CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3255|Reply: 1

Telekom Malaysia Mengemaskini Harga Pakej Dengan Penyertaan Caj GST

[Copy link]
Post time 1-4-2015 08:17 AM | Show all posts |Read mode
Telekom Malaysia Mengemaskini Harga Pakej Streamyx, TMgo Dan UniFi Dengan Penyertaan Caj GST
Pengenalan GST membuatkan pelbagai pihak mengemaskini harga tawaran perkhidmatan mereka, dan turut tidak ketinggalan adalah syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia, iaitu Telekom Malaysia. Terkini, mereka dilihat telah pun mula mengemaskini harga pakej untuk Streamyx dan juga UniFi dengan penambahan caj GST.

Seperti ramai sedia maklum, pengenalan caj GST membuatkan penyedia perkhidmatan dan produk menambah 6% ke atas penawaran mereka. Kini, dengan penambahan tersebut, pakej Unifi VIP 5 disenaraikan pada harga RM157.94, VIP10 pada harga RM210.94, dan VIP20 pada harga RM263.94. Potongan harga sebanyak RM2 diberikan untuk setiap pelanggan yang memilih pilihan autopay untuk akaun mereka.



Untuk Streamyx pula, Telekom Malaysia menyenaraikan pakej BB Deal 1Mbps pada harga RM116.60, BB Deal 2Mbps pada harga RM137.80, BB Deal 4Mbps pada harga RM148.40 dan juga BB Deal 8Mbps pada harga RM169.60 sebulan. Semuanya hadir dengan potongan sebanyak RM2 jika pembayaran dibuat secara autopay.



Untuk langganan TMgo – iaitu perkhidmatan tanpa-wayar daripada Telekom Malaysia pula, pihak TM membuat perubahan dengan membuat potongan data untuk tambah-nilai, dimana kini pengguna diberikan hanya 0.95GB untuk RM10, 3.30GB untuk RM30, dan 5.66GB untuk RM50. Harga permulaan dongle 4G untuk TMgo pula berharga RM121.90 untuk versi Adapter USB, dan RM333.90 untuk Mobile Router.

Bersama-sama pengenalan GST pada perkhidmatan mereka, Telekom Malaysia juga turut mengatakan mereka akan mula mengguna-pakai rekaan bil bulanan baru untuk para pelanggan mereka.


kredit:www.amanz.my


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2015 10:53 AM | Show all posts
Kos meningkat, kena cari alternatif utk serap peningkatan sara hidup. BESTmobile
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.103216 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list