Rajin bangla2 nih buat OT....
Nih tak masuk lagik buat kerja sambilan potong rumput rumah kerumah (tak masuk dalam silap gaji). So gaji bangla2 plus OT lebih dari RM 5000...
diorg mmg sanggup tak cuti.... bygkan sbln tu takde rehat.... ambik cuti minimum.... sapa sanggup masuk pagi hbis kul 12 mlm... hari2....tp gj bangla tu 3k jah...bkn 5k tiap2 bln
pasal bangla kat sebelah opis aku ni bole beli rumah Semi D kat Puncak alam CASH dlm ma ...
depa duit simpan..... duk dlm rumah mcm reban ayam pun sanggup....
bangla ni seme dr tesco mutiara damansara ni jln kaki..... dgn beras segala... duk kat flora damansara nun
korg sanggup p sopping pastu jln kaki..... tu time jumaat sama gak.... pernah try skali dr opis p solat jumaat jln kaki....serius tak larat hahah
aku dulu penah jadi supervisor, buat networking, up server, pasang server room etc
penah dapat bangla jenis pemalas nauzubillah, suruh tarik cable je pun, bukan suruh angkut beras.. aku jugak la yg kena buat semua tu, dari hacking lantai, pasang trunking, pull cable, angkat server rack, setup server, pasang UPS, ape segala lah.. dapat pemalas bangla ni ape pun tak bole, satu geng dia malas malaun, membe aku kebetulan ada time tu.. dia gi balun bangla sekor2..
pemalas nak mampus, sekali malas dalam 8-10 org.. tak tau la nasib aku time tu dpt bangla jenis malas kerja
Author|Post time 27-7-2015 05:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
UPDATE:
Tak payah nak ‘sentap’
Oleh Hayati Ibrahim dan Nur Lela Zulkipli
ya_t@hmetro.com.my
Putrajaya: Bukan gaji sebulan, tetapi dua bulan termasuk bayaran kerja lebih masa. Itu penjelasan diberikan syarikat tempat seorang lelaki dikatakan warga Bangladesh bekerja yang memperoleh gaji lebih RM5,000 untuk Jun, seperti yang ‘viral’, semalam.
Menurut jurucakap syarikat itu, pekerja berkenaan sudah memaklumkan kepada syarikat untuk berhenti dan balik ke negara asal.
"Jadi, syarikat mengira semua gaji untuk Mei dan Jun termasuk bayaran kerja lebih masa yang dibuat dalam tempoh dua bulan berkenaan.
"Disebabkan itu, jumlah gaji yang diterima pada Jun lebih RM5,000. Biasanya, gaji yang diterima tidak mencecah RM5,000 sebulan,"katanya ketika dihubungi, di sini.
Menurutnya, lelaki terbabit sudah berhenti kerja dan balik ke negara asal.
Gambar salinan penyata gaji lelaki itu menjadi viral di laman Facebook sejak semalam.
Jumlah gaji pekerja bahagian pemunggahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 itu mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif pengguna laman Facebook kerana gaji yang diperolehinya tinggi.
Sementara itu, Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Zulkornain Yusop berkata, tidak timbul isu ‘double standard’ dalam pemberian gaji antara pekerja asing dengan rakyat tempatan.
Menurutnya, gaji yang diterima warga Bangladesh itu adalah setimpal dengan waktu kerja yang diperuntukannya termasuk kerja lebih masa yang mencecah sehingga RM1,700 itu, selain daripada bidang kerja jarang diceburi rakyat negara ini.
“Kalau nak duit banyak, kerja kena banyak juga. Mungkin dia kerja lebih banyak daripada orang lain untuk mendapatkan gaji setinggi itu," katanya.
Bagaimanapun, katanya kerajaan masih perlu memantau majikan yang mungkin mengambil kesempatan terhadap pekerja warga asing dengan mengizinkan mereka bekerja melebihi waktu yang ditetapkan.
Artikel ini disiarkan pada :
Isnin, 27 Julai 2015 @ 5:09 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66532?m=1#sthash.ccZHqBV7.dpuf
5) = Maximum OT sebulan ialah 104 jam. Maknanya dia boleh buat OT 4 jam sehari selama 26 hari.
6) =maximum jam bekerja = 12 jam sehari
7) Gaji sejam = Rm 900/ 26 hari / 8 jam = $4.32
7) kalau dia buat OT tetiap hari = 4 jam X $ gaji sejam (4.32) X 26 hari X OT rate (1.5) = RM 673.92
8) Maximum public holiday sebulan = 2 hari . [ 8 jam X gaji sejam X2 hari X OT rate (2) + 4 jam X gaji sejam X 2hari X OT rate ( 3) ] = $ 247 sebulan + balance OT ( $ 622) = $869
Untuk yang tak paham atau malas nak fikir...KESIMPULANNYA,,,
- kalau ikut labor law .... ko campur macam mana pun... dengan gaji basic RM 900 takkan dapat RM 1700 OT
- Kalau dapat pun ko kerja 18 jam sehari dan dah violate labor law!
- tapi labor office kat malaysia tak strict mana pun.. so bolehlah buat duit kalau korang nak... tapi kerja 18 jam sehari X 6 hari seminggu
suka worang malaysia bila bangla rajin..
memang aku tak nafikan bangla mmg rajin pun..
yang jadi masalahnya..
kebanjiran warga asing bawak duit RM keluar negara berpuluh BILLION setahun..
malaysia income dah la kurang - harga petrol jatuh, sawit getah jatuh, nilai ringgit jatuh..
so bila money pool kurang (sebab RM banyak keluar negara)..
gomen terpaksa print duit baru..
hasilnya.. terjadi inflasi.. RM jatuh nilai..
dulu RM50 boleh penuh satu trolley.. sekarang berapa ketul barang je boleh dapat..
bila aliran tunai dalam negara kurang..
income gomen pun kurang..
hasil nya.. korang semua kena GST..
bangla gumbira.. orang malaysia meroyan..
menang sorak kampung tergadai..
padan muka kita semua..
Post time 27-7-2015 07:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Punya la ramai rakyat malaysia nak kerja, bagi lagi kat bangla2 ni. Budak2 yg part time buat despatch tu ada yg student u, semua nak cari duit ekstra. Yg di bagi kerja bangla nepal indon pasal ada lah manusia yg tumpang dapat ganjaran.