CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12350|Reply: 80

[Tempatan] Halal Speed Dating - Kaedah Mencari Jodoh

  [Copy link]
Post time 13-5-2015 12:47 PM | Show all posts |Read mode


[size=12.8699998855591px]kredit to star online


Speed dating the halal way[size=12.8699998855591px]

BY NURBAITI HAMDAN




























[size=0.813em]

PETALING JAYA: There is a new dating scene in town and it is called halal speed dating, a matchmaking platform based on the sunnah (traditions and sayings of the Prophet Muhammad)in Islam.
Three friends – Norhayati Ismail, Zuhri Yuhyi and Syed Azmi Alhabshi – came up with the idea of speed dating according to Islam as a way to help friends find potential spouses.
Norhayati, 40, found her spouse online and married him two months later. Zuhri, 34, found his wife through matchmaking while Syed Azmi, who is 38 and still single, was -supportive of the idea.
“We thought if it could work for us, it will also work for others,” Norhayati said -yesterday.
The speed dating event promises to be “the best and safest way” to find prospective spouses. According to the website, the -organisers want to highlight the importance of -supervised interaction between candidates by a wali (bride’s custodian), mahram(blood-related kin) and a chaperone.
For a RM45 fee, interested participants can look forward to meeting like-minded people with the intention of finding the perfect life partner.
The wali, mahram and chaperone are charged RM30 each. Supervisors will be at the event to ensure good conduct between candidates.
One would think that halal speed dating iwould only be for Muslims, but Norhayati said -otherwise.
“What if a non-Muslim wants to find a Muslim wife? We cannot shut the door. Or a non-Muslim wants to learn what is the proper way of courting (in Islam). So we leave it open,” she said.
Norhayati said 50 selected males and 50 females would be introduced to what dating is in Islam with iMuslim Islamic Daawah Centre founder Shazly Khan giving a tazkirah -(religious talk) at the event in Damansara Perdana this Saturday.
The response, she said, has been -overwhelming.
“Our space is limited considering that this is just the launch. We aim to host a bigger event next time. We want people to understand what makes us different from other matchmaking services,” she said.






[size=12.8699998855591px]kredit to blog buasir otak
Speed Dating secara halal untuk mencari jodohTukang Merepek: Prince of Noob

[size=12.8699998855591px]Di zaman moden ini pelbagai cara boleh dilakukan untuk mencari jodoh. Ada yang datang secara natural dengan bercinta, biasanya orang lelaki yang akan mengurat awek, atau perempuan yang mulakan terlebih dulu, boleh jadi ketika zaman belajar di universiti, atau ketika alam pekerjaan di pejabat, terjumpa di stesen bas, terserempak di kedai makan, berkenalan di Facebook atau di mana2 sahaja.

Ada juga yang dipadankan oleh orang tua, atau mungkin dirisik oleh kenalan keluarga. Ada juga yang menggunakan perkhidmatan pencari jodoh atau matchmaking melalui laman web atau website2 mencari jodoh seperti MyJodoh.net. Dan kini terdapat satu lagi cara mencari jodoh yang halal dan toyyibah iaitu melalui acara "Halal Speed Dating".




Perkenalan di alam maya seperti di Facebook (FB) mengundang risiko kerana berkenalan tanpa bertentang empat mata, mudah untuk menipu identiti diri. Lebih dahsyat ada yang bijak mengatur ayat sehingga membuat si gadis mempercayai 100 peratus dan sanggup meminjamkan wang ringgit meskipun mereka tidak pernah berjumpa secara berdepan.

Apatah lagi mereka yang berusaha mencari jodoh menerusi Internet, ramai yang menderita dan kecewa. Justeru pemilik syarikat Bulk Eventz, Sharul Bahat, 39, mengilhamkan cara perkenalan yang lebih terbuka menerusi sesi perkenalan yang dinamakan Speed Dating Halal (SDH).

Konsep perkenalan baru yang kali pertama diadakan di negara ini membantu lelaki dan wanita yang belum ada pasangan berkenalan dalam acara yang diadakan secara terbuka itu.

Menurut Sharul, dalam kesibukan warga kota menjalani kehidupan seharian, ia sedikit sebanyak membataskan peluang dan ruang untuk mencari teman hidup.

“Mungkin ada di antara mereka yang menggunakan medium Internet seperti FB, Twitter selain SMS sebagai interaksi, tetapi ia bukanlah cara yang boleh dipercayai 100 peratus. Kemungkinan boleh berlaku penyamaran dan penipuan adalah sangat besar.

“Oleh itu saya membawa aktiviti perkenalan ke alam nyata di mana peserta berpeluang melihat dan berjumpa sendiri dengan seseorang yang mungkin berpotensi untuk menjadi pasangan. Selain untuk menemukan jodoh, SDH ini juga berperanan melebarkan jaringan sesama manusia,” katanya.

Acara itu akan diadakan Backofen@Sri Hartamas, Desa Sri Hartamas pada 28 April ini, jam 2 hingga 4 petang. Borang penyertaan ada dalam FB Sharul dan mereka boleh ‘like’ yang akan terus tertera borang penyertaan.

Yuran penyertaan sebanyak RM80 merangkumi makan dan minum serta cenderahati istimewa. Bayaran boleh dibuat melalui akaun CIMB - 05080036344520 atau Maybank - 152077338973 atas nama syarikat dan e-mel slip bayaran ke bulkeventz@gmail.com.

“Untuk acara yang kali pertama diadakan ini, saya akan memilih 10 lelaki dan 10 perempuan daripada borang penyertaan yang dihantar. Sekiranya ada sambutan, acara ini akan diteruskan.

“Inilah cara orang dulu mencari jodoh yang ketika bertemu idaman hati, ada keluarga yang menemani. Setiap pertemuan peserta dengan peserta yang lain diberi masa 10 minit. Kami tidak menetapkan siapa akan bertemu siapa, sebaliknya mereka boleh berkenalan dengan semua peserta yang menyertai acara itu.

“Barangkali ada yang berasa masih tiada yang sesuai di hati, mereka masih boleh kenal antara satu sama lain. Tidak semestinya perkenalan itu akan berakhir sebagai suami isteri. Mereka juga boleh mencari rakan niaga dan sebagainya,” katanya.

Sumber Harian Metro.

Dulu aku pernah tulis mengenai cara nak cari jodoh melalui Internet melalui website atau laman web cari jodoh seperti MyJodoh.net. Walaupun orang yang hendak menggunakan perkhidmatan ini perlu bayar yuran tapi bagi aku cara ini agak praktikal kerana lelaki dan perempuan sama ada yang masih bujang atau duda/janda yang mendaftar kat website ini atas nawaitu dan tujuan yang sama, iaitu memang untuk mencari jodoh, so tak timbul isu nak segan ke, malu ke, takut orang tu dah ada pakwe/makwe/suami/isteri, kecuali la kalau orang tu nak cari bini no. 2, tapi ia berbalik kepada orang tu juga nak terima atau tidak.

Cuma bila aku terbaca pasal acara Halal Speed Dating ini, aku rasa macam agak janggal pulak. Semua peserta dikumpulkan ramai2, kemudian akan dipadan atau dating ekpress untuk berkenalan dan berbual secara ringkas, dan mereka ini akan bertukar2 pasangan dating di lokasi yang disediakan untuk mencari lelaki/perempuan mana yang dirasakan paling sesuai untuk dijadikan jodoh. Malah boleh bawa teman seperti ayah dan ahli keluarga lain ketika speed dating ini berlangsung.

Penganjur menyatakan konsep Halal Speed Dating ini diambil dari konsep Taaruf iaitu kegiatan bersilaturahmi, kalau pada masa ini kita bilang berkenalan bertatap muka, atau main/bertamu ke rumah seseorang dengan tujuan berkenalan dengan penghuninya. Bisa juga dikatakan bahwa tujuan dari berkenalan tersebut adalah untuk mencari jodoh (Wiki Indonesia).

Jumlah peserta pada acara Halal Speed Dating yang diadakan pada  9 Mei 2015 di Talent Lounge Damansara Perdana, Petaling Jaya baru2 ini menarik 80 peserta dengan 60 wanita dan 20 lelaki. Peserta terdiri daripada orang Islam dan juga beberapa orang bukan Islam, dan mempunyai pelbagai status, ada yang bujang, janda atau duda yang mahu mencari "pasangan istimewa", malah ada lelaki yang telah berkahwin yang mahu mencari isteri kedua dan juga wanita yang sanggup menjadi isteri kedua. Yang lagi mengejutkan, ada juga wanita yang mencari wanita lain yang mahu dijadikan isteri kedua buat suaminya!






[size=12.8699998855591px]# apa pendapat anda?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2015 01:01 PM | Show all posts
cara ni macam pernah tgk. dalam cerita org putih. ada lekat nombor dalam bulatan kat lengan kita.
diberi masa berapa minit ntah utk kita berbual. abes masa, tukar kerusi sebelah plak
so... kalau berminat, pilih nombor tu lah
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 01:03 PM | Show all posts
ada cop halal jakim tak ni? orang melayu kalau takde pengesahan jakin jatuh haram tau




Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 01:08 PM | Show all posts
dah lepas pun weekend haritu kan..
pada aku x berbaloi sgt,..sbb prospek laki 20 org je,plus ade yg laki org..
pompuan plak ade 60 org..huhu...persaingan besar..

tp kalu dah jodoh, laki sikit pun boleh jumpa..

lagi satu, org yg nk join ni kena mengarang profile dgn kreatif..sbb pasangan akn pilih kite based on profile kite..bukan berdasarkan rupa kita..
so kalau profile nmpk comei cantik bijak segala, berderet laa org book nk date..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 01:14 PM | Show all posts
patut organizer buat pemilihan 20=20.... ni 20=60 ..... hmmmm cian plak kat kaum wanita
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 01:20 PM | Show all posts
60 pompuan, 20 laki, apalagi tangkap 3 bini terus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2015 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat duit la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2015 01:30 PM | Show all posts
Edited by nikaido at 13-5-2015 01:32 PM
princess_aurora replied at 13-5-2015 01:08 PM
dah lepas pun weekend haritu kan..
pada aku x berbaloi sgt,..sbb prospek laki 20 org je,plus ade yg ...

yg halal speed dating ni, profile yg dibuat adalah utk organizer je. antara peserta tdk dpt maklumat sesama sendiri sebelum join event. so x perlu karang lebih2 profile

1. daftar kat laman web
2. organizer tetapkan tarikh speed dating event
3. organizer emel kepada peserta yg sesuai
4. peserta byr utk join event

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2015 01:31 PM | Show all posts
kawan aku, baru menjanda, baru sebentar tadi dia datang sesambil ajak aku join benda ni.. tapi aku cakap dgn dia, percayalah, peserta perempuan lagi ramai, program2 mcm ni confirm lelaki sikit, pastu campur pulak dgn laki orang.. kan betul

tak berminat dah semenjak myjodoh.net. bila banyak perempuan dlm tu, semua lelaki jadi 'playboy' permainkan perasaan perempuan... boleh berambus... expired 3 bulan membership tu aku tak join dah.. tapi sempat lah kenal 7-8 org dlm tu cuma sangkut dg sorg tu je.


Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 01:36 PM | Show all posts
nikaido replied at 13-5-2015 01:30 PM
yg halal speed dating ni, profile yg dibuat adalah utk organizer je. antara peserta tdk dpt maklum ...

maksud i profile macam ciri2 diri kita dan ciri2 pasangan yg di idamkan..
sbb yg ni akan didedahkan pd semua org..beserta dgn no id..
so nnt kita boleh pick no id yg kita nk..berdasarkan profile ni..

nama,alamat,no fon,fb,insta tu mmg xboleh didedahkan..

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 01:46 PM | Show all posts
Edited by minahsenget at 13-5-2015 02:18 PM

dulu apatah mmg top jugak wesite tp ramai kaki tipu
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 01:49 PM | Show all posts
minahsenget replied at 13-5-2015 05:46 AM
ni syed yg i wanna touch a dog ke?

kesian abg syed ni. sampai sudah orang ingat dia syed i wanna touch a dog. dia terkenal dgn #tamakpahala juga.

orang nya sangat bagus..time sekolah dulu pun dah bagus...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 01:49 PM | Show all posts
tu syed Azmi yg mmg byk organise charity event tu ke?

Haha benda gini mmg akan banyak perempuan. Mcm Purematrimony, atau ruangan daftar utk baitulmuslim kat kursus2 Al-Kautsaar etc. Agaknya sebab perempuan yg serius utk kahwin dan nak cari secara terpelihara kot.
Pernah bukak website PureMatrimony,mmg betul2 jaga batas pergaulan tu. baca syarat nak register pun takut,jaga solat 5 waktu tu pun aku kekdg terbabas,tak awal on time.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 02:06 PM | Show all posts
produk menjual agama
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 02:06 PM | Show all posts
dating bawa wali mau dgr ceramah je sepanjag hari tu huhuhu.....

wali pn x berminat nk join anak berdating, hbs cmna nk kawin??
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 02:12 PM | Show all posts
aireen24 replied at 13-5-2015 01:49 PM
kesian abg syed ni. sampai sudah orang ingat dia syed i wanna touch a dog. dia terkenal dgn #tamak ...

ye lah sis...i better delete my question..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2015 02:18 PM | Show all posts
aireen24 replied at 13-5-2015 01:49 PM
kesian abg syed ni. sampai sudah orang ingat dia syed i wanna touch a dog. dia terkenal dgn #tamak ...

nak buat cam mana.. people will only remember one disaster thing that you do. samalah mcm syed azmi ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 02:51 PM | Show all posts
princess_aurora replied at 13-5-2015 01:08 PM
dah lepas pun weekend haritu kan..
pada aku x berbaloi sgt,..sbb prospek laki 20 org je,plus ade yg ...

ini bukan sesuatu yang baru dimalaysia.. my.jodoh.com dgn apa ntah lagi 1 pernah buat... dan cara diorang lebih islamik bagi aku..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 02:54 PM | Show all posts
ren0_0 replied at 13-5-2015 01:03 PM
ada cop halal jakim tak ni? orang melayu kalau takde pengesahan jakin jatuh haram tau

Sindir ni..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 03:03 PM | Show all posts
hest replied at 13-5-2015 02:51 PM
ini bukan sesuatu yang baru dimalaysia.. my.jodoh.com dgn apa ntah lagi 1 pernah buat... dan cara  ...

myjodoh penah wat event camni juga ea..
i tau yg website tu je..tp just jd pengguna x berbyr..so xde la dok bermsg2 dgn calon2 kan..
siap pernah masuk notification yg bf kwn sendiri send pm kat i
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.470127 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list