CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4185|Reply: 5

10 Pokok Tertua Di Dunia

[Copy link]
Post time 18-4-2015 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Bayangkan hidup selama beribu-ribu tahun, selama berdekad dan berabad sambil memerhatikan peradaban dunia yang silih berganti. Menjadi saksi bisu kepada peristiwa dunia dan terus kekal sehingga hari ini. Demikian lah kisah sepi pokok-pokok yang tertua wujud di dunia. Di sini saya senaraikan 10 jenis pokok yang tertua di dunia.

1. Methuselah

Pokok pine berusia hampir 4, 800 tahun ini yang berada di Great Basin Bristlecone, Nevada. Namun ada pokok yang paling tua sekali yang digelar nama Prometheus telah dipotong pada 1964 sehingga menimbulkan kontroversi.



2. Sarv e-Abarkooh

Pokok Sarv e-Abarkooh ini adalah jenis pokok cypress yang berusia hampir 4 000 tahun dan berada di Abarkooh, Iran. Juga dikenali sebagai 'Zoroastrian Sarv', maka pokok ini merupakan lambang masyarakat Iran dan aktiviti keagamaan
.



3. Llangernyw Yew

Pokok ini juga memainkan peranan penting dalam masyarakat di Wales. Pokok jenis ini banyak ditanam di kubur bagi menandakan keabadian hidup sama seperti hayat pokok ini sendiri.



4. Alerce

Jenis pokok ini telah dikesan hidup sejak 35 juta tahun dahulu melalui fosil-fosilnya. Walaubagaimanapun, pokok yang tertua ini hanya berusia 3 500 tahun, merupakan jenis Patagonian Cypress yang juga dikenali sebagai Alerce. Hidup subur di Chile
.



5. The Senator

Bald Cypress ini lebih dikenali sebagai The Senator, dijumpai di Florida, Amerika Syarikat. Berusia antara 3 400 hingga 3 500 tahun, pokok ini juga merupakan pokok yang terbesar di Sungai Mississippi
.



6. Patriach

Satu lagi penghuni asal Amerika Selatan adalah pokok 'Patriarca de Floresta di Brazil. Merupakan pokok terbesar di Hutan Atlantik, pokok ini dijangka berusia 3 000 ribu tahun.




7. Alyshun

Pokok yang juga dikenali sebagai 'Pokok Suci Alishan' di Taiwan, dijangka berusia 3 000 tahun. Walaubagaimanapun, pada 1 Julai 1997, pokok ini telah tumbang disebabkan oleh hujan ribut yang dahsyat.





8. Old Chestnut

Merupakan pokok Chestnut yang tertua di dunia dan dikenali sebagai ' Pokok 100 ekor Kuda'. Pokok ini boleh ditemui di San D Alfio, Sicily. Dijangkakan berusia dalam lingkungan 2 000 hingga 4 000 tahun.



9. General Sherman

Antara merupakan pokok purba jenis Giant Sequoia yang termuda. Boleh ditemui di Sequioa National Park, dipercayai berusia 2 300 hingga 2 700 tahun. Juga dikenalpasti sebagai pokok terbesar di dunia jika diukur pada isipadu kayu.





10. Jhomonsugi

Pokok yang paling muda dalam kalangan pokok yang pling tua. Pokok Jhomonsugi ini boleh ditemui di Yakushima, Jepun di katakan mungkin berusia 2 170 tahun sehingga lah 7 200.




Sejauhmanakah lagi pokok-pokok ini boleh terus bertahan?


Sumber : [1]


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2015 01:22 PM | Show all posts
pokok di malaysia semua muda2
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg menarik..subhanAllah
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 01:07 PM | Show all posts
subhanAllah
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 09:26 PM | Show all posts
kalo kat Malaysia kan, pokok yg tua2 mcm nie msti ada penunggu..huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 11:29 PM | Show all posts
Kan bagus kalau kita boleh hidup jutaan tahun macam pokok-pokok ini?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.890137 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list