CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5365|Reply: 27

[Tempatan] Muhyiddin pulang, tenang

[Copy link]
Post time 3-6-2015 08:13 AM | Show all posts |Read mode
Muhyiddin pulang, tenang
TPM berjalan tenang sebaik tiba di KLIA tanpa mengendahkan soalan dari wartawan. - Foto TRP/SM Amin



[size=100%]SEPANG, 2 Jun:
Kepulangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada percutiannya disambut sekitar 50 penyokong beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Muhyiddin yang tiba pada jam 9.30 malam terus beredar tanpa mempedulikan sebarang soalan daripada wartawan yang menunggu sejak jam 6 petang tadi.
Penyokong-penyokong Muhyiddin melaungkan ‘Hidup Tan Sri’ dan ‘Selamatkan Malaysia’ sebagai tanda sokongan kepada beliau.

Antara individu yang hadir memberi sokongan bekas Exco negeri Perak, Datuk Hamidah Osman dan Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya.
Abu Bakar ketika ditemui pemberita berkata kehadiran beliau hanya sekadar menyambut kepulangan Timbalan Presiden UMNO itu sahaja.

“Abang datang sebagai rakyat Malaysia yang teringin sangat menyambut kepulangan TPM dan Alhamdulillah saya dapat salam tangan Muhyiddin, itu sejarah dalam hidup saya.

“Saya tak tahu dia nak balik, ini pun kawan-kawan bagitahu. Saya kata selamat pulang pemimpin negara,” katanya.

Seorang penyokong dari UMNO Bahagian Kuala Langat, Shahrul Nizam Shahrudin berkata sambutan kepulangan ini tidak ada sebarang signifikan apa-apa.
“Tiada apa-apa, sekadar untuk menyambut kepulangan bagi sokongan elak perpecahan,” katanya.

Sementara itu, seorang pegawai Muhyiddin ketika ditemui berkata sambutan ini tidak dirancang oleh pihaknya.

Jelasnya, sambutan sebegini merupakan perkara biasa setiap kali Muhyiddin pulang daripada luar negara.

Terdahulu, terdapat desas-desus di media sosial Muhyiddin akan mengumumkan sesuatu setibanya pulang daripada percutian.



http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/02/muhyiddin-pulang-tenang/#ixzz3bxAx2660

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2015 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Seronok puak2 ni g cuti2 kan... Bersambut2 bagai dek kaki ampu
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
selalu dgr berita pemimpin2 ni g bercuti..setahun brp kali
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 08:31 AM | Show all posts
hehehe...jangan jadi mcm Bang Nuar dah lah.....

Siap sokong sana sini...bila melawan semua penyokong cabut lari berpaling tadah...rupa rupa penyokong saja saja nak bagi jatuh/kena Bang Nuat....hahahaha

Politik memang senang dibaca...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 08:41 AM | Show all posts
Oh pergi bercuti...
atau disuruh bercuti,stress sgt,pandangan dh jd xsama dengan orang no 1
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang sesuatu sangat nak diumumkan tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2015 09:29 AM | Show all posts
muhyidin tak popular. lebih ramai yg sambut mahathir balik dari muhyidin ni. anwar pi hospital pun lagi ramai penyokong kerumun.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 09:40 AM | Show all posts
xsbr nk tgu apa yg dia nk umumkan tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2015 09:48 AM | Show all posts
Jgn ckp Muhyiddin lak yg letak jawatan dh lerr...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 09:52 AM | Show all posts
ermmmm....dia pun dah tahu dah.....so senyap² je laa
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 10:16 AM | Show all posts
agak2 apa lah yg nak diumumkan tue..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 10:35 AM | Show all posts
moga2 Allah lindungi pak teh
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kambing itam lg
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 08:24 PM | Show all posts
di-luar nampak tenang, tsunami di-dalam tak siapa tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak Yidin xde aura. Opsss.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 08:44 PM | Show all posts
Simunggu replied at 3-6-2015 08:31 AM
hehehe...jangan jadi mcm Bang Nuar dah lah.....

Siap sokong sana sini...bila melawan semua penyok ...

bang nuar tu sapa?
sepupu mahyudin ka?

apa kaitan dia dgn tred pokcik yidin nih?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2015 08:46 PM | Show all posts


............kenapa harus dia pulang tak tenang?

tak paham.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 10:39 PM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 3-6-2015 08:46 PM
............kenapa harus dia pulang tak tenang?

tak paham.

walaupon keadaan cuaca tak menentu dengan turbulance sana sini sepanjang penerbangan,beliau sentiasa tenang dan aman2.kalu ko kena turbulance jongkang jongkit sana sini time atas katebang mampu lagi ke nak tenang pok yidin sorang je yg  xgentar dgan turbulance lah!
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sunday ini, Muhyiddin bakal bertandang depan rumah aku untuk sambutan Pesta Kaamatan peringkat Malaysia.

See yu there BOS!
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
MeghanK replied at 3-6-2015 08:22 AM
selalu dgr berita pemimpin2 ni g bercuti..setahun brp kali

Musim cuti sekolah mmg camtu... Baik menteri ke exco ke.. Ada yg best bt program rasmi lawatan ke luar negara ms tgh cuti sekolah...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.123753 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list