|
Skuad Bawah 23 (B-23) negara melakar kemenangan kedua pada Sukan SEA 2015 setelah mengalahkan pasukan tercorot, Brunei 2-0 dalam aksi keempat kumpulan B acara bola sepak di Stadium Bishan, di sini, malam ini.
Kemenangan tersebut, bagaimanapun tidak memberi sebarang makna kepada skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu yang sudah tersingkir daripada perebutan tempat ke separuh akhir pada temasya sukan dwitahunan itu selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut kepada Vietnam dan Thailand, sebelum ini.
Pada aksi malam ini, dua gol skuad B-23 negara dijaringkan oleh pemain gantian, Muhammad Nurridzuan Abu Hassan Saari pada minit ke-71 dan Adam Nor Azlin, selang enam minit kemudian.
Untuk rekod, Malaysia meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Timor Leste pada 30 Mei sebelum diaibkan 1-5 oleh Vietnam pada 2 Jun dan kalah 0-1 kepada Thailand, selang dua hari kemudian.
stadiumastro.com
|
|