CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5789|Reply: 8

3 Latihan ketenteraan yang paling gila

[Copy link]
Post time 2-7-2015 12:37 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Fyruz

Nak jadi barisan hadapan mempertahankan negara itu memang lah tak mudah. Selain memerlukan kekuatan fizikal, kekuatan mental jugak diuji sebagai melengkapkan diri dengan ringtangan yang bakal seseorang tentara hadapi dalam melindungi negara yang tercinta.

namun, dalam banyak-banyak negara berikut, ada juga yang menjalankan latihan yang boleh dikira ekstrem dan melampau batas. Jom kenali negara mana yang melatih tenteranya ala-ala ganas ini


1. China

Negara China memang terkenal dengan perbelanjaan yang besar untuk memperhebatkan ketenteraannya. Selain melatih tenteranya berdisiplin, tepat dan keberanian yang tinggi. Ada satu latihan ini memang mencabar ketahanan dan kerjasama yang tinggi oleh semua anggota.

Seperti bermain game 'hot potato' namun ia dilakukan dengan bom yang hidup. Bayangkan dibahagikan dalam 6 orang satu kumpulan, masing-masing harus mengagihkan bom hidup kepada setiap ahli dan anggota yang terakhir perlu mencampakkan ke dalam lubang sebelum bom itu meletup. Seperti dalam video dibawah, pada minit 1:27 dapat dilihat, ketepatan masa, kepekaan anggota serta keberanian untuk menggendalikan latihan ini tanpa sebarang kesilapan.


https://www.youtube.com/watch?t=87&v=_e_XXUYFdyk

2. Tentera laut US - Acara Air

Secara keseluruhannya kalau tak mencabar memang tak layak la jadi tentera. Tapi jika anda dilemaskan didalam air sejuk sambil badan dipenuhi dengan lumpur memang mencabar kekuatan tulang anda menahan kesejukan. sebelum dilemaskan didalam kolam, mereka digari kaki dan tangan dan dalam keadaan menegak jatuh ke dalam kolam. apa yang harus dilakukan selepasitu adalah,
mereka harus timbul dan tenggelam sebanyak 20 kali,
terapung untuk 5 minit,
berenang ke tempat cetek,
pusing tanpa sentuh bahagian dasar kolam
berenang kembali ke tempat dalam
berenang kuak ke depan dan ke belakang
akhir sekali mencapai topeng muka yang diletak dibahagian dasar

bayangkan semua ini dilakukan dengan keadaan kaki dan tangan terikat. Seram bukan


3. Korea Selatan dan China (Memecahkan konkrit menggunakan kepala)

Kebanyakan tentera biasanya dikenali dengan barisan kawad, disiplin yang tinggi, memanjat tembok batu. Tapi bagaimana pula bagi tentera yang memecahkan konkrit. Menggunakan kepala pulak. Dengan latihan yang banyak, mereka melatih tentera untuk mengebalkan bahagian kepala. Jadi jangan salah sangka, jika kepala merupakan bahagian terkuat bagi Korea selatan.

https://www.youtube.com/watch?t=19&v=IEttrvMVirA




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2015 02:05 PM | Show all posts
Dasyat cina...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 02:15 PM | Show all posts
pergh... tough sungguh training
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 02:20 PM | Show all posts
tak sanggup nak jadi askar.......
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 02:41 PM | Show all posts
msia pun hebat jugak especially untuk pasukan khas..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 07:22 AM | Show all posts

cina kat mesia lembekkk
kene jentik dgn polis
panggil DAPig dan MCA
beri rasuah
supaya jgn jentik lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2015 11:57 AM | Show all posts
Benar2 mencabar daya tahan badan dan mental
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 01:25 PM | Show all posts
nasib baik aku tak minat jadi askar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2015 08:07 AM | Show all posts
Nombor tiga tu demonstrasi, bukan latihan.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.183361 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list