CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11079|Reply: 4

AURORA: DUNIA GENERASI BARU - SETIAP KHAMIS 8.30MLM [KAKA,ERWIN DAWSON,FADLAN]

[Copy link]
Post time 1-5-2015 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 4-5-2015 09:09 PM

Sinopsis Drama Dunia Generasi Baru Slot Aurora TV9
Dunia Generasi Baru mengisahkan kehidupan sekumpulan remaja yangmeningkat dewasa belajar di universiti yang sama iaitu di International University of Malaya-Wales (IUMW). Masing-masing mempunyai kerenah tersendiri. Pada awalnya Aman (Erwin Dawson) enggan mendaftar di universiti tersebut, namun dek paksaan ibunya Aman terpaksa menurut perintah. Perkara yangdibimbangi Aman, dia takut rahsianya bakal pecah!



Aman mempunyai masalah berbulu di belakang badannya. Dek kerana itu, dia cuba menyimpan rahsia itu serapi mungkin. Malah Aman perlu mengambil ubat mengikut masa, kerana itu juga ibunya menghantar Aman di universiti yang berdekatan dengan rumah mereka.

Norelle (Kaka Azraff) gadis lincah yang selamba. Norelle berasal dari keluarga yang kurang berada. Ketika pendaftaran universiti, Norelle hanya menaiki teksi. Bimbang melihat bayaran teksi yang makin meningkat, Norelle mengambil keputusan untuk berhenti di tepi jalan dan meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki.

Norelle terserempak dengan Aman ketika ibu Aman menghantarnya memasuki dewanpendaftaran. Norelle terdengar perbualan Aman dan ibunya. Aman panik bilarahsia yang dijaganya sampai ke telinga Norelle. Aman sanggup membayar Norelle demi menutup rahsia tersebut. Bermulanya perkenalan Norelle dan Aman. Norelle yang sering kesempitan wang gembira bila Aman ingin membayarnya.

Siska(Natasha Ellyza) juga belajar di universiti yang sama. Siska mempunyai seorang abang bernama Boy (Hafiz Halim) manakala amat menyayangi ayahnya iaitu Rio(Azhar Sulaiman). Rio sebelum ini pernah berkahwin, namun rumahtangganya tidak berkekalan. Rio kerap kali bercerai. Siska secara senyap-senyap mengemas barang untuk pendaftaran universiti tanpa mahu ayahnya mengetahui. Namun, rancangan Siska terbantut bila ayahnya terbangun awal dan turut serta menghantar Siska ke universiti.

Zahra (Zahirah Macwilson) dijaga baiki oleh ibunya. Ibunya membebel di dalam kereta untuk mengingatkan Zahra agar cemerlang dalampelajaran tanpa terpengaruh dengan hubungan cinta.

Zuhal (Ben Amir) juga pelajar yang menuntut diuniversiti yang sama. Zuhal anak kepada Zahari (Haeriyanto). Rik (Fadlan Hazim Anuwar) jejaka terhensem di universiti itu sering sahaja menggunakan kekacakkannya untuk mengorat wanita.Pertama kali menjejak kaki ke universiti, Rik telah jatuh hati pada Marina (MieraIdora). Rik duduk sebilik bersama Zuhal dan Aman. Manakala Norelle pula duduksebilik bersama Zahra.

Saksikan kisah persahabatan menerusi drama Dunia Generasi Barukat TV9. Kisah pertembungan Norelle dan Aman yang kadang kalanya mencuit hati.Masing-masing suka mengusik. Berjayakah Aman menyimpan rahsia sulitnya? Adakahhubungan cinta antara Rik dan Marina akan terjalin? Bagaimana Norelle mencariwang untuk perbelanjaannya di universiti? Jangan lupa, saksikan drama Dunia Generasi Baru nisetiap hari Khamis di TV9. Kredit artikel.


Pelakon Dunia Generasi Baru TV9
Rik -Fadlan Hazim Anuwar
Zahra -Zahirah Macwilson
Zuhal - BenAmir
Norelle - Kaka Azraff
Aman –Erwin Dawson
Siska -Natasha Ellyza
Lani -Anumahsuri
Marina -Miera Idora





Link Tonton Online

http://myflm4u.com/2015/04/dunia-generasi-baru-episod-1/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2015 03:15 PM | Show all posts
Promo





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2015 03:16 PM | Show all posts
OST :
Kaka Azraff - Bukan Hal Aku (feat. Sleeq)
Kaka X SleeQ - Bukan Hal Aku

Lyrics

Verse 1

Ingat
Ku berani bersendiri
Ingat
Sebelum ni, ku gembira
Ingat,
Ku telah beri yang terbaik,
Kalau itu bukan terbaik

Sua X2

Pre Chorus

Biarku jalan dulu
Puasku tunggu X2

Biarku jalan dulu
Lu lambat macam mana
Itu bukan hal aku X3

Chorus
Biarku jalan dulu
Puas aku tunggu X2

Lu lambat macam mana
Itu bukan hal aku X2

Verse 2

Ingat
Masa engkau yang susah
Ingat
Ku tak setuju buta buta
Ingat
Ku telah beri yang terbaik,
Kalau itu juga bukan terbaik

Pre Chorus

Chorus

Rap

Setuju ke tak setuju, tak kisah
Kerja keras, akhirnya bebas
Gempak
Hidup ini terlalu pendek,
Jadi walaupun air kolam cetek,
Tetap semua basah

Lari, lari, lari
Macam Aaron dalam movie
Macam Gods Must Be Crazy,
Macam macam boleh jadi
Gua tunggu, luar gua
Hutan tebal, warna hijau
Kaca mata, lawan silau

M Daud Kilau

Pre Chorus

Chorus

Outro

Teruskan perjalananmu
Tiada bisa melarangmu
Puas kau tunggu
Lebih puas diriku tanpamu
End



Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2015 07:53 PM | Show all posts
Best la cita nii..pelakon suma ada slang...wlaupun akak x berapa r3maja dah tp akak suka tgk..pelakon x kayu sgt..gud job!

oh ya..lagu2 pun best ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2015 12:47 PM | Show all posts
pelakon tak kayu.
tapi mcm berlakon.
terlebih acting kot.sometime.

tapi I stil terbygkan pelakon2 DB yg asal..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.412383 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list