CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47071|Reply: 388

Nora Danish and her boutique cafe Kopi XOXO :*

[Copy link]
Post time 14-5-2015 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Blues at 14-5-2015 06:33 PM

Kopi & XOXO [url=home.php?mod=space&uid=1968553]@ Bangsar[/url]credit to: http://halalfoodtaster.blogspot.com/2015/04/kopixoxo-bangsar.html



Popular actress, Nora Danish had followed the steps of other celebrities by running a boutique cafe. Her cafe named as Kopi & XOXO is located at Bangsar, which serves both malay and western cuisines. One of their speciality is the pisang goreng cheese by thegorpis.




The cashier and also the counter where drinks were made.

I had difficulty in ordering because it was a bit loud

when the drinks were been prepared.




The interior of the cafe was filled with the xoxo designs

so you will realise that all the tables have letters 'X' or 'O'.




Some of the decor of the cafe which is at the 2nd floor.




More decor.





Bubur x.o.x.o (RM14.90)

This is one of the signature dishes.

I love this kampung style porridge!!




Thegorpis original (RM8)

There are 8 pieces in a set.

I fall in love with the crunchiness of thegorpis




Cheese and chocolate (RM8)

This one was very tasty!




Cheese and white chocolate (RM8)




Iced chocolate (RM12)




Soursop blended (RM9)




Peach blended (RM9)






Reasonable prices.

Limited parking area but the cafe was a pleasant and comfy.

Love the pisang goreng cheese.

And Nora Danish herself served my orders.

Very recommended!!






Kopi & XOXO

No. 3 Jalan Riong Off

Jalan Maarof

59100 Bangsar

Kuala Lumpur, Malaysia.


11.00am-10.00pm




Caya la thumbs up to beautiful Nora Danish.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2015 03:00 PM | Show all posts
lagi review ## kopi xoxo nora danish n her bffs
credit to: http://mohdzarin.com/blog/kopi-xoxo/

Baru-baru ni saya ke Bangsar semata-mata untuk melihat apakah keistimewaan cafe terbaru yang sedang hangat diperkatakan iaitu Kopi XOXO. Kopi XOXO ni berkonsepkan butik cafe dan dipunyai oleh pelakon wanita yang tidak asing lagi iaitu Nora Danish. Saya dimaklumkan juga, Kopi XOXO ini juga turut diuruskan oleh sahabat baik Nora iaitu Betty Rahmad. Setiap hari saya tengok ramai rakan artis yang datang ke Kopi XOXO dan nampak macam seronok je lepak kat sana. Lebih-lebih lagi kalau ada Nora Danish jadi cashier ataupun servekan makanan.





Kopi XOXO terletak di Jalan Riong, Bangsar. Walaupun lokasinya terletak berdekatan dengan jalan utama, ianya mungkin tidak sebegitu mudah untuk dicari. Lebih-lebih lagi sekiranya anda tidak biasa dengan jalan di Bangsar kerana ianya agak terselindung sedikit. Kopi XOXO beroperasi setiap hari bermula dari jam 12.30 tengahari sehingga jam 9.30malam kecuali cuti pada hari Isnin. Sewaktu saya ke sini pada hari Ahad, saya perasan ramai orang dah menunggu seawal jam 12 tengahari.
Kopi XOXO berkonsepkan santai dan tempat untuk berehat-rehat bersama kawan-kawan sambil bergosip. Ruang makannya tidaklah terlalu luas namun tidaklah terlalu kecil. Saya anggarkan lebih kurang 50 orang pelanggan dapat menjamu selera pada sesuatu masa. Untuk memesan makanan, kita haruslah memesan dan membayar terlebih dahulu di kaunter.





Kopi XOXO menawarkan kopi “old school” iaitu kopi kampung sebagai minuman utama. Kopi XOXO samada sejuk ataupun panas dihidangkan di dalam kole besi ala kampung. Jadi tak kira Kopi XOXO panas atau sejuk, rasionalnya menggunakan kole adalah supaya suhunya akan bertahan lebih lama. Selain KOPI XOXO, kat sini terdapat banyak lagi minuman signature yang lain seperti Ice Blended XOXO, Cappuccino, Mocha dan banyak lagi.Walau bagaimanapun saya sangat suka dengan rasa Kopi XOXO yang rare dan sedap.





Bagi makanan pula, terdapat beberapa pilihan menu makanan seperti Spicy Aglio Olio, Beef Burger, Lemon Chicken, Bubur Betty dan beberapa menu lagi. Oleh kerana saya makan bersama Zarith, saya hanya boleh order 2 menu makanan sahaja. Saya dan Zarith memilih Bubur Betty dan Cheezy Beef Burger. Bubur Betty juga sebenarnya merupakan salah satu signature dish di sini. Bubur Betty didatangkan di dalam bersama ikan bilis goreng, kacang, lobak, telur masin dan kangkung belacan.
Walaupun set Bubur Betty ini nampak simple, tapi menu macam ni dah susah nak dicari lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur. Set Bubur Betty ini sangat sedap dimakan ketika panas dan merupakan kombinasi yang sesuai dengan Kopi XOXO.


Sekiranya set Bubur Betty mampu mengimbaukan perasaan seperti di kampung halaman, menu western Cheezy Beef Burger pula memberikan perasaan yang disebaliknya. Cheezy Beef Burger dihidangkan bersama kentang goreng bersama patty daging yang sedap.


Selain menu hidangan utama di KOPI XOXO, terdapat satu lagi pelaris utama di sini iaitu The Gorpis. Saya pernah kongsikan tentang kesedapan The Gorpis  di blog saya dulu dan buat masa sekarang percaya atau tidak The Gorpis adalah goreng pisang cheese yang paling popular di Kuala Lumpur. The Gorpis di Kopi XOXO menawarkan beberapa pilihan yang sedikit berbeza iaitu seperti White Chocolate, Chocolate, Strawberry dan Original.



Dengan kesedapan The Gorpis, tak hairanlah ramai orang yang datang ke Kopi XOXO ini semata-mata untuk membeli The GorPis. Ada yang beli bukan satu atau dua set, tapi ada yang sampai 6-7 set sekali gus. Jadi kadang-kadang pelanggan haruslah menunggu sekurang-kurang 1 jam untuk mendapatkan set goreng pisang The Gorpis. Selain dari menerima tempahan yang banyak, The Gorpis juga menggoreng pisang berdasarkan jumlah tempahan. Mereka tidak akan menggoreng pisang awal-awal dan sekadar menabur cheese sahaja. Mereka akan memastikan pelanggan dapat menikmati The Gorpis ketika dalam keadaan panas.
Bagi saya walaupun menunggu lama, ianya sangat berbaloi kerana tiada pisang goreng cheese yang setanding The Gorpis.





Secara keseluruhannya, Kopi XOXO memang sesuai dijadikan tempat untuk minum kopi sambil santai dengan keluarga ataupun kawan-kawan. Menu makanannya memang berbaloi untuk dicuba walaupun sedikit mahal. Bagi yang datang dengan kenderaan sendiri, parking mungkin akan menjadi masalah utama. Tiada parking lot khusus untuk pelanggan dan kalau adapun ianya sangat terhad. Dengan populariti Kopi XOXO yang semakin meningkat naik, saya dapati cafe ini selalu cepat penuh. Anda mungkin terpaksa menunggu beberapa minit sebelum boleh dilayan.

Namun begitu, layanan istimewa oleh petugas Kopi XOXO membuatkan saya terasa berada di rumah sendiri. Layan extra oleh pelayan membuatkan siapa yang kena menunggu pun mampu tersenyum. Saya ucapkan syabas kepada warga kerja Kopi XOXO dan semoga berjaya dengan perniagaan.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2015 03:03 PM | Show all posts
si cantik nora danish



noradanishWith birthday boy n his friends.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2015 03:05 PM | Show all posts


jauh dtg daripada singapore untuk menjamu selera @kopixoxo


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2015 03:09 PM | Show all posts

jelitawanis nora danish @kopixoxo


jelitawanis nora danish @kopixoxo


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2015 03:11 PM | Show all posts


tengok nora minum coffee pun rasa nak minum juga. muka lembut ajerrrr bukan bengis seperti cari gaduhhhh .

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2015 03:11 PM | Show all posts
Edited by LDP at 14-5-2015 03:15 PM






Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 03:11 PM | Show all posts
Edited by LDP at 14-5-2015 03:30 PM

cholaholla Everything is yummy here..amazing job guys & congrats ️ @kopi.xoxo




cholaholla The best pisang goreng at @kopi.xoxo






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2015 03:16 PM | Show all posts

thankss LDP. nanti sesapa nak contribute picca cemana nora danish buat survey kedai perabot etc sebelum buka cafe kopixoxo silakan yer. bagus nora danish ni wat keje bukan sembrono takat muat ajer. nampak dia punya kesungguhan dan komitmen. kudos to nora danish.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2015 03:27 PM | Show all posts
wish daripada peminat to nora danish



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2015 03:31 PM | Show all posts
LDP replied at 14-5-2015 03:11 PM
cholaholla Everything is yummy here..amazing job guys & congrats ️ @kopi.xoxo

cho n ps noora pun datang support business nora danish.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 03:47 PM | Show all posts
Edited by LDP at 14-7-2015 08:58 AM

antara retis2 yg mengunjungi kopi xoxo (nnt akan diupload lg...tenet slow)

ady putra



nazim othman




ning baizura





wak doyok /qie /nelydia / uqasha





zuan n melodi team




elfiraloy





achey & abam bocik



Jmandagie




shimaanuar, dayanaroza, wafi





wak doyok sokmo...




nomadaish




ryzal & adelinetsen




aniul aishah




Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Soon... gorpis... soon....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 03:55 PM | Show all posts
Blues replied at 14-5-2015 03:31 PM
cho n ps noora pun datang support business nora danish.

yup..nmpk ps sayang dgn nowa..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 03:59 PM | Show all posts
noradanish Alhamdulillah by @rumoda.bangsar "Saturday Full House at @kopi.xoxo, come join us at Rumoda bangsar and be amazed by the taste of delicious foods #rumodabangsar
#rumodaangels
#kopixoxo
#fashionhouse
#bangsar" via @PhotoRepost_app

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 04:03 PM | Show all posts
rajanoora Congratulations Nora and Yaya and your team. Nice place and love the burger and spaghetti. Belum officially open pun dah ramai orang. Wish you and your team all the best. @cholaholla @minramli @noradanish @sallytalib #cafexoxo  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2015 04:10 PM | Show all posts
Edited by LDP at 14-5-2015 04:30 PM

lps menjamu selera di kopi xoxo, ps n cho shopping plak.. untong nowa..

rajanoora Visited RUMODA which is adjoining #cafeXoXo #rumodabangsar @cholaholla @minramli @noradanish @sallytalib





cholaholla With Yong & Yaya



Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 04:22 PM | Show all posts
family ned pon dtg support

noradanish ️️️
by @bettyrahmad "Thank you for your support @bossned_ and family @kopi.xoxo We open til 9pm today! #kopixoxo" via @PhotoRepost_app

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2015 04:29 PM | Show all posts
LDP replied at 14-5-2015 04:22 PM
family ned pon dtg support

noradanish ️️️by @bettyrahmad "Thank ...

untung nora danish semua sayam dan datang support nora danish.   
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 04:46 PM | Show all posts
nak makan bubur betty... jom reunion kat sini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.084800 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list