CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1486|Reply: 5

[Tempatan] Bubar Rimau Muda - KJ

[Copy link]
Post time 2-4-2015 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) disaran supaya membubarkan skuad Harimau Muda iaitu skuad negara bawah 22 tahun bagi menumpukan perhatian terhadap program pembangunan di peringkat akar umbi.Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, cadangan itu telah dimaklumkan kepada wakil FAM semalam.
          Beliau berkata, kewujudan skuad Harimau Muda itu adalah untuk tempoh jangka masa pendek dan tidak boleh diteruskan untuk jangka masa panjang.Menurutnya, beliau pernah membuat cadangan itu ketika memegang jawatan Timbalan Presiden FAM.“Sebelum ini pun saya pernah cadangkan supaya skuad Harimau Muda ini dibubarkan. Kita perlu beri peluang kepada pemain untuk bermain dengan kelab atau pasukan negeri,” katanya ketika mengulas kegagalan skuad itu ke pusingan akhir Piala AFC Bawah 23 Tahun di Qatar tahun depan.Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan jam tangan Garmin dengan navigasi sistem pengesanan global (GPS) di sini hari ini, Khairy berkata sekiranya pemain skuad itu didedahkan dengan kelab atau pasukan negeri, mungkin prestasi pemain akan meningkat dengan cepat.
      Dengan cara itu, katanya, pemain akan lebih tahu tahap kemampuan masing-masing berbanding bermain dalam kalangan kelompok mereka sendiri di mana mereka tidak dapat meningkatkan kemahiran permainan masing-masing.Pada pusingan kelayakan Kumpulan I, skuad bimbangan Razip Ismail hanya mampu menduduki tangga ketiga kumpulan selepas tewas kepada Vietnam 2-1 dan Jepun 1-0 dan menang 2-0 ke atas Macau.
      Khairy berkata semua pemain bawah 23 tahun Jepun, bermain dengan kelab dalam liga tempatan sebelum dipanggil untuk mewakili negara itu."Peningkatan mutu bola sepak negara akan mengambil masa sekurang-kurangnya masa lima hingga 10 tahun dan justeru itu, generasi baharu dapat dilahirkan melalui Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN," katanya."Selari dengan matlamat PPBN, kita juga mahu Liga Malaysia menjadi lebih berdaya saing. Jika Liga Malaysia sendiri tidak berdaya saing, akhirnya kita akan dapat keputusan yang sama," katanya. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/mobile/ultras/liga-malaysia/skuad-harimau-muda-dicadang-bubar-1.375271

****Naturalisasi adja...main bola dari seblom baligh sampai anak 2,3...skill dok takuk tu je player mesia...tak ke mana...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2015 05:07 PM | Show all posts
pemilihan pemain pun tak betul...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 06:29 PM | Show all posts
scouting tu masalah asas bolasepak mesia.. sebab system tak teratur. pembangunan akar umbi di uruskan oleh bidan terjun.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 06:36 PM | Show all posts
skali baca bubur rimau muda.... ingat resepi baru ke ape....
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 07:19 PM | Show all posts
exactly, biarpun sukar diterima tp itulah hakikatnya...Malaysia perlukan pemain naturalisasi, hanya itu ramuan untuk kita bersaing di peringkat ASIA.....kalo guna local player selamanya lah kita setakat ASEAN.....

gameplay di takuk lama sejak zaman MOKHTAR DAHARI pun camtu laa mainnya...adoyaiii

apapun SELAMANYA HARIMAU MALAYA

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 10:18 PM | Show all posts
errrr..ngantukkknyaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.081972 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list