CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: qqOfficial

Sakit kanser usus: Pic Hazami terkini ~ #217 - makin sembuh namun masih dpantau

[Copy link]
 Author| Post time 18-8-2015 10:52 AM | Show all posts
Changa replied at 18-8-2015 12:18 AM
so heshe tak jadi kena cancer ke?
bukan ke hari tu beriya abang heshe confirm kan cancer bagai?kesi ...

heshe bgtau press dia hanya kena pendarahan usus jahh sis gara2 obses nak diet tp salah konsep diet... makanya kanser tu tak ade la kot...

maybe abang heshe salah pemahaman kot.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2015 11:41 AM | Show all posts
berubahnya muka hazami ni ye.. lain sgt..kuwusss
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 11:45 AM | Show all posts
qqOfficial replied at 18-8-2015 10:52 AM
heshe bgtau press dia hanya kena pendarahan usus jahh sis gara2 obses nak diet tp salah konsep die ...

kenapa aku rasa abg dia ckp betul. tp hazami xmo ngaku sebab nk keluarkan album.

diet apa jadahnya.. dia bukan penah gemuk pon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2015 12:54 PM | Show all posts
lazim replied at 18-8-2015 11:45 AM
kenapa aku rasa abg dia ckp betul. tp hazami xmo ngaku sebab nk keluarkan album.

diet apa jadah ...

Mahu Kurus Bawa Padah Buat Hazami Sehingga Pendarahan UsusHazami mendedahkan sikap obses mahu menurunkan berat badan menjadi punca terjadinya pendarahan usus besar terhadap dia. Hazami atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahmad, 40, atau (lebih dikenali sebagai Kak Mimi dikalangan rakan industri ... ), sikap obsesnya itu bermula kira-kira 10 tahun yang lalu apabila dia merasakan imejnya kurang menarik ketika muncul dalam program televisyen.

"Saya mempunyai berat badan sebanyak 78 kilogram ketika awal pembabitan dalam dunia hiburan.Tetapi demi mahu melihat imej yang segak di televisyen, saya mengamalkan diet yang tidak sihat di mana saya hanya makan sekali sehari sahaja. "Target saya tercapai. Saya berjaya menurunkan berat badan sehingga 50 kilogram pada tahun 2009. Dan saya mengamalkan diet tersebut sehinggalah sebelum dimasukkan ke hospital," katanya. yang ditemui di kediaman ibunya di Gombak, petang Jumaat.

Terdahulu Hazami telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana di sini pada 6 Ogos lalu akibat mengalami pendarahan usus. Hazami turut mendedahkan meminum terlalu banyak kopi pekat juga adalah sebahagian punca dia mengalami penyakit tersebut. Sejak pulang dari hospital beberapa hari lalu, dia mula belajar mengambil pemakanan yang lebih sihat.

"Ini satu pengajaran besar buat diri sendiri. Cuma susah juga nak biasakan diri makan banyak kali dalam sehari. Alhamdulillah, keluarga banyak menyokong dan membantu saya untuk makan secara teratur. Saya perlu berehat selama empat bulan sebelum kembali aktif dalam dunia seni," ujarnya.

Sementara itu, Hazami berkata, sejak terlantar di hospital, dia mula sedar bahawa rakan-rakan dan keluarga sentiasa di sisi, tidak seperti yang digambarkannya iaitu melawan penyakit seorang diri. Saya selalu menganggap tiada siapa yang akan berada di samping kita kecuali keluarga terdekat ketika kita dalam kesusahan.

"Tetapi saya silap. Rakan-rakan, keluarga dekat dan jauh termasuklah pelajar-pelajar saya bersilih ganti datang melawat dan memberi semangat kepada saya.

"Melalui pengalaman ini juga membuatkan saya mahu menjadi seorang manusia yang lebih positif selain mendekatkan diri kepada Allah," tuturnya.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Heshe mmg berisi sikit masa memula kemunculan heshe dalam persada ...tp lepas tu sejak zaman kiblatku, heshe dah nampak kurus sikit.....  zaman mungkir bahagia berisi juaaa



Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
I got gerd...takleh salah makan...means type of food,qty of food,time taking food...ni tgh kene..doc kata posa la cepat baik, ksk latih perut tu rembes smaller amount of acid....huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 03:29 PM | Show all posts
qqOfficial replied at 18-8-2015 10:52 AM
heshe bgtau press dia hanya kena pendarahan usus jahh sis gara2 obses nak diet tp salah konsep die ...

cuba tgk video bawah ni start dari minit 8.15 (aku dah copy video ni at current time...u just tgk je)


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.055584 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list