Negara Liberland adalah sebuah negara baru yang dibina dua hari lepas. Orang cakap, artikel tentang negara ini dalam Wikipedia pun masih panas lagi dan bakal dibuang pada bila-bila masa. Negara ini terletak di antara Serbia dan Croatia, berlokasi di tepi sungai Danube. Negara ini buat masa ini ada tiga orang presiden iaitu Czech, Vit dan Jedlicka.

Menurut Jedlicka, negara itu dibina secara sah mengikut undang-undang antarabangsa. Kawasan negara itu adalah sebuah kawasan yang tidak dituntut oleh Croatia, Serbia mahupun mana-mana negara. Jedlicka telah memastikan negara ini tidak menggangu sempadan negara-negara lain. Luas negara ini adalah 7km persegi dan jika ia benar-benar diiktiraf sebagai negara, ia akan menjadi negara terkecil selepas Vatican dan Monaco.  Bendera negara Liberland
 Negara Liberland
Motto negara ini ialah ‘To live and let live’ (hidup dan terus hidup). Ini adalah kerana ia mahu mengamalkan konsep bebas dari segi kehidupan dan ekonomi. Konstitusi negara ini juga akan menghadkan kuasa ahli politik agar tidak terlalu masuk campur dalam kebebasan rakyat di negara Liberland. Bagaimana menjadi warganegara Liberland? Nak jadi negara comel ini senang saja. Anda perlulah menjadi seroang yang
– menghormati pendapat, bangsa, jantina dan agama lain
– menghormati hak milik peribadi sesama masyarakat
– bukan seorang komunis, nazi atau ekstremis
– tiada rekod jenayah Caranya, anda cuma perlu menghantar email ke [email protected] dengan dokumen berikut:
– surat pengenalan diri, sebab hendak menjadi warganegara dan CV
– salinan passport
– nombor telefon Status permohonan anda akan diberitahu secara elektronik, memandangkan negara tersebut belum ada alamat rasmi lagi. Haha cute! Cute ataupun tidak, penulis mahu lihat sejauh mana Liberland boleh berkembang menjadi sebuah negara. Secara idealnya, memang ini negara yang semua orang mahu. Tetapi secara praktikalnya? Kita sama-sama nantikan. Kredit: Viralkini.MY
|