CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Tempatan] Pas sudah tidak relevan - Mad Sabu.

[Copy link]
Post time 21-7-2015 06:00 PM | Show all posts
apam replied at 21-7-2015 12:27 AM
Ada, aku dengar cerita dulu2 ade sorang ostad kat memali dgn grup lobai kampung kena tembak mati k ...

..aku bukan org Pas lar, Pkr pun bukan, DAPig pun tidak, umngok jauh sekali lar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2015 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
babak replied at 21-7-2015 01:06 PM
Pandai-pandai je mat sabun ni kata pas dah tak relavan..dia tu sebenarnya yang dah tak relavan apa m ...

I would rather sokom parti burit mat sabu ni drpd lobai2 isis yg radikal tu, kalu ikut lobai,pompuan kene rogol pun xpe xde saksi 4 mata kan, ape2pun sorga jugak utk yg diliwat suami * pitam *
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2015 06:25 PM | Show all posts
vandergooh replied at 21-7-2015 12:18 PM
Akak pelik sangat... masa pemilihan arituh dihina dicaci macam2 label hina dan jijik hingga dihalau  ...

Apa yg peliknya sangat dgn PAS tu?..hidup mereka berkurun dgn menghina, memfitnah, mencaci menjijik bagai...saya tak pelik aaai...

dan apa kurangnya Mad Sapu tu dlm menghina, mencaci, memfitnah ni...anggap tuhan bayar cash sudah lah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2015 06:29 PM | Show all posts
kebetulan pernah tengok kejatuhan ahli2 politik. ada yang meloncat keluar meninggalkan parti asal dan terus melompat2 sampai ke sudah. ada yang tetap setia walaupun dah hilang segalanya da ikutkan lagi teruk daripada orang2 GHB ni kena. kalau setakat kena maki jebon tu biasa la.

dari pemerhatian memang yang setia dan duduk diam ni akhirnya akan lebih dihormati dan boleh buat come back. personally rasanya GHB ni memang mungkin akan hangat awal2 ni tapi kebolehan dia nak maintain tu kita tak pasti. benda ni semua emosi semata2. nasib baik dia tulis golongan progresif sebab kalau professional masih ramai lagi ada dalam PAS.

kadang2 kena cermin jugak kena mereka terima nasib macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2015 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini_Maidoon replied at 20-7-2015 08:31 PM
alahai lobai, kau tak membaca ke lobai?

kan Khalid Samad & Mat Sabu kata lepas raya ni da ...

Ada gak peminat parti HARU (harapan baru) ni. Tak sangka gak.
Seronok abang mat kalu dia tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2015 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 21-7-2015 06:00 PM
..aku bukan org Pas lar, Pkr pun bukan, DAPig pun tidak, umngok jauh sekali lar...

alahai, tektik lobai progresip isis taliban extrimis mudah nak dibaca daaa .....soo yesterday
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2015 11:13 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 21-7-2015 06:25 PM
Apa yg peliknya sangat dgn PAS tu?..hidup mereka berkurun dgn menghina, memfitnah, mencaci menjiji ...

Menghina, menipu, mencaci dan mencarut itu memang way of life mereka AN.

Maideen~ Its a way of life.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2015 11:15 PM | Show all posts
so, camne dengan janji masuk surga kalo sokong PAS aritu??

melopong la penyokong PAS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2015 11:23 PM | Show all posts
apam replied at 21-7-2015 11:06 PM
alahai, tektik lobai progresip isis taliban extrimis mudah nak dibaca daaa .....soo yesterday

..andaian ko tu  yang sooooo yesterday...typical macai....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2015 11:35 PM | Show all posts
kemaruk posted on 21-7-2015 11:15 PM
so, camne dengan janji masuk surga kalo sokong PAS aritu??

melopong la penyokong PAS

Masih boleh pakai kat PAS progresip. PAS progresip pon berlandaskan Isle jugak katanya. Tapi kena bawak sijil ke ofis kasi chop dulu...

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2015 05:38 AM | Show all posts
Parti baharu ganti Pas 
tidak dapat sokongan?
22 Julai 2015 1:21 AM
  
SHAH ALAM 21 Julai – Parti baharu yang bakal ditubuhkan bagi menggantikan Pas untuk membentuk pakatan pembangkang yang baharu dipercayai tidak mendapat sokongan rakyat sehingga terpaksa ditangguhkan penubuhannya beberapa kali.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, beliau sendiri tidak terkejut sekiranya penubuhan parti itu terpaksa ditangguhkan sekali lagi apabila sokongan rakyat dilihat tidak memberangsangkan.
“Penangguhan penubuhan parti baharu oleh kumpulan pemimpin Pas yang kalah dalam muktamar lepas dipercayai kerana tidak yakin dengan sokongan rakyat kepada mereka.

“Pada asalnya parti tersebut dijangka ditubuhkan pada pertengahan Ogos, tetapi kemudian ditangguh kepada awal September dan terkini pada pertengahan September ini.

“Malah saya juga tidak terkejut jika penubuhan parti tersebut dibatalkan dan kumpulan itu hanya bergerak sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad mengesahkan kesemua pemimpin Pas yang terlibat dalam Gerakan Harapan Baharu (GHB) akan meninggalkan parti itu secara automatik apabila sebuah parti politik baharu ditubuhkan secara rasmi pada 14 September ini.

Parti tersebut yang tertubuh hasil inisiatif GHB yang dipengerusikan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu akan menggantikan Pas bagi menjalinkan kerjasama dengan parti pembangkang lain melalui apa yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat Baru.

Iskandar memberitahu, jika mereka bertegas mahu menubuhkan parti baharu, maka tindakan tersebut perlu dilakukan segera.

Menurutnya, hal demikian kerana kredibiliti mereka sedang dipertikaikan apabila hala tuju parti baharu berkenaan kelihatan kabur.

“Perkara-perkara yang hendak diperjuangkan oleh mereka seperti mendekati masyarakat bukan Islam telah lama ada dalam Pas,” ujarnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.FkHi6XiT.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2015 06:00 AM | Show all posts
Tiga wakil rakyat &#8232as sertai GHB
ZULKIFLI SAINUDDIN  |  22 Julai 2015 1:21 AM
  0  0 Google +0


Saari Sungib

SHAH ALAM 21 Julai - Tiga wakil rakyat Pas di Se-langor hari ini mengesahkan akan menyertai parti baharu yang akan ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) pada 14 September ini.

Ketiga-tiga mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin; ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan Ahli Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud.

Keputusan Hasnul dan Saari dijangka meletakkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah teraju PKR berada dalam keadaan tidak menentu. Ini memandangkan tindakan mereka akan mengurangkan jumlah kerusi Pas di dalam DUN dari 15 kepada 13 kerusi. DAP pula menguasai 15 kerusi manakala PKR 13 kerusi.

Hasnul yang digantung keahliannya berkata, keputusan itu diambil atas alasan Pas telah berpatah balik ke belakang apabila meminggirkan dan membuang pemimpin berwibawa yang membawa parti itu maju ke hadapan dan menjadikan perbezaan pendapat sebagai satu kesalahan.

“Keluar Pas bukan satu keputusan yang mudah sebenarnya kerana saya telah lama dengan parti itu dan saya tidak bencikan Pas tetapi saya perlukan wadah lebih baik. Kalau satu, dua orang keluar bolehlah dianggap parti sebagai kecewa tetapi ini melibatkan ramai orang serta mendapat sokongan dan saya percaya ada lagi ahli Pas lain yang mengambil sikap tunggu dan lihat.

“Pas kena ingat, parti itu dulunya hanya dianggap parti kampung atau Pantai Timur tetapi akhir-nya mendapat banyak sokongan melalui dasar keterbukaannya dan kerjasama dengan pakatan pembangkang tanpa meninggalkan prinsip-prinsip asal,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, bekas Ahli Jawatankuasa Pas pusat, Khalid Abdul Samad mengesahkan kesemua pemimpin Pas yang terlibat dalam Gerakan Harapan Baharu (GHB) akan meninggalkan parti itu secara automatik apabila sebuah parti politik baharu ditubuhkan secara rasmi pada 14 September ini.

Parti tersebut yang tertubuh hasil inisiatif GHB yang dipengerusikan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu akan menggantikan Pas bagi menjalinkan kerjasama dengan parti pembangkang lain melalui apa yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat Baru.

Saari Sungib yang turut digantung keahlian Pas memberitahu, beliau membuat keputusan menyertai parti baharu atas prinsip demokrasi.

“Saya bukan lagi pemimpin Pas kerana keahlian saya dalam Pas digantung sehingga Oktober ini. Atas prinsip demokrasi, saya menyokong GHB seterusnya parti baharu yang bakal ditubuhkan nanti,” katanya menerusi aplikasi Whats-App.

Siti Mariah pula menjelaskan, terpulang kepada kepimpinan parti untuk memecatnya sekiranya beliau menyertai parti baharu nanti.

“Saya tunggu parti baharu ditubuhkan terlebih dahulu kerana kini masih dalam proses. Saya tidak perlu keluar kerana dengan sendirinya akan gugur jika saya sertai parti lain,” jelasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang daripada Pas, Mohamed Hanipa Maidin yang difahamkan turut akan menyertai parti baharu terbabit gagal dihubungi untuk mendapatkan pengesahan.

Panggilan telefon yang dibuat kepadanya tidak dijawab manakala mesej menerusi WhatsApp yang dihantar tidak dibalas.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.Nwx0d3Z9.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2015 06:04 AM | Show all posts
Keluar Pas umpama tinggalkan perjuangan Islam
Pemimpin-pemimpin GHB bebas buat pilihan sendiri
22 Julai 2015 1:20 AM
  
KUALA LUMPUR 21 Julai – Tindakan mana-mana pemimpin atau ahli Pas menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) boleh diumpamakan seperti meninggalkan perjuangan Islam.


Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, berdasarkan kenyataan beberapa pemimpin Pas dalam GHB baru-baru ini, terdapat ura-ura mereka akan keluar daripada parti.

“Kalau itu berlaku, bermakna mereka sendiri memilih untuk meninggalkan perjuangan Islam dan mereka bebas untuk berbuat demikian.

“Pas menyerahkan kepada Allah untuk melakukan perencanaan-Nya dan Allah sahaja yang mengetahui orang yang ikhlas berjuang atau tidak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Abdul Samad semalam yang mengesahkan semua pemimpin Pas yang terlibat dalam GHB akan meninggalkan parti itu secara automatik apabila sebuah parti politik baharu ditubuhkan secara rasmi pada 14 September ini.

Berhubung bai’ah yang dilafazkan setiap calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Haron memberitahu, mereka telah menyatakan kesetiaan terhadap parti dengan bersaksikan Allah se-perti firman-Nya melalui surah Al-Fath, ayat 10:

“Sesungguhnya orang-orang yang bermubai’ah (bertaat setia) dengan kamu mereka sebenarnya bermubai’ah dengan Allah, kuasa Allah mengatasi segala kuasa, maka sesiapa yang mencabuli bai’ahnya maka keburukan daripada memungkiri janji dengan Allah akan terkena ke atas mereka dan sesiapa yang memenuhi kehendak bai’ahnya maka Allah akan menganugerahkan kepada mereka ganjaran pahala yang besar.”

Haron menjelaskan, semua pe-mimpin Pas terbabit juga seharus-nya memahami bahawa bai’ah itu bertujuan memperkukuhkan diri dan jemaah bagi memperjuangkan agama Allah.

Beliau turut menyifatkan hasrat GHB menubuhkan parti politik baharu sebagai lumrah dalam sistem politik berteraskan demokrasi.

Menurutnya, Majlis Syura Ulama Pas pada masa ini mengambil pendekatan tunggu dan lihat tentang tujuan sebenar penubuhan parti baharu itu.

“Kalau semata-mata kerana marah kepada ahli-ahli Pas yang bermuktamar baru-baru ini sehingga mereka tersisih daripada kepe-mimpinan dan kerana itu parti baharu ditubuhkan, maka lebih mudah bagi masyarakat membuat penilaian,” jelasnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.p9rIuEeL.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2015 06:05 AM | Show all posts
depa dulu cakap lafas bai'ah ni dulu..termasuk menceraikan isteri isterinya..kalau betul...ramai lah isteri isteri bakal diceraikan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2015 06:46 AM | Show all posts
Mat Sabu kunci mulut gesaan 
keluar Pas
22 Julai 2015 1:21 AM

PULAU PINANG 21 Julai – Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu enggan mengulas gesaan Naib Presiden parti itu, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah supaya segera mengumumkan keluar daripada Pas selepas menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, ketika ini beliau tidak bercadang untuk memberi komen termasuk menyahut cabaran Mohd. Amar atau sebaliknya.

“Saya mempunyai hubungan baik dengan semua wartawan termasuk dari Utusan Malaysia tetapi hari ini saya tidak mahu memberi ulasan kepada kamu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa juga enggan mengulas tentang gesaan supaya segera mengumumkan keluar Pas.

Dalam nada keras, Ahli Parlimen Parit Buntar itu yang mempunyai hubungan rapat dengan DAP berkata, beliau tidak mahu memberi kenyataan kepada Utusan Malaysia.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.iNZLyUkj.dpuf


Kehkehkehkehkehkehkehkeh..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 07:19 AM | Show all posts
Ghb= Parti Orang-orang  Kecewa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2015 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana nak dapat dana nanti. Nak raih simpati dengan DAP. Kena ingat setiap pemberian perlu ada balasan.
Ingat, kalau perjuangan bermula dengan atas dasar kekecewaan tak akan kemana. Kesana salah kesini salah .........
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 09:29 AM | Show all posts
Aku agak setuju dgn Mat Sabu dlm hal ini. Dgn system demokrasi berpalimen dan system kongsi kuasa, pemerintahan style full ulamak mcm PAS agak kurang sesuai. Negara islam sebenar tidak guna system demokrasi berpalimen. Dan tiada istilah kongsi kuasa dgn non-muslim. Non-muslim hanya wakil sahaja dlm kerajaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2015 09:35 AM | Show all posts
Edited by Anak_Nogori at 22-7-2015 03:45 PM
Bell replied at 22-7-2015 09:29 AM
Aku agak setuju dgn Mat Sabu dlm hal ini. Dgn system demokrasi berpalimen dan system kongsi kuasa, p ...


tetiba je sistem PAS tak sesuai.

tapi berkawan sejak BA sampai PR...tak fikir pun sistem ulamak tu tak sesuai...dah bergaduh baru nampak..

sebab tu gabungan semata2 nak jatuhkan sebuah parti lagi tak sesuai diamalkan dinegara ini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 09:38 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 22-7-2015 09:35 AM
tetiba je sistem PAS tak sesuai.

tapi berkawan sejak BA sampai PR...tak fikir pun sistem ulamak ...

Dulu PAS 50% ulamak 50% professional. Skrg PAS 100% ulamak. Memang tak sesuai sebab PAS sudah berubah sama sekali.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.065671 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list