View: 4891|Reply: 21
|
Official AC & SO Gath (Sabtu 4/7/2015) - Gangnam Station
[Copy link]
|
|
Edited by dauswq at 6-7-2015 07:28 PM
Baru-baru ini telah diadakan gathering kali ke-2 untuk tahun ni yang dinamakan - Iftar: Acara bercomolot warga AC & Soap
Kehadiran ahli sebanyak 14 orang.
Program bermula pada jam 6.00 petang dengan kehadiran orang pertama - @limau selaku penganjur bersama majlis. Sedikit kekecohan berlaku sewaktu acara berbuka puasa tiba di mana makanan/minuman yang dipesan tidak sampai lagi. Tetapi, berjaya juga ditangani dengan baik. Portion makanan yang diberi agak banyak untuk 6 orang. Tinggal satu saje, 7 orang yang makan di meja kami tidak dapat menghabiskan sekeping pan cake (pajeon) . Yang lain dah selesai dlm perut !
Setelah sesi berbual mesra, kuiz ringkas diadakan pada jam 8.15 malam dipengerusikan oleh @dauswq dan @JustCircle . Kumpulan dibahagikan kepada 2.
Kumpulan A diwakili oleh ketuanya, @linome , @lonso , @azie.dz , @brookemcqueen dan @limau
manakala Kumpulan B pula disertai oleh @rukiaichigo (ketuanya) , zaheera + kawannya, @eyka dan @tuna_sandwic
Tukang kira markah dibuat oleh @amyhisashi
Kumpulan A banyak amik soalan easy menjadikan ia sedikit ketinggalan berbanding kumpulan B. Kumpulan B menang sengit dengan markah catitan sebanyak, 17.5 berbanding markah 12.0 yang diperolehi oleh kumpulan A.
Antara soalan yang ditanya - nyatakan nama watak dalam sesebuah drama yg melontarkan dialog spt di bawah, nyatakan jumlah gabungan kumpulan idol2 etc...
Memandangkan sesi kuiz ini baru percubaan dan telah mendapat sambutan agak baik, insyaallah jika ada gathering lagi, kita akan masukkan sebagai program wajib gathering
Dan bila nak balik tu, dan dan tetap gak tidak lupa aktiviti wajibbal ghunnah - transfer hdd drama .. JustCircle sempat copy paste ...OK DONE!
Sila postkan laporan gathering anda. Kumpulan B yang menang kuiz turut mendapat kredit extra sebanyak +100 seorang manakala Kumpulan A pula dapat +50 setiap seorang.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tu la kan, aku rasa ko duk sebelah aku masa kuiz tu. kir eko kumpulan B la. lgpun @dauswq tertinggal nama @limau kat kumpulan A... hehehe
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-7-2015 07:26 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
rukiaichigo replied at 6-7-2015 06:34 PM
tu la kan, aku rasa ko duk sebelah aku masa kuiz tu. kir eko kumpulan B la. lgpun @dauswq tertingg ...
Alamak maaf limau.. Nnt aku betulkn balik |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-7-2015 07:27 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
rukiaichigo replied at 6-7-2015 06:33 PM
@dauswq daus, mmg kena hntr report ke baru boleh claim kredit??? hehehehehe....
Yup antar report sekali.. Sekali harung bg kredit.. Teringin nk bace korg punye persepsi camne |
|
|
|
|
|
|
|
heol.... tgk la dlu mcmaner kan, akan diusahakan nak kumpul kerajinan utk hntr report!! boleh la tepek sekali gmbr2 mknn yg aku snap!! hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
berkurun x msuk forum, ingtkn bleh dpt kedit free |
|
|
|
|
|
|
|
dpt free ler ...
markah menang kuiz
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Zaheera at 7-7-2015 10:20 AM
Laporan:
Mula-mula dapat invitation, ragu-ragu nak join ke tidak sebab dah berkurun tak masuk forum, beberapa kerat forumers lama je kenal. Selama ni segala gathering atau event forum, akan di tag sekali kat FB walaupun tak pernah join [sebab bekerja pada hari Sabtu kecuali minggu pertama + gigih kena melepasi sempadan negeri untuk berjumpa]
erngesahan kehadiran dan salah seorangnya adalah @JUSTcircle makanya digigihkan diri juga untuk turut sama memberikan pengesahan kehadiran. [Sebab boleh tumpang ke tempat perjumpaan + boleh menyorok belakang JC kalau tiba-tiba segan nanti ]
((Nota kaki: Kehadiran turut disebabkan oleh Penganjur CARI yang baik hati kerana masih gigih tag kami di Facebook walaupun ramai yang dah tak aktif berforum. Dan juga sempena tahun ke-10 dengan CARI. ))
Portion untuk makanan yang atas api tu (apa ntah nama dia) nampak sikit tapi sebenarnya tak larat nak dihabiskan oleh 6 orang pun. Side dishes sangatlah sedikit, ada 6 jenis tapi portion macam untuk seorang je.
Paling best, ice lemon tea sangat sedap, sehinggakan kami refill beberapa jug sampai kembung air.
((Nota kaki: Makanan a-la carte di restoren adalah sangat tidak memberangsangkan, atas pemerhatian ke atas meja sebelah yang tidak berjaya untuk menghabiskan makanan ++ kurang kena pada selera))
Masa kuiz, Kumpulan B bertuah kerana mempunyai @rukiaichigo yang ala-ala queen of K-dramas serta mempunyai pengetahun yang tinggi mengenai CARI K-drama Awards. Tatkala forumers lain (termasuk diri sendiri) terpinga-pinga dengan soalan K-drama Awards oleh tuan pengerusi, ketua Kumpulan B kelihatan begitu bersemangat untuk merebut mata dari Kumpulan A. [Kawan juga bersemangat mendapat soalan kuiz sebab dia tengah/pernah tengok drama-drama tersebut ] ... Untuk soalan-soalan Kpop dari saudari pengerusi kuiz, sememangnya memerlukan pembacaan yang banyak berkaitan Kpop (dan juga TV shows yang mempunyai artis-artis Kpop) kerana level easy tukang buat soalan sememangnya tidak berada pada par kami. [Senang lagi soalan-soalan berunsurkan Matematik Kpop. xD]
[Ahli gathering juga sangat bersemangat ketika turut sama meraikan sambutan hari lahir seorang pengunjung kanak-kanak di restoren terbabit, bersama menyanyi mengikuti audio lagu Selamat Hari Jadi dan juga dalam bahasa Korea. +++ Dapat makan cake free yang sedap ]
Sekian laporan dari ahli gathering paling jauh. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wah meriahnya.....suke suke suke |
|
|
|
|
|
|
|
tgk gambar bukan main meriah lagi...
kbel yg tgk pun jeles x ingat....
sorry semua kbel last minit x dpt join sbb hubby pun last minit x bagi pegi... tiba2 jew alasan dia sbb tpt gathering jauh dan merbahaya balik mlm2 dgn Bella....huhu...dia risaukan anak dia je tau... |
|
|
|
|
|
|
|
Laporan Tanpa Gambar
.... Lapor Tak Mampooo Nak Selpie... tumpang selpie orang jeeeee....
==========================================
Ini adalah kali kedua join geng kuat makan ni.... hihihihi
First time kat rumah kak bel. Yg tu tak sempat nak cemolot lelama sebab ada masalah teknikal... huhuhuhu
So, demi untuk memperbaiki reputasi, maka kena join yg kedua ni.
Dan paling best.
Tempat dia dekat je dengan rumah... hihihihi...
Gangnam Station adalah my favourite place. Selalu makan kat situ dengan bopren.
Cuma nampaknya, ketara perbezaan kali pertama makan kat situ dengan hari-hari berikutnya. Masa mula-2 tak banyak pelanggan, dia punya side dishes memang sangattttt mewah. Ada kerang, ada Danmuji, ada terung goreng. huhuhuhu... tu yg sodappp....
My all time favourite is Teobokki.... siap tapau setiap kali makan kat situ.
OK, back to topic.
Pada hari kejadian, memula nak datang awal. Pukul 4:30 seperti yang telah dimaklumkan. Yo yo oooo kannnnn....
Alih2 ada lak kena mengajar last minit so kelas habis kul 4. Dan siap2 pun dalam kul 6 baru gerak ke Gangnam Station.
6:30 kami sampai, dilihat @dauswq @azie.dz @lonso (cutenye dia ni.... dedolu iols ingat lelaki) @secret*ID*orangkuat (jadi kepala meja) yg kiri aku tu dengan yg duk sebelah @azie.dz tu nama dia sapa dah kan... memory sangat tidak membantu... maafkan daku tak ingat...
wahhhh... sangat happening
rupanya diorang pun baru je sampai.
Nak dekat pukul 7, dah gelabah sebab geng lain tak sampai lagi. Mana la diorang ni, iols ni dah tak sabor nak mengorder. Sekali tup tup diorang pun sampai.
@JUSTcircle yg banyak menghidupkan suasana sebab sora dia loud & clear.. faham setiap butir kata2... iols kenal JC ni masa kat thread kekanak je dan keep wondering siapalah dia ni. Akhirnya ketemu juga. Happy happy!!!!
si Mel lak iols tak ingat nama dia dalam forum... hihihihi... dah jumpa masa gath kat rumah kak bel aritu.
Ira kita tak pernah jumpa... tapi sangat sporting... dengan kawan Ira.
Lepas mengorder set sama macam geng sebelah, maka datanglah geng budak sekolah. Yang tengah exam tu. Gigih diorang ni. Dalam kalut exam, masih lagi datang memeriahkan majlis. You are awesome!!! Tak sempat nak cerita panjang sebab dah nak masuk waktu berbuka. Maka iols dengan Mel, Ira dan kawan dia gi surau yang berdekatan. Sebab tak nak bertembung dengan orang ramai nanti lepas berbuka. Yang kiutnya kitorang bawak kurma sorang seketul. Maka berbukalah kami berempat di surau tersebut bersama sebiji kurma. Kenangan terindah.
Then, makan time. Fuhhh... memang sudah dijangka, masakan dia memang kena dengan tekak tuna ni. Cuma yang kurang bestnya, meja kami diorang hantar lambat. Dan entah apa-apa je yg diorang hantar. Sepatutnya ada pajeon tapi diorang hantar Teobokki. Siap gado2 dengan staf situ tapi diorang insists Teobokki tu meja kitorang punya. Udang tu pun tak cukup hantar. Diorang gantikan aiskrim mini. Bulgogi grill tu punyala banyak. Memang tak habis. Kami tapau bawa balik. Sayang weh nak tinggalkan. Tak baik membazir. hihihihihi....
Yang tak puas hati sebab side dishes mmg out dan kedekut tak macam first time makan situ.
Kenyang minum ais lemon je. Tuna kira ada la dalam 4 kali jug refill. Sebab nya, tuna yg tukang mintak 2 kali. Dah tu banyak minum sampai buncit. Dahaga wehhhh....oppsss
Selesai acara makan, maka sesi kuiz bermula. By the time, geng budak sekolah dah beransur pulang. I wish we had more time to get to know each other.
Tuna dapat masuk dalam geng B. Beruntung ada @rukiaichigo . Punyala terer. Tuna tumpang ketereran dia je. Kawan Ira pun tere gak. huhuhu... jelezzzz.... iols macam biasa la. Asal masuk game ke apa, mesti blur katak dulu.
Dalam pada tu, sempat celebrate lagu Happy Birthday untuk adik comel. Sporting kan kitorang?
Penat nyanyi lagu tak habis-habis. Dapat kek sedap. Tapi tuna dah tak boleh sumbat.
Serious! I am full. Overload. Terliur gak tengok JC bedal kek yg sedap itu. Tapi apakan daya, kena faham perut dah bagi warning kalau idak nanti keluar balik semua.
Selesai semua, maka acara pembayaran bermula. Yg ni kelakar. Maklumlah, dalam resit tulis lain tapi yg kami order lain.
Jenuh gak la menerangkan tapi staf situ insists gak dia yg betul. Last2 kami terima seadanya. Kalau idak, mahu sampai sahur kat situ.
Last but not least, si JC dan dauswq memulakan acara transfer mentransfer dan donlod mendonlod. Lalu Iols pun beransur pulang bersama kenangan makan yang enak dan dapat berjumpa dengan rakan2 yang masih tidak berapa diingati namanya.
Nanti iols buat Jjajjangmyeon uols datang makan ye.... hahahaha... ni si Dida dengan si Is la terliur dengan Jjajjangmyeon yg iols buat. Nak kena prepare kimchii dengan Danmuji la nampak gayanya.
Sekian laporan dari saya.
Tuna harap aktiviti seperti ini akan diadakan lagi demi merapatkan silaturrahim sesama kita.
Thumbs up to Daus kerana sentiasa mempunyai idea dan usaha untuk bersilaturrahim.
Thumbs up juga kepada anda semua yang sporting dan berusaha untuk hadir setiap aktiviti.
Dengan silaturrahim, rezeki kita akan bertambah. Rezeki bukan saja dinilai dari wang ringgit tetapi termasuklah kesihatan yang baik, umur yang berpanjangan, kemudahan dalam setiap urusan, pahala juga dapat InsyaAllah. Luv UOLS
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
segan iolssss tau... hehehehe.... anyway, tq... and nice to meet u... time tu 1st time kan kiter jumpa. hihihi
|
|
|
|
|
|
|
|
motif lmbt sgt reclaim kredit?
|
|
|
|
|
|
|
|
ntah la wei. aku lupa nak terjah sini... busy melayan k-drama & drama siam!!! 55555555555555
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dauswq at 7-4-2016 06:57 PM
K drama Pop Quiz dilancarkan bagi sesetengah drama pilihan moderator untuk drama yang akan habis bersiaran tidak lama lagi. Anda MESTI menjawab kesemua 7 soalan dalam satu kali percubaan sahaja. Setiap jawapan yang BETUL, TEPAT dan TERPANTAS sahaja dinilai mengikut nilai dinyatakan di sebelah soalan. Bagi yang menjawab betul juga kemudiannya, hanya akan mendapat +5 sahaja. Tarikh tutup adalah pada hari Rabu 11:59 pm di mana jawapan anda akan diperiksa kemudiannya.
Cara menjawab adalah dengan "copy paste" soalan di bawah, taq @dauswq seperti ini dan seterusnya disertakan dengan jawapan anda. Kegagalan berbuat demikian membuatkan jawapan anda tak diterima.
Jadi, apa tunggu lagi! Rebut peluang keemasan ini.
1. Berikut merupakan pasangan bercinta daripada dua profession yang berbeza KECUALI
[Ganjaran kredit: +30]
A. Daniel Spenser vs Yi Hye Hwa
B. Lee Chi Hoon vs Jang Hee-Eun
C. Song Sang Hyun vs Ha Jae Ae
Jwpn: B
2. Berapakah anggaran biji berlian yang telah berjaya dikorek daripada perut Jin Young Soo?
[Ganjaran kredit: +40]
(30)
3. Siapakah wanita yang rujuk oleh kedua-dua Kang Mo Yeon & Myung Joo menyebabkan mereka menyedari tabiat buruk Kapten Yoo Shi Jin & Seo Da Young?
[Ganjaran kredit: +40]
(Shin Jae Young)
4. Siapakah watak yang diberi gelaran 'Private Ryan'?
[Ganjaran kredit: +30]
(David Argus)
5. Apakah lagenda Uruk yang diceritakan kepada Kang Mo Yeon oleh Yoo Shi Jin apabila mereka tiba di suatu pulau yang terletaknya kapal usang yang tersadai?
[Ganjaran kredit: +50]
6. Kesemua penyataan di bawah adalah SALAH kecuali
[Ganjaran kredit: +50]
A. Hubungan Seo Da Yeong dengan Myung Joo pada mulanya tersekat kerana halangan daripada ayah Myung Joo yang tak mahu bakal menantunya berhenti bekerja sebagai askar.
B. Lee Chi Hoon menangis dengan bersungguh-sungguh kerana gagal menyelamatkan Kang Min Jae dengan tangan sendiri.
C. Ketidakpercayaan antara satu sama lain menyebabkan hubungan Yoo Shin Jin dan Kang Mo Yeon pada awalnya tidak berjaya.
D. Penghidap virus M3 ialah Myung Joo, Jin Young So dan Lee Chi Hoon.
Jwpn: C
7. Padankan nama gelaran diberikan untuk setiap ahli berikut dalam Kumpulan Alpha yang diketuai oleh Kapten Yoo Shi Jin.
Cth: Seo Da Yeong - Wolf
[Ganjaran kredit: +60, +15 setiap satu]
(a) Yoo Shi Jin
(b) Gong Chul Ho
(c) Im Kwang Nam
(d) Choi Woo Geun
(a) Big Boss
(b) Harry Potter
(c) Snoopy
(d) Piccolo
|
|
|
|
|
|
|
| |
|