarna-warni dengan beraneka bentuk dan saiz.


Ekosistem semulajadi Malaysia menyediakan perkhidmatan kritikal bukan sahaja kepada negara ini malahan juga kepada seluruh dunia. Secara keseluruhan perkhidmatan ekosistem dianggarkan bernilai melebihi 30 trilion dolar Amerika setahun.


Hutan hujan di negara ini merupakan salah satu penyumbang oksigen utama dunia, walaupun ia hanya meliputi sebahagian kecil permukaan bumi, namun ianya menghasilkan bekalan oksigen yang tinggi. Ini dapat membantu mengekalkan bekalan udara untuk kegunaan manusia dan mengawal serta melindungi iklim dunia.


Hutan hujan di negara ini juga turut membantu mengimbangi jumlah hujan dan menyediakan air yang bersih, mencegah berlakunya banjir serta mengelakkan kejadian hakisan tanah. Ia turut menyediakan bekalan makanan, sumber bekalan bahan industri dan ubat-ubatan. Lebih 70 peratus daripada tumbuhan yang telah dikenalpasti dengan ciri-ciri anti kanser telah ditemui di hutan hujan tropika.


Hutan hujan Malaysia juga merupakan kediaman bagi masyarakat Orang Asli yang merupakan penjaga hutan ini dan memiliki pengetahuan tradisi yang meluas mengenai sumber-sumber kepelbagaian bio.


Hutan bakau, hutan paya laut dan terumbu karang merupakan antara habitat yang paling produktif dalam menyokong industri perikanan dan melindungi kawasan tanah pamah di pantai berdekatan. Ekosistem semulajadi Malaysia menawarkan nilai estetik untuk dinikmati oleh kita semua seperti menjalankan aktiviti rekreasi hutan, memerhati burung, berakit dan menyelam.


Bagi memastikan generasi akan datang dapat terus menikmati dan memperolehi faedah daripada kepelbagaian bio, usaha yang menyeluruh perlu dilaksanakan bagi melindungi sumber kepelbagaian bio ini.


Malaysia komited terhadap pemuliharaan ekosistem, kepelbagaian spesis dan genetik. Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan menyediakan arah tuju pengurusan kepelbagaian bio di Malaysia. Selaras dengan dasar ini, kerajaan Malaysia telah mengguna pakai wawasan bersama mengenai kepelbagaian bio yang terdiri daripada 3 pendekatan utama.


Pengukuhan sistem kawasan perlindungan merupakan salah satu langkah paling efektif dalam memelihara kepelbagaian bio. Taman-taman Negara, kawasan perlindungan hidupan liar dan burung serta kawasan perlindungan lain merupakan asas kepada kemandirian jangka panjang kepelbagaian bio. Pengurusan tanah dan landskap laut diintegrasikan dalam perancangan dan pembangunan. Ini memberikan pendekatan yang menyeluruh dalam pengurusan dan pemuliharaan kepelbagaian bio.


Dengan mengarus perdanakan kepelbagaian bio, aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pemuliharaan dan pengurusan kepelbagaian bio secara mampan akan diintegrasikan dalam dasar-dasar, pelan-pelan dan program-program yang berkaitan.


Setiap individu di bumi ini mempunyai peranan mereka masing-masing. Masa depan kepelbagaian bio bukan sahaja bergantung kepada pihak kerajaan, tetapi juga dengan usaha pelbagai pihak seperti para ahli akademik, penyelidik, masyarakat tempatan, pertubuhan bukan kerajaan, industri dan sektor-sektor lain dalam masyarakat.


Perlindungan terhadap kepelbagaian bio adalah penting bagi generasi sekarang dan generasi akan datang. Marilah kita bersatu bagi mencapai wawasan bersama mengenai kepelbagaian bio dengan hidup secara harmoni bersama alam semulajadi.


Kepelbagaian bio tanggungjawab kita bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 03:03 PM | Show all posts
Takziah,
Ajal dah tiba
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 03:20 PM | Show all posts
takziah..
bnda mcm ni pernah jadik kat aku...
dulu mase balik dari sekolah rendah kene naik prebet sapu..
time tu byr lah 10sen..
pastu paham2 lah kene duduk brhimpit..
pastu keta prebet sapu ni bkn keta baru, smua keta otai..
aku dok dpn dgn sorang kawan ni..
mase kat satu selekoh tu tetiba pintu blkg trbukak..aku jerit kt pakcik drebar..
dia suh cpt2 org blkg tutup pintu..
xsampai 5 minit tiba2 pintu dpn plk trbukak..
aku ddahlah dok tepi tingkap, xpasal2 brguling guling aku kt jln raya..
nasib aku baik xde keta @ lori yang lalu waktu tu..
alhamdulillah..
aku cuma luka2 kecil je..
masaklah pakcik drebar tu kene marah dgn ayah aku..

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 03:23 PM | Show all posts
batmana replied at 30-7-2015 01:21 PM
Sebenarnya kalu ludah ke luar tu lagi bagus, bagus untuk tumbuh-tumbuhan sebagai baja ataupun biodiv ...

apsal baca komen ni mcm terdengar2 iklan kat tv??


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2015 05:11 AM | Show all posts
ngantuk giler gaya tuh....tuh la lain kali pakai seat belt..hurm xde lain kali dah...huuu...kepada yang masih hidup beringat la
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 05:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Pprt 3rd world country sgt suka meludah merata...selayaknyalah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.347481 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list