CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6205|Reply: 9

Satu-Satunya Haiwan Yang Mampu Hidup Kekal Abadi

[Copy link]
Post time 8-6-2015 10:12 AM | Show all posts |Read mode

Lumrah hidup di dunia, apabila ada kehidupan pasti ada kematian. Tiada siapa yang mampu hidup selama-lamanya.

Tapi betulkah kenyataan ini? Sebenarnya ada satu spesis yang mampu hidup kekal abadi, ianya adalah obor-obor ini.

Sebenarnya obor-obor adalah satu spesis yang sangat pelik. Mereka tidak mempunyai otak, perut, sistem pernafasan, sistem peredaran darah. Kiranya memang lain dari yang lain. Tapi ada satu lagi spesis obor-obor yang sangat pelik di mana sifatnya tidak dimiliki oleh mana-mana spesis, samada haiwan mahupun manusia di dunia ini, iaitu mampu hidup kekal abadi.




Obor-obor ini diberi nama Turritopsis nutricula, atau juga digelar sebagai immortal jellyfish. Ianya juga digelar Benjamin Button jellyfish, kerana seperti watak utama dalam filem tersebut, obor-obor ini mampu mengubah bentuk dewasa mereka menjadi peringkat bayi (atau polyp) semula, terutamanya apabila mengalami stress, lapar atau kecederaan. Dan dari peringkat bayi itu pula, mereka akan menjadi dewasa semula dan kemudian berubah menjadi bayi semula dalam kitaran yang tidak berhenti, atau dalam kata lainnya, hidup kekal abadi.


Proses tersebut digelar sebagai transdifferentiation, di mana sel-sel yang terdapat pada obor-obor tersebut dapat berubah menjadi jenis sel yang lain. Contohnya sel otot boleh berubah menjadi sperma atau telur, atau sel saraf berubah menjadi sel otot dan sebagainya.

Menurut New York Times, kitaran hidup obor-obor ini boleh diumpamakan seperti rama-rama yang tidak mati namun berubah menjadi ulat bulu semula, atau seperti ayam dewasa yang bertukar menjadi telur dan melahirkan anak ayam yang lain. Jika nak diumpamakan seperti hidup manusia pula, ianya seperti seorang orang tua yang menjadi semakin muda dan muda, hinggalah kembali kepada bentuk janin. Untuk sebab itu juga, obor-obor ini digelar sebagai Benjamin Button Jellyfish.



Secara teorinya, proses transdifferentiation pada obor-obor ini boleh berulang-ulang dalam kitaran tidak berpenghabisan atau infiniti, memampukannya untuk hidup kekal abadi. Jadi benarkah spesis obor-obor ini mampu melawan hukum alam? Tapi apabila bercakap tentang realiti, tiada yang mampu hidup selama-lamanya. Obor-obor ini juga mempunyai kemungkinan untuk mati dan setakat ini tiada bukti dari makmal yang menunjukkan ada obor-obor yang mampu hidup beberapa generasi secara berterusan melalui proses transdifferentiation ini.

Namun ianya tetap sangat memberansangkan kerana terdapat spesis seperti ini yang mampu bertukar menjadi muda semula, terutamanya pada para saintis. Jika hasil kajian obor-obor ini membuahkan hasil, dijangkakan ianya mampu meningkatkan kualiti hidup manusia. Mungkin kita tidak mampu untuk hidup selama-lamanya, namun sekurang-kurangnya ianya membuka peluang yang menakjubkan, contohnya dalam rawatan pemulihan sel-sel kanser

http://www.kfeinblog.com


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2015 12:29 PM | Show all posts
good info...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2015 12:29 PM | Show all posts
good info...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 01:34 PM | Show all posts
bagus..dapat belajar
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 12:07 PM | Show all posts
ooo ada jugak rupanya... thanks
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 06:06 PM | Show all posts
semua yg hidup pasti merasai mati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2015 12:04 PM | Show all posts
thanks tt...gud knowledge for today..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 02:27 PM | Show all posts
info baru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2015 12:15 AM | Show all posts
harap bleh digunakan untuk kebaikan sejagat
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
info baru....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.058159 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list