CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7064|Reply: 0

Kornfeil, Zulfahmi kecewa di GP Catalan

[Copy link]
Post time 15-6-2015 12:28 PM | Show all posts |Read mode

GRAND Prix (GP) Catalan berakhir dengan kekecewaan bagi Drive M7 SIC Racing Team apabila Jakub Kornfeil terbabas pada pusingan pertama, manakala Zulfahmi Khairuddin sekadar di tempat ke-24.

Pelumba berusia 23 tahun itu gagal membuat pecutan dan masih bergelut dengan kawalan pada jenteranya serta tidak dapat mengekori kelompok pelumba yang mendahului perlumbaan itu.

"Saya banyak bergelut dengan jentera terutama cengkaman di bahagian belakang. Kami dapat membaiki beberapa masalah tetapi masih tidak mencukupi.

"Dalam perlumbaan, saya tahu pecutan saya tidak mencukupi untuk mengejar mereka di hadapan, jadi saya tidak dapat mencapai keputusan yang saya harapkan.

Saya tidak menyerah kalah dan akan meneruskan cabaran untuk beraksi lebih baik," kata Zulfahmi dalam kenyataan.

Rakan sepasukannya, Kornfeil dari Republik Czech menampilkan permulaan yang baik tetapi harapannya untuk menamatkan perlumbaan dengan keputusan membanggakan musnah apabila insiden kemalangan menyaksikan Gabriel Rodrigo dari RBA Racing Team melanggar pelumba berusia 22 tahun itu di selekoh ketiga.

Disebabkan jenteranya rosak teruk, Kornfeil tidak dapat meneruskan perlumbaan dan memaksa beliau menarik diri daripada Grand Prix itu di peringkat awal.

"Selepas permulaan yang sukar di hujung minggu, saya gementar sedikit ketika perlumbaan tetapi saya masih dapat menumpukan perhatian. Saya membuat permulaan yang baik tetapi malangnya di selekoh ketiga pusingan pertama, Rodrigo terbabas dan saya juga terlibat.

"Ini amat malang dan tiada apa yang boleh saya lakukan, saya masih kecewa. Secara keseluruhan, ini adalah hujung minggu paling sukar dalam kerjaya saya sebagai seorang pelumba," kata Kornfeil.

Sementara itu, pengurus pasukan John Stigefelt berkata pasukan itu akan menggunakan tempoh sebelum perlumbaan seterusnya di Assen untuk mengkaji segalanya dan mengenal pasti apa yang silap.

"Pada masa ini, kami tidak tahu mengapa kami hambar pada perlumbaan di sini, jadi untuk kepastian kami mempunyai banyak kerja untuk dilakukan. Kami harus menunjukkan kebangkitan pada perlumbaan di Assen," katanya. - Bernama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.406701 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list