CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2794|Reply: 0

Google AdSense Kini Menyokong Bahasa Malaysia

[Copy link]
Post time 3-4-2015 08:46 AM | Show all posts |Read mode


Google AdSense merupakan salah satu perkhidmatan Google yang membolehkan para penerbit web menyertakan sebuah kod khusus, dan memaparkan iklan relevan sambil menjana pendapatan melaluinya. Ia hanya ditawarkan untuk beberapa bahasa terhad sahaja sebelum ini, dan hari ini ia secara rasminya ditawarkan dalam bahasa Malaysia.

Dengan sokongan ini, ia sekaligus membolehkan pelbagai laman web dan blog yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai medium utama untuk menyertakan kod Google AdSense dan menjana wang tambahan melaluinya.

Google pada masa yang sama turut berkongsi mengatakan pada rantau ini terdapat lebih kurang 40 juta penutus berbahasa Melayu, dan lebih 220 juta pengguna di dunia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Jika anda mempunyai web dan ingin memaparkan iklan daripada Google, anda boleh menyertai Google AdSense hari ini. Pengumuman sokongan bahasa Malaysia ini hadir daripada Google selepas mereka membawakan sokongan AdWords dalam bahasa Malaysia pada tahun lepas.

kredit:www.amanz.my



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.462813 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list