CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7136|Reply: 88

[Tempatan] Tahap kesuburan wanita Malaysia semakin menurun

 Close [Copy link]
Post time 29-7-2015 11:21 PM | Show all posts |Read mode
Tahap kesuburan wanita Malaysia menurun - Rohani
Nasional
di Kuala Lumpur - 28 Jul 2015

Tahap kesuburan di kalangan wanita Malaysia menunjukkan penurunan mendadak sejak kebelakangan ini daripada 3 anak bagi setiap wanita pada 2000 kepada 1.9 anak pada 2012.

Ini berikutan wanita masa kini lebih memberi tumpuan kepada peningkatan kerjaya mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim menegaskan ia adalah isu penting yang mendapat perhatian kementeriannya kerana faktor ini mampu menyekat pertumbuhan penduduk andai tiada langkah diambil untuk menanganinya.

"Pemikiran wanita sekarang adalah berbeza berbanding wanita sebelum ini. Mereka kini lebih menitikberat kerjaya, sekali gus mengakibatkan mereka mengabaikan keperluan mendapatkan anak," katanya selepas merasmikan Persidangan Persatuan Populasi Asia ke-3 (APA), di sini hari ini.

Menurutnya satu lagi punca penurunan kesuburan di kalangan wanita Malaysia adalah mereka lebih memilih bersendirian daripada berkahwin kerana menganggapnya satu halangan untuk meningkatkan kerjaya.

Berikutan itu, Rohani berkata kementeriannya sedang berusaha keras untuk meningkatkan tahap kesedaran yang masih dianggap rendah ketika ini.

"Kami sedang melakukan yang terbaik untuk memberi kesedaran di kalangan wanita dengan menganjurkan pelbagai bengkel dan ceramah untuk mendidik wanita akan keperluan meningkatkan tahap kesuburan di negara ini," katanya.

Mengenai Persidangan APA, Rohani berkata Malaysia mencapai banyak sasaran yang ditetapkan untuk tempoh 20 tahun dalam Program Tindakan Persidangan Antarabangsa Mengenai Penduduk dan Pembangunan (ICPD-PoA) yang berakhir tahun lalu dan Pembangunan Milenium (MDGs), yang dibuat pada tahun 2000.

"Saya berbesar hari untuk menyatakan kementerian saya sudah mencapai sasaran ICPD-Poa dan MDGs terutama dalam mengurangkan kemiskinan, persamaan gender, pembangunan keluarga dan kesihatan reproduktif remaja," katanya.

Persidangan empat hari itu disertai 600 peserta dari 40 negara Asia yang melibatkan pembuat dasar dan pakar kesihatan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2015 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Naper nk beranak ramai2 klau melarat hidup. Cukupla 1-2 org.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 11:31 PM | Show all posts
sian @Modngengade dah monopos

@sayang_mulut check ejaan jap
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak suruh beranak banyak banyak kau nak tolong bayar kan ke duit sara anak?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
berbeda pulak dgn wanita di bangladesh, rohingya
tahap kesuburan mereka tinggi oooo walopun tahap kewangan mereka cukup2 mkn jaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
dah nikah nanti, nak anak sorang je.

paling koman, nak anak kembo pair boy+girl  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2015 07:39 AM | Show all posts
malaysia makin mandul bestnye
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
bellaa replied at 30-7-2015 06:58 AM
dah nikah nanti, nak anak sorang je.

paling koman, nak anak kembo pair boy+girl

samaaa.. nk kmbar gak.. beranak skali je senang.. hehehehe kalau ade rezeki la kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
ecahaha replied at 30-7-2015 07:46 AM
samaaa.. nk kmbar gak.. beranak skali je senang.. hehehehe kalau ade rezeki la kan..

Insyallah sis (:
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 07:52 AM | Show all posts
Betul ke survey ni.  Kalau di bandar besar logik jugaklah kalau ko pergi kan bandar-bandar kecil dan kawasan luar bandar ramai je perempuan yang mempunyai kesuburan tinggi. Orang kampung aku anak berderet-deret. Yang umur 30-an anak dah 5-6 kebanyakkannya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 08:09 AM | Show all posts
orang kita ramai yang sakit skang nie....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 08:24 AM | Show all posts
sembang lah makcik.... nk suh beranak ramai, pastu ktorg jugak yg mengadap dgr rintihan itu ini mahal
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 08:39 AM | Show all posts
bellaa replied at 30-7-2015 06:58 AM
dah nikah nanti, nak anak sorang je.

paling koman, nak anak kembo pair boy+girl

Amin.

tapi bila dah tua terasa rugi tak beranak ramai
yalah bila anak2 dah besar, kawen.. tinggal kita suami isteri jer kat rumah
eh2 mcm dah tua sgt pulak aku
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 08:41 AM | Show all posts
Suchi replied at 30-7-2015 06:29 AM
berbeda pulak dgn wanita di bangladesh, rohingya
tahap kesuburan mereka tinggi oooo walopun tahap k ...

ntahlah dorang tak pikir ke bila dah beranak ramai ni susah nak tanggung segala
ke dorang tak mampu nak beli/ambik pil perancang?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 08:41 AM | Show all posts
walaupun majoriti pompuan malaysia badan subur mcm peti ais 2 pintu...tapi benih tak berapa subur..ini musti salah kerajaan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 08:44 AM | Show all posts
Vellfire replied at 30-7-2015 08:39 AM
Amin.

tapi bila dah tua terasa rugi tak beranak ramai

sis...apa la...ble dh tua2 enjoy la gi jln2 pusing2 1 dunia...buat benda yg kita suka sama2...tgk wayg...jln2 kat park pegang tgn..lepak2 kat starbucks...sweet sgt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 08:51 AM | Show all posts
lurve82 replied at 30-7-2015 08:44 AM
sis...apa la...ble dh tua2 enjoy la gi jln2 pusing2 1 dunia...buat benda yg kita suka sama2...tgk  ...

hehe betul tu... kena tunggu 30 tahun lagi

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 09:02 AM | Show all posts
cuba pecahkan statistik kesuburan tu mengikut kaum, kita akan dapat jawapan kenapa negara jiran kita tu sibuk import PRC mainlanders ke negara mereka demi survival politik masa depan....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 09:21 AM | Show all posts
melinda_kerr replied at 29-7-2015 11:30 PM
Naper nk beranak ramai2 klau melarat hidup. Cukupla 1-2 org.

kan???
belanja dah la mahal
kalau bagi elaun setiap orang rm300 at least pada setiap bulan dengan tempoh masa sehingga beberapa tahun ok jugak..
hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 09:50 AM | Show all posts
Vellfire replied at 30-7-2015 08:39 AM
Amin.

tapi bila dah tua terasa rugi tak beranak ramai

ingat sis bbnu baya bella

sbb selalu nampak main kutip tacang kat bod negeri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.064041 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list