CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4130|Reply: 6

LUAHAN SAYU HATI LELAKI MERATAPI PEMERGIAN 'KUCING BATU' TERJAWAP

[Copy link]
Post time 10-4-2015 05:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by LabuLabi69 at 10-4-2015 05:05 PM

Hilmi Syukran memuat naik sebuah status yang menyedihkan dilaman Facebooknya yang mendapat 1,240 shares.

Status mengenai seekor kucing terbiar yang dijaga olehnyaterpaksa 'ditidurkan' kerana enggan melihat kucing itu terus menanggung deritayang tidak terkata.

Difahamkan, kucing yang diberikan nama Oyen atau Oren itu, berkemungkinan telahdilanggar oleh kereta dan tulang belakang kucing ini patah teruk menyebabkankedua-dua kaki, ekor dan urinary sudah tidak berfungsi, pendek kata lumpuh.

Ditambah pula dengan penyakit kurap di badannya sudah mencapai tahap kronikyang membuatkan Oyen susah nak menguruskan dirinya.

Hilmi dan rakannya membawa Oyen ke klinik veterinar dan doktor memberikannyadua pilihan sama ada menjalani pembedahan dengan peluang untuk hidup yangsangat tipis serta terpaksa memotong kedua-dua belah kakinya atau 'tidurkan'Oyen.

Enggan melihat Oyen terus menderita, Hilmi memilih untuk 'menidurkan' Oyen dankucing itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.10 pagi.

Bukan mudah untuk Hilmi membuat keputusan 'menidurkan' Oyen.

"Saya minta maaf pada semua yang follow up kucing malang ini dan sayaminta maaf sebab tak mampu nak selamatkan dia. Saya minta maafsangat-sangat," katanya.

Baca luahan hati dan kenangan Hilmi bersama Oyen di bawah;

Aku ingat lagi..

Orang panggil kau kucing batu, sbb kurap kt telinge kau dah keras mcm batu.Tapi aku tak kisah, sbb aku tahu kau kuat berjuang teruskan hidup. Mata kau duedue bernanah, sebelah buta. Tp kau hebat. Pukul 5 pagi selalu nampak kau carisisa makanan dlm tong sampah, bile dtg kucing jantan lain pandai je kausmbunyik dlm tu.

Aku ingat lagi..

Kau suke sangat kalau dpt mkn ayam. Aku kalau nampak kau kt bawah saje je aku xturun, aku panggil, aku campak ayam. Berlari kau pergi ambik, sesekali tgk ktaku. Kau paling suke tengkuk ayam. Sejak aku tahu, aku beli nasi bungkus laukayam je mesti aku cari tengkuk lebih, simpan utk kau.

Kau lah member aku !

Kau ajar aku utk jadi mcm kau. Kuat, walaupun dlm keadaan sakit, rebah, orgkutuk org cerca mcm mana pun kita, kuat dan teruskan berjalan. Kau ajar akuerti kehidupan.

Ini hari, last kau bercakap last kau pandang aku. Even dlm keadaan sakit dannak ditidurkan pun kau still nak jenguk muke aku kan, nak mengiau. Kau nk cakapterime kasih ea ?

Tak pe oyen.

Nanti kite jumpe kt depan Allah,

Kite borak panjang-panjang okay.

Tolong aku tau nanti.

Hari ni dah sembap muke aku. Dah merah mata aku. Aku doa sungguh2 dkt Allah,spy aku nak jumpe kau dkt akhirat oyen. Aku nak jumpe kau lagi, ingat tu.
Dah..

Tidurlah oyen.
Kalau kau bangun, kau sakit.
Rehatlah sepuasnya.
Aku tunggu kau oyen.
Aku jaga kau jangan risau.
Takde dah org akan " zalimi " kau lagi.
Tunggu aku menyusul oyen !
Selamat malam.

Rehat tau !

- OYEN DALAM KENANGAN

()
()

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2015 05:15 PM | Show all posts
sedihnyer..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 05:45 PM | Show all posts
kalau kucing berkurap ni
ubatnye cukup mudah
lumurkan minyak bekas goreng ikan kat kurap tu
insyaAllah boleh jatuh kurap2 tu
tapi kena la rajin
takkan letak sekali dah terus baik
lagi2 kurap yg dah tebal tu
kitorang adik beradik ubat kurap kucing camtu jek
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 08:15 PM | Show all posts
Sedihnya.. mudah2an Allah beri rahmat pada mamat yang baik hati tu. Mudah2an akan disatukan diakhirat nanti. Aminn...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2015 12:29 AM | Show all posts
sabar_sabariah replied at 10-4-2015 09:45 AM
kalau kucing berkurap ni
ubatnye cukup mudah
lumurkan minyak bekas goreng ikan kat kurap tu

betul.. umi pon salu wat gitu.. xsampai sebulan insyaAllah da boley ok da kurapnye
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 03:23 AM | Show all posts
..sangat sedih tak terkata..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2015 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Yucks.. mmg ptut pts..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.225555 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list